Setiap kali selesai menunaikan solat, tunggu seketika. Jika tiada urusan penting, luangkan sedikit masa untuk berzikir kerana amalan itu bakal menyelamatkan kita daripada api neraka.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab, ayat 41 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang banyak dan bertasbihlah pada waktu pagi dan petang. Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya (yang memohon keampunan untukmu) agar Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya. Dia Maha Penyayang kepada orang yang beriman.”
Dalam ayat itu, ada perkataan ‘asila’ yang bermaksud waktu selepas Asar hingga Maghrib. Selain itu, satu lagi perkataan ialah ‘bukratan’ bermaksud awal waktu Subuh sebelum naik matahari.
Maka, waktu untuk berzikir mengingati Allah yang dimaksudkan dalam ayat itu ialah selepas mendirikan solat Asar dan selepas solat Subuh.
Zikir itu hanya mengandungi tiga rangkap dan mengambil masa sekitar lima hingga 10 saat untuk membacanya sebanyak tujuh kali.
Daripada al-Harits bin Muslim al-Tamimi berkata, Nabi SAW bersabda bermaksud: “Apabila kamu selesai solat Subuh maka ucapkanlah sebelum berbicara, Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar)” sebanyak tujuh kali kerana jika kamu meninggal dunia pada hari itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka dan apabila kamu selesai solat Maghrib, maka ucapkanlah sebelum berbicara, “Ya Allah lindungilah aku daripada api neraka (Allahumma ajjirni minannar) sebanyak tujuh kali kerana sesungguhnya jika kamu meninggal dunia pada malamnya itu, nescaya Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad, Ibnu Hibbaan, At-Thabraani dan Al-Baihaqi di dalam Ad-Da’a-waat Al-Kabirnya)
Doanya cukup pendek, ringkas dan mudah dihafal. Sesiapa saja mampu membacanya dengan lancar lalu doa itu terus memanah tepat kepada objektif dan sasarannya.
Ads
Paling penting adalah usaha kita untuk kekal istiqamah mengamalkan doa itu. Doa itu menuntut kita untuk membacanya setiap pagi dan malam kerana mati itu datangnya cukup misteri.
Maka, setiap hari kita perlu sentiasa mempersiapkan diri dengan seberapa banyak bekalan. Jika terlalu sibuk atau mempunyai urusan, kita masih boleh mengamalkannya sambil bergegas berjalan untuk melaksanakan tanggungjawab itu.
Selain itu, amalan lain yang tidak sepatutnya ditinggalkan adalah membaca ayat Kursi. Daripada Abu Umamah al-Bahiliy, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas solat fardu, maka tiada apa yang penghalangnya daripada syurga kecuali kematian.” (Syeikh al-Al-bani mensahihkannya dalam al-Silsilah al-Sahihah – 972)
Kata Imam al-San’ani yang bermaksud: “Kelebihan ayat Kursi ini adalah disebabkan padanya terhimpun segala usul nama dan sifat Allah seperti Wahdaniyyah (Maha Esa), al-Hayah (Maha Hidup), al-Qayyumiyyah (Maha Kekal), al-‘Ilm (Maha Mengetahui), al-Mulk (Maha Menguasai), al-Qudrah (Maha Berkuasa) dan juga al-Iradah (Maha Berkehendak).” (Lihat: Subul al-Salam, 297/1)
Ads
Seterusnya, amalan sunat lain yang tidak patut ditinggalkan adalah solat sunat rawatib. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Barang siapa yang melakukan solat sunat (sunat rawatib) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga, empat rakaat sebelum Zuhur dan dua rakaat sesudahnya, dua rakaat selepas Maghrib, dua rakaat selepas Isyak dan dua rakaat sebelum Subuh.” (Riwayat al-Tirmidzi, al-Nasa’I, Ibnu Majah dan Imam Ahmad)
Saat ini kita mungkin sedang berusaha keras membayar ansuran bulanan rumah yang dibeli. Banyak waktu dihabiskan untuk melakukan kerja lebih masa bagi mengelakkan rumah dilelong oleh pihak bank.
Namun, Allah SWT akan memberi ganjaran untuk amal yang sedikit iaitu sebuah mahligai serba mewah di syurga kelak.
Terdapat juga solat sunat rawatib yang disebut sebagai solat sunat ghairu muakkadah (solat sunat yang tidak dituntut). Salah satunya adalah dua rakaat lagi tambahan sesudah melaksanakan dua rakaat solat sunat selepas Zuhur.
Ads
Ummu Habibah iaitu isteri Nabi SAW berkata, “Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa menjaga empat rakaat sebelum Zuhur dan empat rakaat sesudahnya, haram atasnya neraka.” (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai, dan Imam Ahmad)
Ada pendapat ulama seperti Imam al-Nasa’i, apabila seseorang hendak menambah dua rakaat selepas Zuhur (muakkad) dengan dua rakaat ghairu muakkad, hendaklah dikerjakan empat rakaat dengan tahiyat awal dan sekali salam (seperti pelaksanaan solat Zuhur).
Bagaimanapun, itu isu khilaf dan lakukanlah mengikut kemampuan masing-masing. Zuhur adalah waktu yang sangat singkat terutamanya bagi mereka yang bekerja.
Waktu rehat rata-ratanya dari jam 1 hingga 2 petang saja. Mungkin pada saat itu kita mahu tidur seketika (qailulah), makan, urusan bank dan melakukan urusan lain.
Apabila kita mula meletakkan solat sunat sebagai satu keutamaan, pasti kita mampu menyediakan masa untuk melaksanakannya.
Penulis pendakwahdan penulis buku
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengansepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri.kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapandengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra danmelayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suamidalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah
diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayangtidak akan terasa lagi.
Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkan pekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu diaterbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orangbawahnya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasahina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apaisteri kata. kalau pun kadang-kadang ia tidak suka dengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa.Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri.
“Kita balik kampung bang” “Kita keluar bang” “Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah,” dan sebagainya.
Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab,
“Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti.” Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, “I ada‘appointment’ petang ini. “Sewaktu-waktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, “I nak siapkan ‘speech’ untukesok. Abang masuklah dulu” Isteri jadi tuan. Suamijadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suamiisteri akan menyangka suami itu orang gajinya.
Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malam keluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akanmenjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanya boleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali.Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami. Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan adapandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akan dibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri meminta keizinannya untuk melakukan sesuatu.
Isteri tidak rasa bersandar hidup dengan suami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup,nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi keranaisteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, maka isteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidak memerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup.Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasa bimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainyaterhadap suaminya.
Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:
Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasa hina diri dan rendah diri, kerana isterinya akan banyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri
tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplen atau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau
hendak merajuk pun takut pula kena leter denganisteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil
suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasadirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasihsayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.
Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap danarahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak bolehtaat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.
Isteri berani mengarah, menentang danmarah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalurasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaanbegini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri,suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur oleh isteri.
Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dantunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu padaisterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbang kalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggahlagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurutsaja. Ertinya suami belajar dengan isteri.
Kemuncak dari itu, ialah suami takut untukmembuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnya suami akan takut pada isteri.
Kalau beristeri cantik
Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, makasuami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Sisuami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangiisterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri diikutinya.Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dankerenahnya. Minta itu minta ini, arah itu arah ini.kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. kalau kemahuannya tidak diikuti diamengugut hendak balik kampung atau minta cerai. Diatahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pulakerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendakdapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kataorang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayangditelah pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlakupada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.
Kalau beristeri kaya
Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezekipada isteri. Isteri jadi ‘boss’, boleh buat apa sajaarahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi,suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurutarahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalamkeadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketua rumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnyaisterilah yang jadi ketua rumah, jadi queen control.Jadual dan program isteri yang tentukan. Suamimengiyakan sahaja.
Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidaktinggi jawatan:
Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendahlagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri ituterpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dandirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat.Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlahketaatan yang suci murni, kerana dibuat denganterpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya,nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.
Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengansuaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulahwanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasabahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakinhilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagiakalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri.Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menantiapa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akanditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akandimintanya. Panjang mana pula leter yang akandidengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam
lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.
Kesah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah,seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 padaisterinya. “Hadiah,” katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.
“Hadiah apa ni?” Ditanya kepada suaminya. Makaberkatalah suaminya, “Hadiah kerana tadi ketika sayabalik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidurdiluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal sayahadiah RM50.” Isterinya pun tersipu-sipu.
Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman.Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Makasedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu,boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulahtidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteriboleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.
Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberi kebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaanpun, akan sanggup mengorbankan dirinya untuk menghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allahdan syurgaNya.
Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknya meninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggusuaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terusmengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayansuaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnyabarulah dia bertanya, “Abang, kalau kita diberi pinjamsesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itukepada tuan punyanya?. “Tentu sekali,” Jawab suaminya.Kemudian dia menyambung, “Allah telah meminjamkan kitaseorang anak. Tapi sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita.” “Innalillah wa inna ilaihi raajiuun,”kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkanmayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanita salehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik,melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu inihingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian yangberlaku, susahkan sikap isteri.
