Selalunya untuk masak, zup zap, cepat sahaja siap kan? Namun yang melecehkan ialah penyediaan bahan mentah.
Jadi solusi mudah hasil perkongsian Khabbab Jamalludin ini memang sesuai untuk menjimatkan masa di dapur.
“Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.
Ads
1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.
2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.
Ads
*saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza
1) saya tahu dan setuju, paling best kalau fresh fresh. Saya tahu juga nak kupas bawang beberapa ulas bukan leceh sangat. Ini bukan untuk yang banyak masa, tak bekerja dan yang sentiasa boleh pergi kedai cari barang. Ini untuk mereka yang busy, waktu terbatas, balik tak tentu waktu, kedai nak cari bahan mentah bukan senang nak jumpa. Kami kena siapkan benda benda macam ni supaya motivasi nak masak dan makan dirumah tu tinggi sebab mudah; cedok, tambah rencah sikit, dah siap.
2) Dalam peti sejuk saya ada 3 jenis tumisan separa siap macam ni :
Ads
-IBU SAMBAL : Campuran bawang putih, bawang merah, cili kering giling yang dah ditumis. Nak masak sambal ke, masak asam ke, goreng mi/bihun/kue teow, tinggal senduk, masukkan rencah dan bahan utama, siap !. Next tutorial saya share insyaAllah.
-SAMBAL CILI API campuran cili api, bawang merah, bawang putih. Saya orang Negeri Sembilan , banyak kombinasi macam ni. Nasi goreng kampung biasanya. Tinggal cedok, tambah ikan masin atau ikan bilis goreng, nasi, Voila !
-BAWANG PUTIH sahaja, macam yang saya share kali ini. Tak campur cili sebab ini untuk masakan anak anak yang tak pedas. Tak campur bawang merah sebab kandungan air yag berbeza.
3) ada yang kata blend terus dengan minyak. Boleh juga cuma bawang putih kaya dengan vitamin B dan C, keduanya larut dalam air. (Vitamin ada yang larut dalam air, ada yang larut dalam minyak. )Supaya zat dia dapatlah larut sikit, saya campurlah sedikit air sebelum tumis dalam minyak.
Biskut Nutella Pods antara biskut yang sangat mudah untuk dicuba. Bagi pengantin baru yang tidak begitu mahir membuat biskut raya, biskut ini memang sesuai untuk korang. Senang sangat nak buat! Tak payah guna oven. Mixer pun tak payah!
Kalau korang masih mencari-cari biskut raya yang senang nak buat, guna bahan-bahan sikit dan paling penting tak perlu bakar sebab belum ada oven di rumah, boleh cuba buat resipi Nutella Pods ini.
Hanya menggunakan empat bahan sahaja, korang dah boleh dapat biskut raya yang sedap. Bila hidang atas meja, tentu jadi kegemaran para tetamu yang datang bertandang.
Berikut perkongsian resipi oleh pengguna TikTok Moeirajohson
Hidangan Pad Krapow memang cukup sempurna, tidak perlu lain pesan menu lain sebagai pelengkap. Makan pula dengan nasi panas dan telur mata goyang, kenyang sehari. Ayam juga boleh digantikan dengan daging.
Terima kasih Muza Muzawati atas perkongsian resipi.
.
Bahan :
Bawang putih – kisar
Cili merah – kisar
Cili padi – kisar
Isi ayam
Sos tiram
Sos ikan / sos sotong
Kicap
Gula
Perasa
.
.
.
Cara :
Tumis bawang putih bersama cili merah dan cili padi yang dikisar sehingga naik bau.
Kemudian masukkan isi ayam kisar. Goreng sehingga airnya kering.
Masukkan sos tiram, sos ikan atau sos sotong dan sedikit kicap. Gaul rata.
Masukkan air secukupnya. Perasakan dengan gula dan perasa. Tidak perlu masukkan garam.
Selepas itu masukkan pula kacang panjang atau kacang buncis dan daun selasih.
Cheesekut Tiramisu dessert yang sedap sangat kalau dimakan waktu sejuk. Lapisan biskut yang dicelup dalam bancuhan bancuhan kopi instant, diselang selikan dengan adunan cheese yang lemak berkrim rasanya. Dessert ni pernah viral pada suatu masa dulu, dan Che Nom share cara mudah nak sediakannya. Tak perlu guna oven, tak perlu guna telur dan juga tanpa gelatin.
.
Bahan-Bahan:
250g krim keju
3/4 cawan susu pekat (anggran 1/2 tin)
250g krim putar tenusu
biskut cream cracker
1 pek kopi segera premix
3/4 cawan air panas
serbuk koko
.
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk lapisan adunan cheese:
Lenyekan krim cheese sehingga lembut.
Masukkan susu pekat kemudian adun sampailah pekat sebati.
Dalam mangkuk berasingan, tuang whipping cream dan putar sehingga menjadi kental dan pekat.
Tuang whipping cream dalam adunan creamcheese tadi dan kacau sebati.
Cara-cara untuk melapis cheesekut tiramisu:
Bancuh Nescafe 3 in 1 dengan 3/4 cawan air panas.
Celup biskut dalam bancuhan Nescafe dan susun dalam bekas.
Lapis selang-seli biskut dengan adunan creamcheese.
Sejukkan sekurang-kurangnya 5-6 jam ataupun semalaman.
Bila dah sejuk boleh keluarkan dan hias dengan taburan serbuk koko diatas.
Tips:
Jangan pukul whipping cream terlalu lama, jika tidak ia akan pecah dan cair.
Jangan rendam biskut dalam bancuhan Nescafe terlalu lama, takut nanti lembik.
Untuk kepingan biskut kecil yang nak disusun ditepi-tepi biskut, biskut hendaklah dipatahkan mengunakan pisau agar potongan biskut sekata dan tidak hancur.
Masa Penyediaan: 15 minit, Masa Memasak:5 jam, Jumlah Hidangan:5 orang
Resepi Oleh: Che’ Nom
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...