Rumah itu ibarat syurga sebuah keluarga. Sebab itu ada pepatah ‘rumahku syurgaku’. Bila balik ke rumah, semestinya kita mengharapkan ketenangan selepas seharian penat bekerja. Tapi nak dapatkan ketenangan itu bukan hanya tanggungjawab isteri sahaja. Suami pun perlu beri kerjasama.
Pernah tak apabila anda pulang ke rumah disambut dengan bau yang kurang menyenangkan? Bukan kerana bau masakan sahaja yang boleh buat hidung tak selesa tetapi banyak faktor lain antaranya:
Bau hapak dari rak kasut
Ada yang menyimpan kasut di dalam rumah terutamanya mereka yang tinggal di pangsapuri. Untuk meengelakkan daripada berlakunya kecurian dan sebagainya, anda lebih selesa meletakkan rak kasut di dalam rumah.
Jadi, setiap kali anda balik dari tempat kerja dan mula masuk ke rumah, bau hapak dari rak kasut menusuk hidung sehingga boleh membuatkan rasa tak selesa.
Bau tuala basah
Macam-macam cara untuk memudahkan kita mengeringkan tuala mandi yang sudah digunakan. Ada yang sidai di kerusi, birai katil dan di ampaian luar rumah. Masalah timbul apabila tuala basah yang disidai di dalam rumah meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.
Sisa sampah yang tidak dibuang
Ads
Apabila tidak ada jadual membersihkan rumah, susah juga kerana masing-masing mengharapkan orang lain yang akan melakukan tugas tersebut. Sudahnya, sampah ditinggalkan di dalam rumah dan meninggalkan bau busuk sebaik anda pulang dari tempat kerja pada sebelah petang!
Pinggan mangkuk kotor di dalam sinki
Kalau boleh, janganlah tidur sebelum membersihkan pinggan mangkuk di dalam sinki. Bukan sahaja nampak jijik tetapi ia juga menyekat rezeki anda suami isteri. Boleh baca DI SINI.
Pengudaraan
Sistem pengudaraan yang baik adalah penting untuk sebuah rumah. Sebaik tiba dari tempat kerja, pastikan semua tingkap di buka untuk membiarkan udara segar masuk dan mengeluarkan udara yang terkepung di dalam rumah. Boleh juga menghilangkan bau-bauan yang kurang menyenangkan.
Ads
Terdapat beberapa alternatif lain yang boleh anda gunakan untuk memastikan kediaman berbau harum dan boleh merangsang ‘mood’ pasangan anda. Mudah sahaja dan modalnya juga sangat berpatutan. Pertimbangkan untuk memiliki barang ini di rumah.
Air Wick Freshmatic Automatic Spray Starter Kit – Lavender
Semburan Air Wick ni sangat mudah digunakan. Cuma pasangkan bateri dan letakkan di mana-mana bahagian kediaman anda yang memerlukan ‘perhatian’. Semburan isi semula juga mudah di dapati. Boleh tengok https://invol.co/cl5qf0vDI SINI.
Immersed yourself in scents of Happiness with Lovely Lace Scents Reed Diffuser
Ads
Siapa yang tak suka dengan haruman dari Lovely Lace. Diffuser ini boleh di dapati di SINI atau di butik Lovely Lace berhampiran anda. Letakkan di dalam bilik tidur untuk memberi mood lebih romantik.
BUKHOOR MABKHARA/ INCENSE BURNER FRAGRANCE
Pewangi rumah jenis ini sangat popular di kalangan masyarakat Arab. Malah, di Masjidil Haram, bukhoor digunakan untuk mengharumkan sekitar masjid. Caranya, anda perlu membakar arang bulat dan kemudian di masukkan di dalam burner Bukhoor. Hanya letakkan pewangi bukhoor dan asap yang dikeluarkan akan mengeluarkan haruman yang sangat harum. Klik SINI untuk pembelian.
Jangan lupa mengharumkan kediaman dengan haruman menyegarkan dan menjadi pilihan suami isteri. Salah satu kebahagiaan rumahtangga bermula dari kebersihan rumah. Ingat tu!
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan cinta yang sentiasa diwarnai keceriaan adalah impian setiap pasangan bercinta. Berfikiran positif dan komunikasi yang baik adalah kunci kepada keutuhan sesebuah hubungan. Jangan jadikan masalah sebagai alasan kepada kemusnahan hubungan, sebaliknya jalinkan hubungan yang sihat untuk memastikan cinta terus bersemi.
Hubungan yang sihat membuatkan kehidupan jadi lebih nyaman dan menyenangkan untuk dijalani. Jauhi hubungan cinta yang tidak sihat dan boleh merosakkan hubungan sekali gus membawa kehidupan yang menyeksa jiwa.
Jom kita lihat tanda-tanda hubungan yang dimaksudkan itu. Jangan ambil mudah ya! Ketahui dan ambil langkah yang sepatutnya sebelum ia terlambat.
1. TIDAK BOLEH JADI DIRI SENDIRI
Anda terpaksa berpura-pura di hadapan pasangan .Gaya fesyen mengikut kehendak pasangan sedangkan anda tidak selesa, ikut makan apa yang pasangan suka sedangkan anda tidak menggemarinya , atau dalam hubungan intim anda lebih banyak berpura2. Ini tanda2 hubungan tidak sihat antara anda dan pasangan.
2. SERBA SALAH
Jika anda kerap terasa susah untuk meluahkan perasaan dan pandangan kepada pasangan kerana risau akan terjadi pertengkaran dan mengeruhkan keadaan itu bermakna hubungan anda dan si dia tidak sihat.Sepatutnya anda dan pasangan terbuka dalam memberi dan menerima pandangan kerana ini adalah tanda komunikasi baik antara anda dan pasangan .
3. SELALU MENGUNGKIT
membiarkan masalah yang tidak selesai lenyap dengan sendiri bukan lah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pasangan. Ini kerana masalah tersebut akan muncul juga setiap kali anda dan pasangan bertengkar.Segera selesaikan setiap masalah yang ada supaya tidak ada perkara yang boleh diungkit dan di perdebatkan setiap kali anda dan pasangan bertengkar.
4. CEMBURU YANG BERLEBIHAN
Cemburu tanda sayang tapi jika ianya berlebihan hingga kadang-kadang mencetus perbalahan dan krisis ianya menandakan hubungan anda tidak sihat.Seharusnya kepercayaan dan memberi ruang pada pasangan itu lebih baik dan membuatkan anda punya nilai yang tinggi pada pasangan . Lelaki dan wanita kebanyakan nya tidak suka pasangan terlalu obses pada diri mereka.
5. SI DIA CUBA MEMANIPULASIKAN ANDA
Meminta bantuan kecil bukanlah satu masalah besar antara pasangan. Walaubagaimanapun, jika anda merasa seperti berada dalam roda tanpa alasan yang munasabah, ini bermakna anda sedan dimanipulasi. Individu seperti ini suka jika impian mereka menjadi kenyataan dan apabila matlamat mereka sudah tercapai, mereka tidak pernah memberi balik. Anda perlu berhati-hati agar tidak jatuh ke dalam perangkap mereka.
6. HUBUNGAN PARASIT
Individu seperti ini tidak berminat dengan perasaan dan keperluan anda. Mereka memang akan mengucapkan terima kasih kepada anda namun mereka masih menganggap bahawa tiada yang lebih berhak daripada diri mereka sendiri. Hidup dengan individu ini adalah satu cabaran kerana mereka bukan sahaja mempengaruhi mood dan situasi kewangan tetapi juga pertumbuhan profesional anda.
7.TIDAK MENGHARGAI PENGORBANAN ANDA
Jika anda melakukan sesuatu yang istimewa untuk pasangan anda namun si dia hanya memberikan reaksi yang biasa maka anda perlu memikirkan semula hubungan anda bersamanya. Ini kerana mereka tidak tahu untuk menghargai semua perkara yang anda lakukan untuk mereka.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kesibukan menguruskan diri untuk persiapan menjelang majlis pernikahan, ramai yang ke spa untuk memanjakan diri bagi menaikkan seri pengantin. Namun perlu diingat pada bakal pengantin petua lama jangan dilupakan. Sebaiknya amalan ini perlu dilakukan kerana sudah terbukti keanggunan pengantin andai dipraktikkannya. Moga petua berikut memberi manfaat buat pengantin sebelum melangkah hari bahagia.
