“Letihnya 2-3 hari ni… Badan pun mulalah tak sedap. Macam nak demam pun ada. Apa cara hilangkan sakit badan ni ya, bagi segar sikit?”
Selain menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat, ada beberapa petua yang biasa diamalkan oleh orang-orang dulu sebagai cara hilangkan sakit badan, keluarkan angin, dan memastikan tubuh kembali sihat dan segar.
Ini adalah salah satu petua yang dikongsikan daripada pembaca kami, Puteri Aura Balqis. Menurut beliau, minuman ini adalah petua daripada ibunya untuk menghilangkan sakit-sakit badan dan buang angin dengan berkesan, Selain itu, ia juga melegakan kebas kaki dan tangan, serta mengatasi masalah susah buang air besar. Malah, ia juga boleh membantu mencuci darah beku dalam badan.
Caranak hilangkan lenguh badan, angin-angin, sembelit juga kebas
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat minuman kesihatan ini.
Ads
BAHAN-BAHAN
*halba 1 bungkus (50sen)
*halia
*serai
*air 3 gelas besar
1 sudu asam jawa
CARA-CARA
Ini adalah cara membuatnya. Mudah saja.
1. REBUS
Pertama sekali, rebuskan semua bahan bertanda * di dalam periuk. Tunggu hingga mendidih.
Ads
2. CAMPURKAN ASAM JAWA
Apabila dah mendidih, angkat dan campurkan rebusan air tadi dengan 1 sudu asam jawa. Kacau hingga sebati.
3. MINUM SEMASA SUAM
Seeloknya, minumlah minuman ini ketika masih suam. Paling bagus diminum ketika nak masuk tidur. Insha Allah, bila bangun pagi keesokan harinya, badan akan jadi segar-bugar!
Ads
4. AMALKAN IKUT KESERASIAN
Boleh buat minuman ini sebanyak 1 atau 2 kali seminggu. Terpulanglah nak minum 1 kali sehari atau selang sehari, mengikut keserasian badan masing-masing. Kalau ada lebih, seeloknya air rebusan ini disimpan dalam peti ais selama 1 hari saja.
“Risaunya semalam macam dah bersih. Hari ini masih ada kesan darah, adakah masih haid ke? Atau ada tak cara nak bagi lancar dan boleh ke berhentikannya ni” Berdepan dengan masalah haid yang tidak teratur memang boleh membuatkan kita orang perempuan rasa terganggu dan mahu segera mendapatkan cara untuk atasinya. Dan salah satu petua yang boleh dipraktiskan adalah dengan mengamalkan cara yang dikonsikan oleh Lyndah ini. “Nak period lawas..nak period lancar..amalkan lah jamu. Jamu ni bukan makan hari2 seumur hidup pun. Ada masa kita rehat ada masa kita makan. Bila kita berjamu period akan lawas dan lancar. Malah ada yang hilang senggugut macam saya,”-Lyndah. Selain dari jamu boleh amalkan Air Kunyit Asam Jawa versi Mak kita..
Bahan-bahan:
Kunyit hidup 1inci
Halia 1inci
Asam Jawa 1 sudu makan
Garam secubit
Air suam 1 cawan
Cara-cara :
1. Tumbuk lumat kunyit, halia dan garam.
2. Campurkan bahan tumbuk dengan asam jawa. Kemudian tuangkan air suam.
3. Tapis air kunyit asam ke dalam cawan tadi.
4. Sedia untuk di minum
Tak perlu rebus..kalau nak rebus boleh je…tapi mak kita cakap khasiat xsama…Boleh Amalkan sebulan sekali (haid hari ke 2 atau selepas haid)
Khasiat air kunyit asam :
1.Melancarkan darah haid atau nifas
2.Melawaskan pembuangan..bagi dalam pantang sangat2 membantu dari terkena sembelit..bagi berpantang boleh amalkan selama 3hari berturut2..biasanya mak kita buat masa darah nifas hari ke7-10 masa ni darah nifas macam ada xde..
3.Menaikkan seri wajah.
4.Mencantikkn tubuh
5.Menyihatkan tubuh memberi tenaga.
6.Awet muda jika di amalkan.
sumber : Lyndah Abraham
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Baru-baru ini isu pasal pandai siang ikan ke tak, agak panas. Terus golongan dikritik jenis tak akan masuk dapur.
Padahal kalau tak pandai siang ikan pun, di kedai dah boleh siap-siap potong dan cuci. Benda senang kenapa nak susahkan? Begitulah yang dikongsi oleh Uyaina Arshad.
Pengacara dan pelakon itu mengakui semenjak bernikah dengan suami yang juga penyanyi Raja Syahiran dua tahun lalu, lelaki itu tidak pernah persoal hal tersebut. Ujarnya, ibu mertua pun tidak mempertikaikan.
“Since pasal kes siang ikan WHI viral, I nak cakap lah sikit. Mak mentua dan suami I juga paling chill.
“Tak pernah kisah I pandai siang ikan ke tak. Hahahaha! Sebab masa beli kat pasar dah siap suruh siang. Benda boleh senang buat apa nak susah.
“TAPI RELAKS LAH, DALAM KALANGAN KAUM LELAKI PUN ADA JER YANG TAK PANDAI TUKAR TAYAR KERETA, SO…,” TITIPNYA.
Uyaina yang turut berkongsi sajian ikan berlado berkata ibu mertuanya rajin menyediakan juadah apabila mereka sekeluarga pulang.
Kata Uyaina, tidak tahu boleh bertanya dan belajar. Justeru, sebagai menantu, beliau tetap turun ke dapur dan melakukan kerja-kerja memasak.
“Ibu mertua pun sama. Sangat awesome! Tapi saya masuk dapur juga. Apa tak tahu, tanya. Apa reti, buat. Haaa camtuh,” kongsinya.
Ujar Uyaina, pada masa akan datang beliau akan mencadangkan cabaran menukar tayar kereta kepada penerbit rancangan televisyen tersebut.
Untuk rekod, Uyaina berkahwin dengan Raja Syahiran pada 20 Disember 2021. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung, Raja Urhan yang kini berusia setahun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat isteri yang selama ini rasa geli atau kurang gemar jika suami anda simpan janggut tidak kiralah janggut sejemput atau jambang, inilah masanya untuk anda ubah persepsi itu. Bagi yang suka dengan ‘aksesori’ lelaki yang satu ini, sememangnya anda seorang isteri yang beruntung kerana ‘aksesori’ ini banyak kelebihannya!
Selain mendapat pahala berganda kerana ia merupakan sunah Rasulullah SAW, kajian yang diterbitkan dalam “The Journal of Evolutionary Biology” mengatakan wanita lebih cenderung inginkan lelaki yang berjanggut dan melihat lelaki sebegini sebagai rakan kongsi jangka panjang.
Oleh itu, ayuh baca fakta unik ini untuk lebih meyakinkan anda bahawa lelaki yang menyimpan janggut bukan sahaja memberi manfaat buat dirinya sendiri malah turut bermanfaat untuk isterinya.
1. Malaikat tadah air wuduk yang jatuh dari janggut
Ketika zaman Rasulullah SAW ada seorang sahabat yang berjanggut nipis yang sedang mengambil wuduk untuk bersembahyang di masjid. Melihatkannya, Rasulullah SAW tersenyum dan memalingkan mukanya. Sahabat itu menyangka Rasulullah SAW senyum kerana janggutnya yang nipis itu dan memalingkan mukanya kerana tidak suka pada janggutnya itu.
Keesokan harinya, lelaki tersebut datang ke masjid setelah mencukur janggutnya. Apabila terserempak dengan Rasulullah SAW, lelaki itu melemparkan senyuman tetapi Rasulullah SAW tidak memandang langsung kepada lelaki tersebut. Ini membuatkan dia bertambah hairan lalu mengajukan pertanyaan kepada Baginda.
“Wahai Rasulullah, mengapa hari ini kamu tidak senyum kepadaku seperti sebelum ini?” Jawab Baginda, “Sebelum ini aku nampak malaikat berebut-rebut untuk menadah air wuduk yang jatuh dari janggutmu tetapi apabila kamu mencukur janggutmu tidak ada lagi malaikat yang menunggu dijanggutmu wahai sahabat.”
2. Kurangkan tanda penuaan dan awet muda
Seorang ahli dermatologi dari London bernama Dr. Nick Lowe mengatakan bahawa janggut membantu melindungi kulit agar tetap sihat, mengurangkan tanda-tanda penuaan sekali gus membuatkan lelaki awet muda. Ini kerana pendedahan terhadap sinaran matahari yang sedikit membuatkan lelaki yang menyimpan janggut kelihatan lebih muda berbanding mereka yang tidak mempunyai janggut.
3. Buatkan wajah sentiasa hangat
Rambut merupakan penebat yang membuatkan lelaki kekal hangat, begitu juga dengan janggut kerana ia merupakan sebahagian daripada rambut yang ada pada wajah. Carol Walker, Konsultan Trichologist dari Birmingham Trichology Centre mengatakan janggut dapat menahan udara sejuk sekali gus menaikkan suhu leher terutamanya jika berada pada cuaca yang sejuk. Ini kerana janggut mempunyai kelebihan dalam menyerap dan menyimpan haba di dalam badan.
4. Beri perlindungan daripada sinaran ultra violet
Hasil kajian dari University of Southern Queensland menerusi jurnal bertajuk “Radiation Protection Dosimetry” mendapati bahagian wajah yang tertutup dengan janggut rata-ratanya sepertiga lebih rendah terdedah dengan sinaran ultra violet yang membahayakan sekali gus memberi perlindungan terhadap sinar ultra violet matahari 90 hingga 95 peratus. Bahkan kajian yang dijalankan di Australia juga membuktikan perkara yang sama.
5. Kurangkan gejala asma dan alahan
Jika anda mengalami alahan debunga atau debu dan gejala asma, janggut sebenarnya membantu sebagai penapis bagi mengelakkan kuman sampai ke permukaan wajah. Lebih besar janggut yang anda simpan, maka lebih banyak bahan pencemaran yang dapat ditapis setiap hari.
6. Melembapkan kulit wajah
Kulit wajah terbina dengan ejen pelembap tersendiri yang dikenali sebagai ‘sebaceous glands’. Ia bertindak untuk mengeluarkan minyak semula jadi yang menjadikan kulit kekal lembap. Dengan menyimpan janggut yang tebal, ia akan membantu melindungi kulit wajah anda daripada terkena angin yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
7. Elak masalah jerawat
Menyimpan janggut juga boleh membantu melindungi kelenjar sebum daripada dijangkiti oleh bakteria jerawat, vulgaris, sekali gus mencegah terjadinya masalah jerawat dan bintik hitam.
8. Sensasi ciuman yang berbeza
Wanita lebih menikmati ciuman dengan lelaki berjanggut berbanding lelaki yang wajahnya mulus tanpa janggut. Ini kerana janggut akan membuatkan pasangan rasa geli sekali gus menambahkan keintiman saat mencium suami.
9. Pahala buat isteri
Sebaik sahaja isteri celik mata dari tidur, rebutlah peluang pahala dengan merenung wajah suami dan kemudian usap lembut janggut suami dari dagu hingga ke penghujungnya.
10. Galak kesuburan wanita
Kajian oleh para saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat berjudul “The Amazing Fact of Human Body” mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia membantu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita dengan cara sentuhan dan belaian pada janggut atau jambang suami.
11. Calon ayah yang baik
Kajian dari University of New South Wales dalam jurnal bertajuk “Evolution and Human Behaviour” mengatakan bahawa wanita berpendapat lelaki yang memiliki janggut adalah lebih menarik serta dilihat sebagai calon pasangan dan ayah yang baik.
12. Sesuai dijadikan pasangan romantik
Hasil kajian yang dijalankan ke atas wanita Britain berusia 18 hingga 44 tahun mendapati tarikan yang dimiliki oleh selebriti terkenal seperti George Clooney, Brad Pitt dan David Beckham adalah disebabkan oleh wajah mereka yang berjambang. Mereka juga menyifatkan lelaki berjanggut paling sesuai dijadikan pasangan romantik.
* Ingat ya suami! Walaupun banyak kelebihan, pastikan janggut atau jambang anda sentiasa dibersihkan dan dirapi selalu agar ia tidak menyebarkan bakteria dan kuman untuk diri anda mahupun orang lain terutamanya isteri.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...