
Pasangan yang bercinta pasti pernah mengalami pasang surut dalam perhubungan. Pergaduhan dan perselisihan faham sering terjadi dalam hubungan cinta. Ada yang berpendapat perkara ini merupakan salah satu cara komunikasi yang jujur dan terbaik.
Namun, sekiranya pergaduhan dan perselisihan faham ini tidak diselesaikan dengan cepat, mungkin ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar lagi. Sebab itulah jika perkara ini terjadi, setiap pasangan harus mengambil tindakan segera bagi meredakan pergaduhan tersebut. Khuatir jika pergaduhan berterusan boleh mengeruhkan dan menjejaskan lagu hubungan anda dengan pasangan.
Jom kita lihat 6 strategi berkesan untuk dipraktikkan bagi meredakan pergaduhan dalam hubungan cinta!
1. BERFIKIR DAHULU SEBELUM BERKATA-KATA
Menurut kajian daripada University of Chicago, otak kita mempunyai sifat negatif semula jadi yang akan menjadi aktif setelah menerima berita yang kurang baik. Oleh kerana itu ketika marah, kita akan secara automatik mengungkit perkara yang tidak elok atau mengeluarkan kata-kata negatif yang tidak sepatutnya dikeluarkan dari mulut kita.
Jadi, elakkan untuk mengeluarkan kata-kata yang kesat ketika pergaduhan takut nanti pasangan akan lebih terluka. Percayalah, anda akan merasa lebih sedih setelah pertelingkahan berakhir dengan kata-kata kesat yang dilemparkan.
2. JANGAN ASYIK NAK MENANG
Pergaduhan tidak akan berakhir sehingga salah seorang mengaku kalah dan meminta maaf. Mereka yang selalu memikirkan kemenangan di dalam pergaduhan tidak akan mendapat jalan penyelesaian san menjadi penyebab anda berdua bergaduh.
Mungkin anda boleh biarkan anda berdua tenang seketika dan baru memulakan perbincangan mengenai masalah yang dihadapi. Tengking menengking untuk mencapai kemenangan tidak membawa kepada jalan penyelesaian.
3. BERDOA
Cara yang paling berkesan untuk menenangkan hati ialah dengan bersujud dan berdoa pada Tuhan. Mohonlah pada yang Maha Esa agar hati si dia menjadi lembut dan eratkan hubungan anda dan pasangan.
Nescaya dengan cara ini, hati dan emosi anda merasa lebih tenang dan semua akan baik-baik sahaja. Mungkin ketika pasangan anda sedang marah dan emosi dalam keadaan tidak terkawal, ajak dia bersama untuk mendekatkan diri pada Tuhan.
4. FIKIRKAN SESUATU PERKARA YANG MENGGEMBIRAKAN
Sekiranya si dia sedang membebel dan memarahi anda, pandang ke matanya dan fikirkan sesuatu yang menggembirakan anda tanpa memberi sepenuh perhatian kepada apa yang dikatakannya. Orang sedang marah, pasti keluar sesuatu yang kurang menyenangkan dari mulut mereka dan akan membuatkan anda naik marah juga. Sekiranya anda tidak respons, kemarahan pasangan akan cepat reda.
5. SELITKAN UNSUR POSITIF
Ketika pergaduhan, selitkan sedikit unsur positif seperti membuat lawak atau pun memegang tangan pasangan dan memeluknya. Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of marriage and Family, sedikit keintiman mampu menambahkan keakraban pasangan.
Panggil si dia dengan kata-kata sayang dan ingat susah senang yang anda lalui bersama. Ini dapat memendekkan tempoh pergaduhan anda berdua.
6. LEBIH BAIK BERDIAM DIRI
Sekiranya pasangan anda mula membebel atau memarahi anda, jangan membalas setiap kata-kata pasangan anda kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan. Kawal emosi anda dan lebih baik sekiranya anda hanya mendengar dan mendiamkan diri terlebih dahulu. Berdiam diri bukan bermakna anda bersalah.
Biar si dia menghabiskan dulu kata-kata yang ingin dikatakan pada anda. Sebaik dia selesai, anda boleh duduk bersamanya dan berbincang sekiranya ada perselisihan faham. Dengan cara ini anda boleh meredakan pergaduhan yang dialami dengan lebih tenang dan harmoni.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
8 Makanan Power Buat Bakal Pengantin Lelaki Subur

Dalam bab makanan, wanita memerlukan nutrien tertentu untuk proses kehamilan atau melindungi diri dari serangan kanser payu dara. Begitu juga kaum lelaki. Mereka memerlukan makanan yang mempunyai nutrien tertentu untuk meningkatkan kesuburan di samping mencegah kanser prostat, mati pucuk, lemah tenaga batin dan sebagainya.
