Daftar Nikah Online Di Laman Web Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
Setelah pasangan mendapatkan Sijil Kursus Pra-Perkahwinan dan Keputusan ujian saringan HIV yang sah, permohonan bagi pendaftaran pernikahan bolehlah diteruskan dengan melayari laman web yang telah dilampirkan di bawah.
Laman Web: http://www.sppim.gov.my/sppim/home
Klik pada pautan ‘Benar Nikah online’ dan pasangan lelaki perlulah terlebih dahulu mengisi segala maklumat diri dan pasangan. Seterusnya, pemohon akan diberikan nombor rujukan dan ianya perlulah disimpan bagi membuat sebarang pindaan pada maklumat diri atau pasangan kelak.
Untuk makluman tambahan, permohonan nikah secara online atau atas talian ini hanya meliputi Negeri Sembilan, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan, Perlis, Selangor dan Melaka sahaja, bagi negeri-negeri yang tidak disebut, permohonan perlulah dikemukakan secara manual.
Pastikan Mukim Pasangan Anda
Langkah yang seterusnya ini sangat penting bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran. Kebanyakan bakal pengantin keliru dan sering cuai di dalam aspek ini kerana setiap pasangan berbeza kes dan kondisinya.
Oleh itu, pasangan digalakkan untuk mencatat setiap isi penting yang dibahas oleh pegawai agama ketika menjalani kursus pra-perkahwinan. Ataupun, hubungi pegawai yang berkenaan di Jabatan Agama sebelum meneruskan permohonan.
Ads
Secara amnya, melalui prosedur ini, pasangan lelaki dan perempuan yang sama daerah perlulah menghantar borang nikah online yang lengkap bersama lampiran yang dikehendaki kepada pejabat agama 30 hari sebelum tarikh nikah. Manakala, 90 hari sebelum tarikh nikah adalah tempoh diperlukan bagi pasangan yang berlainan daerah atau negeri.
Isi & Lengkapkan Borang Nikah Pengantin Lelaki
Pihak lelaki perlulah terlebih dahulu mengisi dan melengkapkan borang dengan segala maklumat yang dikehendaki sebelum pihak perempuan memulakan prosedur.
Di bawah ini merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan sebelum mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Kariah.
Borang & Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Untuk Daftar Nikah
Ads
Pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah boleh juga mengesahkan borang permohonan sekiranya penolong pendaftar nikah kariah sedang bercuti.
Seterusnya, pihak lelaki perlulah mendapatkan kebenaran berkahwin daripada Pejabat Agama Islam Daerah dan permohonan kahwin yang telah diluluskan hanya sah dalam tempoh 3 bulan sahaja.
Bayaran sebanyak RM15 akan dikenakan bagi setiap borang dan RM30 jika sekiranya pasangan berasal dari daerah yang sama.
Ads
Borang Kebenaran Bernikah Untuk Pengantin Perempuan
Setelah selesai urusan permohonan bagi pihak lelaki, pihak perempuan bolehlah memulakan prosedur yang sama iaitu dengan melengkapkan borang 2C dan 2D dan seterusnya melampirkan dokumen sokongan seperti yang berikut:
Setelah borang dan dokumen sokongan lengkap disediakan, bakal pengantin perempuan kemudian perlulah mendapatkan pengesahan berkahwin daripada penolong pendaftar nikah bersama wali dan 2 orang saksi.
Seterusnya, selepas urusan bersama penolong pendaftar nikah selesai, pengantin perempuan harus mengemukakan permohonan kebenaran berkahwin di Pejabat Agama Islam di daerahnya bagi pasangan yang berlainan daerah, yang hanya sah di dalam tempoh 3 bulan sekiranya diluluskan.
Namun, jika pasangan tersebut berasal dari daerah yang sama, borang kebenaran berkahwin boleh terus dihantar pada imam masjid kariah bagi pengesahan akad nikah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jolokan ‘Queen Control’ pastinya mengundang gentar lelaki. Seolah-olah tiada tenaga untuk melawan, sedangkan punya kudrat yang upaya. Wanita sebegini perlu ada taktik tersendiri untuk menundukkan mereka, Ada beranggapan tidak semua Queen Control pemerintah ‘kuku besi’ dalam setiap perhubungan. Benarkah dakwaan ini?
SIAPA QUEEN CONTROL?
‘Queen Control’ merupakan istilah biasa digunakan merujuk kepada wanita yang sudah bersuami tetapi dia berkuasa dalam organisasi tersebut. Ini termasuk daripada perihal kewangan, arahan, kebajikan sehinggalah hala tuju. Sedangkan sudah menjadi lumrah suami adalah ‘ketua keluarga’ dan si isteri haruslah patuh pada segala arahannya.
Namun, jangan anda terkejut jika ada yang beranggapan wanita menjadi ‘queen control’ disebabkan oleh perangai si suami itu sendiri. Malah, si isteri terpaksa menjadi ‘queen control’ bagi menyelamatkan rumah tangga.
LELAKI ADALAH PENYEBAB
Ya, kajian membuktikan ada beberapa punca disebabkan oleh kaum lelaki itu sendiri. Antaranya ialah:
1) Suami gagal menjalankan peranan sebagai ketua keluarga, lalu si isteri terpaksa mengambil alih.
2) Suami pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga menyebabkan isteri bertindak mengawal tindak tanduk suami dengan harapan pengabaian tanggungjawab tidak berulang lagi.
3) Kegagalan suami mengawal si isteri dalam rumah tangga. Yakninya tidak tegas dalam terlalu berlembut.
Namun, tidak semuanya berpunca daripada lelaki. Ada jua disebabkan golak perasaan dan emosi wanita sendiri. Contohnya, trauma dalam perhubungan, ego akibat kejayaan melebihi lelaki dan lain-lain. Terdapat dua jenis ‘queen control’ iaitu yang memberikan kebahagiaan dalam rumah tangga dan yang membebankan suami serta menimbulkan kekecohan di dalam rumah tangga.
TIP BERHADAPAN
1) Jadilah lelaki sebenar. Maksudnya, lebih bertanggungjawab, tegas dan punya keperibadian yang baik.
2) Jika anda pernah tersilap langkah, yakinkan si isteri anda sudah berubah ke jalan lebih baik.
3) Jika si isteri ‘queen control’ bukan kerana anda, anda harus bersedia ambil risiko dengan memberi nasihat dan ubah sikapnya.
4) Ingatkan si dia semula tentang ketetapan syarak bahawa lelaki adalah ketua keluarga.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah tak anda lihat perangai pasangan anda lain tak seperti hari biasa? Apa yang anda cakap semua dia iyakan sahaja. Sepatah ditanya sepatah dijawab. Pernah mengalami masalah seperti ini? Itu mungkin tandanya pasangan anda sedang pendam sesuatu.
Kalau berlaku begini adalah baiknya jika anda sendiri yang bertanya padanya apa yang dia pendam atau merasa marah disebabkan anda. Kadang-kadang mereka ni senyum diluar tapi dalam hati dia sendiri je yang rasa. Mungkin ini antara perangai mereka yang anda tak tahu sebenarnya si dia tengah pendam sesuatu.
1 – Suka Berdiam Diri
Balik kerja diam. Keluar pergi kerja pun diam. Kat rumah tak tegur langsung pasangan melainkan terpaksa. Jika di tanya, jawab pun sepatah-sepatah je. Lagi berat mulut tanda lagi beratnya sakit hati.
2 – Suka Buat Hal Sendiri
Beli barang dapur sendiri. Makan sendiri. Malah nak menonton tv pun sendiri sendiri. Rasa potong mood kalau ada pasangan. Ini dah serius! Makna dia dah tawar hati betul.
3 – Suka Mengelak
Setiap kali nak ada hubungan intim dia mengelak. Ketika nak berbincang secara serius pun dia mengelak. Ini bukan merajuk tapi si dia sedang sakit hati. Mengelak supaya tak bertambah sakit lagi.
4 – Suka Berkira
Baik duit, masa atau tenaga. Semua nak di kiranya. Sampah kat rumah sampai berulat tak nak buang sebab berkira tu bukan kerja dia. Ulat sampah boleh nampak ngesot ngesot tapi kalau hati dah berulat tak ada siapa yang tahu.
5 – Suka Protes
Apa sahaja pasangan buat dia akan nampak kelemahan. Itu tak baik, ini tak baik. Logik la orang dah sakit hati, semua dia pandang jadi sakit mata. Faham-faham sendiri kalau pasangan ada simptom begini.
Sebab inilah pentingnya kena ada skil Empathic Listening supaya 5 tanda awal ini tak jadi serius dan memudaratkan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah lama berkenalan rupanya si dia tiada hati pun pada anda. Selama ini anda hanyalah ‘syok sendiri’ sahaja rupanya. Anda mencinta dia sepenuh hati anda namun menyedihkan apabila cinta tidak berbalas.
Banyak impak diberikan kesan daripada cinta ‘syok sendiri’ ini. Anda mungkin tertanya-tanya mengapa si dia tidak menghargai cinta anda padanya dan apa sebabnya cinta anda tidak berbalas? Ketahuilah mungkin ini sebabnya!
1. Berusaha terlalu keras untuk mendapatkannya
Ini seperti anda memaksa si dia untuk menyukai anda seperti anda menyukai dirinya. Sebenarnya tak semua orang boleh terima dengan paksaan lebih-lebih lagi mengenai hati dan perasaan ia sememangnya tidak boleh dipaksa.
2. Anda bukan ‘type’ yang dia mahu
Buatlah macam mana pun kalau pendiriannya tetap bukan anda maka jawapannya adalah tidak. Usaha keras anda untuk menawan hatinya juga akan sia-sia. Namun kalau dah seseorang itu tetapkan ‘jenis’ pasangan idaman yang dimahukannya pasti awal-awal lagi anda sudah di tolak olehnya.
3. Si dia masih belum bersedia
Mungkin dia tidak membalas cinta anda kerana dia benar-benar tidak bersedia untuk ke fasa yang seterusnya. Dia mungkin berfikir ada tanggungjawab yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum melangkah ke fasa seterusnya.
4. Dia tidak tahu anda menyukainya
Tidak kira perempuan atau lelaki, untuk meluahkan perasaan kepada mereka bukanlah mudah kerana anda perlu bersiap sedia daripada segi fizikal mahupun mental. Anda juga mungkin merasa malu untuk meluahkannya.
5. Suka tunjuk kemewahan
Hal ini juga adalah antara faktornya terjadi kerana apabila anda sering memberikan kemewahan kepadanya tanpa diminta dia akan menjadi tidak selesa dengan anda. Dia mungkin berfikir dengan kemewahan anda boleh menambat hatinya tetapi ternyata ia salah sama sekali.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!