Bila dah kahwin, perkara yang membuatkan hati wanita takut tentulah penerimaan mentua dan ipar duai. Risau orang tak terima kekurangannya.
Bukan mudah menantu perempuan nak buat perangai sama macam rumah sendiri. Nak jadi diri sendiri. Kena ingat, kalau rumah sendiri, mak ayah pun dah faham. Tapi ini, rumah mentua.
Bila Dah Kahwin, Banyak Nampak Silap
Apa yang paling tak selesa, bila mentua dan ipar duai berbisik tentang sifat kita yang tak disukai. Apa salahnya, ubah sedikit perangai dan pandai-pandailah bawa diri dalam keluarga mentua.
Haa… ada benarnya apa yang dikatakan oleh Puan Marlia Ramli ini, jom renungkan sejenak.
Bila BANGUN LEWAT GILA DI RUMAH MENTUA? Memang salah buat anda, menantu perempuan. Mentua dan ipar duai anda akan mula berbisik.
Menantu lelaki bangun tidur tengah hari pastu sambung tidur semula pun tak ada masalah. Siap maknya isteri hidangkan kopi cawan lapik untuk menantu lelakinya.
Ya… Imbalance ini memang berlaku.
Ads
Layanan Menantu Perempuan dan Lelaki Tak Sama
Menantu perempuan ada expectation perlu dibuat. Menantu lelaki? Asalkan tak mencarut depan mentua dah kira soleh dah tu!
Beginilah anak-anak muda,
Akak sentiasa kempen jika rasa tak mampu nak bangun awal, tak mampu masuk dapur sebelum subuh, tak mampu nak meet expectation terhadap “typical menantu perempuan” – ajak suami tinggal di rumah sendiri.
Rumah sewa pun tak apa.
Rumah kecik pun tak apa.
Belajar berdikari.
Mudah nak jaga aurat.
Selesa ada ruang peribadi.
Kau jenguk sinki ada pinggan dua tiga biji, kasi settle.
Ads
Kemudian kalau kau OCD pengemas sekalipun pun tak payah memandai ubah susunan dapur umah mentua kau. Mata kau sakit tengok? Pejam mata. Jangan memandai ubah apa-apa. Kau layan je style susunan mentua kau.
Abaikan Kalau Mentua Puji Menantu Lain
Selepas itu, kau ya kan aja segala benda yang mentua kau cakap. Dia nak puji menantu lain ke, nak up anak dia ke, nak mengumpat jiran ke, nak puji diri sendiri ke, layan kan aja. Tak payah bantah bagai.
Masa nak balik kau salam berisi (ambil dari poket suami). Mohon doakan saya Mak…
Kau gunalah dialog syahdu drama petang-petang. Pastu kau puji cakap kuih lepat yang Mak buat tu sedap.
Kau minta resepi walaupun dapur rumah kau tak penah berasap. Mak yang mula masam cam siput by auto akan senyum. Silap haribulan, kau lah menantu kesayangan.
Mentua kurang bunyi, ipar duai tak de modal nak melebih. Settle!
Wanita hari ni jangan lurus sangat. Pandai-pandai lah be creative and be flexible mengikut keadaan.
Pembawakan diri tu sesuaikan ikut keadaan. Yang penting, Suami happy, isteri happy – cukuplah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernikahan adalah sebuah momen yang special buat semua pasangan yang bakal mendirikkan rumah tangga. Di hari itu, pengantin wanita akan berdandan habis-habisan agar penampilannya nampak berbeza dan cantik. Sehinggakan, ramai dari mereka melakukan pelbagai rawatan kecantikkan supaya mereka kelihatan sempurna dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Bagi wanita, rambut adalah mahkota yang harus di jaga rapi, lebih-lebih lagi pada hari bahagia mereka. anyak wanita yang rela menahan beratnya sanggul, atau berjam-jam duduk didepan cermin demi mendapatkan tatanan atau gaya rambut yang rumit namun cantik ini. Ramai wanita yang sanggup berhabis duit demi untuk menjaga rambut mereka.
Di sebabkan itu, gaya rambut wanita di hari perkahwinan sangatlah penting dan ia harus di sesuaikan dengan busana yang akan di pakai nanti. Berikut adalah gaya rambut yang boleh anda cuba di hari bahagia anda.
Foto : ayeeyFoto : HimisspuffFoto : Pinterest
Kalau boleh padankan rambut anda biar bersusuaian dengan tema dan busana. Baru nampak lehih kemas dan teratur.
Sesuaikan juga agar kena dengan peribadi anda. Di nasihatkan agar tidak terburu-buru untuk mendandan, sebaiknya lihat inspirasi atau bertanyakan pada yang lebih pakar dahulu sebelum anda memotong rambut.