Pakar pemakanan American Dietetic Association, Christine Gerbstadt menjelaskan bahawa makanan yang bagus untuk sistem kardiovaskular juga berguna untuk alat reproduksi lelaki. Di bawah ini disenaraikan lapan makanan yang bernutrisi tinggi yang sangat baik untuk lelaki:
- Tiram
Tiram mengandungi zink yang berkuasa untuk memperbaiki sel tubuh. Ianya mempu mempertahankan sel tubuh dari sebarang kerosakan yang menyebabkan kanser prostat. Ia juga mampu untuk memelihara system reproduksi lelaki termasuk penghasilan sperma.
- Pisang
Pisang mengandungi potassium, magnesium dan vitamin B6 yang tinggi. Potassium mampu membantu tubuh mengawal sistem saraf, degupan jantung dan tekanan darah. Gabungan potassium dan magnesium berupaya untuk mengurangkan risiko serangan strok. Vitamin B6 pula mampu meningkatkan sistem imun tubuh, membentuk sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik dan meningkatkan metabolisma protein dalam tubuh.
- Brokoli
Brokoli kaya dengan vitamin C, beta kerotina, potassium dan sulphoraphane. Sulphoraphane mengandungi zat antikanser. Menambahkan brokoli dalam menu harian dapat membantu mencegah kanser kolon dan kanser prostat. Kajian yang dijalankan di Universiti Harvard mendapati, amalan memakan kubis dan brokoli mampu menghalang serangan kanser pundi kencing di kalangan lelaki.
- Kacang Brazil
Kacang besar dari Brazil memiliki magnesium dan antioksidan yang berkuasa untuk mencegah penyakit jantung dan kanser selain memelihara kesihatan prostat. Manakalai selenium yang terdapat dalam kacang tersebut dapat membantu mengurangkan kadar LDL, iaitu sejenis kolesterol tidak baik di dalam tubuh.
- Sayuran dan buahan berwarna oren
Vitamin C dan beta kerotina yang terkandung dalam sayuran dan buah-buahan berwarna oren seperti labu dan lobak merah adalah anti-oksidan yang baik dalam melindungi kulit daripada sinaran matahari yang merosakkan. Sebagai agen penghasilan kulit sihat, vitamin C menghasilkan kalogen, manakala beta kerotina pula mengandungi vitamin A yang membantu memperbaiki sel kulit.
- Stik sirloin
Stik sirloin mengandungi zat besi yang tinggi. Zat besi ini sangat penting dalam membantu tubuh membekalkan oksigen ke seluruh sel tubuh. Stik sirloin juga adalah pembekal protein yang baik.
- Ikan
Ikan seperti ikan salmon, tuna (tongkol) dan mackerel kaya dengan omega 3 dan vitamin D yang berkhasiat untuk mencegah kanser, diabetes jenis 2, sakit tulang dan tekanan darah tinggi. Omega 3 juga berkuasa untuk menurunkan paras lemak dalam darah, mengurangkan sakit kepala dan mengubati arthritis.
- Beri dan ceri
Semua jenis beri seperti blackberi, bluberi, strawberi, rasberi, kranberi dan ceri kaya dengan flavonoid dan antosianin yang berguna untuk tubuh. Amalan memakan beri dan ceri akan menguatkan fungsi otak yang semakin berkurangan akibat pertambahan usia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tempat-Tempat Menarik Di Pulau Pinang Yang Korang Boleh Pergi Untuk Honeymoon

Bukan hanya nasi kandar yang sangat dikenali di Pulau Pinang, korang juga boleh memilih banyak lagi makanan dan tempat menarik untuk berjalan sebelum memulakan perjalanan dengan seronok.
Berikut merupakan 25 tempat-tempat menarik di Pulau Pinang yang harus korang pergi bersama pasangan untuk honeymoon.
1.Entopia By Penang Butterfly Farm
The Natureland dan juga The Cocoon merupakan dua buah kehidupan yang terdapat disini. Sebanyak 15000 ekor rama-rama yang dibiarkan bebas untuk berterbangan dan diantaranya juga terdapat 200 jenis tumbuh-tumbuhan. Apabila berada di sana, anda akan merasai diri anda berada di alam yang berbeza disertakan dengan air terjun, gua, kolam dan banyak lagi taman yang menyerupai alam semulajadi.
Malah pihak The Cocoon juga memberikan peluang kepada pengunjung untuk melibatkan diri dalam beberapa acara yang sudah diaturkan oleh pihak pengurusan.
Rm49 (dewasa), RM29 (kanak-kanak)
RM65 (warga asing dewasa), RM45 (warga asing kanak-kanak)
Alamat:Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Penang.
2. Penang Avatar Secret Garden
Pertama kali anda menjejakkan kaki disana, sudah pasti anda akan terpukau dan terpegun dengan keindahan yang terdapat di hutan ajaib. Permandangan di sana akan mengingatkan anda tentang filem Avatar yang box office satu masa dahulu.
Masuk adalah percuma. Iaterletak di alamat 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
Waktu beroperasi: Dibuka setiap hari sehingga pukul 12 malam
3. Ghost Museum
Kebanyakkan ramai yang gemar pergi ke rumah hantu dan ada juga yang tidak mengemarinya. Perbezaannya adalah, rumah hantu yang ini hantunya tidak menganggu anda. Malah patung hantu yang terdapat di dalamnya adalah mewakili plbagai jenis hantu dari pelbagai budaya.
Maklumat latar belakang patung hantu juga turut disediakan . Rupa dan hiasan mereka juga tidak kurang menyeramkan. Merka juga turutmenyediakan kostum hantu bagi anda mengambil gambar serta merakamkan pengalaman sebagai seorang hantu.
Harga tiket:
RM18 (dewasa). rm8 (kanak-kanak)
RM36 (warga asing dewasa). RM16 (warga asing kanak-kanak)
Lokasi di 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 Pulau Pinang.
Dibuka setiap hari dari pukul 10 am-7pm.
4. Jurassic Research Centre / Dinosour Komtar Penang
Jangan terkejut! Terdapat 200 dinasour yang akan ‘dihidupkan semula’. Sudah pasri ramai kanak-kanak yang akan menyukai replika gergasi ini di dalam satu ruang khas yang dipagar. Tambah menarik lagi, melihat di Komtar iaitu di mercu Penang.
Harga tiket untuk dewasa hanya RM58, manakala bagi kanak-kanak hanya RM48 sahaja.
Lokasinya terletak di TheTop@KOMTAR 1, Jalan Penang, 10000 George Town, Pulau Pinang. Ia beroperasi dari pukul 10am-12.15am pada setiap hari.
5. Pasar Chowrasta @ Chowrasta Bazaar
Pasar yang sudah dibuka sejak 1800 telah menjadi ramai tumpuan para pelancong yang gemarkan jeruk, halwa, kudapan, cenderamata dan juga barangan terpakai. Kepelbagaian yang ada di sana telah menarik perhatian para pelancong tidak kira negara mana.
Anda boleh carai lokasinya di Jalan Penang, 103000 Pulau Pinang. Ianya dibuka dari pukul 8.30am-8pm setiap hari.
6. Penang Street Art
Anda boleh pergi melawat ke sekitar kawasan George town yang banyak dihiasi dengan karya-karya hasil seni lukisan dari para pelukis terkenal. Kebanyakkan pelancong tidak akan melepaskan peluang untuk merakamkan kenang-kenangan sepanjang percutian mereka.
Diantara kawasan yang boleh anda jumpa ukisan jalanan ini ialah di Jalan Penang, Jalan Muntri, Weld Quay, Lebuh Leith, Armenian Street danjuga Jalan Ah Quee.
Kadang kala anda akan mudah leka dan terpehun dengan pelbagai jenis lukisan di sini. Bagi memudahkan perjalanan, anda boleh juga menyewa basikal bagi anda pergi melawat di sekitar kawasan tersebut.
7. Taman Rimba Teluk Bahang
Kawasan Hutan Lipur yang sering menjaditarikan para pelancong yang gemarkan aktiviti riadah dan santai. Malah aktiviti lasak dan perkhemahan juga telah disediakan khas untuk pelancong. Pada masa yang sama, terdapat beberapa kolam mandi dan kawasan istirehat untuk orang awam.
8. Penang War Museum
Penang War Museum merupakan sebuah kubu yang telah dibina oleh pihak British pada tahun 1930an. Ia juga telah digunakan sebagai menentang pencerobohan tentera Jepun.
Pada masa yang sama, pelancong juga boleh melihat beberapa barangan bersejarah seperti meriam, kubu pertahanan bawah tanah sedalam 9 meter dan terowong. Jika ingin masuk ke dalamya, anda perlulah dalam posisi merangkak.
Tiketmasuk untuk orang dewasa RM18, RM8 untuk kanak-kanak. Bagi pelancong warga asing RM36 dan RM16 untuk kanak-kanak warga asing.
Lokasi ini terletak di Lot 1350 Mukim 12, Daerah Barat Daya, Batu Mung.
Ianya dibuka pada setiap hari dari pukul 9am-7pm.
9. Rumah Tempat Kelahiran P. Ramlee
Jika tidak melawat ke rumah kelahiran seniman tersohor iaitu P. Ramlee memang tidak akan lengkap percutian anda. Siapa yang tidak kenal dengan susuk tubuh seorang lagenda yang tidak ada pengantinya dalam bidang seni. Masuk adalah percuma.
10. Pasar Malam Batu Feringgi
Lokasi yang tidak oenah lekang dengan pengunjung adalah di pasar malam Batu Feringgi yang terletak di Pulau Pinang. Apa yang paling menarik, lokasinya tepat di tepi pantai. Malah banyak barangan, makanan dan juga kraftangan yang boleh ditemui di situ. Barangan yang dijual juga sangat berkualiti dan berpatutan.
Alamatnya terletak di Jalan Pantai Batu, Taman Pantai Batu, 11200 Tanjong Bungah, Pulau Pinang. Tempat ini juga dibuka padapukul 7pm-12am setiap hari.
