Anda rasa kerja memasak ini untuk wanita sahaja? Mungkin tidak sesuai lagi pada hari ini. Jika golongan wanita terutamanya isteri kini bekerja untuk membantu suami, sama juga seperti golongan lelaki yang perlu memasak untuk membantu wanita. Bagi isteri, mengahwini seorang suami yang tahu memasak merupakan satu bonus besar kerana ia mampu meringankan salah satu tugas seorang isteri.

Selain itu, hubungan rumah tangga juga akan bertambah erat dan lebih harmoni. Tidak salah bagi seorang suami untuk masuk ke dapur bagi meringankan beban dan tugas isteri. Ini kerana banyak kelebihan yang boleh isteri peroleh jika miliki seorang suami yang tahu memasak.

Jom kita lihat 7 kelebihan tersebut.

1. UNTUK ANAK-ANAK

Anda juga boleh menyediakan makanan yang lebih sihat untuk anak-anak bawa ke sekolah. Golongan isteri mungkin terlalu sibuk untuk mengemas rumah, sediakan pakaian dan buat perkara lain. Anda sebagai suami turut boleh membantu dari sudut penyediaan makanan. Kualiti makanan juga lebih terjamin.

Selain itu, bawa bekal ke sekolah juga merupakan salah satu cara untuk mendidik anak-anak supaya lebih berjimat cermat. Walaupun tidak beri duit belanja kepada anak-anak, anda masih perlu simpan duit tersebut dan beli hadiah kepada anak-anak anda. Ini supaya anak-anak anda faham betapa pentingnya berjimat cermat dan mempunyai simpanan.

IKLAN

2. BEKALAN UNTUK KERJA

7 Kelebihan Jika Suami Anda Tahu Memasak, No 3 Tu Memang Betul!

Jika anda memasak, bukan sahaja boleh bawa bekal makanan ke pejabat. Tetapi, boleh juga pilih makanan yang lebih sihat. Banyak penjimatan yang anda boleh lakukan jika bawa bekal dari rumah. Kos makan seharian di pejabat boleh mencecah sehingga RM20 sehari termasuk sarapan pagi dan makan tengahari. Ini tidak termasuk jika makan di restoran yang lebih mahal. Secara purata, anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga 50% jika bawa bekal dari rumah berbanding makan di luar.

3. PERNIAGAAN

Jangan terkejut jika kebanyakan tukang masak yang hebat adalah dari golongan lelaki. Jika anda sudah mahir dan mempunyai minat, anda boleh jadikan aktiviti tersebut sebagai satu perniagaan walaupun sekadar separuh masa sahaja.Ini bukan sahaja dapat menjimatkan perbelanjaan tetapi juga meningkatkan pendapatan. Apabila pendapatan meningkat, anda juga berpeluang untuk meningkatkan lagi simpanan, pelaburan dan juga aset.

IKLAN

4. HAL KECEMASAN

7 Kelebihan Jika Suami Anda Tahu Memasak, No 3 Tu Memang Betul!

Apabila isteri tiada di rumah, kebanyakan suami akan keluar makan di luar. Oleh sebab itu, apabila anda tahu masak sendiri, anda tidak perlu keluar untuk pergi makan. Keluar makan bukan sahaja melibatkan kos di kedai makan tetapi juga kos kenderaan untuk pergi ke restoran atau kedai makan tersebut. Kes kecemasan biasanya terjadi apabila isteri sakit atau masuk ke hospital.

IKLAN

5. MUSIM PERAYAAN

Ketika musim perayaan, pasti suasana akan jadi meriah dan tugas isteri amat sibuk di dapur. Tidaklah anda duduk depan tv sedangkan si isteri sibuk di dapur. Masa inilah seorang suami yang tahu memasak menunjukkan kepakaran memasak dan membantu isteri bertugas di dapur. Pelbagai juadah dapat dibuat bersama dan dalam pada masa yang sama, hubungan suami isteri bertambah erat.

6. DIKAGUMI MERTUA DAN IPAR YANG LAIN

7 Kelebihan Jika Suami Anda Tahu Memasak, No 3 Tu Memang Betul!

Anda pasti akan dikagumi oleh ibu bapa mertua dan ipar anda kerana anda seorang yang tahu memasak. Setiap kali mereka berkunjung ke rumah anda, anda tidak pernah segan silu untuk membantu isteri anda memasak di dapur sementara isteri anda sibuk melayan kehadiran mereka. Mereka akan menganggap anda seorang suami yangh soleh dan sempurna di mata mereka.

7. PERSEDIAAN BILA ISTERI SUDAH TIADA

Suami pandai memasak satu kelebihan jika kemudian kelak isteri sudah tiada dan apabila si isteri mewasiatkan suami untuk menjaga anak-anak dengan baik. Sesungguhnya, ajal maut di tangan Tuhan. Siapa tahu isteri akan pergi dahulu meninggalkan suami dan anak-anak. Jadi, isteri tidak perlu risau jika suami menjaga makan minum anak-anak apabila isteri sudah tiada.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI