Tahukah anda di Malaysia ni sebenarnya banyak tempat honeymoon yang menarik? Ya, bukan sahaja banyak tempat menarik, malah suasananya juga yang membuatkan sangat tenang dan memang sesuai untuk pasangan berbulan madu.
Tentulah best kan kalau dapat hotel atas air dengan suasana romantik, tenang, indah dan jauh dari hiruk-piruk kota? Dengan 7 hotel terapung ini, anda tak payah pergi bercuti atau berbulan madu di luar negara, tak payah bayar tiket flight yang mahal!
1. Mabul Water Bungalows
Salah satu tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon yang amat terkenal di kalangan pelancong ialah Mabul Water Bungalows di perairan Pulau Mabul, Sabah.
Yang seronoknya, resort ini telah dinobatkan sebagai “the best dive bases in the world” kerana kejernihan airnya! Memang best melakukan aktiviti menyelam di sini.
Jika anda tidak berminat untuk menyelam, jangan risau. Anda masih boleh melihat pemandangan hidupan marin hanya dari tingkap balkoni anda.
Bilik-bilik di sini sungguh luas dan moden, namun direka dengan bentuk tradisional. Jangan risau, masih ada kemudahan internet di sini!
Alamat: Pulau Mabul, Sabah, Malaysia
2. Gayana & Bunga Raya Eco Resort
Gayana & Bunga Raya Eco Resort terletak di Pulau Gaya, luar Pantai Borneo. Jika anda mahu ke resort ini, ambil feri percuma dari Terminal Feri Kota Kinabalu.
Resort yang cukup menarik ini menawarkan layanan 1st Class! Aktiviti air seperti snorkelling dan kayak diberi secara percuma. Sarapan pagi juga boleh dihantar ke bilik anda jika anda tak mahu meninggalkan bilik!
Bila sampai saja di sini, anda akan nampak puncak Gunung Kinabalu dengan jelas. Jangan lupa bawa kamera kalis air jika anda mahu ke sini. Barulah berbaloi!
Resort ini turut menyediakan rawatan spa, pusat pemulihan haiwan dan bermacam-macam lagi aktiviti menarik.
Alamat: Malohom Bay Pulau Gaya, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia
3. Pom Pom Island Resort & Spa
Ads
Tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon ini terletak 50 minit dari jeti Semporna. Jadi, anda perlu menaiki bot untuk ke tempatnya.
Kerana jauh dari kesibukan kota, anda pasti merasakan diri seolah-olah di syurga menyaksikan ketenangan dan pelbagai hidupan marin di sini.
Malah, anda juga masih boleh merehatkan badan dengan rawatan spa, bermain bola tampar, jungle trekking, berlayar dan menikmati pemandangan tapak sulaiman.
Alamat: A-2-1 Jalan Karamunsing | Lorong Kapital, Block A, 2nd Floor, Pulau Sipadan 88000, Malaysia
4. Lexis Hibiscus, Port Dickson
Jika anda mendambakan percutian yang cukup mewah namun penuh privasi, inilah tempat yang paling sesuai untuk anda.
Terletak tidak jauh dari Kuala Lumpur, resort Lexis Hibiscus menawarkan kolam renang dalam bilik setiap pengunjung.
Malah, anda juga boleh melihat pemandangan laut lepas terus dari balkoni bilik anda. Tak payah sibuk-sibuk nak keluar dan cari baju yang sesuai. Semuanya dalam bilik anda saja!
Ads
Alamat: Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia
5. Pangkor Laut Resort
Resort ini dibina di atas pulau persendirian di Pangkor Laut. Jadi, untuk sampai ke resort ini, anda perlu menaiki bot laju dari Marina Island, Pangkor.
Jauh dari sebarang gangguan bunyi atau udara, inilah resort yang menawarkan taman tropika malah laut yang indah.
Anda boleh melakukan apa-apa saja di sini kerana keseluruhan pulau di Pangkor Laut Resort ini memang disediakan khas buat pengunjung.
Alamat: Pangkor Laut Island, Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak, Malaysia
6. Dragon Inn, Semporna
Pernah tak anda dengar tempat menarik di Malaysia untuk honeymoon ini? Dragon Inn Semporna direka mengikut gambaran kampung air masyarakat Bajau.
Resort ini tidak terlalu jauh dari bandar, namun anda masih dapat merasakan suasana kampung yang tenang. Apa yang bestnya, di sini juga ada Live Fish Open Aquarium di mana anda boleh tengok hidupan marin!
Ads
Yang membuatkan tempat ini amat istimewa kerana gelarannya iaitu Royal Resort kerana kekerapannya menerima lawatan diRaja. Wow!
Alamat: Dragon Inn (Floating Hotel) Jalan Kastam, 91307 Semporna
7. Avani Hotel Sepang
Siapa yang tak teringin untuk pergi bercuti menenangkan fikiran dengan bajet yang murah saja, kan? Kali ini, anda sudah tahu mana nak pergi!
Avani Hotel, Sepang merupakan satu tempat yang amat menakjubkan, sudahlah murah! Kalau lihat matahari terbenam di sini, sungguh cantik…
Bolehlah anda merehatkan minda dan mencari ketenangan dari riuh bandaraya. Jangan risau, soal keselasaan di sini memang tip top.
Alamat: Sepang Goldcoast, No. 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, 43950 Kampong Bagan Lalang
Sumber rujukan: The Vocket
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengenal cinta platonik, kekeliruan antara perasaan sekadar kawan atau sesungguhnya timbul rasa cinta di dalam jiwa? Ada ketika cinta menimbulkan dilema yang tiada bernoktah, ada masa cinta membawa bahana kepada yang melaluinya Apabila cinta hanya melibatkan kepentingan dan fizikal samata-mata, dari situlah bermula konflik dan musibah. Cinta yang bersandar aspek luaran semata-mata, sehingga isi dalaman pun diabaikan. Memang betul, cinta berdasarkan nafsu pastinya tidak akan ke mana, namun cinta tanpa tarikan seksual itu apa pula? Adakah ia cinta ‘sejati’ atau hanya sekadar hubungan ‘teman tapi mesra’?
FAHAMI CINTA PLATONIK?
Pernahkah anda berada pada situasi menyukai dan memuja seorang kenalan rapat (berlawanan jantina). Anda berasa sangat teruja untuk mendampinginya. Mungkin anda sendiri menganggap ia perkara biasa, seolah-olah perhubungan yang anda rasa itu hanya dalam lingkungan sebuah persahabatan dan tidak lebih dari itu. Adakala anda tidak menyedarinya sehinggalah anda mendengarnya sendiri dari mulut mata-mata yang memandang keakraban anda berdua. Gaya dan telatah anda bersama seolah-olah lebih dari seorang kenalan biasa walaupun berulang kali dinafikan. Adakah itu cinta? Jika ia hanyalah satu persahabatan, ‘tiada angin masakan pokok boleh bergoyang’?
Sekiranya anda berada di dalam situasi di atas, anda mungkin kini dilanda ‘cinta platonik’. Apa itu cinta platonik? Cinta platonik ialah satu istilah yang digunapakai bagi menjelaskan satu perhubungan intim (lebih dari sekadar kawan) antara sepasang lelaki dan wanita tanpa berlandaskan sebarang tarikan seksual mahupun fizikal semata-mata.
BERKASIH TANPA NAFSU
Berkata mengenai cinta dan istilah berkasih, tarikan seksual itu lambat laun pasti muncul jua. Tidak kiralah kepada anda sendiri mahupun pasangan, namun terserahlah pada individu tersebut mengawal etika dalam bercinta.Bak kata orang tua, ‘bila bercinta, iman kena kuat, adab kena jaga’. Jangan sampai tergelincir, pasti parah nanti. Namun wujudkah tarikan seksual bagi mereka yang mengalami cinta platonik ini?. Semestinya tidak. Pencinta jenis ini kebiasaannya tidak menghiraukan aspek luaran dan fizikal semata. Meraka lebih menghormati ‘closeness’ yang dibina atas alasan ‘sahabat semata-mata’.
Menurut kajian dari pakar, John Gray Ph.D penulis buku Men Are From Mars, Women Are From Venus, kebiasaannya mereka yang melalui hubungan ini pasti akan cuba menyelindungkan keakraban mereka di sebalik ‘persahabatan’ yang mereka jalinkan. Namun apabila terjadi sesuatu yang tidak dijangka (contohnya: salah seorang daripada mereka menjalinkan hubungan intim dengan orang lain) pastinya akan ada yang tidak berpuas hati. Namun, tiada apa yang mampu dilakukan memandangkan tiada sebarang pengakuan yang dibuat.
BERCINTAKAH??
Kajian membuktikan, cinta jenis ini banyak tercetus di kalangan mereka yang bekerja di pejabat. Akibat kerap kali bersama dan berjumpa, perhubungan erat yang dibina berkembang dari masa ke semasa. Mungkin ramai yang sering beranggapan mereka merahsiakan perhubungan yang terjalin sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang disekeliling walaupun hanya yang melaluinya sahaja tahu.
Punca utama hubungan platonik dirahsiakan
Masing-masing ego dan berkeras tidak mahu meluahkan perasaan sesama sendiri.
Tidak yakin perhubungan yang terbina mampu dibawa ke peringkat seterusnya.
Belum bersedia dan masih berusaha mengenal hati budi masing-masing.
Takut dan risau sekiranya ikatan persahabatan akan longgar/kekok sekiranya membuat sebarang pengakuan.
Perasaan cinta memang tidak pernah wujud
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Indahnya jika mampu mengamalkanya. Ini adalah Fadhilat yang kita semua perlu kejarkan.
Fadhilat Ayat 128 – 129 Surah At-Taubah
Masyallah saya tidak tahu. Betul-betul saya tidak tahu. Umur saya telah hampir separuh abad namun baru sekarang baru saya tahu tentang kelebihan ayat-ayat 128-129 di dalam Surah At-Taubah.
Inilah rezeki yang Allah SWT beri kepada saya di saat-saat saya sunyi sendiri menghadapi kesukaran dan pancaroba hidup ini. Inilah buktiNya Dia masih bersama saya kerana di masa begini tiba-tiba saya terjumpa dan terbaca dengan tidak sengaja tentang kelebihannya.
Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi maklumat ini dengan seberapa ramai yang boleh.
Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah
– jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
– jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
– jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
– jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
– jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
– jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
– jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.
Untuk dipermudahkan hafazan:
Ayat 128
“Laqad jaakum rasoolun min anfusikum AAazeezun AAalayhi ma AAanittum hareesun AAlaykum bilmu’ mi neena raoofu raheem”
Ayat 129
“Fa-in tawallaw faqul hasbiya Allahu la ilaha illa huw AAalayhi tawakkaltu wahuwa rabbu alAAarshi alAAzeem”
Maksud ayat 128
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.
Bahasa Inggeris
Surely, a Messenger has come unto you from among yourselves; grievous to him is that you should fall into trouble; he is ardently desirous of your welfare; and to the believers he is compassionate, merciful.
Maksud ayat 129
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.
Sumber : http://www.islamituindah.com.my
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Walaupun suami isteri masa kini sentiasa disibukkan dengan pelbagai pekerjaan yang tidak pernah selesai, jangan diabaikan sikap romantik dalam hubungan suami isteri kerana ia merupakan elemen terpenting dalam mewujudkan rumah tangga bahagia.
Sebenarnya tak susah mana pun untuk menjadi suami romantik. Bagi segelintir suami yang malu atau mungkin tidak tahu cara-cara untuk bersikap romantis dengan isteri, apa kata jadikan amalan Nabi SAW ini sebagai contoh. Semoga resipi ini boleh memberi kebahagiaan yang berkekalan dalam rumah tangga anda berdua.
1. Jadikan rutin harian mencium isteri
Hati isteri mana yang tak berbunga kalau suami memberikan ciuman kepadanya. Pasti hati yang gundah bertukar menjadi bahagia. Amalan yang disarankan oleh Nabi SAW kepada suami untuk mencium isteri ini haruslah dijadikan rutin harian. Malah mencium isteri merupakan satu ibadah yang boleh dijadikan senjata ampuh untuk anda berdua mengekalkan romantis dan sebagai pembenteng untuk melawan segala godaan.
2. Mandi bersama isteri
Isteri jangan sesekali menolak atas alasan malu jika suami mengajak anda untuk mandi bersama. Amalan yang disarankan oleh Nabi SAW ini memberi banyak manfaat untuk keharmonian rumah tangga. Bukan hanya mandi biasa, mandi bersama pasangan juga boleh diamalkan ketika mandi hadas besar.
3. Berkongsi makanan atau makan lebihan isteri
Apabila suami isteri mampu untuk berkongsi makanan dalam bekas yang sama ataupun makan lebihan pasangan, ini menggambarkan betapa teguhnya cinta anda berdua. Tindakan ini dapat melahirkan keyakinan yang penuh antara suami isteri di mana anda berdua tidak berkira atau berasa jijik terhadap lebihan makanan pasangan sehingga menganggap ia seperti lebihan makanan anda sendiri. Nabi SAW pernah mengambil bekas minuman Aisyah lalu meletakkan mulut baginda pada tempat Aisyah meletakkan mulut pada bekas tersebut.
4. Sering berikan isteri hadiah
Hadiah merupakan daya pemikat untuk melunakkan hati. Apabila suami memberikan hadiah, ini membuatkan isteri rasa dihargai apabila menerimanya bahkan ada ketika pemberian hadiah boleh menghapuskan amarah. Nabi SAW sering memberikan hadiah kepada isterinya bagi tujuan untuk melahirkan perasaan kasih sayang antara suami isteri.
