Mencintai seseorang adalah satu perkara yang amat berat dan bukannya satu mainan. Cinta juga bukanlah satu episod dalam kehidupan harian.
Membuktikan cinta yang kuat dalam perhubungan ini harusnya datang dari hati sendiri. Bukan mudah jika kita menerima pasangan hidup atas pilihan orang tua.
Jika zaman dahulu mungkin ia sesuai, tetapi dengan zaman serba moden dan berteknologi tinggi ini mustahil pilihan orang tua dapat membahagiakan anak-anak.
Doa dan restu dalam perhubungan cinta diantara anak dan pasangan pilihan sudah memadai.
Jika masih ada yang ingin atau berhajat untuk mencari jodoh untuk anak-anak, berfikir panjanglah jika berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini dalam rumah tangga mereka pasti sedih melihat keadaan tersebut.
Membina sebuah masjid adalah dituntut oleh Allah s.w.t. Maka kita sebagai insan haruslah menjaganya sebaik mungkin.
Lazimnya, anak lelaki yang sering dikenakan jolokkan anak emak ini bakal melepaskan tanggungjawab untuk mencari pasangan hidup mereka.
Ini kerana lelaki yang anak emak ini lebih gemar dan tertarik dengan wanita yang mirip gaya ibu mereka.
Dari segi perwatakan,percakapan, masak dan sebagainya.
Sempena menyambut hari ibu ini, Pesona Pemgantin ingin berkongsi tip kasih sayang dalam berpasangan.
1. Jujur dengan pasangan anda.
2. Terima seadanya.
3. Menghormati hak sesama pasangan.
4. Bertolak ansur.
5. Cepat meminta maaf jika melakukan kesilapan.
6. Jangan sesekali membelakangi psangan.
Enam tip ringkas ini mungkin dapat membantu pasangan yang asyik bercinta.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Tawan Hati Pasangan, Buat 15 Teknik ‘Gerenti Jadi’ Ini. Konfem Si Dia Cair!
Hubungan di alam rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Berbeza dengan pasangan yang baharu berkahwin, kebiasaannya semua nampak indah dan bahagia. Namun, adakah anda bersedia untuk menghadapi bahtera rumah tangga yang sebenarnya?
Jangan biarkan perselisihan faham menjejaskan kemesraan anda bersama pasangan. Tawan hati si dia agar perasaan cinta bertambah hari demi hari. Jom Pesona Pengantin kongsikan 15 teknik gerenti jadi ini untuk tawan hati si dia agar bertambah sayang dan cair!
1. Apabila berbual atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan pasangan dengan erat, duduk rapat, baring bersama atau biarkan pasangan berbaring di atas ribaan anda.
2. Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Temankan pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawanya semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Mengemas tempat tidur umpama baru berkahwin.
8. Ceritakan mengenai kerenah anak yang membuatkan pasangan anda gembira atau geli hati.
9. Usah dera pasangan secara fizikal dan batin.
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat atau orang yang ditemuinya.
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dulu, minta kebenaran daripada pasangan.
14. Salam, peluk, cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dengan 7 Cara Ini Masa Tidur Pun Boleh Turunkan Berat Badan
Jika anda sudah mencuba pelbagai tip untuk menurunkan berat badan namun masih belum berhasil, jangan sesekali berputus asa. Teruskan amalan anda itu dan dalam masa yang sama, tambahkan cara ini sebelum anda tidur agar impian untuk menurunkan berat badan dapat direalisasikan.
Menurut kajian Fred Turek, seorang ahli fizik dari Universiti Northwestern, diet dan senaman yang bersungguh-sungguh tidak akan membuahkan hasil jika kualiti tidur seseorang itu berada pada tahap yang tidak memberangsangkan.
Pastikan anda mula enam cara ini sebelum tidur malam nanti.
1. Makan malam awal
Jika anda ingin menurunkan berat badan, pengambilan makan malam awal sangat penting. Jangan sesekali makan lewat malam dengan alasan jika anda makan awal perut anda akan lapar kembali menjelang tidur. Dengan mengambil makan malam awal, sistem pencernaan tubuh dapat membantu sistem penghadaman sekali gus membuatkan kadar metabolisme berfungsi dengan baik ketika anda berehat ataupun tidur.
2. Ambil makanan atau minuman berunsurkan protein sebelum tidur
Jika anda gemar mengunyah snek sebelum tidur, gantikan sahaja dengan makanan atau minuman berunsurkan protein seperti yogurt atau susu. Khasiat protein itu akan menggalakkan otot untuk dirawat sepanjang malam. Lebih banyak otot yang terbina, lebih banyaklah kalori yang akan dimusnahkan ketika tidur. Malah protein ini juga akan membantu anda untuk tidur lebih lena.
3. Padam semua gajet atau barangan elektronik
Sebelum anda ingin melelapkan mata, pastikan anda memadam segala gajet atau barangan elektronik di bilik tidur. Kajian dari Manchester University mengatakan short-wave length cahaya biru yang dipancarkan daripada tablet atau telefon pintar boleh mengganggu penghasilan melatonin yang ada di dalam tubuh anda selain mengganggu metabolisme dalam badan.
4. Tidur dalam bilik gelap sepenuhnya
Dalam satu kajian yang dijalankan menerusi Journal of Pineal Research mengatakan jika anda berada di dalam ruang yang 99 peratus gelap tanpa sebarang pencahayaan, tubuh akan menghasilkan hormon melatonin. Ia bukan sahaja membuatkan anda lebih mudah untuk tidur, dalam masa yang sama membantu untuk menghasilkan pembakaran kalori lemak coklat.
5. Rendahkan suhu bilik
Tidur di dalam suhu bilik yang sejuk akan membantu anda untuk membakar kalori sepanjang malam. Ini kerana mekanisme pertahanan semula jadi badan dibina supaya jika anda rasa lebih sejuk, badan akan membakar lebih banyak kalori untuk memanaskan badan. Walaupun mungkin jumlah pembakarannya tidaklah banyak namun ia masih boleh membantu anda untuk membakar kalori.
6. Tidur tanpa pakaian
Menurut penulis buku “The Hormone Diet” iaitu Dr. Natasha Turner, jika tidur tanpa pakaian, badan seakan-akan menekan butang reset kepada hormon fat loss dengan cara merembeskan hormon yang boleh membina sel di dalam tulang, kulit dan otot ketika tidur sekali gus menggalakkan penurunan berat badan. Menurutnya lagi, keadaan badan yang tidak berbaju akan membuatkan badan anda sejuk di mana ia sangat bagus untuk rembesan hormon tersebut. Malah cara ini juga akan mengurangkan hormon kortisol yang menyebabkan anda stres serta memelihara tenaga di dalam badan anda ketika tidur. Emmm…. Pelik bukan?
7. Tidur selama tujuh atau lapan jam
Usahakanlah untuk mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi selama tujuh hingga lapan jam sehari. Selesaikan tugas seawal mungkin dan elakkan daripada berjaga sehingga larut malam. Tidur malam yang baik dan berkualiti boleh meningkatkan kesejahteraan pada tubuh badan. Apabila kurang tidur, metabolisme badan anda akan terganggu dan menjadi perlahan pada siang hari. Ini akan menyebabkan anda cenderung untuk makan banyak sekali gus menambahkan berat badan. Oleh itu ubahlah tabiat tidur anda dari sekarang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Jumpa Mentua, Kena Pandai Cakap, Baru Boleh Jadi Geng!
Kejutan menghadapi budaya hidup keluarga mertua sering berlaku kepada pasangan yang baru berkahwin, sehingga kadang-kadang jika tidak ditangani dengan baik, boleh menyebabkan krisis dalam rumah tangga.
Perbezaan ini memerlukan penyesuaian kerana walaupun berbeza status tanggungjawab menghormati dan melayan ibu bapa mertua dan keluarganya adalah sama seperti kita menghormati dan melayan ibu bapa kandung dan kaum kerabat sendiri.
Hubungan dan komunikasi dengan keluarga mertua perlu dikendalikan secara hormat dan hikmah malah bersama ipar duai juga perlu dipelihara kerana perkahwinan bukan sahaja membina hubungan suami isteri, ia juga menghubungkan tali silaturrahim dan persaudaraan antara dua buah keluarga yang sebelum ini mungkin belum pernah mengenali antara satu sama lain.
Panduan mengelakkan masalah hubungan dan komunikasi:
1. Bersifat terbuka dan bersangka baik kepada keluarga mertua walaupun mempunyai pendapat yang berlainan. Pasangan kita mungkin boleh menjadi perantara untuk menyatukan dua pendapat yang berbeza. Elakkan buruk sangka bagi mengelakkan pertengkaran yang boleh menjejaskan lagi hubungan anda dengan keluarga mertua.
Baca artikel UNTUNG Isteri Dapat MENTUA Supportive. Ini RAHSIA Nak Tackle Hati Mak Ayah Suami.. – Pesona Pengantin
2. Menunjukkan kegembiraan apabila mereka berkunjung ke rumah anda melalui huluran salam, layanan mesra dan menyediakan hidangan yang enak mengikut kemampuan.
3. Apabila keluarga mertua membuat aktiviti atau program maka anda sebagai menantu perlulah memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti atau program yang dirancang, jika tidak dapat menghadirkan diri berilah alasan secara baik agar tidak menyinggung perasaan pihak mertua.
4. Jika anda mempunyai masalah dalam rumah tangga, mereka juga boleh menjadi tempat untuk anda meminta nasihat dan bimbingan. Jangan sesekali abaikan mereka dalam membuat sesuatu keputusan.
5. Sentiasa ingat bahawa pengorbanan kita memendam rasa akibat rasa kurang senang atau tidak puas hati terhadap keluarga mertua atau ipar duai mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan doa dan restu mereka untuk kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat. Mereka juga sama seperti ibu bapa kandung kita mendoakan yang terbaik dan tidak ada ibu bapa yang sanggup mendoakan sesuatu yang buruk terjadi pada anak menantu mereka.
6. Tidak mencampuri urusan keluarga mertua terutama dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan diminta pandangan atau nasihat. Jangan cuba berlagak pandai dalam menguruskan hal-hal keluarga mertua jika pandangan anda tidak diperlukan. Anda bukan akan menyelesaikan masalah tetapi akan lebih menambahkan masalah. Lebih berhati-hati bila bercakap jika melibatkan sesuatu yang sensitif tentang keluarga mertua anda.
7. Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan dan tidak menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka. Jangan sesekali gunakan bahasa yang kasar yang boleh menampakkan sikap kurang ajar anda.
8. Berbuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan merupakan salah satu cara suami atau isteri menzahirkan rasa kasih sayang kepada pasangan. Hormatilah juga saudara mara yang lain seperti mana anda menghormati suami anda.
Tonton juga video di bawah:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI