Kehidupan ketika bercinta tentunya tidak sama dengan alam perkahwinan. Ini kerana sebaik sahaja bergelar suami isteri pastinya banyak perkara baharu tentang pasangan yang bakal anda ketahui.
Ada ketikanya membuatkan anda rasa sukar untuk menyesuaikan diri kerana masing-masing belum mengenali sedalam-dalamnya. Untuk mengelakkan rasa kekok yang mungkin boleh menimbulkan salah faham, penting untuk anda berdua ketahui 10 benda baharu ini.
1. Pasangan manusia tak sempurna dan ada kekurangan
Selalunya ketika zaman bercinta memang sukar untuk anda ketahui sifat buruk pasangan. Mesti masing-masing cuba sembunyikan daripada pengetahuan pasangan. Apabila sudah berkahwin, baru nampak kelemahan masing-masing kerana setiap manusia dilahirkan tak sempurna.
Jadi jangan sesekali anda mengharapkan kesempurnaan daripada pasangan. Belajarlah untuk menerima kekurangan dan kelemahan yang ada pada pasangan dengan sama-sama membaikinya ke arah yang lebih baik.
2. Kena ambil masa untuk fahami dan kenali pasangan
Walaupun anda mengenali pasangan sejak sekian lama sebelum memutuskan untuk berkahwin, ini tidak bermakna anda mahupun pasangan mengenali diri masing-masing dengan sedalam-dalamnya. Apabila sudah tinggal sebumbung ambillah masa untuk lebih mengenali dan memahami diri pasangan. Dengan cara itu anda dan pasangan boleh bertoleransi dalam banyak perkara.
3. Jangan ingat pasangan boleh membaca fikiran anda
Jangan sesekali mengharapkan pasangan boleh membaca apa yang anda rasa atau fikirkan. Mungkin anda boleh tapi pasangan anda mungkin tidak dapat meneka apa yang terlintas di minda, mahupun apa yang anda suka atau tidak suka. Oleh itu untuk membuatkan rumah tangga harmoni, komunikasi dua hala penting agar anda dan pasangan faham apa yang masing-masing inginkan.
4. Masalah duit boleh jadi isu utama
Tidak dinafikan bulan pertama selepas kenduri ramai pasangan yang kekeringan kerana banyak duit telah dihabiskan untuk majlis perkahwinan. Lagipun nak pinjam daripada orang tua mahupun keluarga, gerenti anda dan pasangan segan. Jadi adalah lebih baik anda dan pasangan membuat tabung kewangan lebih awal iaitu sebelum berkahwin sebagai persediaan untuk waktu-waktu kecemasan seperti ini.
Ads
Apatah lagi selepas berkahwin, banyak tanggungjawab yang anda berdua harus pikul bersama. Jika tidak bijak mengatur tabungan kewangan ada kemungkinan boleh membawa pada pergaduhan. Oleh itu, carilah penyelesaian agar kewangan anda berdua kembali stabil.
5. Luahkan apa yang anda rasa dan jangan pendam seorang diri
Hidup berdua memerlukan anda berkongsi rasa. Jadi apabila ada sesuatu perkara penting yang ingin anda katakan, sebaiknya luah dan beritahu pasangan dengan cara yang baik dan berhemah.
Jangan sesekali memendam rasa atau memberitahu pasangan dalam keadaan yang tidak bersedia atau dalam keadaan marah. Perbincangan penting agar anda berdua dapat mencari penyelesaian untuk perkara tersebut.
6. Belajarlah untuk menjadi satu pasukan
Alam rumah tangga memerlukan satu pasukan yang mantap agar hubungan yang dibina kekal bahagia. Dalam satu pasukan anda berdua hendaklah saling bantu-membantu dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Ads
Misalnya dalam perihal rumah tangga, suami tidak boleh membebankan isteri seorang diri menguruskan segala perkara. Urusan rumah tangga haruslah dilakukan bersama agar ia memberi kemudahan dan kesenangan dalam kedua-dua belah pihak. Kerjasama ini akan menjadikan rumah tangga anda berdua lebih harmoni.
7. Banyakkan bersabar dan muhasabah diri
Kunci dalam perkahwinan memerlukan anda untuk banyak bermuhasabah diri dan bertolak-ansur. Dalam perkahwinan tidak ada istilah menang atau kalah. Tingkatkan kesabaran dalam apa jua hal yang anda dan pasangan hadapi. Jika sedang bergaduh, anda berdua tidak perlu lawan bercakap kerana bimbang boleh merosakkan hubungan dan membawa pada pergaduhan yang lebih parah.
Bukan itu sahaja, elakkan daripada mencabar pasangan lebih-lebih lagi suami kerana lelaki ada egonya yang tersendiri. Bimbang jika dicabar boleh membawa keburukan dalam hubungan rumah tangga. Jadi berusahalah untuk menjadi pasangan yang terbaik dan bersikap positif.
Ads
8. Belajar untuk memohon maaf dan memaafkan pasangan
Tak dinafikan kalau dah hidup berdua mesti ada salah dan silapnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Apabila menjadi suami isteri, anda hendaklah belajar untuk memohon maaf jika melakukan kesalahan, selain memaafkan kesalahan pasangan.
Terapkan dalam diri untuk saling bermaafan agar segala apa yang anda berdua fikirkan tidak berpanjangan dan memendam rasa kerana ia boleh menjadi racun dalam rumah tangga. Lepaskan segala ego yang ada dalam diri anda agar anda menjadi seorang yang pemaaf.
9. Banyakkan bertanya dan baca tentang alam rumah tangga
Selepas berkahwin memang banyak tanggungjawab yang harus anda berdua fikirkan. Anda berdua juga akan hadapi segala macam benda dan hidup sendiri tanpa bantuan ibu bapa. Kadang-kala tanggungjawab yang banyak ini boleh menjadi punca berlakunya perbalahan. Untuk melengkapkan ilmu tentang alam perkahwinan, jangan malu untuk bertanya lebih-lebih lagi kepada ibu bapa kerana mereka lebih banyak makan garam.
Malah anda dan pasangan juga harus banyak membaca tentang ilmu rumah tangga bagi memantapkan lagi pengetahuan dan mengelakkan salah faham. Anda berdua juga boleh bertanyakan kepada kawan-kawan tentang pengalaman mereka dan cara mereka mengendalikan masalah. Sekurang-kurangnya perkongsian ini akan memberi anda pengalaman berharga apabila berdepan dengan sesuatu perkara.
10. Apa yang diimpikan sebelum berkahwin tak semestinya tercapai
Pastinya sebelum berkahwin anda dan pasangan impikan pelbagai perkara setelah berumah tangga nanti. Ketahuilah bahawa tidak semestinya apa yang anda berdua rancang dan impikan itu akan menjadi sebagaimana yang anda inginkan.
Ada ketikanya perancangan itu menjadi sukar untuk dicapai atas sebab-sebab tertentu atau setelah anda mengetahui karakter diri pasangan masing-masing. Oleh itu jangan keterlaluan mengharapkan yang indah-indah sahaja. Belajarnya untuk memberi dan menerima dengan seadanya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Minyak Jintan hitam adalah minyak yang paling berkhasiat dan menyihatkan yang terdapat pada hari ini. Minyak Jintan hitam juga dikenali sebagai Habbatus sauda yang sangat terkenal di negara-negara Islam terutamanya di negara Arab. Ia juga dipanggil Nigella Sativa ataupun black seed oil dikalangan orang barat.
Ia bukanlah salah satu daripada minyak-minyak biasa yang sering dipromosikan di laman web kesihatan, tetapi minyak jintan hitam adalah benar-benar bermanfaat yang telah digunakan selama beratus-ratus tahun. Hampir 1400 tahun minyak ini diketahui sejak ia memberikan kesan positif dan ia telah digunakan untuk merawat pelbagai masalah kesihatan dari gemuruh sehinggalah penyakit membawa maut terutamanya berkaitan dengan penyakit jantung.
Umumnya, manfaat kesihatan bagi Minyak Jintan Hitam dapat disembuhkan khasnya bagi masalah pernafasan. Ini adalah kerana ia mempunyai ejen yang aktif untuk mengelakkan kekejangan dan menjaga saraf yang tenang dan terkawal. Ia juga menyokong fungsi tiub bronkial.
Minyak ini sangat bermanfaat untuk detoksifikasi dan anti-radang. Malah, ia mempunyai lebih 100 nutrien berbeza yang membantu badan manusia bagi setiap fungsi yang berlainan. Oleh itu, dengan mengambil minyak ini dalam jumlah yang diperlukan, ia dapat mengekalkan badan yang sihat tanpa penggunaan makanan supplemen yang lain.
Kesan nutrisi Habbatus Sauda
Beberapa kesan kesihatan minyak jintan hitam dapat diperolehi dengan menyapu pada kulit tubuh badan. Tetapi ia didapati lebih bermanfaat jika diambil secara sedutan dalam tubuh badan dengan dos yang betul setiap hari.
Antara nutrien penting terdapat dalam minyak ini adalah seperti berikut:
Lemak asid
Apabila kita berusaha mendapatkan supplemen tambahan untuk kesihatan yang menyediakan asid lemak badan, ia memberi kelegaan kerana tidak perlu lagi mencari minyak lain yang mengandungi kaya dengan lemak asid yang diperlukan. Omega 3 dan Omega 6 asid lemak adalah keperluan utama untuk tubuh badan yang terkandung di dalam minyak ini. Asid lemak juga membantu mencergaskan otak. Untuk mengekalkan fungsi otak yang normal, asid lemak diperlukan dalam jumlah yang mencukupi.
Vitamin dan Mineral
Ini adalah nutrien utama yang diperlukan untuk tubuh badan. Minyak ini mempunyai banyak protein tumbuh-tumbuhan, thiamin, riboflavin, zink, tembaga, pyridoxine, dan lain-lain nutrien yang boleh membantu badan berfungsi dengan baik.
Kesan Penyembuhan Penggunaan Habbatus Sauda
Selain daripada kandungan nutrien yang banyak, ia juga merupakan ubat bagi merawat pelbagai penyakit. Ini adalah salah satu kelebihan menggunakan minyak ini kerana ia boleh memberikan kesihatan yang sempurna dan membantu dalam merawat penyakit.
Penyakit yang boleh dirawat dengan Habbatus Sauda:
Asma dan Batuk
Minyak ini adalah berguna kerana ia membantu seseorang merasa lebih baik apabila mempunyai penyakit pernafasan. Ia juga boleh digunakan pada bahagian belakang dan dada, dan titisan boleh diletakkan di dalam air dan disedut untuk mengurangkan gejala. Ia juga boleh dicampur dengan teh atau diambil secara langsung tetap memberi kesan yang terbaik. Ia amat berkesan dalam apa jua cara sekalipun contohnya apabila minyak sampai ke tekak dan hidung, ia membuatkan anda berasa lega.
Penyakit jantung
Dengan pengambilan minyak ini secara istiqomah, kesihatan jantung terjamin. Ia adalah kerana minyak tersebut dapat melarutkan lemak dan membersihkan saluran darah yang tersumbat.
Oleh itu, minyak jintan hitam adalah cara terbaik menjaga kesihatan dan sihat.
Cara Penyediaan Habbatus Sauda
1. Makan 7 biji Jintan Hitam sebelum tidur dan 7 biji selepas bangun tidur.
Kebaikan: menjaga kesihatan menyeluruh, memberi tenaga pada tubuh, mengurangkan kolesterol, membanyakkan susu ibu.
2. Goreng 1 sudu kecil Jintan Hitam dan kisar menjadi serbuk. Campur dalam air suam dan tambah 1 sudu besar madu.
Kebaikan: masalah kencing tidak lawas, melancarkan keluar haid bagi wanita.
3. Rebus susu segar atas air mendidih. Campur 1 sudu teh Jintan Hitam. Campur 1 sudu besar madu. Kemudian minum suam sebelum melakukan hubungan suami isterii.
Kebaikan: kesihatan tenaga batin.
4. Campur serbuk Jintan Hitam dengan air suam dan berkumur.
Kebaikkan: mengurangkan sakit gigi.
5. Campur 1 sudu besar cuka dan 1 sudu kecil Jintan Hitam.
Kebaikkan: membunuh cacing dalam perut.
6. Campur 1 sudu kecil Jintan Hitam, 1 sudu kecil perahan limau dan 1 sudu besar madu. Makan 2-3 kali sehari.
Kebaikan: menghilangkan demam selsema dan sakit tekak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesanan isteri Adam Corrie ini cukup bagus buat bakal pengantin baru atau yang sudah tukar jadi status milik orang. Jangan buka peluang dan melayan dengar cerita rumah tangga orang!
Kita kadang suka bagi peluang, sampai akhirya kita terseret sekali dek kerana rasa kasihan. Eh, nak tahu lagi, jom baca perkongsian daripada Adam Corrie.
Pesanan Isteri Adam Corrie
Isteri selalu pesan kat saya, sejak awal perkahwinan:
Kalau ada anak gadis, wanita bujang, janda ataupun isteri orang yang suka bercerita masalah cinta ke atau rumah tangga elakkan melayan sangat. Tak kisahlah peminat ke atau pun rakan.
Takut mereka salah faham pula ingat kita suka kat mereka.
Isteri saya kata.. perempuan ini kalau lelaki tu cakap lembut sikit, ambil berat sikit mulalah perasan. Ini bukan semua tapi segelintir sahaja. Jadi takut terkena yang segelintir nanti jadi parah.
Sebab banyak kali jadi, saya tolong selesaikan masalah putus cintalah, tolong bagi duit susu anak lah, nak tumpang rumah lah, last-last jadi stalker pula. Mesej pelik-pelik menakutkan, terus buat report polis.