Ini disandarkan kepada hadis daripada Ummu Kalsum yang bercerita: “Ketika Nabi SAW baru berkahwin dengan Ummu Salamah, baginda berkata kepadanya, “Sesungguhnya aku telah menghantar hadiah kepada An-Najasyi dengan pakaian berharga dan beberapa botol minyak wangi. Aku dapati bahawa An-najasyi sudah meninggal dunia, menyebabkan hadiah itu dipulangkan balik kepadaku. Jika hadiah itu dipulangkan kepadaku, maka hadiah itu adalah milik kamu.” Berkata (Ummi Kalsum) dalam riwayat lain; seperti sabda Nabi SAW: “Jika hadiah itu dihantar balik, hadiah itu akan diberikan kepada semua isteri-isteri baginda, dan baginda memberikan Ummu Salamah minyak wangi yang berbaki dan pakaian bernilai itu.”
5. Menemani isteri dalam perjalanan
Suami yang mencintai isteri tentu sahaja akan memastikan keselamatan isterinya sentiasa terjamin. Ambillah tahu tentang apa yang isteri lakukan kerana pastinya isteri akan rasa selamat berada di bawah naungan suami.
6. Tidak akan menerima jemputan tanpa adanya isteri
Kebahagiaan rumah tangga tidak sekadar wujud dengan adanya kemesraaan suami isteri tetapi ia turut disalurkan menerusi penghargaan suami terhadap isteri. Antara cara Nabi SAW bertindak mewujudkan perasaan kebanggaan isteri baginda adalah dengan menghadiri sesuatu majlis tertentu yang juga disertai oleh isteri baginda.
Ini disandarkan kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik yang berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW mempunyai seorang jiran berbangsa farsi dan pandai memasak lauk berkuah. Dia telah memasak untuk dihidangkan kepada Nabi SAW. Lalu dia menjemput Nabi. Nabi berkata: “Apakah Aisyah dijemput sama?” Dia menjawab: “Tidak”. Nabi berkata: “Kalau begitu, aku pun tidak akan menerima jemputan itu.” Dia pun pulang dan datang kembali menjemput. Nabi SAW berkata: “Apakah Aisyah dijemput sama?” Dia berkata lagi: “Tidak”. Nabi SAW berkata: “Kalau begitu, aku tidak akan menerima jemputan ini.” Dia pulang dan datang lagi menjemput. Nabi berkata: “Apakah Aisyah dijemput?” Dia menjawab: “Ya” pada kali ketiga. Nabi dan Aisyah pun bangun dan sama-sama ke rumahnya.
7. Suami menyuapkan makanan dalam mulut isteri
Saling suap-menyuap antara suami isteri pasti menyeronokkan kerana ia boleh membangkitkan rasa kecintaan dan suasana romantis dalam rumah tangga. Malah ia juga akan mewujudkan kemesraan antara anda berdua.
Nabi SAW bersabda: “Tidaklah kamu memberi satu nafkah pun yang kamu niatkan untuk menghadap wajah Allah SWT kecuali kamu akan diberi pahala ke atasnya, hingga apa yang kamu letakkan pada mulut isterimu.”
8. Mesra dengan isteri walaupun isteri sedang haid
Haid merupakan fitrah wanita yang tidak boleh dinafikan. Apabila isteri didatangi haid, ia bukanlah penghalang untuk suami bermesra dengan isteri seperti tidur di ribaan isteri, tidur bersama dalam satu selimut dan sebagainya. Malah dalam satu yang riwayat diceritakan bahawa Nabi SAW pernah meminta Aisyah untuk menghangatkan tubuhnya padahal Aisyah dalam keadaan haid.
9. Memberi ‘panggilan simpanan’ manja untuk isteri
Memanggil pasangan dengan nama yang baik dan disukainya akan menambahkan lagi romantis dalam hubungan suami isteri. Suami perlu menyediakan ‘panggilan simpanan’ yang lebih mesra dan manja berbanding panggilan mesra harian untuk isteri. Ia bukan untuk digunakan secara harian tetapi sebagai panggilan untuk memberi ruang kepada hati perempuan menilai cinta di kala menghadapi krisis. Nabi SAW sendiri memanggil isteri dengan panggilan biasa tetapi dalam keadaan tertentu, Nabi SAW menjadikan panggilan manja sebagai senjata tajam dalam melahirkan kemesraan.
Seringkali Rasulullah memanjatkan Aisyah dengan ucapan “Wahai Humaira” (panggilan sayang untuk Aisyah).
10. Bantu isteri ketika menaiki kenderaan
Cara ini sama sekali tidak merendahkan martabat suami jika suami membantu isteri menaiki kenderaan seperti membuka pintu buatnya. Ia sebenarnya memperlihatkan akhlak mulia yang dapat memupuk sikap prihatian suami terhadap isteri sebagai balasan sikap hormat dan ketaatan isteri terhadap suaminya.
Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari dan Muslim bahawa: “Nabi Muhammad SAW duduk di sisi unta baginda. Kemudian baginda membengkokkan lututnya. Lalu isteri baginda, Shafiyyah meletakkan kakinya di atas lutut Nabi Muhammad SAW hingga naik ke atas unta”.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...