Meraikan detik indah bersama pasangan sememangnya saat yang dinantikan buat bakal pengantin. Inilah momen penyatuan dua hati dalam ikatan yang abadi. Bagi si gadisnya mahu dilihat bak ratu sebaik mengenakan busana indah dengan rekaan yang memukau. Kini terdapat pelbagai pilihan fabrik mewah yang mampu menyerlahkan si pemakai. Andai masih meninjau fabrik bermutu dan istimewa, kunjungan ke Osman Silk House pasti tidak mengecewakan. Nyata rambang mata dibuatnya melihat koleksi fabrik renda dengan perincian indah.

Fabrik renda sememangnya berada dalam kelas tersendiri dari kaca mata pereka mahupun penggemar fesyen yang mengutamakan gaya mewah dan eksklusif. Fabrik renda semakin sinonim dalam upacara perkahwinan orang Melayu sebagai sebahagian busana pengantin yang gemilang. Kecantikan fabriknya membangkitkan keindahan dan keanggunan sebaik pemakainya dilihat dalam gaun petang yang sensasi. Koleksi fabrik renda yang ada di Osman Silk House dibawa khas dari Eropah dan Asia memandangkan perinciannya yang sangat teliti.

Di Osman Silk House juga bakal pengantin boleh dapatkan fabrik songket sebagai persalinan raja sehari. Songket kini boleh dipelbagaikan rekaannya mengikut cita rasa masa kini. Namun sesetengah pasangan pengantin mahukan kedua-duanya, fabrik songket dan renda.

Antara koleksi istimewa di Osman Silk House:

Balutan Fabrik Mewah Membangkitkan Seri Pengantin

Balutan Fabrik Mewah Membangkitkan Seri Pengantin

IKLAN

Tip pilih renda

  • Ketika memilih fabrik renda, menurut elakkan daripada mengambil renda yang keras kerana ia tidak jatuh lembut sekali gus menghilangkan keindahannya.
  • Tidak rugi jika berbelanja lebih sedikit untuk renda Perancis yang terbaik kerana fabrik itu memang terkenal lembut dan cantik apabila menjadi baju.
  • Sebahagian renda sudah tersedia dengan hiasan batu permata, kristal, manik dan labuci, justeru jangan ditambah lagi dengan hiasan kerana ia akan menenggelamkan keindahan fabrik.
  • Kain satin yang senada atau nada lebih lembut daripada warna pakaian sesuai dipadankan dengan renda Perancis.

Foto : Unit Foto Kumpulan Media Karangkraf

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI