Bila tiba hari bersanding, mesti nak nampak cantik. Tiba-tiba kulit pula berjerawat teruk. Nak kena tutup dengan solekan, silalah beritahu mak andam supaya pastikan makeup itu sesuai, berus bersih dan selamat pada kulit kronik anda.
Jerawat adalah masalah kulit kronik yang biasanya berlaku disebabkan oleh folikel rambut dan kalenjar sebum yang tersumbang atau juga akibat keradangan. Jerawat boleh terbahagi kepada beberapa jenis, dan ia mungkin disertai dengan keradangan kulit atau tanpa melibatkan keradangan atau kedua-duanya. Umumnya mungkin sudah mengetahui bahawa jerawat lazimnya menyerang bahagian muka, namun ia juga boleh berlaku pada bahagian tubuh lain termasuk leher, dada dan belakang tubuh.
Salah satu faktor penyebab utama jerawat ialah Propionibacterium acnes (P.acne), iaitu bakteria yang menggunakan rembesan kelenjar sebum sebagai sumber makanannya. Liang-liang kulit yang tersumbat akibat sel-sel kulit mati dan rembesan minyak berlebihan akan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan P.acne. Malah, keadaan ini menjadi semakin teruk apabila berlaku jangkitan jerawat atau keradangan kulit.
Masalah jerawat mungkin bertambah teruk disebabkan:
- Tekanan
- Merokok
- Penggunaan kosmetik yang menghalang kulit ‘bernafas’
- Diet harian daripada makanan berasaskan tenusu dan makanan tinggi indeks glisemik
- Tahap kelembapan udara yang tinggi
- Kesan sampingan ubat seperti steroid, hormon, antikonvulsan dsbg
- Penyakit ovari polisistik
Jenis-jenis jerawat
- Jerawat hitam (blackhead) dan jerawat putih (whitehead)
Jerawat hitam muncul sebagai bintik hitam yang dapat dilihat dengan ketara pada permukaan kulit. Manakala jerawat putih bersaiz lebih kecil dan biasanya muncul sebagai benjolan di bawah permukaan kulit.
Papul
- Papul juga sering dipanggil sebagai lesi kulit dan boleh dilihat pada permukaan kulit. Ia adalah benjolan kecil yang kebiasaanya berwarna kemerah-merahan dan kadang kala kelihatan berkelompok seperti ruam.
Pustul
Pustul adalah berwarna merah pada bahagian dasarnya dan berisi nanah (benjolan dipenuhi cecair). Ia boleh juga dilihat dengan jelas pada permukaan kulit.
Menurut pakar estetik dan kulit, Diva Aesthetics Clinic, Dr Zahirah Tarmizi, rawatan bagi masalah jerawat adalah bergantung kepada jenisnya. Lazimnya, penggunaan ubat topikal boleh menghilangkannya tetapi kadang-kadang memerlukan juga rawatan lain seperti ubat oral.
OLEH : FARAH AZIZ
SUMBER : (https://hellodoktor.com/)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI