Pemberian dulang hantaran di dalam majlis pertunangan mahu pun pernikahan merupakan suatu kemestian di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan.
Selain memenuhi keperluan dan tuntutan adat untuk mengikat dua hati menjadi satu. Berbalas dulang hantaran juga dianggap sebagai simbolik mengukuhkan hubungan kekeluargaan di antara kedua-dua belah pihak. Malah turut menjadi bukti tanda kasih antara pasangan dengan pemberian barangan yang istimewa dan bermakna.
Perlu Diingat:
1. Ada bekas hantaran seperti dulang, bakul, kotak ataupun bekas kaca.
2. Harus ada alas dulang seperti daripada fabrik organza, satin, sifon yang digubah indah dengan juraian manik ataupun renda.
3. Cantikkan gubahan dengan jambangan bunga sama ada yang segar ataupun artifisial. Lagi banyak lagi cantik. Namun ada juga yang menggunakan sedikit bunga dan terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Perlu pastikan gubahan itu kukuh dan senang untuk dibawa agar tidak jatuh tatkala dibawa pengiring.
Ads
5. Jika barangan makanan yang dibawa, pastikan diletakkan dalam bekas yang selamat agar tidak dimasuki habuk ataupun serangga seperti semut dan lalat.
Perkara Perlu Dielak:
1. Jika mahu membawa manisan sebagai hantaran seperti kek atau kuih, pastikan diisi pada hari mahu berangkat. Jangan bawa manisan yang berkuah, bimbang menghadapi kesukaran membawanya.
2. Elakkan gubahan hantaran dibawa kanak-kanak kerana bimbang akan terjatuh dan pasti akan mencacatkan majlis.
3. Pastikan kek yang dibawa adalah jenis fondan bukan krim. Ini kerana bimbang jatuh atau kemek dan akan merosakkan kek yang dibawa.
Ads
Tip minimumkan kos:
1. Beli barangan gubahan dengan harga borong.
2. Buat penawaran untuk menggandakan penjimatan wang.
3. Bandingkan harga di beberapa kedai terpilih.
4. Beli barang hantaran sewaktu jualan potongan harga.
Ads
5. Jika barangan lama (seperti majlis tunang) masih elok, boleh gunakan dengan menggubahnya semula.
6. Beli barang sedikit demi sedikit, taklah rasa terbeban bila beli barang sekaligus.
kredit foto hantaran: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Saksikan juga pasangan manis dalam detik indah Pesona Pengantin bercerita tentang persiapan hantaran mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk bangkit dari pengalaman lalu. Berdiri dan terus berlari kadang-kadang membuatkan kita rasa kita tak pasti. Pengacara, pelawak Zulin Aziz kongsi pengalaman bagaimana berdiri kembali selepas gagal & hampir putus asa dalam perhubungan.
Aku Tahajud…
Mulakan hubungan walau tak pernah suka
Jangan takut gagal
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Persediaan pakaian kaum Adam untuk menyambut hari raya memang cukup ringkas. Cukup sekadar sepasang baju Melayu dan kain samping untuk dipakai pada pagi lebaran. Tidak lengkap baju Melayu jika tidak dipakai bersama kain samping yang diikat pada bahagian pinggang.
Kain samping jika dipakai bersama baju Melayu teluk belanga, ia biasanya dipakai pada sebelah dalam baju. Manakala baju Melayu cekak musang, ianya dipakai di bahagian luar.
Pemakaian samping juga menggambarkan status seseorang dalam masyarakat. Kaum kerabat mengikat samping pada belah kanan, golongan bangsawan pada belah kiri manakala orang kebanyakan pada bahagian tengah.
TIP MEMILIH KAIN SAMPING YANG SESUAI:
■ Pilih kain samping yang berwarna cerah agar mudah dipadankan dengan pelbagai warna baju. Jika memilih kain songket bunga tabur jangan biarkan lebih dari dua atau tiga warna.
■ Ikatan kain samping mestilah kemas terutama sekali pada bahagian belakang. Jika anda inginkan ikatan bunga pada sampin, kekemasan ikatan sangat penting. Saiz bunga tadi janganlah terlalu besar sehingga menutup bahagian pinggang.
■ Kerawang bunga pada kain samping juga mestilah ringkas tetapi mempunyai motif tradisional. Pastikan kain songket mempunyai kepala kain agar senang dibezakan antara bahagian depan dan belakang kain.
■ Untuk mencuci kain songket, anda boleh menggunakan syampu ataupun perapi rambut. Bilas dan keringkan di dalam rumah agar warna kain songket tidak rosak kerana pancaran cahaya matahari.
Pemakaian samping juga ada aturannya. Samping yang dipakai di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin manakala bagi orang samping dipakai di atas lutut.
Tidak semua suami boleh menjaga isteri dalam keadaan pantang. Kebanyakkan daripada mereka lebih rela menyerahkan tugas itu kepada ibu ataupun ibu mertua. Bukan tidak mahu jaga isteri, tetapi kurang ilmu pengetahuan tentang penjagaan yang sempurna untuk isteri. Nanti tersalah jaga lain pula jadinya.
Jadi para suami yang bakal menjadi bapa nanti boleh la ikut tip yang dikongsikan oleh Muhammad Faizal ini. Sepanjang isterinya berpantang, dia la yang menjaga makan dan pakai isteri dan juga bayinya. Susah nak dapat suami yang boleh jaga isteri ketika berpantang ini. Jadi jika anda antara mereka yang terigin menjadi suami mithali, boleh la ikut tips ini ya.
“Coretan kali ni aku lebih suka nak berkongsi pada korang semua tentang apa yang sepatutnya kita iaitu lelaki atau lebih sesuai aku cakap suami perlu lakukan bila isteri kita ni sedang berpantang. Aku kongsikan apa yang aku lakukan la. Based on experience aku sendiri. Tak la orang kata cakap tak serupa bikin pulak nanti kan?
Tanggungjawab atau Peranan suami/lelaki ketika isteri berpantang selepas bersalin
Urusan uri bayi
Secara ringkasnya uri atau dalam bahasa sainsnya ialah placenta yang mana ia adalah organ yang terbentuk di dalam rahim semasa kehamilan. Bagi manusia, ianya tebal dan berdiameter lebih kurang 18cm. Dipenuhi salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat. Plasenta membekalkan zat makanan dan oksigen kepada fetus (bayi di dalam kandungan) dan juga bertindak sebagai kelenjar endokrin. Setelah bayi keluar, plasenta akan dikeluarkan melalui pengecutan Rahim.
Orang-orang tua kata uri ni macam kawan bayi dalam perut ibu. Jadi sebagai seorang suami adalah lebih baik untuk kita tahu untuk menguruskan uri anak kita dari membersihkan hinggalah menanamnya. Kalau korang nak tahu caranya boleh baca entri Step by step mencuci uri di link ini untuk mempelajari secara ringkas macam mana nak menguruskan uri anak kita.
Berpantang pantang.
Vitamin dan ubat-ubatan ketika berpantang
Masa wife aku berpantang memang dari awal kau dah sediakan beberapa vitamin dan ubat-ibatan tak kira secara tradisional ataupun moden. Macam biasa la untuk vitamin aku memilih set vitamin untuk selepas bersalin. Memang dari anak first bini aku makan vitamin dari Shaklee. So far alhamdulillah serasi.
Urusan rumahtangga
Memang sudah menjadi kelaziman aku dari anak pertama, bila wife aku bersalin sememangnya tanggungjawab urusan rumah tangga dari segi masak, kemas rumah dan membasu baju menjadi tanggungjawab aku. Sebab tu kalua wife aku bersalin aku akan amek cuti sampai sebulan lebih. Memang dari awal-awal pregnant dah bagi tau bos awal-awal yang aku akan amek cuit yang lama. Kau bayangkan 7 bulan awal dah mintak cuti, kalau tak approve jugak memang la kan. Hehehe.
Berpantang pantang
Uruskan bayi
Selain dari masak, basuh dan kemas rumah, aku juga menguruskan anak aku. Antranya mandikan, salin baju dan sebagainya. Kalau anak first, aku mula mandikan anak aku sendiri bila umur dia start 3 hari. Hari first until hair yang ke-3 tu nenek dia yang mandikan. Aku tengok dari tepi sambal belajar gitu. Tapi untuk anak second ni, balik je dari hospital, esoknya aku la yang mandikan anak aku sendiri. Orang kata dah pakar kan? Hehehe.
Uruskan isteri
Selepas selesai semua urusan bayi, baru la aku akan uruskan wife aku. For your info, orang lepas bersalin ni macam-macam kita kena buat tau. Nak mandi kena masakkan air panas. Baju-baju bersih kita kena sediakan dan macam-macam lagi la. Kalau kita sebagai suami tak sediakan semua itu, tak kan ko nak suruh mak kau buatkan. Betul tak? Nak suruh bini ko buat sendiri confirm2 tak larat. Jadi, sebagai suami, ambil la tanggungjawab untuk menguruskan isteri kita yang sedang sakit tu. Insyallah sambal-sambil kita buat tu isteri Nampak la betapa kita ni sangat SAYANG kat diorang ni kan.