Buruknya penampilan apabila perut berlipat setiap kali menyarungkan baju lebih-lebih lagi buat bakal pengantin. Lipatan lemak ini akan terus kekal jika cara pemakanan anda belum teratur, selain sesi senaman yang belum rutin.

Tidak salah anda mula memberi perhatian di bahagian penting ini. Ayuh cuba cara segera ini untuk mengubah bentuk perut dari berlipat kepada perut flat.

1. Untuk melatih otot perut, sit up memang paling bagus. Cuba sit up 2 set pagi dan sebelum tidur.

Senaman yang selalu dan efektif  dapat mengurangkan lipatan-lipatan di perut  dengan melakukan sit up? Sit up  mudah dilakukan kerana dapat anda lakukan di mana pun dan tanpa mengenal waktu.

Sit up baik anda lakukan dengan rutin pada pagi dan malam hari menjelang tidur. Berapa kali sit up  yang baik untuk kesihatan? Sebenarnya jumlahnya mengikut keupayaan anda. Anda boleh mulakan dengan latihan 2 set iaitu  9 sit up setiap pagi dan sebelum tidur.

2. Senaman mudah lainnya yang boleh anda terapkan iaitu berlari. Tak usah maraton, joging 20 minit, seminggu 3 kali

Selain sit up, alternatif senaman yang mudah dilakukan lainnya iaitu berlari. Tidak semestinya berlari maraton, memadai dengan berjoging selama 20 minit, 3 kali seminggu.

IKLAN

Seiring waktu anda perlu menambah kecepatan berlari agar kalori tetap cepat terbakar. Kerana ketika tubuh sudah terbiasa berlari dengan kadar yang biasa, ia semakin lambat membakar lemak.

3. Berenang juga baik untuk mengencangkan otot perut.

Bukan hanya dapat membakar lemak, tapi gerakan berenang juga boleh mengencangkan otot perut. Untuk membakar lemak, anda boleh mencuba workout  ini. Berenanglah mengelilingi 4 sisi kolam renang dengan santai. Setelah selesai satu putaran, rehat seketika. Ulangi 5-10 kali.

Lakukan workout ini secara rutin 2-3 kali seminggu untuk 2 minggu pertama. Sehingga anda boleh melakukan secara rutin senaman ini.

IKLAN

4. Tak hanya senaman, anda juga perlu mengatur apa yang anda makan. Kalau sudah malam, cuba makan buah-buahan.

Makan makanan berat sebelum tidur memang mengundang pada pertambahan lipatan-lipatan pada perut. Kalau anda memang lapar, gantilah dengan makan buah-buahan seperti epal atau pisang. Kedua buah itu juga boleh mengenyangkan perut.

5. Biasakan selesai makan jangan terus tidur. Bagusnya duduk sebentar atau melakukan aktiviti ringan.

Anda perlu membiasakan diri dari sekarang selesai makan jangan terus tidur. Lebih baik anda duduk sebentar atau melakukan aktiviti kecil supaya lipatan di perut berkurang.

IKLAN

6. Anda suka snack dan makan junk food? Sekarang, tentukan jadual khusus untuk menikmatinya.

Menikmati  junk food adalah kedua hal yang susah untuk anda tolak. Tapi, demi menghilangkan lipatan perut, anda perlu kurangkannya. Untuk menguranginya, tetapkan jadual cheating day seminggu sekali.

Kalau pada fast food terdapat kandungan lemak dan kalori yang sangat tinggi, makan makanan apalagi manis dapat menambah lipatan perut anda. Ini kerana rasa kenyang hanya bersifat sementara, anda jadi cepat lapar lagi dan mahu kembali makan apapun jenis makanan.

7. Tidur yang cukup, hindari stres dan selalu minum air mineral kerana ia baik untuk kesihatan tubuh.

Apa yang anda lakukan, pasti akan berpengaruh terhadap keadaan tubuh. Hal tersebut tidak hanya dilihat dari fizikal, tapi juga psikologi. Kerana saling mempengaruhi, anda perlu berhati-hati dan mulai menjaga pola makan, rehat dan aktiviti agar seimbang.

Rehat dan minum air mineral yang cukup serta segarkan fikiran merupakan beberapa hal yang boleh anda lakukan. Lambat laun, lipatan-lipatan di perut ini akan berkurang.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI