Masalah adalah sebahagian daripada kehidupan. Masalah akan menjadi tekanan sekiranya tidak diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Pendedahan terlalu lama terhadap tekanan boleh mengakibatkan pelbagai gejala emosi dan fizikal.

Beberapa tip untuk menghindari tekanan:

Bersikap realistik

Bersikap realistik boleh mengurangkan tekanan. Jika anda mempunyai harapan yang tidak realistik terhadap pasangan, anda akan menjadi kecewa apabila apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Jika anda menerima hakikat bahawa manusia tidak bersifat sempurna, ia akan membantu anda menangani tekanan dengan lebih baik.

Berfikiran positif

Jika anda berfikiran negatif, ia boleh menjejaskan keyakinan anda ketika berbuat sesuatu. Anda akan berasa tertekan jika ia terus-menerus berlaku. Fikiran negatif adalah satu tabiat tidak baik yang terbentuk dalam diri kita sejak bertahun-tahun lamanya. Belajar berfikir dengan cara lebih positif mengenai diri anda dan kehidupan di sekeliling anda akan membantu mengurangkan tekanan.

IKLAN

Usah hindari masalah, selesaikan!

Jika anda hanya berfikir saja mengenai masalah yang wujud tetapi tidak berbuat apa-apa mengenainya, keadaan akan menjadi lebih buruk. Tumpukan kepada penyelesaiannya. Berikut adalah beberapa langkah yang perlu anda tanya kepada diri sendiri ketika cuba menyelesaikan masalah:

  • apakah masalah yang berlaku?
  • Apakah yang boleh saya lakukan?
  • Apakah keputusan saya?
  • Adakah penyelesaiannya berhasil?
  • Apa yang saya mahukan?
  • Apakah kemungkinan yang bakal terjadi?
  • Mari cuba cari jalan penyelesaian
  • Luahkan perasaan anda

Adalah penting untuk anda meluahkan apa yang anda rasa. Jika anda tidak berbuat demikian, pasangan anda mungkin akan cuba membaca fikiran anda dan kemudian membuat keputusan untuk anda. Meluahkan masalah dan konflik yang anda alami akan mengurangkan tekanan yang menjadi punca ledakan kemarahan.

IKLAN

Urus masa anda

Mengurus masa secara berkesan bukan saja bererti mengurus kerjaya dan rumah tangga. Ia termasuk memberi masa untuk bergaul dengan rakan, hobi atau berehat. Buat jadual untuk melihat bagaimana anda menguruskan masa.

  • pastikan jadual anda mudah diubah suai
  • mulakan dengan mencatatkan semua komitmen anda terhadap keluarga, kerja, aktiviti sosial dan istirahat
  • rangka satu jadual mudah yang boleh memberi anda masa menghabiskan pelbagai kerja dan kegiatan setiap hari
  • cuba beri sedikit masa rehat selepas sesuatu aktiviti
  • mulakan kerja ketika badan masih segar

Amalkan tabiat makan yang sihat

IKLAN

Keupayaan anda menghadapi tekanan juga bergantung kepada tahap kesihatan anda. Berikut adalah garus panduan ke arah amalan makan yang sihat.

  • makan pelbagai jenis makanan setiap hari
  • kurangkan pengambilan garam dan gula
  • kurangkan pengambilan lemak
  • makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, roti dan bijirin
  • Rehatkan otot anda

Sengal dan akit otot adalah tanda utama bahawa anda mengalami ketegangan. Senaman yang tetap dan berterusan pula merupakan satu cara untuk melegakan sakit otot.

Lakukan senaman berterusan

Senaman berterusan membolehkan anda tidur lena selain mengurangkan ketegangan dan kelesuan. Ia juga merehatkan tubuh dan memberi peluang kepada anda

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI