Ads

Elya Maisara Anggun Dalam Busana Inderaloka, Ammar Nazhan Serah Mas Kahwin 10 Dinar Emas

Tanggal 11 November 2026 menjadi saksi bermulanya kehidupan baharu buat Ammar Nazhan dan Elya Maisara apabila pasangan ini sah disatukan sebagai suami isteri. Majlis pernikahan yang berlangsung di Faira Hall, Kuala Lumpur itu diraikan bersama ahli keluarga serta kenalan terdekat.

Dengan sekali lafaz, Ammar selamat menerima akad nikah yang disempurnakan oleh bapa Elya, Mohd Azmi. Pada majlis tersebut, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin berupa 10 dinar emas bersama lima dulang hantaran, berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Di sebalik kelancaran akad nikah, Ammar mengakui dirinya berdebar sebelum melafazkan kabul. Menurut perkongsiannya kepada mStar, perasaan itu hadir apabila memikirkan tanggungjawab besar yang bakal dipikul untuk menjaga Elya sebagai isterinya sepanjang kehidupan bersama.

Tampil sedondon dalam persalinan serba putih, penampilan kedua-dua mempelai melengkapkan keindahan majlis. Elya khususnya menyerlah dengan busana pengantin rekaan Inderaloka yang tampil mewah menerusi perincian sarat labuci dan manik.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Ketelitian perincian pada busana itu memberikan pesona tersendiri kepada penampilan Elya sebagai ratu sehari. Gabungan rona putih dengan kemasan labuci dan manik menyuntik keanggunan, menjadikan persalinan tersebut antara elemen yang mencuri perhatian pada hari bahagianya.

Ads

Melengkapkan keseluruhan gaya ialah sentuhan solekan oleh Make Up by Dya Zara. Solekan tersebut menyerlahkan seri wajah Elya, seiring dengan kemewahan busana yang digayakan saat melangkah ke alam rumah tangga bersama lelaki pilihannya.

Ads

Keindahan majlis turut diabadikan oleh jurugambar Faridism Production. Dengan sentuhan profesional, detik bermakna pasangan mempelai dirakam untuk menjadi kenangan yang dapat ditatap kembali sepanjang perjalanan mereka sebagai suami isteri.

Pernikahan ini menyusuli pertunangan Ammar dan Elya pada 4 April 2026 di Johor Bahru, Johor. Selepas hampir lima tahun menjalinkan hubungan, pasangan ini akhirnya membuka lembaran baharu untuk berkongsi kehidupan dan menggalas tanggungjawab bersama.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Katering Lambat, Tetamu Pulang Tanpa Makan. Adakah Refund Sahaja Memadai?

Makanan lewat tiba, menu tidak seperti dijanjikan hingga tetamu pulang tanpa makan? Ketahui hak pengantin, kerugian yang boleh dituntut dan langkah mengambil tindakan terhadap katerer.