Rumahtangga yang normal pasti ada turun dan naiknya. Ada pahit, manis, masam dan masin. Cuma yang membezakan suatu rumahtangga ialah bagaimana peranan itu dimainkan oleh setiap pasangan suami isteri. Perlu diingat jangan sesekali membuat persamaan rumah tangga anda dengan orang lain. Lihat 10 petua ini untuk kebahagiaan dalam rumah tangga.
Hargai pasangan, terima kekurangan
Sebarang pertolongan, nasihat, peringatan, hadiah dan apa sahaja yang diterima, sentiasa bersikap berterima kasih kepada pasangan, walaupun hanya dengan sebuah ukiran senyuman yang ikhlas. Masing-masing dilahirkan dan dibesarkan dalam suasana dan keluarga yang berbeza. Pastinya cara pasangan tidak sama dengan cara kita, baik dari segi budaya mahupun etika. Apatah lagi bab percakapan, makanan kegemaran, cara memasak, cara urus dapur, hatta cara picit ubat gigi pun sudah pasti ada perbezaan!
Yang penting sentiasa bersikap terbuka untuk menerima sesuatu yang tidak salah. Dalam masa yang sama, utamakan berbincang. Sekiranya inginkan pasangan berubah, setiap kali memberi nasihat, jangan lupa berikan masa. Biar berulang 10 juta kali pun, teruskan menasihat dan memberi masa. Jangan sesekali mengharapkan pasangan berubah serta merta.
Susah senang sendiri, elak campur tangan orang tua
Ads
Jika anda mengalami masalah kewangan, elakkan untuk terus bercerita kepada orang tua atau mertua. Anda bakal menyusahkan hati orang tua anda, mengakibatkan tekanan, yang mungkin akan mengganggu kesihatan mereka. Lebih parah, mungkin boleh mengakibatkan terbuka aib pasangan, tercetus kebencian ahli keluarga terhadap pasangan, dan pelbagai akibat lain, yang kadangkala hanya berpunca dari mulut sendiri.
Tiada rahsia
Ads
Dari sekecil-kecil keluar minum dengan kawan-kawan sehinggalah kepada sebesar-besar ingin berpoligami pun, biarlah berterus terang. Namun harus diingat, untuk tidak berahsia kena ada ilmu. Kena belajar cara berbicara hal sensitif dengan pasangan. Jangan pula disebabkan ‘tiada rahsia’, isteri sedang siang bawang tiba-tiba suami sebut, “abang tak nak berahsia, abang nak kawin lain..” Kan cari nahas tu..!
Solat bersama
Ads
Paksa diri untuk memulakan solat berjemaah. Pujuk pasangan untuk berjemaah. Elakkan marah jika pasangan enggan, tetapi teruskan memujuk di samping doa yang tak pernah putus. “Ya Allah, bukalah pintu hati pasanganku untuk berjemaah bersamaku pada setiap waktu solat…” Berusahalah untuk mengenal Allah s.w.t, insya-Allah kita akan kenal pasangan kita. Cara nak kenal Allah s.w.t, kenal diri sendiri dahulu. Kenal diri untuk dapatkan kawalan, untuk kawal waktu solat yang akan menjurus kepada kawalan hidup, yang merangkum kawalan dalam rumahtangga.
Mohon doa ibu bapa & mertua
Setiap kali berjumpa dengan mereka, mohon mereka doakan kebahagiaan rumah tangga kita sampai ke syurga. Sesungguhnya doa mereka adalah nikmat untuk kita bahagia dalam rumah tangga.
Pernah tak anda lihat perangai pasangan anda lain tak seperti hari biasa? Apa yang anda cakap semua dia iyakan sahaja. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Pernah mengalami masalah seperti ini? Itu mungkin tandanya pasangan anda sedang pendam sesuatu.
Kalau berlaku begini adalah baiknya jika anda sendiri yang bertanya padanya apa yang dia pendam atau merasa marah disebabkan anda. Kadang-kadang mereka ni senyum diluar tapi dalam hati dia sendiri je yang rasa. Mungkin ini antara perangai mereka yang anda tak tahu sebenarnya si dia tengah pendam sesuatu.
1 – Suka Berdiam Diri
Balik kerja diam. Keluar pergi kerja pun diam. Kat rumah tak tegur langsung pasangan melainkan terpaksa. Jika di tanya, jawab pun sepatah-sepatah je. Lagi berat mulut tanda lagi beratnya sakit hati.
2 – Suka Buat Hal Sendiri
Beli barang dapur sendiri. Makan sendiri. Malah nak menonton tv pun sendiri sendiri. Rasa potong mood kalau ada pasangan. Ini dah serius! Makna dia dah tawar hati betul.
3 – Suka Mengelak
Setiap kali nak ada hubungan intim dia mengelak. Ketika nak berbincang secara serius pun dia mengelak. Ini bukan merajuk tapi si dia sedang sakit hati. Mengelak supaya tak bertambah sakit lagi.
