Tidak lengkap sebuah majlis perkahwinan jika tidak diberikan buah tangan atau cenderahati buat para tetamu bawa pulang. Pemberian ini penting sebagai tanda terima kasih anda atas kesudian para tetamu meraikan majlis perkahwinan anda.
Kini ramai paasangan pengantin suka mencari cenderahati yang sepadan dengan tema perkahwinan mereka. Fungsi cenderahati perkahwinan kini lebih bersifat peribadi dan praktikal agar ia boleh dikenang sepanjang zaman oleh tetamu yang datang memeriahkan majlis perkahwinan.
Terdapat pelbagai jenis cenderahati yang boleh anda berikan kepada tetamu. Ini antara beberapa idea yang boleh anda ilhamkan untuk majlis perkahwinan. Mana tahu idea ini boleh anda ketengahkan untuk majlis perkahwinan anda nanti.
KACANG DALAM BOTOL KACA
BOOKLET SURAH YASSIN
BEKAS BERISI PIN, KERONGSANG, TASBIH ATAU PENANDA BUKU
BONGKAH KAYU ATAU MENGKUANG BERTEMAKAN WOODLAND
BEKAS DENGAN ELEMEN INGGERIS MODEN
COKLAT DALAM SILINDER KACA
TIP CENDERAHATI TETAMU
1. Bekas aksesori bukan sahaja cantik dipandang malah ia boleh digunakan dalam kehidupan seharian seperti untuk menyimpan kerongsang, pin, cincin dan sebagainya.
2. Variasikan idea dengan hiasan reben ataupun bunga sebagai penambah pesona.
3. Boleh juga jadikan gula-gula dan marshmallow sebagai alternatif manisan cenderahati.
4. Pilih cenderahati berupa botol kaca lut-sinar agar ia boleh diisi dengan kekacang, biskut, coklat mahupun makanan ringan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Doa Amalan Setiap Pagi. Jadikan Harimu Lebih Berkat & Dipermudahkan Urusan
Setiap pagi bila kita bangun, badan yang lesu menjadi kembali segar. Ucapkanlah Alhamdulillah kerana sekali lagi, hari in, kita diberi peluang untuk bernafas. Jangan sia-siakan peluang kehidupan ini dan berdoalah setiap hari kepada Allah memohon segala kebaikan.
– Daripada al-Munzir r.a., sahabat Rasulullah SAW, yang ketika itu sedang berada di Afrika. Dia berkata,
“Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sesiapa yang melafazkan kalimah ini pada pagi hari,
رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا
‘Aku telah redha ALLAH TUHANku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad Nabiku.’
Maka akulah (Nabi SAW) pemimpin (kaum muslimin) dan aku pasti memegang tangannya hingga aku memasukkannya ke syurga.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 2686) (Silsilah Ahadith al-Dha’ifah no. 5020)
– Daripada Abdurrahman bin Abza, daripada ayahnya, dia berkata,
“Rasulullah SAW pernah mengajar kami apabila salah seorang dari kami berada pada pagi hari, maka hendaklah dia berdoa,
أَصْبَحْنَا عَلَى فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ ، وَعَلَى كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ ، وَعَلَى دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَعَلَى مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا مُسْلِمًا ، وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
‘Kami berada pada pagi hari di atas fitrah Islam, kalimah ikhlas (dua kalimah syahadah), agama Nabi kami SAW dan agama nenek moyang kami Ibrahim yang lurus dan seorang muslim dan dia tidak di antara orang-orang yang musyrik.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 2989)
– Daripada Juwairiyah r.a. bahawa,
Nabi SAW keluar dari rumah Juwairiyah r.a. pada pagi hari setelah solat Subuh. Ketika itu Juwairiyah masih berada di tempat solatnya. Kemudian Baginda kembali pada waktu Dhuha sedangkan Juwariyyah masih duduk di tempatnya. Maka Baginda berkata, “Kamu masih belum beranjak dari tempatmu sejak aku keluar meninggalkanmu?”
Juwairiyah menjawab, “Ya.” Nabi SAW berkata, “Setelah aku keluar tadi، aku sedang melafazkan empat rangkai kata sebanyak tiga kali yang seandainya dibandingkan dengan apa yang telah kamu baca seharian tentu akan sama (sebanding). Iaitu ucapan,
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
‘Maha Suci ALLAH dengan segala Puji-NYA, Maha Suci ALLAH sebanyak hitungan makhluk-NYA menurut keredhaan-NYA, menurut kebesaran ‘Arasy-NYA dan sebanyak paparan kalimah-NYA.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 2516)
– Daripada Abu Musa r.a., dia berkata,
“Suatu ketika datang Rasulullah SAW saat kami sedang duduk-duduk, lalu Baginda bersabda, ‘Tidaklah aku berada pada pagi hari kecuali aku memohon ampun kepada ALLAH ketika itu sebanyak 100 kali.’” (Silsilah Ahadith al-Sahihah no. 1600)
Doa Khusus pada Waktu Petang
Daripada Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa,
Ada seorang lelaki datang menemui Nabi SAW, maka dia berkata, “Wahai Rasulullah! Aku tidak menemukan sesuatu pun malam tadi kecuali kala jengking yang mengigitku.”
Baginda bersabda, “Seandainya kamu berdoa pada petang hari sebanyak tiga kali (dengan membaca),
أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
‘Aku berlindung kepada ALLAH dengan kalimah-NYA daripada semua kejahatan apa-apa daripada yang diciptakan.’
Maka tidak ada sesuatupun yang akan membahayakanmu.” (Ringkasan Sahih Muslim no. 1453) (Sahih al-Tirmizi no. 3604)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Perempuan Kena Tahu, Lelaki Pandang 5 Benda Ini
Untuk memilih pasangan ataupun teman hidup ini bukanlah satu perkara yang mudah. Jangan hanya dinilai seseorang hanya kerana dari segi personalitinya sahaja. Kadang-kadang yang kaya itu pun boleh tentu akan membahagiakan anda. Jadi ada beberapa perkara yang anda harus tahu apa yang lelaki selalu pandang pada wanita sebelum mereka memlih untuk dijadikan pasangan.
1. Rupa
Ini adalah benda utama yang sering menjadi perhatian. Lelaki sememangnya mahukan benda yang indah dan cantik di matanya, begitu juga wanita. Tapi, rupa bukanlah segala-galanya.
2. Susuk tubuh
Kajian mengatakan lelaki memang lumrahnya melihat benda yang cantik sahaja. Bentuk badan wanita juga adalah amat penting bagi mereka.
3. Cara bercakap
Lelaki akan cair kalau wanita di depannya pandai berkata-kata dan lemah lembut.
4. Harta
Walaupun ciri ini kurang penting, tetapi zaman sekarang ini adalah ciri yang sangat penting perlu ada kerana tidak semua namanya lelaki itu kaya. Ini juga adalah masa depan anda bersama.
5. Persefahaman
Lelaki boleh lupakan semua di atas jika mereka sudah jumpa wanita yang sangat memahami mereka. Ini benda paling susah nak dapat kerana tidak semua wanita begitu.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amalan Diet Pisang Pada Waktu Pagi Boleh Turunkan Berat Badan
Dalam proses menguruskan berat badan, tiada jalan singkat untuk menjadi kurus seperti yang diimpikan. Anda perlu melalui beberapa fasa untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Buat yang sedang menjalani diet boleh mencuba diet dengan pisang.
The Morning Banana Diet atau dikenal juga dengan nama Asa-Banana Diet ialah jenis diet yang mengutamakan pengambilan pisang pada waktu pagi sebagai aturan utamanya. Banana diet atau diet pisang dicetuskan oleh sepasang suami isteri yang berasal dari Jepun iaitu Sumiko Watanabe, seorang ahli farmasi dan ahli dalam bidang perubatan untuk pencegahan penyakit. Suaminya, Hitoshi Watanabe, mempelajari ilmu perubatan dan kaunseling tradisional Cina.
Sejarah Diet Pisang
Diet ini bermula ketika pasangan Sumiko dan Hitoshi hendak berkahwin. Hitoshi mengalami kenaikan berat badan dan ingin menurunkan berat badannya sebelum berkahwin. Setelah mencuba beberapa aktiviti kecergasan dan diet, Hitoshi akhirnya berhasil menurunkan berat badannya dari 80kg menjadi 72kg, tetapi beratnya tidak boleh turun lebih jauh lagi dari angka 72kg. Sumiko kemudian menyarankan diet pisang dan diet ini berhasil membuat Hitoshi mencapai berat badan yang diinginkan. Hitoshi lalu menyebarkan diet ini kepada komuniti di internet dan diet pisang kemudian banyak diperbincangkan.
Aturan buat diet pisang
1. Makan pisang yang belum diolah untuk sarapan
Dalam diet ini, pisang akan menjadi makanan pertama yang anda ambil setelah bangun tidur. Pisang yang dimaksudkan ialah buah pisang, bukan yang sudah diolah menjadi makanan lain seperti pisang goreng atau kek pisang. Anda boleh mengambil lebih daripada satu buah sesuai dengan keinginan anda. Jika anda tidak suka pisang, anda boleh ambil buah lain tetapi hanya ambil satu jenis buah saja, misalnya menggantikan satu buah pisang dengan satu buah epal. Setelah itu tunggu 15-30 minit baharu anda boleh makan makanan lain.
2. Minum air putih
Anda disarankan untuk minum air putih ketika makan pisang di waktu sarapan. Jangan minum air sejuk, lebih baik jika anda minum air putih. Anda juga boleh minum teh untuk memanaskan badan. Jika ingin minum minuman lain, tunggulah 15-30 minit setelah sarapan pisang anda selesai. Diet ini tidak mengharuskan anda minum air putih hingga dua liter sehari kerana keperluan setiap orang berbeza-beza bergantung keadaan individu dan keadaan persekitaran seperti cuaca dan kadar kelembapan.
3. Anda boleh makan apa pun ketika makan tengah hari dan makan malam
Makanan yang disyorkan ialah makanan Jepun terutama nasi dengan beberapa lauk. Untuk makan malam, anda perlu makan sebelum jam 8 malam kerana jika anda makan terlalu dekat dengan waktu tidur, tubuh anda masih perlu bekerja untuk mencernakan makanan ketika anda tidur. Perkara ini akan menyebabkan anda rasa tidak segar dan keletihan (fatigue) ketika bangun esok hari, kerana waktu tidur anda tidak digunakan semaksimum mungkin untuk merehatkan organ-organ tubuh. Tubuh yang letih tidak akan boleh bekerja dengan maksimum, malah mendorong pada kenaikan berat badan. Selain itu, anda juga disarankan untuk memerhatikan isyarat yang diberikan oleh tubuh iaitu bila anda benar-benar rasa lapar dan bila anda sebenarnya sudah kenyang.
4. Makan pemanis mulut
Anda dibolehkan makan pemanis mulut, tetapi anda hanya boleh mengambil satu jenis pemanis mulut saja ketika makan tengah hari dan makan malam. Pemanis mulut boleh terdiri daripada coklat, kek dan makanan manis yang lain. Hindari pemanis mulut yang daripada bahan asas susu seperti aiskrim. Setelah itu, anda tidak disarankan untuk mengambil pemanis mulut lagi. Pemanis mulut setelah makan malam juga tidak digalakkan.
5. Tidur secukupnya dan hindari bangun tidur dengan jam yang ditetapkan waktu
Akan lebih mudah bagi anda untuk mengawal berat badan jika tubuh anda sihat dan tidak letih. Tidur sebelum tengah malam dan bangun tidur tanpa dibangunkan oleh jam adalah kunci tubuh anda dapat bekerja dengan normal tanpa adanya sumber stres tambahan. Bangun tidur menggunakan jam akan membuat otak anda berada di bawah tekanan atau stres sehingga membuatkan sistem pencernaan anda tidak berjalan lancar.
6. Silalah bersenam tetapi jangan terpaksa
Anda disarankan untuk bersenam, tapi pilihlah jenis senaman yang santai mketika melakukannya. Jika fikiran untuk perlu bersenam membuatkan anda stres, maka anda tidak perlu ‘benar-benar’ bersenam. Memilih aktiviti fizikal yang tidak membuatkan anda kehabisan nafas dan kelihatan seperti bukan jenis senaman yang membakar kalori boleh anda jadikan alternatif aktiviti fizikal. Misalnya dengan berjalan kaki santai atau hanya mengayun-ayunkan tangan.
Bagaimana kesan diet pisang terhadap kesihatan?
Makan buah di pagi hari baik bagi kesihatan. Buah mudah dicerna sehingga tidak memberatkan kerja pencernaan di pagi hari. Tidur sebelum tengah malam dan tidak makan selepas jam 8 malam juga dapat membantu menurunkan berat badan. Menurut kajian, orang yang memiliki waktu tidur 7-9 jam sehari cenderung memiliki berat badan yang normal. Anda juga akan cenderung makan berlebih atau makan makanan tidak sihat jika sedang dalam keadaan letih.
Saranan diet pisang untuk berhenti makan ketika anda sudah 80% kenyang juga dapat membantu anda mengawal jumlah kalori yang masuk. Membatasi pengambil pemanis mulut dan produk susu serta olahannya boleh mengurangkan pengambilan kalori terutama lemak dan gula sehingga dapat mencegah kenaikan berat badan yang diakibatkan oleh kelebihan kalori.
Diet pisang juga sangat menekankan pentingnya menjaga kesihatan tubuh dan menghindari stres baik fizikal mahupun emosional. Ini dapat membantu tubuh anda untuk berfungsi secara maksimum sehingga tubuh menjadi normal, termasuk sistem pencernaan.
Penurunan berat badan daripada diet pisang mungkin terjadi kerana anda akan cenderung makan lebih sedikit. Hanya makan buah untuk sarapan serta mengurangkan pemanis mulut dapat mendorong dalam penurunan berat badan. Diet ini tidak memaksa anda melakukan perubahan besar seperti menggantikan sebahagian makanan anda dengan sayur-sayuran atau mengharuskan anda bersenam beberapa jam dalam sehari. Pendekatannya lebih ke arah gaya hidup, maka penurunan berat badan yang terjadi juga cenderung lama dan mungkin tidak secara mendadak. Tetapi penurunan berat badan yang terjadi dapat bertahan dalam waktu lama kerana gaya hidup andalah yang sebenarnya diubah dalam diet ini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI