Ads

Linda Rafar Terima Menantu, Aril Sah Bergelar Suami Kepada Ika Dengan Sekali Lafaz

Perkenalan sejak di bangku sekolah akhirnya membawa Aril dan Ika ke gerbang perkahwinan. Pasangan ini selamat disatukan pada 7 November 2026, menjadi detik bermakna buat penyanyi dan pelakon Linda Rafar yang kini menerima kehadiran menantu dalam keluarga.

Rezaril Keiflin atau mesra disapa Aril sah bergelar suami kepada Nur Izzati Shafiqah Ishak dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah di Cava Hall, Ara Damansara. Disaksikan keluarga serta sahabat rapat, ikatan itu membuka lembaran baharu dalam perjalanan cinta mereka.

Pada majlis berkenaan, Ika dinikahkan oleh bapanya sendiri selaku wali. Aril pula menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 secara tunai sebagai menyempurnakan pernikahan mereka.

Antara detik yang menyentuh hati ialah ketika Aril memeluk bapanya sejurus selesai akad nikah. Kedua-duanya kelihatan sebak, sebelum bapanya mengucup dahi Aril.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Dalam kegembiraan menyambut ikatan baharu, momen itu menyerlahkan kasih antara seorang bapa dengan anak yang kini menggalas tanggungjawab sebagai suami. Pelukan tersebut menjadi antara kenangan manis pada hari bahagia pasangan ini.

BACA JUGA: Kenal Sejak Sekolah, Anak Sulung Linda Rafar Selamat Bertunang Dengan Pilihan Hati

Ads

Di sebalik persiapan majlis, Linda turut mencurahkan masa dan perhatian untuk meraikan perkahwinan anak tersayang. Beliau sebelum ini berkongsi bahawa urusan pertunangan, pernikahan dan resepsi dikendalikan sendiri, meskipun jadualnya padat dengan komitmen bersama kumpulan Elite.

Ads

Daripada pengurusan acara hingga pemilihan menu tetamu, semuanya mendapat perhatian Linda. Baginya, kesibukan itu membawa kegembiraan kerana beliau mahu memastikan hari istimewa anaknya berjalan lancar.

Buat Aril dan Ika, perkahwinan ini menjadi permulaan untuk terus mengenali, saling memahami dan membina kehidupan bersama. Semoga ikatan yang terjalin sentiasa dipayungi kasih sayang, dikurniakan keberkatan serta kekal bahagia hingga ke syurga.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Menanti Cahaya Mata, Maudy Ayunda Raikan Tradisi Mitoni Bersama Keluarga

Menanti kelahiran cahaya mata, Maudy Ayunda dan suami, Jesse Choi meraikan tradisi Jawa, mitoni, bersama keluarga dengan doa agar ibu dan bayi dikurniakan kesihatan serta urusan kelahiran dipermudah.