Rasa timbul urat leher tengok episod akhir drama Melayu bertajuk Risik Pada Hati yang tengah ‘panas’ akhir-akhir ni. Perceraian dalam rumahtangga bagai sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan tambah-tambah apabila melibatkan kehidupan bermadu. Bila Hayfa berani mencabar Adam untuk diceraikan, maknanya dia tekad untuk hidup sebagai janda.
Ramai yang membuat ulasan tentang drama ini. Ada yang jadi penonton tegar, ada juga yang baharu sahaja menonton selepas masuk dalam episod ‘panas’. Ada satu ulasan dari Syahr Musafir yang menarik untuk dikongsikan.
Kuasa AMARAH!
Ramaiiiiii sangat yang share pasal lakonan selebriti Ummi Nazeera yang cukup
Ads
Ads
Ads
hebat sebagai Hayfa, lebih-lebih lagi hari ini episod akhir. Selepas anak-anak sudah masuk tidur malam ni tadi, saya pun tengoklah kejap babak Hayfa marah dan meluahkan rasa, akhirnya terlafazlah perkataan cerai daripada mulut suaminya, Adam, yang dilakonkan oleh selebriti Alif Satar.
“Let me go..” cabar Hayfa.
Apa Adam jawab? Adam kata, “Nak sangat, kan?”
Barulah lafaz cerai tu keluar daripada Adam. Ini babak yang paling menangkap perhatian saya. Lakonan yang sangat real oleh Alif Satar, Ummi Nazeera dan tak dilupakan Zara Zya sebagai watak Aisyah.
Saya takkan komen langsung pasal seluruh drama ni sebab saya tak menonton dari awal.Saya faham pasti ada pelbagai kesedihan yang dilalui Hayfa sehingga Hayfa mencabar Adam untuk menceraikannya. Saya tak nak nafikan apa-apa pun pasal ni.
Cuma bagi saya, kesilapan besar seorang isteri adalah bermudah-mudah mencabar suami menceraikannya pada saat perasaan marah menguasai diri dan emosi sedang pecah berderai. Ketika ini bara sedang menyala dan api sedang marak.
Kesilapan besar seorang suami pula adalah menyahut cabaran si isteri yang sedang amarah itu dengan melakukan apa yang si isteri pinta dalam kemarahan. Ketika ini api marak itu dicurahkan minyak tanah.
Ambillah pengajaran, bara sedang menyala dan api sedang marak tak boleh disuakandengan minyak tanah. Ketika isteri marah, suami tak boleh tambahkan kemarahan. Ketika suami marah, isteri tak boleh tambahkan kemarahan.
Tak kisahlah situasi apa, sebab apa, sudah lama tanggung atau apa saja. Kalau sama-sama ‘jadi api’ akhirnya akan jadi sebagaimana macam Adam dan Hayfa, berlaku pertambahan kemarahan yang menyebabkan lafaz cerai. Selepas tu air mata bercucuran.
Sebagai manusia biasa, pertengkaran antara pasangan suami isteri adalah normal, terutamanya ketika fasa awal pernikahan. Dan tak pelik pun apabila isteri berkata berkata seolah ‘Jika tak suka saya, lepaskan saya’ ketika dirinya sedang marah.
Apa suami kena buat? Bagi saya cukuplah suami diam.
Nak peluk? Bagi saya, tak perlu atau bergantung kepada keadaan. Ketika isteri marah, ibaratnya macam kita si kancil nak peluk sang singa. Mana boleh nak peluk.
Tetapi kena faham, api sedang marak jadi si suami tak boleh jadi bara atau minyak yang akan menambahkan kemarakan api tu.
“Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan marah…” Bukan saya pesan tetapi Rasulullah pesan.
Selepas nikah, biasanya lelaki mulai faham hakikat wanita diciptakan dengan fitrah mudah berkata-kata mencabar untuk diceraikan dan seumpamanya, dan suami kena kuat, sabar dan rasional.
Banyak hikmahnya kuasa talak dan cerai diletakkan pada suami, bukan isteri.
Tetapi isteri hilang kelembutan apabila bermudah-mudah mencabar suami menceraikannya dan suami hilang kejantanan apabila menceraikan atas dasar mengikut emosi.
Ini sekadar pandangan saya saja.