Elak berpanas
Elakkan kulit di bawah sinar suria yang mampu membakar lapisan kulit anda dan bakal membuatkan kulit anda terbakar. Pastikan memakai tabir suria setiap hari sebelum keluar rumah.
Cukup tidur
Tidur yang cukup mampu memberikan anda tenaga yang maksima dan juga raut wajah yang berseri dengan semula jadi. Elakkan berjaga sehingga lewat malam.
Kebersihan mulut
Mula jauhi dengan makanan yang berbau seperti durian, petai, jering dan bawang putih. Makanan jenis mampu membuatkan nafas anda tidak segar. Bagi yang sedang berdiet, pasti mempunyai masalah mulut berabu kerana perut kosong, apa kata amalkan dengan kerap mengosok gigi dan berkumur serta mengambil minuman yang berunsurkan mint.
Cuci wajah
Cuci wajah dengan air kelapa tua beberapa kali dalam seminggu. Biarkan selama 30 minit sebelum basuh muka dengan air suam. Amalan ini mampu membantu menyerikan raut wajah dan melembabkan wajah anda.
Amalkan minum air kurma
Rebus kurma cina dan minum airnya, ini juga adalah salah satu cara yang boleh dibercayai untuk membantu memulihkan PH darah dan menaikkan seri wajah.
Minum air halia
Jika bakal pengantin mempunyai angin dalam badan amalkan minum air halia setiap hari untuk meringankan badan.
Bangun sebelum subuh
Bangun sebelum azan subuh, kemudian baca selawat tiga kali ke tapak tangan dan sapu pada raut wajah setiap hari. Inshaa Allah dengan keberkatan Allah s.w.t.
Air kunyit
Kunyit hidup mampu menaikkan seri wajah, jika diamalkan dengan minum air kunyit beberapa bulan sebelum berkahwin.
Elak meniarap
Perkara ini fokus pada golongan wanita, ini kerana untuk penjagaan payudara kelihatan montok, subur dan tegang. Manakala ketika mandi pula amalkan untuk memancutkan air pancur ke dua-dua belah payudara. Ini adalah salah satu teknik untuk memberi buah dada anda tegang dan subur.
Kurangkan melihat cermin
Kurangkan dengan menatap cermin lebih lama, ini adalah kepercayaan orang tua; penyebab hilang seri wajah. Ia juga menjadi patang larang saat wajah disolek mak andam.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini, sudah masuk hari ke-4 (ketika artikel ini ditulis) umat Islam berpuasa di bulan Ramadan. Alhamdulillah, tahun ini kita berpuasa dengan suasana yang cukup sederhana. Paling penting, kita berada bersama orang yang kita sayangi.
Sebagai umat Islam, semestinya kita akan berusaha dan berlumba-lumba untuk melakukan ibadah demi pahala yang berlipat ganda. Antara satu amalan yang sering terlepas pandang adalah berdoa sebelum waktu berbuka.
Tahukah anda bahawa sebenarnya sebelum berbuka adalah antara waktu yang afdhal untuk kita berdoa. Jom kita baca perkongsian oleh Syed Hameed tentang doa sebelum berbuka puasa ini.
DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA
Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, iaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.
Tetapi, sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mahu pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras.
Kesalahan yang dilakukan kaum muslimin ialah dengan menyibukkan diri pada waktu yang sangat mustajab ini dengan cara sibuk bersiap untuk berbuka menjelang azan maghrib kemudian berkumpul menghadapi hidangan berbuka dan mereka sudah merasa cukup dengan hanya membaca “Allahuma lakasumtu… atau dzahaba zhoma’u padahal hanya mencakupi maknanya berupa ucapan syukur sahaja.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam :
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)
Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala.
Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.
Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja, boleh diubah mengikut hajat masing-masing.
Cadangan doa ketika berbuka puasa:
1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat ALLAH.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yang dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan.