Subang atau lebih dikenali sebagai anting-anting merupakan pelengkap yang penting dalam dunia perkahwinan.
Dengan memakai subang yang sesuai dengan peribadi, personaliti, busana dan situasi, pastinya penampilan anda lebih menyerlah dan elegan.
Edisi kali ini menghimpunkan seleksi anting-anting yang sesuai digayakan untuk majlis raikan cinta.
Teardrops
Seperti namanya, anting-anting jenis ini seperti air mata yang jatuh. Anting-anting ini sesuai buat mereka yang memiliki wajah berbentuk hati. Selain memberikan penampilan yang lebih seimbang, anting-anting ini sering dijadikan pilihan kerana bentuknya yang cantik.
Cluster
Anting-anting jenis ini kelihatan seperti Stud, namun ia tampil lebih kompleks dari segi rekaannya. Anting-anting jenis ini mempunyai banyak sulaman batu permata ataupun perincian bagi memberi kesan lebih menawan dan lebih nyata buat si pemakai.
Huggies
Ia kelihatan seperti Hoop namun saiznye jauh lebih kecil. Ia juga dilengkapi dengan suntikan batu permata yang membiaskan aura glamor. Ia membuatkan si pemakai tampil lebih feminin dan sesuai buat mereka yang memiliki wajah petak.
Dangle
Sesuai buat mereka yang mempunyai wajah berbentuk bulat dan hati. Anting-anting jenis ini memberikan impak kontras buat wajah anda dan melahirkan kesan lebih mewah untuk gaya ratu sehari. Juraian dari anting-anting ini juga melahirkan kesan dramatis buat penampilan anda.
Chandelier
Chandelier merupakan gabungan dari Stud dan Dangle dan sesuai untuk mereka yang mempunyai wajah hati atau oval. Bentuk anting-anting ini mempunyai juntaian lebih dari dua ke tiga lapis. Anting-anting jenis ini memberikan kesan lebih elegan dan eksklusif buat penampilan ratu sehari. Kebiasaanya, rekaan anting-anting ini dipenuhi dengan kombinasi batu permata yang membuatkan si pemakai kelihatan bersinar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI