Bingkisan Kasih Indah Di Dulang Hantaran

Share

Menyemai cinta bersaksikan ikatan suci membawa kasih hingga ke syurga abadi. Utusan beradat digubah indah tanda cinta sehati sejiwa. Melakar detik bahagia dan romantis cinta menerusi bingkisan berbalas kasih untuk momen yang cukup istimewa.

 Aksesori pelengkap si dara dari LA PUTRI bakal memberi aura seri yang tiada tara. Gemerlapan rekaan memukau diserikan lagi dengan suntikan mutiara dan batu permata yang cukup mewah.

 

Ringkas dan moden! Mainan rona pastel mengilhamkan biasan elegan dan eksklusif. Gubahan istimewa berisi sepatu dari THE_CHEMPAKA membawa elemen minimalis dalam gubahannya. Rekaan minima jam tangan jenama ICE WATCH sesuai buat si dara yang ingin gaya ringkas dan bersahaja. Abadikan detik cinta bersama si dia dengan hadiah berupa jam tangan ikonik ini.

 

Wangian segar bakal membuatkan si dia tertarik. Dulang berisi pewangi dari THE_CHEMPAKA ini hadir memukau dengan gubahan bunga segar berona putih. Tidak lengkap dulang kasih tanpa pemanis mulut. Seleksi coklat dari GODIVA membariskan cita rasa yang mampu membangkitkan rasa cinta buat selamanya.

 

Hadiah tas tangan pasti membuatkan hati si dara teruja. THE_CHEMPAKA memberikan idea kreatif yang tiada tara dalam setiap sentuhannya. Pastinya ia cukup relevan. LA PUTRI menghadirkan biasan elegan buat ratu sehari. Hadiah berupa aksesori mewah bertatahkan berlian menjadi pelengkap untuk penampilan di majlis meraikan cinta.

IKLAN