Tuan-Puan yang tak setuju tak perlu bersetuju dengan saya. Muhasabah diri kita. Isteri, jangan bermudah mencabar. Suami, jangan terikut rasa tercabar tu. Masing-masing risik pada hati sendiri, sesuai dengan tajuknya.
Kesabaran kunci kepada kehidupan. Masakan tidak, sabar itu dikatakan separuh daripada iman. Bila tak sabar, kita hilang pertimbangan dan macam-macam yang boleh berlaku. Ini baru contoh yang sedikit. Semat dalam diri, sabar dalam perkahwinan boleh bawa kebahagiaan.
Kredit foto: Instagram Zara Zya
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Duit belanja dan nafkah untuk isteri adalah dua perkara yang berbeza. Ramai yang suami buat-buat lupa dan abaikan bila si dia sudah ada duit sendiri. Ini satu masalah sebenarnya.
Ada juga isteri yang bekerja tidak kisah pun dapat duit poket atau nafkah sebab dia tahu kemampuan suami dia. Namun, kalau suami hulur, jangan tak ambil pula, walaupun hanya RM10, mungkin inilah keberkatannnya, bukan kedekut ye.
Suami kena faham betul-betul antara nafkah dan duit poket. Ada masanya duit poket yang suami beri inilah disimpan dan diguna untuk waktu kecemasan.
Inilah yang dikatakan oleh Mohd Fadhil tentang keberkatan duit poket yang diberikan pada isteri. Rezeki sentiasa ada untuk mereka sekeluarga.
Sepanjang saya mendirikan rumah tangga selama hampir 9 tahun, inilah tahun pertama saya beri duit poket kepada isteri.
Sejak awal perkahwinan, saya amat-amat jarang dan boleh dikatakan tak pernah beri isteri duit poket. Ada ketika saya yang minta dia sebab saya ‘kering’. Jika ada sekali pun hanya RM50.00. Itupun boleh kira dengan jari berapa kali saya beri.
Nafkah bagi saya adalah tempat tinggal, cukup pakaian dan makan minum. Setiap bulan saya akan pastikan ada beras, keperluan anak, bahan dapur kering dan basah.
IKLAN
Itu sahaja.
Walau bagaimanapun perangai saya, jika ada rezeki bonus, saya akan hulurkan kepada isteri. Walaupun RM10.00.
Pernah sekali saya dijemput pergi ceramah, jauhnya mengambil masa 2 jam perjalanan.
Bayarannya hanya RM 200.
Pergi balik duit minyak dah RM100, tol RM50.00. Tinggallah baki RM50.00. RM10.00 hadiahkan kepada isteri, bakinya simpan untuk kecemasan (bagi isteri juga).
Begitulah.
Sehinggalah hari ini, Alhamdulillah, Allah kurniakan saya rezeki setiap bulan. Rezeki inilah saya berikan kembali kepada isteri.
Ada ketika dapat RM1000, saya beri RM500.00. Ada ketika siap buat kejutan, bawa dia ke kedai yang dia suka dan pilih sahaja nak apa, saya bayarkan.
Hari ni, dapatlah saya merasa hulurkan hadiah setiap bulan. Saya lebih suka beri wang, mudah isteri nak simpan atau nak belanja. Wang hadiah lain, wang beli barang peribadi lain.
Bagi saya, setiap rezeki saya pada hari ini adalah daripada doa seorang isteri. Maka, sebagai suami, jangan lokek atau kedekut hulurkan wang kepada isteri walaupun RM10.00.
Percayalah, rezeki kita akan lagi mencurah-curah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular kisah pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle ke mahkamah dalam masa terdekat bagi proses rujuk selepas sah bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu.
Kenyataan tersebut sekali gus menjawab spekulasi mereka kini telah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri yang menjadi persoalan ramai.
Diana atau Diana Danielle Beeson, 32, berkata, urusan tersebut akan dilakukan secepat mungkin namun tidak mahu tergesa-gesa memandangkan mereka masih dalam tempoh idah.
“Kami akan ke mahkamah untuk proses rujuk semula. Semua ini perlu dilakukan mengikut proses.
“Tapi tidaklah tergesa-gesa. Masih ada masa. Bukan saya tak mahu umum rujuk tapi perkara ini melibatkan proses mahkamah,” kata Diana.
Diana ditemui media ketika Karnival Mega Suria 2023 yang berlangsung di Padang Timur Majlis Badaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.
Farid atau Farid Kamil Zahri, 42, turut hadir menemani Diana namun tidak boleh bercakap banyak susulan masalah sakit tekak yang dihidapi sejak beberapa hari lalu.
Bagaimanapun, Farid sempat berbisik ke telinga Diana memberitahu, mereka tidak berhenti berdoa agar bertemu penyelesaian terbaik setelah kemelut panjang sehingga berlakunya perceraian sebelum ini.
Tambah Diana yang turut mewakili suaminya itu dalam melontarkan kata-kata, mereka kini masih dalam fasa untuk memperbaiki diri serta mencari jalan terbaik untuk rumah tangga mereka pada masa akan datang.
“Farid kata kami tidak pernah berhenti berdoa. Kami juga tidak tahu ini pengakhirannya kerana semua telah ditentukan Allah SWT.
“Sekarang ini kami masih dalam masa mencari jalan terbaik untuk masa depan. Kami kembali membina apa yang kami pernah ada sebelum ini.
“Tetapi saya tidak mahu terlalu bercakap tentang hal ini. Perlu ada privasi antara hubungan kami,” ujarnya.
Sementara itu, pelantun lagu Bersama Dengan Rindu itu juga mengharapkan hubungan mereka akan terus berkekalan demi dua orang cahaya mata mereka iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
“Saya membesar tanpa kasih sayang bapa. Jadi tak mahu anak-anak lalui perkara sama.
“Apa yang penting anak-anak mendapat kasih sayang seorang bapa. Itu adalah hadiah terbaik buat saya,” jelasnya.
Terdahulu pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor selepas 11 tahun usia perkahwinan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak ramai yang setuju nak duduk sebumbung mentua, baik pasangan lelaki dan perempuan, pasti ada alasan tertentu.
Namun berbeza dengan penyanyi Liza Hanim dari sudut pengalamannya sendiri yang mana ayahnya meletakkan syarat supaya mereka menetap di rumah tersebut ketika suaminya mahu masuk meminang.
“Ada yang berpandangan menantu perempuan tidak boleh tinggal serumah dengan mertua. Bagi saya, itu semua terpulang kepada bagaimana pasangan suami isteri itu menguruskan rumah tangga mereka.
“Alhamdulillah, saya bertuah kerana waktu suami nak masuk meminang, arwah ayah waktu itu meletakkan syarat supaya kami duduk di rumah sekarang. Pun begitu, mereka (mak ayah) tidak pernah sekali pun campur tangan dalam urusan rumah tangga kami,” katanya lagi.
Tambahnya, pilihan untuk tinggal bersama ibu bapanya selepas berkahwin dibuat atas dasar mahu menjaga mereka yang sudah berusia.
“Saya juga nak kejar pahala, sebab itu memilih untuk duduk dengan mak ayah dan menjaga mereka. Begitu juga dengan adik-beradik saya yang lain turut mahu berbuat demikian.
“Pada saya, terpulang kepada cara masing-masing. Cuma, apabila saya menjadi mertua suatu hari nanti, saya harap tak akan masuk campur urusan anak menantu. Doakan ya,” tambahnya.
Malah pelantun lagu Gelisah Mimpi itu tidak menolak kemungkinan akan mempraktikan cara dan didikan yang sama seperti dilakukan oleh ibu bapanya sebelum ini.
“Memandangkan saya juga punya anak yang sudah besar dan ada yang berumur 20 tahun, sampai masa pasti saya akan keseorangan, tiada anak yang menjaga saya. Jadi, saya akan gunakan cara sama sepertimana ayah dan ibu lakukan.
“Walaupun anak-anak duduk di rumah sekali, namun hal rumah tangga mereka tak perlu nak masuk campur. Sebagai orang tua, kita hanya boleh perhati dan memberi nasihat. itu sahaja syaratnya,” ulas ibu kepada lima cahaya mata itu lagi.
Seperti ramai sedia maklum, pelakon terkenal, Jazmy Juma sudahpun selamat diijabkabulkan dengan wanita pilihan hatinya, Farah Athirah pada Sabtu lalu, 27 Jun 2026.Perkahwinan yang...