Siapa yang nak kahwin ngan orang Melaka tu, korang kena hadam dengan perkara-perkara ni.
1. Kena faham orang Melaka sedara mara ramai dan suka lepak kat rumah. Jangan tarik muka kalau sedara mara pasangan datang.
2. Orang Melaka suka buat kenduri, kejap kejap kenduri, kejap kejap kenduri, kata sedulang dua tapi jemputan sekampung, so kenalah pandai suaikan diri kat rumah mentua. Nak sambut puasa pun dua tiga kali kenduri.
3. Prinsip masak kenduri biar lebih jangan kurang, tetamu jangan putus suap. Selagi boleh letak je makanan biar orang makan puas-puas.
Ads
4. Pantang orang Melaka kalau orang datang rumah dijamu air je, cikai cikai pun kopi ngan jemput-jemput cicah sambal goreng ikan bilis. Tak mainlah sos cili..
5. Kat kampung jangan terkejut kenapa orang Melaka suka masuk rumah orang ikut pintu dapur. Mesra kot..
6. Kalau tengah makan, ada orang cakap “Hujan ribut pun dah beghenti, kau makan ni bila nak beghenti” buat tak layan je, kalau pandai jawab balik. Skil menjawab kena belajar dulu ya.
Ads
7. Bila sedara nak balik dari rumah kita, ingat hantar sampai depan pintu pagau sebab banyak lagi mini spot nak sambung cerita sebelum ke pintu pagau, kat pintu depan rumah stop kejap sambung borak, masa sarung slipar stop lagi, masa kat pagau pun stop lagi, dah masuk keta pun dia turunkan tingkap sambung borak.
Ads
8. Orang Melaka suka jaga laman rumah, jadi bila balik rumah mentua, rajin rajin le tolong mentua sapu laman ke, potongkan rumput ke, sambil sambil tu borak lagi..kadang kadang mesin rumput pun boleh jadi mini gathering, siap ada kopi bagai dihidang.
9. “Hawau” jangan terus guna kalau baru kenal, kena take time, dah mesra sampai boleh tontong rokok barule boleh pakai, selagi belum, cakap biasa. Jangan paksa nak cakap Melaka sebab buruk nau bunyiknya.
10. Waktu malam, rumah orang Melaka keliling rumah pasang api (lampu ya..jangan keliru) tak suka bergelap. Sebab tu kedai jual lampu banyak kat Melaka.
Kredit: Suara Rakyat Melaka
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagusnya sikap pelakon, Harris Alif mengakui berkahwin pada usia muda bukan perkara mudah buatnya memandangkan dia perlu memikul tanggung jawab besar sebagai suami.
Melihat keadaan ekonomi yang tidak menentukan membuatkan Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashid, 25, bekerja keras demi memberikan kehidupan selesa buat keluarga.
Harris Alif Kerja Keras Demi Tanggung Jawab Anak Isteri
Menerusi portal Mstar, suami Intan Ladyana ini berkongsi,“Kehidupan sekarang ini makin keras sebab bila sudah ada seorang anak dan tanggung jawab dengan isteri pula di samping anak kedua yang bakal lahir tak lama lagi jadi saya perlu lakukan sesuatu untuk tambah pendapatan.
Aktif Di Media Sosial Cari Rezeki
Tambah pula bakal diserikan dua anak, Harris cuba mencari rezeki dalam bidang perniagaan dan aktif di TikTok.
“Walaupun bukan dalam dunia seni tapi saya ada kerja lain macam uruskan perniagaan dan dalam masa sama aktif di TikTok juga, bila dah mula kenal dunia TikTok ni baru tahu boleh jana pendapatan juga.
“Bila saya buat live tu dan menyanyi mereka akan berikan ‘gift’, daripada situ boleh juga dapat duit lebih, memang keras ekonomi sekarang ini bukan saya saja tapi semua orang yang laluinya jadi perlu bertindak cepat supaya tidak jauh ketinggalan nanti,” kata Harris.
Begitulah sikap seorang suami yang bertanggung jawab, tahu tugasnya untuk mencukupkan keperluan anak isteri. Tiada istilah tak ada rezeki masuk jika rajin buat dua tiga kerja, nak-nak hidup zaman sekarang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyak sebenarnya peringkat untuk mengenali keluarga bakal pasangan. Dah lepas stage mak ayahnya, kena pula lalui peringkat ambil hati adik-beradiknya pula. Ada pasangan kita yang sangat rapat dengan adik-beradik. Kadang-kadang sampai mereka juga turut terlibat untuk memilih pasangan hidup kita.
Nak masuk dalam keluarga pasangan, jangan sesekali abaikan perasaan dan penerimaan adik-beradiknya. Cubalah ambil hati mereka sikit kerana daripada mereka jugalah kita boleh tahu apa yang pasangan kita suka dan tak suka.
Di sini ada beberapa panduan yang anda boleh cuba. Bukan susah pun ambil hati mereka. Asalkan anda ada personaliti menarik, pandai ambil hati dan tak nampak annoying di mata mereka, tentu semuanya berjalan lancar.
Ajak keluar makan
Kalau anda ada bajet lebih, ajaklah mereka keluar makan berdua dengan anda. Mula-mula memang rasa awkward tapi bila dah selalu jumpa mungkin akan terbiasa. Masa inilah anda boleh kenal bakal ipar atau ipar anda dengan lebih dalam.
2. Sering menghubungi
Sekarang ni ada banyak cara anda boleh menghubungi seseorang. Bertanya khabar melalui whatsapp salah satu daripadanya.
3. Ambil tahu
Ambil tahu bila tarikh hari lahir atau tarikh ulangtahun perkahwinan mereka. Selain hadiah, ucapan juga menjadi tanda mereka juga penting untuk anda.
4. Saudara sendiri
Selain adik-beradik kandung, anggaplah mereka juga sama seperti adik-beradik sendiri. Mesralah dengan mereka dan sayangi mereka sebagaimana anda menyayangi adik-beradik sendiri.
5. Jemput ke rumah
Bila dah berkahwin, ajaklah mereka datang ke rumah. Jamu dengan makanan yang anda masak sendiri. Sambil-sambil tu, mintalah petua masakan atau tanyalah apa yang mereka pandai masak. Puji-puji sikit, jangan lupa tu!
6. Kenalpasti hobi mereka
Anda kena peka sedikit dengan sekeliling. Bila berkunjung ke rumah mereka, anda boleh tahu apa yang mereka minat. Mungkin lepas ni anda juga boleh join mereka sekali!
7. Jangan sekat hubungan persaudaraan
Jangan sesekali sekat hubungan pasangan dengan adik-beradik mereka. Itulah ‘pantang’ yang perlu anda elakkan. Sekiranya mereka ingin keluar bersama, berilah peluang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai calon pengantin pasti mengalami situasi panik menjelang hari perkahwinan. Tidak kurang juga dalam mempersiapkan hari bahagia tersebut pasangan mempelai akan menjadi tertekan dan kelam kabut gara-gara banyak perkara yang perlu diselesaikan.
Sebenarnya jika kena dengan caranya, persediaan majlis perkahwinan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa ‘pusing kepala.’
Berikut ini dikongsikan beberapa tip tentang persediaaan majlis perkahwinan cara bebas stres.
Konsep Perkahwinan
Tentukan dahulu konsep perkahwinan secara keseluruhan. Apakah konsep yang anda mahukan. Buat senarai semak untuk pemilihan konsep perkahwinan sama ada ingin dilangsungkan indoor atau outdoor. Ini amat penting kerana ia sangat mempengaruhi bajet anda.
Buat Timeline
Cubalah untuk membuat data keperluan dan apa sahaja yang perlu dilakukan. Kemudian atur waktu bila anda akan melakukannya. Dengan adanya timeline, anda tidak akan pening mengatur waktu pertemuan dengan pihak vendor.
Jumlah Undangan
Tentukan jumlah undangan sejak dari awal. Ini kerana ia akan mempengaruhi bajet lainnya. Berbincanglah dengan kedua belah pihak keluarga mengenai siapa yang perlu diundang. Dengan mengetahui jumlah pasti undangan, maka anda dapat membuat anggaran kuantiti makanan yang perlu dipesan. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa makanan adalah perkara yang memerlukan bajet yang tinggi.
Pemilihan Juru Mekap
Solekan wajah merupakan agenda penting bagi memastikan aura wajah ratu tampil glam di hari bersejarah. Jika ingin ‘selamat,’ peruntukkan 10 hingga 12 bulan sebelum hari perkahwinan untuk memilih juru mekap yang sesuai. Ini penting supaya anda berkesempatan untuk mecuba mekap yang sesuai.
Perancang Perkahwinan
Sebahagian besar pasangan mempelai enggan menggunakan khidmat perancang perkahwinan kerana bimbang dengan kos yang perlu dibayar. Sedangkan hakikatnya mengambil khidmat perancang perkahwinan banyak membantu pasangan mempelai merencanakan persediaan majlis perkahwinan secara teratur. Malah, sebenarnya ia boleh disesuaikan dengan bajet yang diperuntukkan oleh bakal mempelai.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!