Sebelum anda beli dan sediakan, sebaiknya ambil tahu tip pilih barang hantaran dulu. Ini bagi memuaskan hati kedua belah pihak apa yang diterima.
Barang hantaran yang selalu jadi target adalah seperti minyak wangi, kain telekung, beg tangan, gajet, jam dan kain pasang. Ini memang hadiah yang normal diberi setiap kali majlis perkahwinan.
Namun, anda tetap kena tahu tip pilih barang hantaran dulu.
Tip Pilih Barang Hantaran
1. Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak.
Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.
2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil.
Jika perempuan 9 lelaki balas 7.
3. Elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
4. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.
Orang kata, nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.
5. Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8. Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Ini Contoh Gubahan Hantaran Yang Ada
Banyak lagi idea barag hantaran yang anda boleh guna, terpulang pada pasangan suka macam mana. Bincang elok-elok jangan ikut kepala sendiri pula. Nak hasil terbaik, anda kena duduk berbincang, barulah kedua belah pihak puas hati.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam memilih baju kahwin tidak salahnya anda berlaku cerewet bagi memastikan penampilan memuaskan di majlis bahagia nanti. Jangan mencarinya dalam keadaan yang tergesa-gesa kerana jangka masa yang pendek bakal menjadikan apa yang anda hajati tidak kesampaian. Terdapat banyak kesalahan yang mungkin dilakukan oleh bakal pengantin di luar sana ketika membeli baju kahwin. Ia disebabkan oleh persediaan yang tidak mencukupi atau tidak berfikir dengan lebih jauh sebelum membuat keputusan.
Berikut merupakan kesalahan atau kesilapan yang sering dilakukan ketika membeli baju pengantin.
Tidak Membuat Bajet
Dengan adanya bajet yang telah ditetapkan, ia memudahkan untuk mencari baju kahwin yang sesuai dengan bajet anda. Selain itu, bajet yang diperuntukkan untuk membeli baju kahwin perlulah berpatutan dan jangan terlalu mahal.
Tidak Mempertimbangkan Kos Tambahan
Apabila anda mempunyai bajet untuk membeli atau menyewa baju kahwin, seharusnya anda perlu ingat bahawa anda perlu memakai aksesori tambahan seperti kasut tumit tinggi, layah, tiara, tudung, subang, rantai dan lain-lain lagi.
Semua perkara ini melibatkan kos dan memerlukan belanja yang agak tinggi. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli atau menyewa baju impian anda, fikir dengan lebih mendalam lagi tentang perkara-perkara lain yang juga perlu anda lakukan.
Membawa Terlalu Ramai Orang Untuk Membeli Baju Kahwin
Membeli baju kahwin merupakan perkara istimewa jika dibandingkan daripada membeli-belah pakaian harian. Rata-rata akan membawa teman mahupun ahli keluarga ketika membeli baju kahwin.
Namun begitu, anda dinasihatkan agar membawa orang yang anda percayai untuk memberikan pendapat yang jujur. Anda dilarang membawa membawa terlalu ramai orang kerana boleh mengelirukan pilihan yang bakal dibuat.
Beli Terlalu Awal Atau Terlalu Lewat
Membeli baju di saat-saat akhir boleh menyebabkan anda tiada masa untuk membuat pilihan yang lebih terperinci. Baju kahwin tidak perlu dibuat terlalu awal untuk anda, tetapi anda masih perlu menetapkan matlamat untuk mempunyai masa yang cukup untuk sebarang perubahan.
Sekiranya anda sudah menetapkan tarikh dan lokasi perkahwinan, pembelian baju di waktu awal adalah perkara yang digalakkan. Ini penting bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.
Tidak Membuat Penyelidikan Sebelum Membeli
Adalah baik untuk anda mempunyai fikiran yang terbuka mengenai gaya pakaian yang anda inginkan, namun anda perlu mempunyai beberapa idea tentang baju pilihan anda.
Mengetahui lokasi perkahwinan dengan lebih awal akan membantu anda untuk mengenakan baju yang tepat di majlis perkahwinan anda. Contohnya, lokasi perkahwinan anda akan diadakan di tempa terbuka. Oleh itu, anda harus mengkaji terlebih dahulu baju yang sesuai untuk digayakan di majlis tersebut.
Hanya Mencuba Satu Gaya Baju Kahwin
Sebelum anda membuat keputusan untuk memilih baju kahwin anda, dinasihatkan untuk mencuba beberapa pasang baju bagi mendapatkan baju yang paling sempurna untuk digayakan di majlis raikan cinta.
Jangan membuat keputusan terburu-buru dengan hanya mencuba satu gaya baju sahaja. Anda boleh meminta pendapat dari perunding perkahwinan atau penasihat fesyen berpengalaman bagi mendapatkan pilihan baju yang sesuai buat anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!