Hari ini mana ada wanita salehah yang mengorbankan diri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkankeredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat kelak.Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkan suami untuk keuntungan dirinya kerana semata-matamemuaskan diri dan nafsunya.
Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kita beristerikan wanita salehah. Sekalipun wanita ituberpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kayaraya, namun dia tetap taat dan merendah diri padasuaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami(bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukargeran menjadi milik mutlak suaminya. Lihat SayidatinaKhadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah. Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganyadikorbankan untuk membantu perjuanga Rasulullah saw.Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi
setelah menjadi isteri Rasulullah saw, habis hartanyadiserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah.Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanyasatu bilik usang berpintu satu. Sayidatina Aisyah,Ummul-Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut giat sama berjuang dengan mengorbankan segalakebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafat Rasulullah, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalahisteri yang rela miskin dan bersusah payah untukIslam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.
sumber : TANGKAP PICTURES
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
DALAM kehidupan di dunia ini, setiap orang memerlukan tempat tinggal yang aman, damai, sejahtera, selesa dan harmoni sebagai tempat berlindung atau berteduh. Malah, sebagai umat Islam, pasti kita juga mengharapkan rumah yang diduduki sentiasa mendapat rahmat dan berkat Allah.
Persoalannya, bagaimanakah cara kita selaku umat Islam untuk mendapatkan rumah yang dirahmati? Sebenarnya, antara faktor menyebabkan sesebuah rumah itu mendapat rahmat dan keberkatan adalah disebabkan rumah itu sentiasa dikunjungi Malaikat Rahmat.
Malaikat Rahmat sentiasa taat menjunjung akan perintah Allah SWT dan tidak pernah menderhakai-Nya sebagaimana firman Allah dalam Surah At Tahriim ayat 6, yang bermaksud: “Mereka (malaikat) tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.” Apabila Malaikat Rahmat memasuki rumah seseorang, inilah yang disifatkan sebagai satu rahmat, keuntungan dan kebaikan bagi penghuninya.
Penghuni yang beriman akan dikawal dan dijauhkan daripada gangguan syaitan, memperoleh ketenangan dan ketenteraman hati serta dipohonkan keampunan oleh malaikat. Mereka dipelihara ketika tidur dan jaga, didoakan malaikat, selain doa mereka turut ‘diaminkan’ malaikat ketika mengerjakan solat.
Ini antara kebaikan atau faedah rumah yang dimasuki Malaikat Rahmat. Oleh itu setiap orang mukmin hendaklah sentiasa memelihara perkara yang boleh mendekatkan dan memudahkan Malaikat Rahmat memasuki rumah kita.
Sebaliknya, apabila malaikat tidak masuk ke dalam rumah kita, ditakuti pula syaitan akan mengambil tempat memasukinya. Apabila syaitan berada pada satu tempat disebabkan ada maksiat dilakukan, malaikat tidak akan masuk ke tempat itu kerana syaitan adalah musuh malaikat.
Perlu diketahui, ada banyak sebab mengapa rumah atau tempat kediaman tidak dimasuki Malaikat Rahmat, antaranya:
1. Rumah orang yang memutuskan tali persaudaraan. Sesungguhnya menghubungkan silaturahim adalah wajib, manakala memutuskannya maksiat dan berdosa besar.
2. Rumah orang yang menderhaka kepada ibu bapa. Kewajipan anak terhadap ibu bapa ialah berbuat baik, taat dan menghormati mereka. Menderhaka adalah sebesar-besar dosa selepas syirik kepada Allah. Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa terhadap anaknya dan kemurkaan Allah terletak pada kebencian ibu bapa terhadap anaknya.
3. Rumah orang yang memakan harta anak yatim. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang diberi layanan baik terhadapnya. Dan seburuk-buruk rumah orang Islam ialah rumah yang tinggal di dalamnya anak yatim yang dianiaya.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Maajah)
4. Rumah yang mempunyai anjing. Islam menitikberatkan soal kebersihan dan kesucian. Adanya anjing dalam rumah seorang Muslim memungkinkan adanya najis pada persekitaran rumah disebabkan jilatan dan kencing anjing atau seumpamanya.
Riwayat Imam Al-Bukhari menyatakan, Abi Talhah mendengar baginda Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk malaikat ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan tidak pula masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya patung.”
5. Rumah yang mengadakan majlis namun langsung tidak menyebut perkataan mengingati Allah. Sesuatu majlis yang tidak diisi dengan zikir seperti bertasbih, bertahmid, bertakbir dan tidak diisi ucapan selawat dan salam ke atas junjungan Nabi SAW disifatkan sebagai kelalaian, kerugian dan penyesalan disebabkan hilangnya kebajikan, tidak mendapat apa-apa ganjaran atau pahala, jauh daripada Malaikat Rahmat dan bertapaknya syaitan dalam majlis itu.
Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidaklah satu kaum duduk dalam satu majlis di mana mereka tidak berzikir kepada Allah SWT melainkan ditimpakan ke atas mereka pengurangan pahala.” (Riwayat Al-Imam Ahmad)
6. Rumah yang banyak kedengaran di dalamnya caci maki. Contohnya mencaci maki sesama Muslim, mencaci maki orang yang telah meninggal dunia, kejadian alam, penyakit dan sebagainya. Bagi setiap Muslim dan Muslimah mestilah sentiasa memelihara atau menjaga lidahnya daripada setiap kata atau ucapan melainkan yang jelas ada manfaatnya.
Di antara rahsia di sebalik menjaga lidah itu ialah memudahkan Malaikat Rahmat mendekatkan diri kita dan datang berkunjung ke dalam rumah kita. Orang yang celupar lidahnya, suka memaki hamun, mencela dan mengutuk tidaklah disifatkan sebagai orang yang beriman sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
“Dari Abdullah telah berkata : Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Seorang yang beriman itu bukanlah orang yang suka mencela, suka mengutuk, suka berbuat jahat dan bukan pula yang kotor lidahnya”. (Riwayat Al-Imam At-Termidzi)
7. Rumah orang yang dilaknat. Antara golongan yang dimaksudkan ialah orang yang terbabit dengan arak dan rasuah, orang yang merubah ciptaan Allah seperti membuat tatu pada tubuh badan, mencukur atau menipis bulu kening, lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Untuk menjadikan rumah kita sentiasa dikunjungi oleh Malaikat Rahmat hendaklah kita menjauhi perkara-perkara yang dilarang dalam agama kita. Biarlah segala yang makruf itu dijadikan sebagai prinsip dan syiar dalam kehidupan kita seharian.
Sama-samalah kita berdoa mudah-mudahan Malaikat Rahmat akan sentiasa mengunjungi rumah kita dengan membawa berkat dan mendoakan kebaikan serta keselamatan terhadap diri dan keluarga kita. Amin Ya Rabbal’alamin.
Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Al Ahzab ayat 43 tafsirnya :
“Dialah yang memberi rahmat kepada kamu dan malaikat-Nya pula berdoa bagi kamu untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dan taat). Dan adalah Ia sentiasa melimpah-limpah rahmat-Nya kepada orang-orang yang beriman di dunia dan di akhirat”.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Benda kudapan ni, kalau beli mau dalam RM 25 sebalang, baik buat sendiri dengan bajet bawah RM20, lepas tu makan sambil layan Netflix ataupun masa work from home. Apa lagi rajinkan diri dan follow apa yang saudari ini kongsikan di Facebook miliknya.
Terima kasih atas perkongsian Ida Idy berguna ini sepanjang RMO .
Antara komen2 anak saya pasal spicy salted egg cornflakes mama dia..
Anak no 1. Mama, sedap giler..
Anak no 2. Mama, sedap sgt2..
Anak no 3. Mama, adik suka la..
Anak2 selalunya jujur..haha…
Saya joint kelas utk blaja buat ni. Tp kat group masakan byk je resipi2 nya. Tp yg saya buat ni betul2 saya jatuh cinta. Kalau ada permintaan saya sudi utk berkongsi resipi olahan saya.
***Edited
Ni resipinya ya…
Spicy salted egg cornflakes mamayaya
90g butter
80g serbuk salted egg
4 tangkai daun kari
5 biji cili kering (hiris halus)
1 sudu kecil serbuk kari daging babas
1/2 sudu kecil serbuk cili babas (nak pedas boleh tambah)
275g cornflakes nestle
1)Cairkan butter dgn api yg perlahan
2)Masukkan daun kari + cili kering
3)Masukkan serbuk salted egg, serbuk kari dan serbuk cili..kacau sebati dan tutup api.
4)Masukkan cornflakes..gaul biar sebati dan rata.
5)Masukkan kesemua dlm tray oven..bakar dlm oven suhu 120°c, 10minit..Sejukkan dan packing.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bahagia melihat pelakon, Joey Daud dan Watie Sadali saat mengenang kembali moment sewaktu pertama kali keluar berdua bersama isterinya menerusi satu sesi temu bual