Hubungan cinta itu cukup mengasyikkan hingga kadang kala membuatkan kita lupa tentang musibah yang bakal menimpa. Jika tidak berwaspada, hubungan cinta yang dijalinkan boleh membawa bencana sekal igus mengundang ketidakpuasan daripada semua pihak.
Kini dengan teknologi yang serba moden seperti wujudnya laman media sosial, siapa sangka dari situ boleh tercetusnya bibit-bibit cinta antara dua jiwa hingga membawa hubungan tersebut ke gerbang perkahwinan.
Bahkan, ada yang sanggup melakukan hubungan cinta yang sukar untuk diterima akal dek kerana wang dan harta semata-mata. Pengantin senaraikan 8 jenis hubungan cinta yang tidak masuk akal dan membuatkan anda terkejut!
1. CINTA GANTI TIKAR
Pernah terjadi situasi di mana ada individu yang menjalinkan hubungan cinta dengan sahabat bekas kekasih. Ada baiknya jika menjalinkan hubungan istimewa dengan individu lain yang tidak berkaitan langsung dengan bekas kekasih kerana ini baik untuk mengelakkan situasi kurang senang yang terus berlarutan dengan sahabat.
2. CINTA KILAT
Biarpun hadirnya sepantas halilintar yang menyambar, ada baiknya jika anda sentiasa berwaspada. Ianya bukan lagi nyata apabila si dia menyatakan yang dirinya sudah jatuh cinta dalam masa beberapa hari sahaja kerana takut hanya berdasarkan kata manis sahaja. Kebiasaannya cinta sebegini hadir sekadar untuk memenuhi ruang hati yang kekosongan dan bersifat sementara. Seperti mana pantasnya ia datang, begitu juga pantasnya ia diakhiri.
Ads
3. CINTA MAJIKAN
Ruang pejabat bukan sekadar jentera penggerak kerjaya seharian. Kisah cinta pejabat paling klise adalah hubungan cinta antara majikan dan pekerja. Selain menjadi buah mulut rakan sejawat, hubungan cinta antara majikan dan pekerja juga mendatangkan kesan negatif kepada prestasi mutu tugasan dan tentu sekali sikap profesionalisme dalam kerjaya sukar dicapai.
4. CINTA SEJENIS
Mana-mana agama sekali pun tidak pernah merestui hubungan sejenis. Memang benar cinta itu buta dan tiada sempadan usia, jantina atau taraf tetapi menjalinkan cinta dengan kaum sejenis seharusnya dielakkan kerana ia ditentang oleh agama dan norma masyarakat. Jadi jangan sesekali nak cuba-cuba!
Ads
5. CINTA WARIS
Ada sesetengah ibu bapa yang mahu merapatkan kembali hubungan kekeluargaan dengan menjodohkan cinta anak-anak dengan sepupu mereka sendiri atau yang seumpamanya. Kononnya enggan pertalian darah dan harta kekayaan jatuh ke tangan keturunan lain. Tetapi fikirkan kembali jika hubungan terjalin itu kurang berjaya, seluruh keluarga dan keturunan pula yang jadi bahan cerita.
6. CINTA KEKASIH ORANG
Tindakan menjalin hubungan cinta dengan seseorang yang sudah berpunya tidak kira suami, isteri, tunangan dan kekasih orang lain) ibarat sengaja memperjudikan hati dan perasaan sendiri. Apatah lagi jika anda diletakkan sebagai pilihan ke dua? Risiko anda dijadikan boneka tempat melepas kesepian juga amat tinggi.
Ads
Malah, jika hubungan anda dan dia dapat dihidu dan dijejaki kekasihnya, pasti perang dunia ke-3 akan melanda. Elak menyandang gelaran orang ke-3, perampas atau seumpamanya kerana ianya tidak akan kekal lama.
7. CINTA OBSESI
Menyintai dan dicintai memang mengasyikkan tetapi jangan sesekali menunda perasaan cinta kepada perasaan yang sangat obses. Komited dengan percintaan memang perlu tetapi biarlah berpada-pada. Cinta obses adalah cinta yang tidak berlandaskan rasional akal sebaliknya mempertaruhkan perasaan, hati dan jiwa sepenuhnya.
Elakkan daripada terlalu mengagungkan cinta dan pasangan kerana sekiranya cinta obses yang anda miliki gagal di pertengahan jalan, kemungkinan anda terlibat dengan gejala negatif seperti membunuh diri atau menempah nasib yang buruk pada diri.
8. CINTA NAFSU
Cinta yang lahir atas sebab nafsu semata-mata tidak akan kekal lama. Selalunya individu yang tergolong dalam cinta seperti ini adalah mereka yang lemah dengan kata-kata pujian, sanjungan mahupun pujuk rayu seseorang. Jangan sekali terperangkap dengan kisah cinta begini kerana apa yang pasti anda sedang menempah masa depan yang berakhir dengan tangisan air mata dan maruah yang tercalar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gelaran ‘anak mak’ sering dikaitkan dengan anak lelaki yang sangat rapat dan manja dengan ibunya. Itu sama sekali tidak salah. Namun, ada yang menganggap ia dapat menimbulkan konflik antara suami isteri.
Tapi, ada juga yang berpendapat lelaki anak mak ini adalah calon terbaik dijadikan suami betul ke? mari kita lihat sebabnya.
1. Mereka gentleman
Kebiasaanya lelaki seperti ini mempunyai perwatakan yang lemah lembut, baik tutur kata, rajin dan menghormati seorang wanita yang bergelar ibu.
2. Mereka lebih peka dan teliti
Mereka ini lebih peka dan teliti dalam setiap perkara dan ia tidak mustahil akan melakukan perkara yang sama pada bakal isterinya.
3. Seorang yang romantik
Jangan terkejut jika lelaki ‘anak mak’ ini berjiwa romantik. Mereka ini lebih pandai menzahirkan rasa cinta mereka kepada ibunya, jadi tidak mustahil kalau dia juga mampu melakukan perkara yang sama terhadap isterinya.
4. Seorang yang bertanggungjawab
Tanggungjawab adalah salah satu sifat lelaki yang diinginkan oleh setiap wanita. Jadi, sudah pasti mereka akan faham tanggungjawab mereka dan akan menjadi ketua kelurga yang bijak mengendali sebarang masalah.
5. Hormat orang tua
Mereka ini biasanya pandai menghormati dan mengambil hati orang tua mereka. Beruntunglah anda jika mendapat lelaki sebegini kerana secara automatiknya dia juga akan menghormati anda dan seluruh ahli keluarga anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali kita terleka, buruk padahnya. Biasa terjadi, kalau kita panaskan makanan di dapur dan sambung buat kerja lain sampai terlupa nak tutup api. Habis rentung periuk! Nak hilangkan kesan hitam tu bukan mudah. Mungkin kita rasa lebih baik buang dan beli yang baru saja.
Tapi tunggu dulu! Jangan buang dulu periuk kaca anda yang dah terbakar tu. Ikut petua ini,mungkin ada peluang lagi nak selamatkannya..
Petua yang simple ini dikongsi Lia Johari melalui Kelab Kaki Deko di Facebook dan telah mendapat banyak feedback yang positif. Jadi jom kita cuba!
PERIUK KACA KESAYANGAN RENTUNG!
.
Alkisah periuk kaca Visions kesayangan yang hampir arwah! Just nak sharing kot jadi panduan pada yang lain. Kejadian berlaku beberapa bulan yg lepas. Kalau time pagi kalut² nak siap pegi kerja tu tak payahla sibuk nak pi panaskan lauk kat dapur. Sebab kalau terlupa padamkan api buruk padahnya. Syukur Ya Allah,dapur/ rumah tak rentung di jilat api pd hari tersebut. Kuasa Allah yg melindungi kami anak beranak.
Tapi inilah kecuaian yg menjadi penyesalan seumur hidup! Tobat takmo buat dah..huhu
PETUA 3 BAHAN BERKESAN!
.
Periuk visions yang dah bertahun guna jadi hitam rentung. Ingatkan dah nak kena buang ke laut. Tapi dapat petua dr perkongsian ahli KKD akhirnya periuk comel kesayangan dapat di selamatkan.
Petua : Rendam periuk dengan air + soda bikarbonat + cuka.
Lama juga saya rendam,sebab kali pertama buat kesan hangus hitam masih melekat. Try buat lagi sekali,rendam dekat sebulan (almost rasa tak berjaya) tapi setelah 1/2 jam menyental akhirnya berjaya periuk kembali ke asal. Alhamdulillah.
HASILNYA!
.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain menentukan lokasi dan bajet perkahwinan, memilih jurusolek ataupun make up artist (MUA) juga amat penting. Jurusolek juga memainkan peranan penting dalam memastikan wajah ratu sehari tampak lebih anggun dan berseri.
Kali ini, kami akan berkongsi tip untuk anda memilih MUA yang tepat dan sempurna sempena hari bahagia anda.
Tempahan Awal
Pastikan tempahan dibuat awal agar anda mendapat jurusolek atau make up artist yang diingini. Buat perbandingan agar pemilihan anda adalah bertepatan dengan kehendak dan bajet anda. Anda boleh membuat senarai jurusolek kegemaran anda dan membuat perbandingan terbaik dari segi harga, tahap professional jurusolek tersebut dan pengalaman yang mereka punyai di dalam dunia solekan.
Hanya Anda Seorang
Pastikan agar jurusolek anda tidak menerima tempahan selain diri anda pada tarikh majlis anda. Ini adalah bagi mengelakkan jurusolek anda terkejar-kejar menatarias anda untuk ke tempahan seterusnya. Akibatnya anda yang akan menanggung hasil solekan yang kurang teliti dan tidak memuaskan.
Test Makeup/Pre-Wedding Makeup
Cubalah melakukan test makeup/pre-wedding makeup dahulu dengan jurusolek pilihan anda. Dengan cara ini, anda boleh melihat dan merasai sendiri hasil solekan jurusolek yang anda telah pilih. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit,, jurusolek yang anda pilih tersebut dapat mengkaji terlebih dahulu keadaan kulit dan produk yang sesuai untuk digunakan di hari bahagia anda kelak.
Bawa Berbincang
Pastikan anda dan jurusolek berbincang terlebih dahulu. Terus terang tentang apa yang anda suka dan apa yang anda tidak suka. Ini akan memudahkan jurusolek menatarias anda. Kedua-dua pihak (anda dan jurusolek) pasti akan berpuashati dan kegembiraan anda akan terpancar di wajah anda!
Cerewet Bertempat
Dalam menentukan solekan pengantin yang diingini, anda bolehlah bersikap sedikit cerewet. Anda berhak bersuara sekiranya solekan yang dikenakan tidak memuaskan hati anda. Tapi pastikan anda juga mempunyai sedikit pengetahuan tentang solekan. Bincanglah secara baik diantara anda dan jurusolek pilihan anda dan pastinya anda akan mencapai solekan yang diingini. Ingat, cerewet biar kena tempatnya!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak perlu bertahan demi anak-anak kalau jadi mangsa keganasan rumah tangga, itu pandangan pelakon wanita, Nelissa Nizam apabila dia sendiri pernah lalui perkara yang sama.