Kad jemputan telah pun diedarkan kepada semua senarai tetamu. Ini menandakan tinggal beberapa hari lagi majlis perkahwinan anda akan dilangsungkan. Dalam membayangkan kemeriahan itu nanti, apa yang lebih penting saat ini adalah anda perlu meningkatkan tahap kesihatan diri.
Maklumlah, bukankah anda merupakan ‘orang penting’ pada majlis tersebut terutama ketika musim hujan begini. Semua mata akan tertumpu kepada anda.
Sudah pasti anda tidak mahu di hari bahagia itu nanti, wajah sugul yang anda pamerkan kerana kurang sihat atau sebagainya. Jadi untuk menjamin tahap kesihatan yang stabil, ayuh tingkatkan lagi tahap kesihatan anda dengan cara yang berkesan.
1. Tidur Yang Berkualiti
Berdasarkan kajian, sebahagian wanita hanya tidur enam jam sahaja sehari. Ini menyebabkan terdapat lebam-lebam hitam di keliling mata. Kekurangan tidur membuatkan kekuatan badan akan menurun dan mengalami keletihan. Jadi, untuk anda merasa badan lebih segar dan sihat, anda hendaklah mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti sekurang-kurangnya lapan jam sehari.
2. Ketawa
Merupakan satu senaman ringan yang bermanfaat untuk menurunkan berat badan serta melancarkan saluran pernafasan. Selain itu, ia dapat menyingkirkan sel-sel penyakit dalam tubuh. Jadi, anda tidak perlu gusar memikirkan hari-hari bahagia yang bakal dilalui nanti. Tempuhlah dengan gembira bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ads
3. Jangan Pendam Emosi
Perasaan anda tentunya bertambah rungsing, lebih-lebih lagi jika hanya tinggal beberapa hari dalam membuat persiapan perkahwinan. Mungkin hantaran, cenderahati atau bunga telur belum siap sepenuhnya. Jadi, janganlah terlalu bimbang dan memendam emosi hingga menjejaskan mood anda. Minta bantuan daripada keluarga dan sanak-saudara. Sentiasa berfikiran positif kerana ia akan membantu meningkatkan kekuatan diri.
4. Elakkan Stres
Stres yang berpanjangan membuatkan diri anda tidak menentu dan secara tidak langsung, mengganggu emosi anda. Jangan biarkan diri anda kelihatan lemah dan tidak bermaya di hari persandingan.
5. Ambil Vitamin
Kesibukan membuat persiapan tentu membuatkan anda tidak cukup makan. Jangan biarkan diri anda tidak terurus sebegitu. Ambil vitamin A, C, E dan mineral agar dapat menstabilkan tubuh anda dan menggantikan supplement makanan.
Ads
6. Minum Air Masak
Sesibuk manapun, jangan dilupa perihal minum. Sekurang-kurangnya ambil 8 gelas sehari untuk menampung dan menjaga selaput lendir di hidung dan kerongkong.
7. Senaman
Amalkan senaman setiap pagi untuk menjadikan badan lebih sihat. Jika anda abaikan tentunya akan melemahkan sistem imun diri. Pastinya anda tidak mahu kelihatan lemah pada hari keraian bukan?
Ads
8. Kurangkan Makanan Manis
Jangan membenarkan diri anda mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan baju pengantin yang anda tempah tidak muat. Ia bukan sahaja mendatangkan penyakit tetapi boleh mempengaruhi penampilan anda di hari bahagia.
9. Tingkatkan Pengambilan Makanan Berkhasiat
Ambil makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan, kacang dan jus yang boleh mengatasi gangguan kesihatan anda.
10. Terapi
Perkara penting beberapa hari sebelum tibanya hari perkahwinan adalah dengan melakukan terapi seluruh badan. Ini akan memerikan tubuh anda lebih segar, sihat dan menghilangkan tekanan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi wanita yang memilih untuk berada di samping lelaki berusia, lebih dewasa dan berpengalaman pastinya merupakan momen yang menyenangkan. Kajian mendapati lelaki berusia merupakan lelaki yang sempurna dan memiliki banyak keistimewaan sehingga membuatkan wanita mudah tergoda dan jatuh cinta dengan mereka.
Faktor berikut menjadi sebab mengapa lelaki berusia merupakan sahabat juga pasangan terbaik buat wanita.
1. PENYABAR
Ramai mengatakan lelaki yang lebih berusia daripada pasangannya adalah seorang yang penyabar. Sedar atau tidak, lelaki yang matang memiliki peribadi yang lebih tenang dan lebih menghargai orang di sekitarnya. Mereka juga akan berusaha untuk mengalah demi kebaikan dirinya mahupun kebaikan pasangan.
2. SEKSI & MENAWAN
Wanita melihat lelaki yang lebih berusia sebagai seorang yang seksi dan menawan. Selain memiliki fizikal yang gagah, lelaki berusia antara 27 hingga 35 tahun merupakan lelaki yang jelas akan tujuan hidupnya, punya pekerjaan yang lebih terjamin serta stabil kewangannya.
3. ADA BANYAK PENGALAMAN
Faktor usia yang sudah matang membuatkan lelaki mampu melakukan hal-hal terbaik untuk dirinya sendiri ataupun orang lain. Dia juga telah banyak belajar daripada kesalahannya di masa muda sehingga dia tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Malah dia juga menjadi seorang yang lebih berhati-hati dan akan berfikir dahulu sebelum melakukan sebarang tindakan.
4. PENUH RASA HORMAT
Lelaki yang berusia dan matang ialah lelaki yang sentiasa memperlakukan pasangannya atau orang di sekitarnya dengan penuh rasa hormat. Lelaki ini akan berusaha menunjukkan sikap terbaik pasangan kepada rakan kerja, teman dan juga keluarga. Selain menunjukkan rasa hormat, dia juga sentiasa menjadi pendamping yang menyenangkan, menyayangi dengan penuh kasih dan sentiasa berlaku dewasa.
5. TEGAS & DISIPLIN
Tegas dan disiplin merupakan sifat bawaan daripada setiap lelaki yang sudah matang. Tidak suka pada suatu yang remeh, selesa dengan dirinya sendiri dan sentiasa berusaha untuk membuatkan orang yang disayangi rasa selesa serta dihargai.
* Waau bagaimanapun, tidak semua lelaki berusia daripada pasangan adalah yang terbaik dan bersifat dewasa. Masih ramai lelaki muda yang turut memiliki pemikiran dewasa dan matang. Hal ini bergantung pada corak pemikiran serta pengaruh persekitaran terhadap dirinya sendiri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat mak ayah, bila anak dah kahwin anda kena belajar ‘melepaskan’ untuk anak menantu belajar buat keputusan dalam hidupnya.
Sebab jika terlalu masuk campur, risau anak menantu rasa tak selesa dan hal kecil pun boleh buat gaduh suami isteri.
Bila Anak Dah Kahwin
Salah satu masalah rumah tangga, ada mentua tak boleh nak ngam dengan menantu sebab kononnya perangai mereka itu tak seperti yang dibayangkan.
Maklumlah, tengok anak menantu orang lain, elok perangainya tetapi kita sendiri tak bahagia. Lagi teruk, bila anak menantu ada masalah, mentua hanya back up anaknya. Yang buruk-buruk, katanya itu bukan dari belah keturunannya!
Allahu… malanglah menantu yang mempunyai mentua sedemikian rupa. Tidak semua mentua bersikap seperti ini tapi ada. Untuk renungkan bersama, jemput baca perkongsian daripada saudara Firdaus Shakirin ini.
Biar Ada Batasnya Untuk Campur Tangan
Kepada yang bergelar ibu mertua, anda patut tahu batasan anda untuk mencampuri urusan rumah tangga anak anda. Hak untuk masuk campur tu hanya dibolehkan dengan tujuan menasihati anak menantu agar hubungan mereka tak berakhir dengan penceraian, bukan membuatkan mereka bercerai.
Menasihati… mengajar… membimbing… ingat mengingati akan tanggung jawab untuk satu sama lain.
Dan bukannya ingin mengetahui apa yang anak menantu tengah buat, ingin mengetahui ke mana anak menantu ingin pergi, cuba membanding-bandingkan cara menantu dan cara dirinya, cuba mencari salah menantu, sukar untuk menerima seadanya diri menantu itu.
Menantu yang hadir dalam hidup seorang mertua itu adalah orang yang menjadi pilihan anaknya. Bila anaknya mengahwini orang tersebut, dengan izin dan redha dari mertua itu sendiri, maka mertua perlulah berlapang dada dan bersikap terbuka untuk menerima kehadiran “orang baru” dalam keluarga kita.
Dia mungkin tak seperti yang kita jangka, tapi dia PILIHAN ANAK KITA. Jangan anggap dia macam ORANG LUAR.
Bagi Anak Uruskan Rumah Tangganya
Mertua yang campur tangan dalam rumah tangga anak-anaknya ini bukanlah satu urusan yang mudah untuk ditangani. Mertua yang baik kefahaman agamanya, akan membiarkan anaknya menguruskan dan mengendalikan rumah tangganya sendiri tanpa perlu campur tangan dari dirinya. Dia hanya akan mengingatkan anaknya supaya menghargai isteri, ingat pengorbanan isteri, jangan sia-siakan isteri KERANA dia juga seorang isteri. Dia lebih tahu apa yang seorang isteri mahukan dari seorang suami.
Biasanya orang berkahwin dengan harapan untuk membentuk keluarganya sendiri dan bukannya mertua yang membentuk keluarganya menjadi seperti yang dikehendaki mertua. Mentua, tolong belajar untuk menerima hakikat ini.
Jangan terlalu masuk campur dalam urusan rumah tangga anak menantu. Jangan rosakkan rumah tangga anak-anak disebabkan JAHILnya diri kita menjadi seorang mertua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang, dah kahwin rezeki laju je masuk. Tapi ada sesetengah pasangan yang terasa terbeban dengan kedudukan kewangan rumahtangga mereka. Jangan salahkan takdir kerana Allah dah sediakan banyak rezeki untuk kita cari.
Tapi pernah tak anda terfikir yang rezeki itu boleh dicari dengan berusaha. Dan rezeki juga ada kena mengena dengan apa yang berlaku di dalam rumah kita sendiri. Sebab itulah duit sentiasa tak cukup, emosi tak stabil dan cepat sangat naik marah. Keadaan rumahtangga anda pula asyik tidak tenang, serabut dan serba tak kena.
Nak tahu apa puncanya? Kita periksa hal ini satu per satu:
Dapur tak bersih
Sebelum tidur, anda pernah tak menjengah sinki di dapur. Pinggan mangkuk yang dilonggokkan di dalam sinki menjadi punca jin dan syaitan mencari makanan. Walaupun letih, jangan pernah biarkan sinki anda penuh dengan pinggan mangkuk yang kotor.
Rumah bersawang
Rumah yang ditinggalkan seringkali penuh dengan sawang. Tapi ada juga rumah yang berpenghuni tetap bersawang kerana tuan rumah pun tak ada masa nak bersihkan. Sebab itulah mak-mak kita selalu pesan cuci sawang di rumah.
Tandas kotor
Tandas memang menjadi tempat tinggal jin dan syaitan. Setiap kali tibanya waktu Maghrib, berpusu-pusu syaitan masuk ke dalam bilik air. Dan syaitan sememangnya sangat sukakan tempat kotor.
Pintu tandas terbuka
Bila pintu tandas terbuka, seronoklah jin dan syaitan bermaharajalela. Itulah ‘taman permainan’ mereka. Pastikan pintu tandas sentiasa di tutup. Untuk tandas duduk pula, tutuplah bahagian atas itu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!