4 – Suka Berkira
Baik duit, masa atau tenaga. Semua nak di kiranya. Sampah kat rumah sampai berulat tak nak buang sebab berkira tu bukan kerja dia. Ulat sampah boleh nampak ngesot ngesot tapi kalau hati dah berulat tak ada siapa yang tahu.
5 – Suka Protes
Apa sahaja pasangan buat dia akan nampak kelemahan. Itu tak baik, ini tak baik. Logik la orang dah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit mata. Faham-faham sendiri kalau pasangan ada simptom begini.
Sebab inilah pentingnya kena ada skil Empathic Listening supaya 5 tanda awal ini tak jadi serius dan memudaratkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lelaki juga suka memakai cincin sebagai aksesori menyerlah keterampilan. Tidak kira bentuk dan logam yang menyaluti, cincin mampu menterjemah tarikan tersendiri selain melambangkan status dan prestij diri.
Rekaan dan bentuk cincin yang tersarung di jari manis memberi pengaruh besar kepada pemiliknya. Tidak kiralah mahal atau murah, cincin memancarkan peribadi diri hingga menjadi tarikan mata yang melihat.
Bagi lelaki moden, cincin bersalut platinum dirasakan paling cocok dan begitu bergaya. Ini kerana cincin platinum tidak terlalu berkilau dan bebas digayakan terutama bagi lelaki muslim.
Tip pemilihan cincin
1. Pertamanya, seseorang mestilah dapat membezakan bentuk cincin yang hendak dipilih sama ada ia sesuaian dengan karektor diri atau tidak.
2. Usah terpengaruh dengan reka bentuk yang mungkin tidak sesuai disarungkan pada jari anda.
3. Tidak semua jari sesuai menggayakan sesetengah bentuk cincin seperti jari halus dan kurus tidak digalakkan memakai cincin berbentuk besar kerana kelihatan tidak
seimbang.
4. Warna dan bentuk cincin mempengaruhi sesetengah individu. Lebih baik selidik terlebih dulu kandungan dan kesesuaian cincin dengan jari sendiri.
5. Jangan tergesa-gesa memiliki cincin semata-mata mahu kelihatan hebat dan menarik di mata orang lain.
6. Lakukan pemerhatian dan meninjau di beberapa kedai emas dan permata untuk mendapatkan idea cincin terkini yang sesuai.
7. Pilih beberapa bentuk cincin dan sarungkan satu persatu ke jari manis. Tidak salah untuk mencuba beberapa bentuk cincin semata-mata untuk memenuhi cita rasa. Cuba dan terus mencuba.
8. Jika perlu, minta jurujual cermin untuk melihat kesan atau effect cincin yang disarungkan pada jari.
9. Pastikan cincin yang sudah berkenan di hati tidak terlalu ketat mahupun longgar.
10. Tidak salah bersabar semata-mata untuk mendapatkan cincin yang berkenan di hati!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain dekorasi pelamin dan meja beradab, bilik tidur antara ruang yang sering dijengah oleh tetamu tatkala mengadakan majlis kahwin di rumah. Bilik tidur merupakan ruang peribadi buat bakal pengantin seharusnya dihias menarik bagi memberi mood untuk anda dan pasangan.
Buat yang kreatif mungkin boleh menjadikan majalah dekorasi sebagai rujukan untuk hiasan yang bagaimana anda mahukan. Serikan dengan wangian yang memberi kesan romantis dan menukar warna dinding dengan cat atau menggunakan kertas dinding.
Tip berikut boleh anda aplikasikan untuk hiasan bilik pengantin.
1. Sama ada pemilihan yang sederhana atau ringkas. Bilik tidur sebaiknya kelihatan tenang dan mendamaikan.
2. Jangan terlalu sarat dengan pelbagai hiasan, ‘mood’ pengantin akan hilang.
3. Hiasan sederhana sudah memadai. Namun, masyarakat tetap mahukan bilik pengantin dihias gah dan mewah. di istana.
4. Sebelum hias, fikirkan tema, warna cadar, bantal atau aksesori hiasan. Ini bertujuan untuk tentukan terlebih dahulu warna tema bilik pengantin.
5. Pilih set bilik yang bersesuaian seperti hiasan langsir, latar belakang katil, permaidani dan cadar.
6. Pilih cadar katil daripada warna putih atau ‘pastel’. Elakkan daripada memilih cadar bercorak besar kerana ia boleh menyebabkan bilik nampak kecil dan sempit. Elak dari memilih cadar rona terang.
7. Elak meletakkan jambangan bunga yang besar atas tilam.Lebih baik memilih jambangan bunga segar bersaiz kecil dengan kuantiti banyak supaya boleh diletakkan di tepi kiri dan kanan katil dan lebih manis gayanya.
8. Hias meja solek dengan barangan seperti botol haruman bersaiz kecil, kaki lilin serta bekas potpuri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!