11. Akuarium Penang Batu Maung
Ramai yang masih tidak tahu tentang tempat yang satu ini. Akuarium Penang Batu Maung merupakan satu tempat yang sangat menarik seperti Aquaria KLCC. Namun ianya tidaklah sebesar seperti disana.
Paling menyeronokkan, harganya lebih murah dan sangat sesuai dengan tempat tersebut. Tempat itu juga tidak jauh dari muzium Penang.
Akuarium Penang atau lebih dikenali sebagai Akuarium Institut Penyelidikan Perikanan yangmempunyai 25 buah tangki besaryangmemunyai saiz sebesar 15 x 10 kaki persegi. Terdapat 100 jenis ikan di dalamnya.
Akuarium besar itu juga terdapat kolam yang mempunyai penyu serta ikan besar dan kecil di dalamnya. Para pengunjung juga dibenarkan untuk memberikan makanan dengan makanan ikan yang turut dijual disana. Harga makanan ikan hanyalah RM1. Sudah pasti yang berkunjung di situ membawa keluarga serta anak-anak rasa gembira dengan pengalaman sebegini. Rangka ikan paus yang pernah terdampar di Kuala Kedah pada tahun 2011.
Melihat ikan-ikan berenang sudah pasti membuah orang yang melihat gembira dan tenang. Penang merupakan salah satu tempat yang harus anda kunjungi bersama keluarga dan orang yang tersayang.
Lokasinya di Kompleks Perikanan, Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Tempat ini dibuka setiap Selasa dan Khamis pada pukul 10am-4.30pm. Ia akan ditutup setiap hari Rabu.
Harga tiket masuk bagi dewasa RM5, Kanak-kanak di bawah 12 tahun ke bawah RM2.50 dan bagi warga emas serta OKU adalah percuma.
12. Tropical Spice Garden
Taman hijau yang cantik ini juga mempunyai 500 spesis tumbuh-tumbuhan tropika. Keluasan yang melebihi 8 ekar, dan ia juga merupakan salah satu taman seumpamanya di Asia Tenggara. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi orang dewasa dan juga kanak-kanak.
Kanak-kanak juga boleh melawati tempat khas seperti 5 Senses Tour dan Giant 3D Slides and Ladders. Apa yang palingmenarik dan unik, Tropical Spices Garden juga ada mengadakan kelas memasak untuk orang dewasa.
Pokok-pokok yang terdapat disana juga sangat menenangkan. Anda juga boleh melihat permandangan di pinggir laut Teluk Bahang. Malah disitu juga mereka ada menyedikan khidmat pada mereka yang ingin mengadakan majlis perkahwinan yang bertemakan taman.
Ianya terletak di alamat Lot 595, Mukim 2, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang.
Tropica Spice Garden juga turut dibuka setiap hari dari pukul 9am-6pm.
RM29-RM49 bagi dewasa. RM17-RM25 untuk kanak-kanak. RM39 warga emas. Rm23-RM39 bagi pelajar.
13. The Habitat Bukit Bendera
Alam semulajadi merupakan salahsatu terapi yang sangat menenangkan sesiapa saja yang melihatnya. Keindahan yang dimiliki olh The Habitat bukan hanya dianggap satu keajaiban, malah ia juga merupakan salah satu tempat yang sangat sesuai untuk generasi muda zaman sekarang untuk lebih mengenali flora dan fauna.
Aktiviti yang boleh anda lakukan disini adalah seperti berjalan mengelilingi pohon hijau di Natural Trail sejauh 1.6km, melalui Canopy Walk dan juga Tree Top Walk bagi yang gemarkan permandangan di kawasan yang tinggi serta terdapat taman tema seperti Fern Garden, Yellow Garden, Butterfly Bank, Fragrant Garden dan Purple Garden.
Dibuka pada setiap hari dari pukul 9am-8pm.
Tiket masuk bagi dewasa yang berumur 13hingga 59 tahun RM50. Kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun RM30. Bagi pelajar RM30. Warga emas RM30 bagi berumur 60 tahun ke atas. Rm70 Sunset Walk Adult. RM40 Sunset Walk Children. RM4o Sunset Walk Student. RM40 Sunset Walk Senior Citizen.
14. Camera Museum
Zaman yang serba canggih kini sudah pasti semua orang memiliiki camera mereka tersendiri. Namun muzium ini juga mempunyai kamera secara profesional bagi merakan kenangan mereka semasa berada di situ.
Kamera ini juga mempunyaikoleksi dari tahun 1800 sehingga 1990. Para pengunjung juga boleh melihat perkembangan yang mempunyai seiring dengan peredaran zaman.
Terdapat sebuah ruangan khas yang dipanggil Spy Room yang menempatkan beberapa kamera yang paling kecil di dunia. Ada segelintir kamera yang boleh dipegang untuk pengunjung yang datang.
Alamatnya terletak di 49 Lebuh Mutri, 10200 Penang. Ia mula beroperasi pada setiap hari dari pukul 9.30am hingga 8pm.
Harga tiket RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi pelajar.
15. Audi Dream Farm
Audi Dream Farm adalah salah satu zoo mini yang boleh didekati oleh kanak-kanak serta boleh memberi makan dan menyentuh setiap haiwan yang berada di sini. Kanak-kanak juga boleh mendapatkan pengalaman yang baru dan meneroka dunia kepada haiwan seperti arnab, kambing, itik, ikan, kuda dan juga burung nuri yang banyak dilepaskan di atas tanah. Mereka juga berpeluang melihat kebun sayur-sayuran.
Lokasinya terletak di alamat 145, MK B, Sungai Rusa, 11010 Balik Pulau, Pulau Pinang. Ia dibuka pada setiap hari dari pukul 8am-6pm. Tiket masuk bagi dewasa RM7 dan bagi kanak-kanak pula hanya RM3..
16. Tropical Fruit Farm
Mempunyai keluasan 25 eka, Tropical Fruit Farm juga memiliki dari 250 jnis buah-buahan tempatan dan dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Afrika Tengah, India, Timur Tengah dan banyak lagi.
Para pengunjung juga berpeluang untuk merasai terus buah-buahan segar dari dalam ladang. Buah-buahan yang berkualiti tinggi dan kepentingan alam sekitar yang menggunakan baja organik.
Disana juga turut menyediakan beberapa pakej seperti Guided Farm Tour, Lunch Buffet/Dinner Buffet, Guided Farm Tour with Lunch Dinner dan Student Pakages.
Lokasinya di alamat Batu 18, Jalan Teluk bahang, 11050 Pulau Pinang.
Dibuka setiap hari dari pukul 9am-5pm. Harga tiket mengikut pakej dari RM7 hingga RM75.
17. Penang Time Tunnel
Penang Time Tunnel akan mengembalikan semula Pulaupinang pada 400 tahun dahulu. Muzium ini juga menyediakan 3D Mural Art Street Gallery dan juga Anti Gravity World.
Ruangan Mural 3D juga turut dihiasi dengan pelbagai patung replika yang menyerupai zaman dahulu. Anti Gravity juga memberi peluang kepada pengunjung untuk mengambil gambar kenang-kenangan di situ seperti berada di dalam rumah.
Apa yang membezakan perabot disnini juga disusun dalam posisi yang luar biasa. Anda boleh datang sendiri dan rasai pengalamannya disini.
Alamatnya terletak di No.39, Jalan Green Hall, 10200 George Town, Penang. Ia dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9.15am ke 7pm. Bagi hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum ia dibuka dari pukul 9.15am hingga 7.30pm.
Tiket masuk bagi orang dewasa RM29, Rm16 untuk kanak-kanak dari umur 5 hingga 12 tahun manakala Rm16 untuk pelajar.
18. PG Gold Museum
Apabila menyebut tentang kekayaan, sememangnya emas tidak akan pernah terlepas daripada senarainya. Bagi yang meminatiemas, mereka sampai sanggup membeli emas bagi tujuan simpanan dan juga perlaburan dimasa hadapan. Pemilik muzium emas ini juga sangat memahami akan perkara tersebut.
Jadi, mereka yang datang ke sini bukan sahaja dapat mempelajari tentang sejarah emas, tapi mereka juga boleh membeli emas di Public Gold Group yang turut berada di sini.
Bagi segelintir pengunjung yang datang disini bukan hanya mempelajari sejarah emas, namun ada juga yang boleh membeli emas di Public Gold Group yang ada di sini.
Mereka juga ada membuat satu laluan yang menyerupai terowong berbatu yang boleh membawa para pengunjung mempelajari tentang emas.
Alamat: No. 95, Lebuh Bishop, George Town, Penang
Dibuka padahari Isnin hingga hari Ahad dari pukul 9am hingga 6pm.
Harga tiket masuk untuk dewasa RM28, Kanak-kanak berumur 7 hingga 12tahun RM15. Bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 7 tahun ke bawah masuk secara percuma.
19. Batik Painting Museum
Muzium batik ini merupakan muzium yang pertama didirikan di Malaysia. Batik lukis juga merupakan salah satu seni yang penuh dengan keunikan di Malaysia dan di seluruh dunia.
Muzium ini juga ditubuhkan bagi berkongsi sejarahbatik lukis yang wujud sejak tahun 1950an.
Chuah Thean Tong adalah seorang pelukis yang terkenal yang menggunakan batik likis di dalam lukisannya. Hasil lukisan beliau merupakan salah satu dari 70 batik lukis yang terdapat di dalam muzium lukisan batik ini. Muzium ini juga turut menyediakan satu ruangan khas bagi pelukis batik dari luar negara seperti Indonesia, Thailan dan China.
Alamat: 19, Armenian Street, 10200 Penang.
Ia dibuka pada stiap hari termasukah cuti umum dari pukul 10am hingga 6pm.
Tiket masuk bagi dewasa hanya RM10 dan RM5 untuk pelajar.
20. Adventure Zone
Kanak-kanak memang tidak boleh lari dari permainan. Bila sudah datang ke PulauPinang, janganlah lepaskan peluang untuk megunjungi Adventure Zone.
Ia mempunyai keluasan 10,300 kaki persegi dan banyak jenis mainan untuk kanak-kanak. Merangkak, memanjat, menggelunsur dan banyak lagi yang terdapat disini. Bagipenginap di Golden Sands Resort, diskaun akan diberi bagi yang menetap di situ.
Mematuhi arahan adalah sangat dititikberatkan apabila berada di Adventure Zone seperi memakai stokin semasa bermain, pakai baju yang berlengan panjang semasa bermain gelungsur. Dilarang sama sekali memakai pakaian renang apabila berada di kawasan permainan. Ibu bapa disarankan untuk menemani anak-anak semasa berada dikawasan tersebut.
Alamat: Golden Sand Resort,Jalan Batu Feringgi, Kampung Tanjung Huma, 11100 Batu Feringgi.
Ia dibuka setiap hari dari pukul 10am hingga 7pm. Tiket masuk Rm35 hanyak untuk 2 jam sahaja.
21. Fort Cornwallis
Salah satu tempat bersejarah yang paling terkenal di Pulau Pinang. Binaannya diilhamkan dimana lokasi Kapten Francis Light membina kubunya di Pulau Pinang pada tahun 1786.
Ia mempunyai keluasan sebanyak 4490kaki persegi. Tujuan ia dibina adalah bagi mempertahankan diri mereka dari serangan lanun. Namun ia lebih digunakan sebagai tempat pentadbiran.
Di dalam kubu ini juga terdapat berek, penjara, tembat untuk meletakkan senjata api dan juga suar labuhan bagi memberikan isyarat pada kapal-kapal yang datang. Terdapat patung Francis Light berada di pintu masuk sebagai lambang Fort Cornwallis.
Bertempat di Jalan Tun Syed Barakbah, 10200 George Town, Pulau Pinang. Dibuka pada setiap hari dariukul 9am hingga 10pm. Tiket masuk serendah RM10 sahaja.
22. Countryside Stables Penang
Boris dan Wan merupakan peminat kuda dan mereka juga turut berkongsi minat yang sama dengan orang ramai. Malah mereka membuka Countryside Stables Penang pada tahun 2012. Tempat yang menjadi pilihan mereka juga memiliki permandangan yang sangat indah dan ianya telretak di kawasan pertanian di Sungai Burung.
Para pengunjung juga akan diberikan peluang bagi merasai sendiri pengalaman untuk menunggang kuda. Bukan itu sahaja, pengunjung boleh memberikan kuda-kuda di sini makan. Kandang kuda yang terdapat disini menempatkan sebanyak 30 ekor kuda dari pelbagai jenis termasuklah Pure Bred Arabian Horses, Polo Pony dan banyak lagi.
Lokasinya terletak di Lot 603, Jalan Hilir Sungai Burung, Kampung Jalan Baru, 11000 Balik Pulau, PulauPinang.
Dibuka setiap hari dari pukul 10am hingga 12pm dan 2pm ke 7pm.
Tiket masuk dewasa Rm10, kanak-kanak RM5. Bagi ingin menunggang kuda RM20 untuk dewasa dan RM17 untuk penunggang kanak-kanak. RM5 untuk makanan kuda.
23. Masjid Terapung Tanjung Bungah
Masjid ini melambangkan Tanjung Bungah dan memiliki keluasan 1295 kaki persegi serta menelan perbelanjaan sebanyak RM15 juta yang boleh memuatkan sebanyak 1500 orang. Ia dipanggil masjid terapung disebabkan ianya berada di atas air kira-kira 300 meter dari pantai.
Keunikkan yang dimiliki oleh masjid ini kerana memiliki menara setinggi bangunan 7 tingkat serta dihiasi dengan ukiran kayu jati dan seni khat. Senibina ini juga mempengaruhi senibina tempatan dan juga Timur Tengah. Aktiviti keagamaan juga turut di lakukan bagi keperluan penduduk tempatan.
Alamatnya terletak di Jalan Batu Feringgi, 11000 Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
24. Padang Kota Lama
Padang Kota Lama merupakan sebuah lokasi yang bersejarah dan asalnyaia berfungsi sebagai padang perbarisan dan permainan yang telah dibina oleh penjajah British .Malah kawasan ini juga ditemui oleh Francis Light.
Apabila mengetahui tidak dihuni oleh manusia kecuali jumlah kecil penduduk Aceh yang berbangsa melayu di sepanjang pinggir sungai. Francis Light telah mengarahkan agar tanah datar ini dibersihkan.
The Esplanade merupakan satu nama lain bagi kawasan ini yang turut merangkumi Padang Kota Lama dan Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah. Padang Kota Lama juga berhampiran dengan Fort Cornwallis.
Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman yang menjadikan tempat tersebut dikunjungi orang ramai.
Ia terletak di alamat 1, Light Street, 10450 GeorgeTown, Pulau Pinang.
25. Masjid Kapitan Keling
Masjid Kapitan Keling sudah lama dikenali di kalangan ahli sejarah dan mereka yang menyukai senibina. Ia adalah antara masjid yang paling lama di Malaysia.
Masjid Kapitan Keling sangat dikenali di kalangan ahli sejarah dan mereka yang menyukai senibina. Ini salah satu masjid yang paling lama di Malaysia.
Masjid ini telah dibina pada abad ke 19 oleh para pedagang India Muslim. Nama Kapitan Keling itu juga diambil sempena nama ketua mereka yang telah mewakafkan tanah ini khas untuk pembinaan masjid.
Masjid Kapitan Keling juga salah satu institusi islam yang teawal dibina di kawasan tersebut dan ianya juga dipengaruhi oleh senibina Moghul dan juga Moor. Masjid ini juga telah melalui banyak pengubahsuaian dan dibina semula bagi menambah serta membaiki keadaan masjid yang rosak.
Alamat: GeorgeTown, Pulau Pinang.
Banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh lawati disana, manfaatkan masa dengan ahli keluarga dan bawa mereka melawat tempat menaik di Malaysia.
Sekian petikan dari Bukanaku.com
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Love Letter Untuk Pasangan”, Ini 1 Daripada 25 Tip Yang Pengantin Perlu Buat Di Hari Perkahwinan

Selepas bertungkus lumus merancang majlis hari bahagia, pastinya anda dan pasangan mengharapkan agar segala persiapan berjalan dengan lancar dan sempurna.
Bagi memastikan majlis yang diraikan ini meninggalkan momen paling bahagia dalam hidup anda berdua, SBXS Pantai Timur kongsikan 25 perkara penting yang perlu dilakukan bagi memastikan anda menjalani majlis dengan penuh gembira.
**************************************
1. Pastikan anda dapat tidur yang secukupnya
Anda perlukan tenaga yang secukupnya untuk bertahan sepanjang majlis. Jadi tidur awal supaya tidak terbabas dan lemah lesu keesokan harinya.
2. Bangun awal solat Subuh
Bangunlah awal solat Subuh, mulakan hari penting ini dengan restu-NYA. Doa pada-NYA untuk permudahkan segala urusan majlis.
3. Jangan lupa makan sarapan pagi
Ramai pengantin yang ambil mudah perkara penting ini, sibuk mengendali itu ini hingga tidak makan sarapan.
4. Bersiap sedia awal supaya tidak kelam kabut
Jangan tunggu hingga saat akhir untuk bersiap-sedia. Pastikan makeup artis sampai ke lokasi tepat pada waktunya. Double check baju pengantin anda jika ada kehilangan butang, benang terlerai dan lain-lain.
5. Pengantin lelaki, pastikan cincin nikah ada bersama anda
Jangan nanti waktu nak sarungkan cincin kalut mencari cincin di setiap poket. Jadi, lantik seorang bestman untuk bantu mengingatkan anda perkara-perkara sebegini.
6. Ketika makeup, pakai t-shirt
Ketika memakai makeup, pakai t-shirt supaya baju pengantin anda tidak comot terkena bahan-bahan makeup. Akan tetapi janganlah memakai t-shirt lusuh yang buruk, kerana photographer akan mengambil proses memakai makeup. Tidak manislah jika kelihatan t-shirt tidur yang berlubang dan lusuh. Untuk lebih selamat, minta photographer datang shoot pada saat akhir makeup, apa bila anda telah salin ke baju pengantin.
7. Tulis nota pendek dan sweet, minta rakan anda pas kan pada pasangan anda
Perkara ini tidak wajib, tapi pasti anda akan tersenyum manis jika terima surat yang amat sweet daripada bakal suami atau isteri pada pagi hari nikah.
8. Adakan meeting sesama dulang boys
Kenapa adakan meeting hanya untuk dulang boys? Mesyuarat pendek ini hanya untuk membincangkan mengenai disiplin diri masing-masing. Pastikan jangan hadir lambat dan buat perkara-perkara nakal prank ke pasangan pengantin.
9. Selesakan kasut baharu
Jika anda menempah kasut baharu, pastikan anda pakai kasut itu seminggu sebelum majlis. Ini untuk mengelakkan kaki anda melecet dari memakainya pada hari majlis. Semua wanita pasti setuju, kaki melecet bukanlah satu perkara yang best.
10. Jangan sembur minyak wangi berlebihan
Jangan lupa pakai minyak wangi, tetapi janganlah pula menyembur terlalu banyak hingga sakit hidung mereka yang lalu. Minta bridesmaid anda untuk pegangkan botol minyak wangi supaya jika baunya hampir pudar boleh menyemburnya kembali.
11. Bridesmaids sila pastikan semua berjalan lancar
Bridesmaids, inilah tugas anda. Dari ramai-ramai rakan pengantin, anda ialah golongan terpilih untuk memastikan majlis rakan karib anda berjalan dengan lancar. Jadi, jangan hampakan puteri sehari itu.
12. Jangan lupa bawa bersama survival kit anda
Dalam blog post lepas, kami ada kongsikan senarai barang yang perlu ada dalam survival kit. Jangan lupa survival kit yang amat penting dan berguna itu.
13. Ambil selfie
Ambil beberapa keping selfie sebagai kenangan, bukan hari-hari anda dapat dress up seperti tuan puteri.
14. Letak phone jauh-jauh
Selain mengambil selfie, jauhkan diri dari telefon. Lantik salah seorang bridesmaid untuk menjawab calls. Kerana pasti ramai yang akan menelefon untuk bertanya jalan dan sebagainya. Anda hanya fokus, bersiap-sedia untuk berkahwin!
15. Hilangkan cuak anda
Siapa tak nervous, dalam masa beberapa jam lagi pengantin lelaki perlu lafazkan akad depan khalayak ramai dan akan melangkah masuk alam perkahwinan. Bridesmaid dan groomsmen, jalankan tugas anda untuk tenangkan pasangan raja sehari ini.
16. Berhenti, tarik nafas panjang
Sebelum berarak ke pelamin atau lokasi akad nikah, berhenti seketika, tarik nafas panjang dan lihat sekeliling. Hayati penat lelah anda merancang majlis paling bermakna ini.
17. Rasa makanan yang dihidang
Curi masa untuk menikmati masakan yang dihidang di meja makan beradab.
18. Mintak bridesmaid bawakan makanan semasa anda bersiap
Pada hari tersebut, 5 minit pun pasti anda tidak ada untuk menghayati makanan majlis. Jangan biar perut anda kosong, minta tolong bridesmaid dan groomsmen bungkuskan makanan dan bawa ke bilik bersiap.
19. Tegur semua tetamu dengan senyuman walau penat mana pun
Pasti semua saudara-mara, rakan zaman sekolah rendah akan hadir pada majlis anda. Walau penat macam mana pun, tegurlah mereka dengan senyuman. Setiap tetamu yang hadir membawa doa kebahagiaan rumah tangga yang bakal anda bina.
20. Pastikan semua gambar penting telah diambil oleh photographer anda
Seperti yang telah disenaraikan di blog lepas, pastikan semua pose gambar yang penting dirakam oleh photographer. Pada yang memuat naik gambar di Instagram, maklumkan pada mereka untuk #hashtag supaya senang untuk anda cari gambar-gambar majlis itu nanti.
21. Jangan lupa bawak kasut spare yang selesa
Semua wanita ingin kelihatan paling cantik pada hari majlis. Tapi bak kata pepatah Inggeris “Beauty is Pain”. Pasti separuh jalan majlis, kaki anda akan sakit akibat memakai heels tersebut. Jadi bawalah flat shoe yang selesa dan matching dengan baju pengantin untuk disalin nanti.
22. Lantik seseorang yang boleh selamatkan anda daripada tetamu yang becok
Di setiap majlis, pasti akan ada tetamu yang telah lama tidak ketemu dan ingin “catch-up”. Bukan salah, tapi ini bukan masa yang sesuai. Ramai tetamu lain yang perlu anda tegur dan mengucap terima kasih. Jadi, lantik seorang bridesmaid untuk datang menyelamatkan anda daripada berdiri berjam-jam berborak dengan seorang tetamu tersebut.
23. Luang masa dengan ibu bapa dan ibu bapa mertua
Ingat, berkahwin bermaksud anda akan memulakan keluarga anda sendiri. Ibu bapa yang menjaga kita selama ini pasti berat hati untuk melepaskan anak mereka. Luangkan sedikit masa bersama mereka, ucapkan terima kasih dan buat mereka rasa walaupun dengan kehidupan baharu, mereka tetap diutamakan.
24. Jangan smash kek kahwin. Jangan!
Haish… Tepuk dahi admin bila pergi ke majlis yang ada smash kek. Dik, majlis ni untuk menunjukkan kita dah matang dan bersedia untuk berdikari. Lagipun, aksi ini amat messy. Jika boleh elakkan ye!
25. Berikan senarai lagu yang anda telah pilih kepada DJ majlis
Akhir sekali, jangan lupa buat senarai lagu yang ingin anda mainkan pada majlis tersebut. DJ tidak kenal pasangan pengantin, jadi mereka akan memainkan apa-apa sahaja muzik yang berkaitan dengan kahwin. Dan selalunya muzik-muzik itu dan berapa best. Anda kenal pasangan anda, buat senarai lagu-lagu yang memberi makna dan memori pada anda berdua. Lagi elok, pas kan senarai ini 2-3 hari sebelum majlis supaya DJ boleh bersiap-sedia.
Selamat Pengantin Baru! Moga Majlis Anda Berjalan Dengan Lancar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!