Jika anda perhatikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan mahu pun pertunangan pastinya anda akan sering melihat pengantin perempuan dibekalkan dengan bunga tangan atau di panggil hand bouquet.
Selain dari elemen-elemen pada pakaian anda, perhatian harus juga diberikan kepada bunga tangan ini kerana ianya memainkan peranan yang amat besar pada penataan diri anda.
Fungsi utama bunga tangan ini adalah ianya mampu meningkatkan keceriaan kepada pengantin. Selain itu dengan adanya bunga tangan ini, ia dapat meningkatkan mood pada majlis itu.
Warna Bunga
Warna bunga tangan hendaklah bersesuaian dengan warna tema perkahwinan dan juga pakaian mempelai itu sendiri. Carilah warna yang seiringan dengan keseluruhan pakaian pengantin tapi jangan serupa pula! Jika sama warna dengan pakaian maka tidak akan nampaklah elemen bunga ini.
Ads
Elakkan juga warna bunga tangan yang terlalu kontras dengan pakaian. Jika ingin lebih menarik anda boleh cuba gabungkan dua atau tiga warna yang hampir sama. Tapi janganlah terlalu banyak warna hingga menjadi cacamarba pula.
Elakkan warna yang terlalu terang. Juga elakkan warna floresen. Ia akan membuatkan pengantin nampak agak garang. Warna lembut tentunya lebih sesuai. Ia akan menampakkan anda lebih lemah-lembut dan pastinya lebih ayu.
Bentuk Dan Saiz
Bentuk bunga tangan pula biasanya agak ringkas. Jambangan ini dibentuk dengan menggabungkan beberapa kuntum bunga dengan tangkai yang sederhana panjang. Tangkainya biasa akan diikat dengan reben yang dilepaskan sederhana panjang.
Ads
Warna reben juga memainkan peranan penting dalam membentuk jambangan yang menarik. Jambangan yang dibentuk ini janganlah terlalu besar hingga menenggelamkan pengantin pula. Pastikan juga ikatannya kemas kerana anda pastinya tidak mahu bunga tangan ini terlerai ketika majlis berjalan.
Jenis Bunga
Bagaimana pula halnya dengan jenis bunga? Adakah anda inginkan bunga asli atau bunga tiruan?
Ads
Jika dibuat perbandingan sudah tentulah bunga asli jauh lebih menarik. Tapi harus diingat dari segi bajet sudah tentulah ianya lebih mahal dari bunga tiruan. Penjagaannya juga harus diambil kira agar bunga tersebut tidak layu.
Biasanya bunga asli ini akan dibiarkan terendam di dalam air sebelum digunakan. Apabila hendak digunakan sila pastikan ianya dilap dengan kering air pada tangkai ditoskan agar tidak membasahkan pakaian pengantin. Bunga asli yang biasa digunakan adalah seperti ros (mawar), tulip, lily, daisi dan juga orkid.
Bunga tiruan pula lebih murah harganya dan ia diperbuat dari plastik atau pun kain. Tapi harus juga diingat bahawa murah tu tak semestinya tak cantik. Kalau kena gayanya ianya tetap akan tampak menarik. Ada juga penggubah yang mahir mengadunkan bunga asli dengan elemen-elemen lain seperti kristal, manik dan reben.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang masih tentang perbezaan Wang hantaran dan mas kahwin. Pada pasangan yang bakal berkahwin anda perlu tahu kedua-duanya mempunyai perbezaan. Malah, yang lebih mengejutkan ada yang menganggap kedua-duanya adalah wajib dan termasuk dalam rukun perkahwinan.
Di sini kami akan berkongsi apa maksud dan beza antara wang hantaran dan mas kahwin supaya bakal pengantin dan yang masih bujang mudah memahami maksud sebenar.
Wang hantaran
Wang hantaran merupakan hadiah berbentuk wang tunai yang diberikan oleh pihak lelaki kepada keluarga pengantin perempuan. Nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga. Biasanya nilai wang hantaran adalah tinggi kerana ia digunakan sebagai tanggungan majlis pernikahan dan kenduri kendara. Wang hantaran merupakan adat dan ianya tidak wajib serta tidak menghalang perkahwinan daripada berlaku.
Mas kahwin
Mas kahwin atau mahar merupakan pemberian wajib oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan. Ianya telah ditetapkan oleh syarak dan nilainya pula adalah mengikut negeri. Ini kerana ia ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam di negeri masing-masing. Jadi di setiap negeri, kita akan dapati ada perbezaan nilai mas kahwin. Selain itu, ada juga negeri yang tidak menetapkan nilai mas kahwin seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Mas kahwin adalah hak isteri. Ia tidak boleh diambil oleh ibubapa atau si suami melainkan dengan kebenaran si isteri. Allah swt telah berfirman dalam surah an nisa ayat yang ke 4;
“Berilah mereka mahar dengan penuh ketulusan. Tetapi jika mereka rela memberikan sebagian dari mahar, maka ambillah dengan cara yang halal dan baik.”
(An nisa : 4)
Semoga informasi ini memberi manfaat kepada anda.
Sumber : Baitulmuslim
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menyempurnakan majlis perkahwinan agar berlangsung dengan sukses menuntut masa yang panjang dengan bantuan mental dan fizikal yang sihat. Semua pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan mendambakan satu majlis yang sempurna.
Memuaskan para tetamu undangan juga menjadi hal yang wajib dilaksanakan oleh setiap bakal pengantin sebagai penanda aras berjayanya sesebuah majlis perkahwinan. Oleh itu bakal pengantin perlulah memberi perhatian pada beberapa perkara berikut agar majlis anda berlangsung dalam suasana yang lancar.
1. Pastikan tok kadi dan saksi hadir tepat pada waktunya
Kehadiran tok kadi sebagai juru nikah perkahwinan tentunya menjadi perkara terpenting agar majlis anda berjalan lancar. Bayangkan ketika semua tetamu undangan telah hadir, makanan sudah dihidangkan dan seluruh keluarga besar telah hadir, tetapi tok kadi dan saksi belum menampakkan dirinya, apa yang bakal anda lakukan? Yang pasti jangan panik, maka untuk menghindari hal itu segera pastikan pegawai tersebut hadir dan catat nombor telefonnya agar mudah dihubungi. Kalau perlu, lakukan perjanjian dari awal dan suruh orang menjemput pegawai tersebut agar anda boleh memastikan sendiri kehadirannya dalam perkahwinan.
2. Beri perhatian pada keselamatan persekitaran
Mempersiapkan keadaan keselamatan merupakan hal yang paling penting anda perhatikan. Dengan keadaan ramai orang yang berkerumun tentunya terdedah akan hadirnya orang-orang yang memiliki niat jahat di dalam majlis perkahwinan yang anda buat. Untuk itulah peranan petugas keselamatan seperti polis atau rela perlu ditingkatkan untuk mengusir kejadian yang tidak di ingini.
3. Periksa persiapan semua vendor perkahwinan
Dalam menyelenggarakan majlis perkahwinan, persiapan seluruh vendor seperti photography, katering, dekorasi dan juru mekap menjadi satu kesatuan yang saling menyempurnakan. Kehadiran mereka semua tentunya sangat membantu menjayakan acara yang telah anda buat.
Maka dari itu, sebelum menjalin kontrak kerjasama, pastikan terlebih dahulu bahawa vendor yang telah anda pilih sudah memiliki track record yang jelas dan sudah berpengalaman dalam bidang perkahwinan. Kerana jika tidak dipilih betul, alih-alih majlis menjadi kucar kacir akibat perihal vendor yang dipilih oleh anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbulan madu atau ‘honey moon’ adalah perkara yang sangat perlu buat pasangan yang baru berkahwin. Ini adalah waktu yang sesuai untuk anda mengenali pasangan lebih rapat lagi.
Tak kisahlah bulan madu didalam atau luar negara, yang penting waktu hanya anda berdua. Bercerita kisah percintaan anda, mengenal hati budi, malah ia boleh mengeratkan lagi hubungan anda dan pasangan.
Namun, kalau baru sahaja berkahwin dan masih tiada bajet tak perlu lah untuk bulan madu ditempat yang jauh kerana tambang perjalanan akan menjadi tinggi. Tahu tak sebenarnya dalam Malaysia ni banyak sangat tempat bulan madu yang sesuai. Lihat ini!