Sesibuk mana pun anda dan pasangan, pastikan anda berdua mempunyai waktu bersama untuk saling memahami antara satu sama lain. Tapi dalam sibuk-sibuk meraikan pasangan kesayangan tu, ada ke yang terfikir untuk memperbaiki hubungan sebagai suami isteri yang mungkin telah lama diselaputi debu? Jika anda benar-benar sayang pasangan anda, haruslah pada diri sendiri terlebih dahulu.
Bertanyakan kepada diri anda kembali, adakah baik cara layanan yang anda berikan pada pasangan anda? Selain memberi kasih sayang, pernahkah anda cuba untuk memenuhi impiannya demi lihatnya tersenyum dan berapa kali anda memberi pujian pada pasangan dalam sehari?
Ungkapan tidak semestinya layanan yang baik kepada pasangan. Mungkin mereka mahu kan lebih lagi dari itu. Jadi, mari kita lihat antara tips untuk hangatkan kembali cinta anda kepada pasangan.
1. Nabi Muhammad S.A.W Suka Memberi Hadiah
Ha, yang ini mesti kaum hawa paling gembira untuk tahu. Ya, sebagai seorang suami anda harus peka dan tahu mengambil hati isteri. Cukuplah dia telah mengandung dan melahirkan zuriat untuk anda, cukuplah dia dah menjaga makan dan minum anda selama mana anda telah berkahwin dengannya selama ini, cukuplah dia telah melayan anda meskipun sedang penat tanpa menghiraukan kebajikan diri sendiri kerana suami pun turut memainkan peranan penting dalam membina kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Beli lah hadiah mengikut kemampuan anda sahaja.
Nabi s.a.w bersabda: “Hendaklah kamu saling memberi hadiah , nescaya kamu akan saling mencintai.”
(HR. Al-Bukhari )
2. Nabi Muhammad S.A.W Suka Memuji
Ads
Semua orang suka bila dipuji. Bagaimana marah pun seseorang itu tetapi kalau dipuji, pasti hatinya akan sejuk serta-merta. Nabi gemar memuji isterinya dan baginda juga suka menggunakan bahasa-bahasa yang romantis apabila berkomunikasi dengan isterinya. Contohnya nama panggilan yang sering digunakan oleh nabi terhadap isterinya Aisyah r.a adalah “Aish” yang bermaksud ‘Hidup’ atau “Humairah” yang bermaksud ‘Yang berpipi kemerah-merahan’.
3. Nabi Muhammad S.A.W Akan Saling Membantu Pasangan
Bukankah sebelum berkahwin anda telah berjanji dengan pasangan bahawa anda sanggup bersusah dan bersenang dengannya? Jadi apabila salah seorang dari anda susah, pasangan yang satunya harus tampil membantu. Tidak kisah remeh mana sekalipun kesusahan itu, anda mesti bantu untuk ringankan beban pasangan.
Ads
Diriwayatkan juga daripada Aisyah r.a, katanya: Aku pernah melihat baginda Rasul s.a.w menaungi aku dari terik matahari dengan kain serban baginda sendiri, kerana pada ketika itu aku sedang asyik menonton orang-orang Habsyah sedang membuat pertunjukan di masjid, akhirnya aku merasa jemu melihat permainan tersebut.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
4. Nabi Muhammad S.A.W Peruntukan Masa Dengan Pasangan
Kalau boleh luangkan lah masa dengan hanya anda berdua sahaja. Jika anda sudah mempunyai anak minta bantuan sesiapa untuk menjagakan anak anda seketika. Bawa pasangan pergi bersiar-siar, ambil angin, kongsi kegembiraan dan rasakan nikmat bahagia itu bersama. Jangan jadikan anak-anak sebagai alasan untuk tidak mempunyai waktu bersama pasangan.
Ads
Menurut riwayat lain pula, dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu: “Tiba-tiba muncul beberapa orang berkulit hitam dan membuat pertunjukan di hadapan baginda Rasul s.a.w pada hari raya. Lalu baginda Rasul s.a.w mengajak aku pergi menonton pertunjukkan itu. Maka aku dibiarkan baginda Rasul menonton dari atas bahunya sehingga aku merasa puas”.
5. Nabi Muhammad S.A.W Amalkan Sentuhan
Sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada apa yang bisa menghalang anda dari ‘melebih-lebih’ dengan pasangan. Rajin-rajinkanlah mengucup atau memeluk atau bersentuhan dengan cara apa pun bersama pasangan.
Nabi s.a.w bersabda, “Sesungguhnya seorang suami melihat isterinya (dengan kasih sayang) dan isterinya pun melihatnya (dengan kasih sayang pula), maka Allah s.w.t melihat kedua-duanya dengan pandangan kasih sayang. Dan apabila suami memegang telapak tangan isterinya, maka dosa-dosa mereka keluar dari celah jari-jari tangan mereka”.
(Riwayat Rafi’I dari Abu Sa’id)
Sumber : Wanista
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila belum dikurniakan anak, perasaan sensitifnya dengan pertanyaan orang sekeliling tuhan saja yang tahu. Sebab yang bertanya itu takkan pernah tahu bagaimana susah payahnya kita berusaha nak dapatkan cahaya mata.
Jangan patah semangat, jangan rasa Allah tak sayang, sebabnya ujian zuriat ini memang hebat sekali. Malah menurut Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, 43 nabi Zakaria dahulu pun pernah diuji ketiadaan anak.
“Isterinya mandul dan dia juga sudah tua, maka dia berdoa pada Allah agar dikurniakan cahaya mata.”
Ia juga ujian kesabaran. Tapi suami isteri kena juga berusaha. Yang usaha-usaha sebelum ini contoh bertemu doktor untuk konsultasi dan sebagainya boleh diteruskan. Tip yang Ustaz Hanafiah kongsikan ini adalah petua. Petua ini perlu diamalkan suami isteri, bersama-sama konsisten selama masih dalam usaha, masa yang ustaz tetapkan setahun.
Beliau juga pernah kongsikan petua yang sama sebelum ini di televisyen. Dan Alhamdulillah ramai yang menghubunginya memberi maklumbalas positif. Akui beliau ulama di Yaman berusia 52 tahun, dan pasangannya disahkan mandul. Dan akhirnya setelah bermacam usaha dilakukan, beliau dan isteri mencuba petua dan diamalkan. “Dengan izin Allah dapat anak.”
.
Petua Dapat Zuriat Daripada Ustaz Hanafiah
Hari Pertama
1 kilo kurma yang liat dan kering (elak yang lembik sebab takkan jadi)
1 liter susu kambing (ambil yang fresh baru afdhal)
Caranya
Suami ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Isteri pun ambil 1 genggam dari 1 kilo kurma tadi.
Buangkan biji, masukkan kurma-kurma tadi dalam blender.
Tuangkan 1 liter air susu kambing. Kisar.
Isteri minum separuh, suami minum separuh.
Habiskan dalam masa 1 hari
Hari Kedua Dan hari-hari Seterusnya
.
Pasangan Suami dan isteri makan 7 biji kurma yang kering dan liat (jangan yang lembik) setiap pagi. Selepas ambil kurma minum 1 gelas susu kambing setiap pagi. Kurma boleh dimakan sekali gus atau berselang asalkan dihabiskan untuk 1 hari.
Setiap Kali Cuba Petua, Amalkan Bersama
Surah Maryam ayat 1 hingga 12
“Mandul itu bukan tanda kita tak boleh dapat anak,” sambungnya. Kadangkala sesetengah wanita rahimnya diganggu oleh bangsa jin. Manakala kepantangan makhluk bernama jin ini adalah susu kambing.
InsyaAllah… berdoalah pada Allah semoga pasangan yang mengamalkan petua untuk dapatkan zuriat ini diberikan rezeki anak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila berumah tangga, ada syarat untuk bahagia. Kalau penat buat kerja rutin, berhenti dulu dan sambung kemudian.
Haaa… Jangan cari pasal nak salahkan pasangan tak tolong dan buat sampai emosi rasa ketat. Begitulah yang cuba disampaikan oleh saudara Firdaus Shakirin ini, buat setakat yang mampu untuk rasa bahagia.
Syarat Untuk Bahagia
“Kau penat, aku pun penat…”
Dalam rumah tangga, kalau kita nak lawan siapa yang lagi penat, siapa yang lagi banyak buat kerja, maka sampai bila-bila pun kita akan bergaduh dan bermasam muka.
Prinsip rumah tangga, buat setakat yang larat sahaja, tak boleh buat, tinggal. Jangan paksa diri, jangan nak perfect.
“Malam ni masak apa…?”
Wife jawab tak tahu lagi, tak ada keputusan lagi sebab tengah ajar anak buat kerja sekolah.
Terus saya reply, “Tak payah masak, saya tapau makan malam…”
Balik rumah, sampai sahaja rumah, tengok baju masih kat ampaian. Panggil anak, minta dia ambil bakul, saya kutip, bawa masuk dalam rumah. Lepas maghrib, sambil tengok berita, saya lipat.
Boleh sahaja saya balik rumah pastu tanya, “kenapa tak masak lagi, kenapa baju tak kutip lagi, kenapa itu, kenapa ini…” saya dah PENAT kerja kot… tak kan balik rumah kena buat macam-macamlagi.
Tapi saya tak buat macam tu sebab isteri pun ada kerja dia sendiri. Isteri bukan membuta dari pagi sampai ke petang.
Bukan Goyang Kaki Duduk Rumah
Isteri bukannya goyang kaki, tak buat apa-apa. Jangan hanya kerana kita tak nampak apa yang dia buat, itu bermakna dia TAK BUAT apa-apa.
Larat kemas, kemas. Tak larat biar bersepah. Larat masak, masak. Tak larat kita tapau luar… larat lipat baju, lipat. Kalau tak larat, esok kita buat.
Ada yang jenis nak sempurna, nak siapkan juga walaupun tak sempat. Boleh, teruskan dan buatlah. Tak ada paksaan pun cuma jangan merungut je lah kalau pilih nak buat macam tu.
Dalam rumah tangga ni, penat tu dua-dua kena rasa. Kalau salah seorang sahaja yang PENAT, maka rumah tangga itu tenat.
Begitulah sebaiknya bila saling memahami keadaan, isteri buat kerja dan hakikatnya suami pun buat kerja. Kena reda tugas masing-masing, inshaa Allah bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kita menabung setiap hari hasilnya kita akan rasai bila harinya tiba, ditambah pula motivasi untuk membahagiakan orang tersayang ia lebih bermakna untuk dilakukan. Cubalah simpan duit anda, sikit-sikit lama kelamaan ia akan bertambah. Selamat menabung para suami!
.
Allah, saya rasa terkesan sangat bila saya menjadi asbab untuk orang menabung. Ringkas sangat nampaknya untuk kumpul RM3 sehari. Tapi kalau tiada motivasi, tiada yang ingatkan dan tidak dibuat bersama-sama, memang takkan jadi disiplin. Saya tahu ramai yang galakkan menyimpan, melabur ASB, gold bar, unit trust, saham, hartanah dan sebagainya. Memang bagus sangat semua tu. Tapi tak pernah ada orang pimpin dan galakkan menyimpan RM3 sehari untuk beli emas.
Inilah yang saya buat. Merealisasikan benda yang sangat mudah. Jika kita boleh jayakan benda ni, pasti benda yang lebih besar pun kita boleh.
.
Kepada yang baru tahu pasal ni, izinkan saya terangkan dengan ringkas. Pada 18 hari yang lepas, saya mulakan cabaran kepada semua untuk mengumpul RM3 setiap hari selama 180 hari. Ini bertujuan, pada hari yang disasarkan, kami semua akan ada duit yang cukup untuk membeli emas seberat 2 gram paling kurang. Jadi, mulai hari itu, sehinggalah hari ini, saya mengingatkan mengenai tabungan ini, hari yang ke berapa dan jumlah terkumpul minima yang perlu ada. Ini menjadikan orang semakin minat untuk menabung dan termasuklah yang baru pertama kali melihat post “peringatan dan motivasi” saya setiap hari.
.
Hari ini ialah hari ke 19 dari 180 hari sasaran. Sepatutnya semua perlu ada minimum RM57 dalam tabung. Kepada yang baru sertai, anda hanya perlu sediakan RM57 dan tambah RM3 setiap hari mulai esok.
Saya akan ingatkan anda setiap hari. Semoga niat dan cabaran ini mencapai sasarannya. Saya akan bersama-sama anda setiap hari sehingga sampai ke garis penamat. Bila dah sampai sasaran nanti, belilah emas di mana-mana kedai atau orang sekalipun.
.
Kongsikan cabaran ini supaya lebih ramai para isteri dan suami menabung untuk emas dan seterusnya akan menggembirakan hati dan melabur dalam masa yang sama. Seronok sungguh bila tengok ramai yang bersemangat. Ada yang simpan RM5, RM20 dan pelbagai amaun sehari. Memang buat kita bermotivasi.