Biasanya sebaik bangun dari tidur badan akan terasa lenguh dan penat. Salah satu cara untuk mengembalikan kesegaran tubuh anda adalah dengan melakukan senaman pagi!
Senaman pagi bermanfaat untuk menjaga metabolisme tubuh agar terhindar daripada pelbagai penyakit serta menjaga kesegaran jasmani dan rohani.Senaman pagi sebaiknya dilakukan pada setiap pagi.Jenis senaman pagi ada bermacam-macam jenis,misalnya senaman ringan seperti berjalan kaki dan berjogging. Manakala senaman berat pula seperti berlari dengan cepat, lari jarak jauh, angkat besi dan sebagainya.
Bersenam secara rutin juga dapat membuat tubuh menjadi lebih lentur dan menghilangkan rasa lenguh serta tegang pada otot. Oleh sebab itulah, bersenam merupakan perkara wajib yang perlu dilakukan secara rutin dan teratur sehingga tubuh anda selalu fit dan tidak mudah jatuh sakit.Bagi anda yang super sibuk pada setiap hari dan tidak punya banyak waktu untuk bersenam, anda boleh melakukan senaman pagi yang sederhana ini.
Ads
Berikut senaman pagi yang mudah dan senang untuk anda praktikkan.
Ads
Jenis senaman pagi seperti berjalan kaki sangat baik untuk kesihatan anda. Malahan senaman pagi jenis ini juga boleh membantu menjaga kesihatan jantung dan mencegah osteoporosis atau pereputan tulang.
Anda boleh meluangkan masa lebih kurang sekitar 30 minit untuk melakukan senaman pagi seperti berlari sebelum pergi kerja. Sangat mudah dan menyihatkan. Selain itu, senaman pagi jenis berlari ini boleh membakar kalori dan menguatkan otot kaki serta menjaga kesihatan sendi sehingga anda akan terhindar dari penyakit urat lenguh-lenguh.
Senaman pagi seterusnya adalah dengan melakukan push up dan sit up secara rutin pada setiap hari. Lakukan senaman ini secara rutin setiap hari pada waktu pagi dan malam hari sebelum tidur. Tubuh anda akan segar dan membentuk otot-otot pada tubuh anda. Ia sangat bermanfaat bagi wanita untuk menegangkan payudara dan mengecilkan perut.
Senaman pagi jenis ini sangat mudah dan cukup menyenangkan. Senaman jenis ini sangatlah mudah dan menyenangkan jika diiringi dengan muzik. Senam aerobik bukan sahaja boleh menjaga kesihatan jantung dan stamina tubuh. Malahan boleh membantu anda dalam melangsingkan tubuh dan membuat awet muda.
Ads
Antara Kebaikan Jika Anda Rajin Melakukan Senaman Pagi
Meningkatkan Kecergasan Otak.
Menguatkan Sistem Ketahanan Tubuh.
Meredakan Sakit Kepala.
Mencegah Penyakit Alzheimer.
Terhindar Daripada Stress.
Meningkatkan Daya Kosentrasi.
Membantu Membentuk Tubuh Ideal.
Menyihatkan Jantung.
Memperlambatkan Proses Penuaan Semulajadi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menghadapi masalah kegemukan sejak dari kecil boleh membuatkan diri hilang keyakinan diri. Bagi Anne Annira Azmahira yang berkongsi masalah kegemukan yang dialaminya sejak dari kecil di facebooknya, tiada jalan mudah untuk dia kembali kurus selain berusaha keras untuk mencapai berat ideal yang diinginkannya.
“Apa-apa jenis diet pun tak salah, asalkan kita ada ilmu dan konsisten. Dan jangan lupa buat senaman sekurang-kurangnya seminggu tiga kali bagi keluar peluh dan bagi badan nampak cantik, tak gedebeh sana-sini,” akui Anne Annira Azmahira.
Buat bakal pengantin yang dalam usaha untuk mendapatkan berat ideal, jadikan perkongsian gadis ini sebagai pembakar semangat untuk anda tampil bergaya di hari bahagia nanti.
Gotcha! Hahahahah.
I told you that i’ve been struggling with my weight since i was a small kids kan? Tak silap sejak berumur 7 tahun sebab masa kecik dulu pernah admitted akibat diarrhea sampai kehilangan berat yang sangat mendadak dan hilang selera makan. Tapi lepas je keluar wad, badan terus mengembang dan kembang dengan jayanya sampai lah kesudah. Jadi memang tak penah kurus lah dari hari tersebut. Sekarang dah percaya ke belum?
Heaviest weight yang pernah berjaya aku ternak adalah 94kg. Sekarang ini maintain 70kg-71kg. Masih jauh lagi perjalanan untuk dapat yang ideal. Ok mari aku terangkan diet yang aku pernah buat.
Ya, sebelum ni aku memang buat diet atkins dan ia ada membantu juga. Tapi sejak badan dah start plateu, aku ubah cara diet dan join JK1M7 serta ubah dari diet atkins kepada diet kalori iaitu kira semua kalori yang kita makan setiap hari.
Apa-apa jenis diet pun tak salah, asalkan kita ada ilmu dan konsisten. Dan, jangan lupa buat senaman sekurang-kurangnya seminggu tiga kali bagi keluar peluh dan bagi badan nampak cantik tak gedebeh sana-sini.
Ingat nak kurus memang perlukan banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga, lebih-lebih lagi makanan. Tak senang, sangat tak senang nak tinggalkan makanan kegemaran okey. Sampai sekarang pun aku masih struggle untuk jaga pemakanan. Dan jangan banyak alasan untuk bermula atau untuk mulakan langkah pertama.
Penting lagi satu adalah kena banyak bersabar sebab journey nak kurus memang bukan mudah. Jangan buat diet yang turun drastik gila sebab tak mustahil dia akan naik lagi gila. Sentiasa konsisten dan jangan putus asa.
Kawan-kawan pula kalau tahu kawan kita tu tengah dalam program diet, support lah sikit. Bagi semangat. Bukan senang nak kurus ni, tahu tak? Kalau kau orang ajak dia makan dan dia kata dia diet tak nak makan, hormat bukan memperlekehkan dan gelakkan usaha dan cita-cita dia. Okey?
Sedikit tips:-
1. Cari sebab kenapa nak kurus dan buat gol untuk jangkamasa pendek dan panjang. Tulis besar-besar tampal biar setiap kali bangun kita boleh nampak. Jadi kita akan sentiasa keep on track dan tak mudah tersasar jauh.
2. Jaga pemakanan (sangat penting). Ingat formula 80% diet 20% senaman. Kalau workout gila-gila pun tapi makan pun sama gila, minta maaf lah susah sikit berat itu nak beranjak.
3. Makan 5-6 kali sehari. Sentiasa sediakan snek dalam bag seperti kurma atau biskut weetameal. Jangan berlapar. Sebab nanti badan tak tahu nak bakar apa dan otak akan mula bagi signal dekat badan supaya simpan lemak dan bakar otot. Rugi kan sebab kita nak otot bukan lemak. Tapi ingat 5-6 kali tu mesti masih didalam kawalan ‘portion’ dan kalori yang sepatutnya bukan balun dan telan sesuka hati.
4. Jaga kalori per intake setiap hari. Boleh rujuk link ini ‘http://www.calculator.net/calorie-calculator.html’ Jangan exceed kalori yang sepatutnya diambil sehari kalau nak turun berat badan. Catat makanan yang kita makan setiap hari supaya kita tahu apa yang kita makan dan berapa kalori yang kita ambil. Boleh guna aplikasi seperti myfitnesspal dan sebagainya.
5. Ambil karbo segenggam sahaja setiap kali makan dan lebihkan protein (ayam/ikan/daging) kurangkan kuah serta lebihkan sayur-sayuran.
6. Tolong minum air dengan cukup. Macam mana nak tahu cukup air ataupun tidak? Urine kita putih tiap kali buang air kecil. Air sangat membantu untuk flush away semua lemak dan toksin, bonus dia selain cepat kurus adalah kulit akan jadi lebih cantik dan glowing. Tak percaya sila cuba.
7. Potong air manis sebanyak yang mungkin. Gula ni jahat sikit, jadi kita kena kawal dia. Macam tu juga dengan minyak dan garam. Sila kurangkan tiga serangkai tersebut. Jadikan ketiga-tiga itu sesuatu yang jarang-jarang dimakan.
8. Buat senaman sekurangnya seminggu 3 kali sebab nak tone balik badan tu bagi tak flabby. Buat weight training untuk hilangkan lengan yang sado macam aku ni.
9. Cari kawan/ team / fit program yang nak sihat sama-sama supaya lebih bersemangat dan bermotivasi. Sekarang banyak sangat program-program yang ditawarkan seperti JK1M, SlimFit, Hitfat dan sebagainya. Jangan malas nak cari. Google, google, google! Selain itu boleh bersaing dalam menurunkan berat badan secara sihat.
10. Konsistensi adalah kunci kejayaan. Istiqomah selalu. Bila rasa nak give up, ingat balik macam mana kita start. Dan ingat balik big why kita nak kurus sebab apa. Dan sentiasa simpan dalam kepala, kita nak turunkan berat badan, kita ubah lifestyle bukan sebab nak kurus semata, tapi sebab nak sihat dan kekal fit sampai tua serta boleh terhindar dari penyakit. Tolonglah, sila berubah untuk diri sendiri dan bukan sebab orang lain.
Jadi bersabar dalam nak menurunkan berat badan. Biarlah kau ambil masa setahun ke dua tahun ke tak apa. Tak ada orang marah. Kalau dia marah, kau marah dia balik. Okey itu gurau je, jangan serious sangat. Bak kata orang, biar lambat asalkan selamat. Dan berat pun kalau naik balik dia takkan naik mendadak juga.
Slowly but surely okey
Goodluck guys! Boleh follow ig @annemakanbersih, @anne.azmahira untuk idea pemakanan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketahuilah para suami, membahagiakan isteri merupakan salah satu jalan pembuka rezeki dalam sesebuah rumah tangga. Jika tidak mahu rezeki semakin sempit, hargailah isteri dan jangan sakiti hatinya.
Saat suami melukakan dan menyakiti hati isteri sehingga membuatkan isteri menangis, ia boleh diibaratkan seperti suami menzalimi isteri. Lantas tindakan suami itu boleh memberikan enam kesan terhadap isteri sehingga membuatkan rezeki suami semakin jauh.
1. Isteri rasa tidak bahagia
Jika isteri dilukai semestinya seluruh keluarga juga akan terkena kesannya sehingga mengganggu tugasan harian seorang isteri dalam sesebuah rumah tangga. Namun apabila isteri rasa bahagia, secara tidak langsung isteri akan menjadi perangsang terbaik untuk suami mencari lebih banyak rezeki.
2. Isteri menjadi orang yang tidak bersyukur
Melukakan hati isteri sama ada dalam bentuk ucapan ataupun tindakan boleh membuatkan isteri menjadi seorang yang tidak bersyukur. Namun jika isteri disenangi oleh suami, pasti isteri sentiasa bersyukur dan mendoakan rezeki suaminya terbuka luas kerana Allah akan mengurniakan banyak rezeki kepada mereka yang sentiasa bersyukur.
3. Isteri tidak ikhlas melayani suami
Isteri yang dilukai tentu sahaja akan melayani suaminya tidak ikhlas kerana ia mencerminkan sikap kecewa isteri terhadap tindakan suami. Apabila kedua-duanya bersikap negatif ia akan membuatkan pintu kebaikan dan sumebr rezeki tertutup. Namun jika suami melayani isteri dengan seikhlas hati dan bersyukur maka Allah akan menggandakan ganjaran rezeki yang begitu luas untuk dirinya dan keluarga.
4. Mood isteri terganggu
Apabila suami menyakiti isteri tentu sahaja isteri akan menyimpan perasaan sedih dan kecewa sehingga boleh memburukkan mood mereka. Perasaan negatif ini akan tersimpan di dalam hati sehingga menjejaskan hubungan suami isteri dan akhirnya menyebabkan berlakunya pertengkaran.
5. Isteri tidak menyokong suami
Jika sebelum ini isteri sentiasa memberikan sokongan kepada suami dalam apa jua perkara, namun saat isteri dilukai sokongan tersebut mulai hambar. Perkara ini akan membuatkan suami rasa hilang semangat terutama sekali apabila suami ditimpa masalah.
6. Beri kesan terhadap anak-anak
Apabila mood isteri terganggu dan hati isteri dilukai, ia juga akan memberi kesan terhadap perkembangan anak-anak. Ini kerana anak-anak merupakan rezeki dalam rumah tangga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lumrah percintaan, semua perkara seolah-olah mahu berkongsi dengan pasangan. Itu bermakna anda sayang dan cinta kepadanya. Namun, tak semua benda kita boleh menceritakan kepada pasangan kita.
Mungkin anda boleh menceritakan mengenai hal peribadi anda, hobi atau aktiviti harian anda. Dalam pada bercerita anda juga haruslah berwaspada dan tahu batas-batasnya. Apa benda yang anda boleh kongsi atau tidak.
1. Sopan santun
Semua orang kentut, semua orang didunia ini akan mengalami proses kumbahan. Jadi tak perlu cerita pada pasangan jika kamu mahu kentut atau sesudah kentut. Lelaki sukakan wanita yang sopan dan lemah lembut.
2. Rahsia kawan baik anda
Kawan baik anda memberi sepenuh kepercayaan kepada anda untuk menyimpan rahsia.Jadi rahsia ini tidak perlu dikongsi bersama teman lelaki. Tambahan pula, pasti ada rahsia kamu yang disimpan oleh teman baik kamu kan.kamu pasti berasa tidak selesa jika teman baik kamu menceritakan kepada teman lelakinya bukan?
3. Kata laluan
Fungsi kata laluan atau ‘password’ ini tentulah bersifat rahsia, dan mengapa perlu kamu kongsi bersama teman lelaki. Melainkan memang kamu berkongsi emel bersama. Ini memberi peluang kepadanya untuk melakukan ‘check-up’ kepada kamu. Ini sangat tidak sihat dalam perhubungan, malah mungkin kejutan untuknya juga menjadi hambar kerana si dia boleh baca kandungan emel kamu.
4. Tak suka keluarga dia
Bukan semua orang tahu bagaimana untuk masuk dalam keluarga baru, walaupun dalam proses mengenali hati ahli keluarganya, sudah pasti bukan satu perkara yang mudah. Jika anda rasa tidak selesa bila bersama ahli keluarganya terutama ibunya, jangan sesekali anda meluahkan rasa tersebut kepada si dia. Lelaki sangat sensitif jika pasangannya meluahkan rasa tidak suka terhadap ibunya.
5. Perasaan tidak yakin
Jika kamu rasa tidak yakin dengan diri kamu, sebaiknya anda sorokkan sedikit kelemahan kamu itu. Memang bagus menunjukkan kelemahan, supaya pasangan boleh menerima kekurangan kamu. Tetapi, jangan setiap hari anda ceritakan keburukkan anda, takut nanti si dia berubah hati pula.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!