Elakkan Bergambar Bersama
Kalau ada wanita yang nak bergambar berdua, saya cuba elakkan. Bukan sombong.. takut jadi fitnah. Saya selalu ajak isteri saya ambil gambar sekali.
Kita hidup biar berpada-pada. Jika kita ada masalah cari tempat yang betul untuk mengadu masalah. Bukan dengan artis, bukan dengan orang yang berlainan jantina. Bahaya.
Saya selalunya akan syorkan mereka yang bercerita masalah untuk rujuk kepada yang pakar. Kerana saya hanya boleh mendengar sahaja dan bagi nasihat sikit sahaja.
Lebih-lebih tak boleh kerana bukan kepakaran saya. Jika dah melibatkan keganasan rumah tangga, saya akan minta pergi terus ke balai polis buat laporan polis. Masalah kewangan boleh dapatkan nasihat dari AKPK . https://www.akpk.org.my
Syaitan sentiasa mencari ruang untuk mengajak kita buat perkara tak baik.
Kalau lelaki pun sama, jangan cerita masalah kat lain jantina. Nanti lain jadinya.
Jangan lah pula ada yang komen lelaki boleh atau suruh kahwin 4 ya. Tak kelakar. Sila jaga adab apabila komen. Saya nak jaga hati isteri saya dan Jaga hati semua orang.
Qanaah.. asal punya rasa cukup. Hidup ini pasti indah.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik
InsyaAllah hati tenang
“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Surah Luqman: 17)
Jadi kesimpulannya, jangan buka peluang dan tumpangkan ‘bahu’ untuk orang luar berteduh. Bahaya!
Bila dah jadi suami, lelaki sepatutnya tahu secara mendalam mengenai perihal agama barulah keluarga dibimbing sebaiknya. Perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh suami adalah solat. Bila tiang agama kukuh barulah segalanya dipermudahkan Allah. Dalam solat sujud adalah rukunnya, tapi jangan diambil sambil lewa. Ini syarat sujud yang anda perlu tahu bagi mengelakkan solat anda dari tidak sah.
SYARAT SUJUD ADA 7
Harus sujud dengan 7 anggota badan
Harus dengan dahi yang terbuka
Kepala harus ditekan
Tidak boleh ada hawa (tujuan) lainnya (ketika sujud, aertinya harus benar-benar bertujuan untuk sujud kepada Allah).
Tidak boleh sujud diatas sesuatu yang bisa bergerak ketika bergerak untuk sujud
Kepalanya harus lebih rendah daripada punggungnya
Harus thuma’ninah didalam sujud
(فصل) شروط السجود سبعة: أن يسجد على سبعة أعضاء وأن تكون جبهته مكشوفة والتحامل برأسة وعدم الهوى لغيره وأن لايسجد على شيء يتحرك بحركته وارتفاع أسافلة على أعالية والطمأنينة فية.
ANGGOTA SUJUD ADA 7
Dahi
2 dan 3. Kedua telapak tangan
4 dan 5. Kedua lutut
6 dan 7. Bathin Jari-jari kedua kaki
(خاتمة) أعضاء السجود سبعة: الجبهة وبطون الكفين والركبتان وبطون الأصابع والرجلين.
(Safinah an-najah)
“Aku diperintahkan untuk sujud di atas tujuh tulang (anggota sujud); Kening -dan beliau menunjuk hidungnya- kedua telapak tangan, kedua lutut, dan jari jemari dari kedua kaki. Dan saya diperintahkan untuk tidak menahan rambut atau pakaian.” (HR.Bukhari Muslim)
Menempelkan ketujuh anggota tubuh ke tempat sujud, yaitu: Kening (diikutkan dengannya hidung), kedua telapak tangan, kedua lutut, dan jari-jari kedua kaki. Karena itu barang siapa yang ketika sujud mengangkat kedua kakinya atau salah satunya sepanjang dia sujud, maka sujudnya tidak syah yang berarti shalatnya juga tidak syah, yang benar yaitu menempelkan batin/bagian bawah dari jari-jari kedua kaki (jawa=mancat).
Ini berdasarkan pendapat yang paling kuat di kalangan ulama. Demikian pula halnya kita katakan pada kedua lutut dan kedua tangan.
Adapun hidung, maka ada silang pendapat di kalangan ulama. Dan pendapat yang lebih tepat insya Allah adalah pendapat Imam Malik, Asy-Syafi’i, dan mayoritas ulama yang menyatakan bahwa merapatkan hidung ke tanah saat sujud adalah sunnah dan tidak sama kedudukannya dengan kening, walaupun untuk sempurnanya adalah dia merapatkannya sebagaimana yang kami sebutkan di atas
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!