Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Mustahil tiada langsung perselisihan faham berlaku di dalam rumah tangga. Perkara ini merupakan situasi yang tidak boleh dielakkan lagi.
Jadi, apa kata daripada membiarkan setiap sesi pergaduhan berlarutan, tetapkan peraturan yang dipersetujui bersama pasangan. Ini bagi menjamin anda dan pasangan masih berada dalam keadaan terkawal walaupun berdepan dengan dalam situasi yang tegang.
1. Jangan bergaduh di khalayak ramai terutamanya di depan anak
Bergaduh di hadapan orang lain hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, masing-masing akan berebut-rebut untuk menang berbanding mencari jalan untuk menyelesaikannya. Perlu diingatkan, jangan sesekali ‘berperang’ di hadapan anak-anak kerana ini akan memberi impak negatif kepada mereka sehingga besar.
2. Jangan bergaduh melalui telefon
Ini termasuk melalui aplikasi seperti WhatsApp dan sebagainya. Ini kerana salah faham sangat mudah terjadi melalui teks. Sedikit salah faham sahaja mampu mencetuskan pergaduhan yang lebih serius. Lebih baik perselisihan faham diselesaikan secara face-to-face. Anda tidak hanya boleh menilai keihlasan melalui kata-kata sahaja tanpa melihat perkara lain seperti nada suara, bahasa tubuh dan ekspresi muka pasangan.
Ads
3. Jangan tidur dalam keadaan marah, sebaliknya masih tidur bersama
Seboleh-bolehnya cuba selesaikan perang anda dan pasangan sebelum masuk tidur. Tidur dalam keadaan marah menandakan tiada penyelesaian kepada perselisihan anda, seterusnya akan memanjangkan lagi tempoh perang tersebut sehingga esok hari dan hari-hari yang berikutnya. Jadikan katil tempat anda berdua beradu sebagai ‘fight free zone’. Sebesar mana pun perselisihan faham di antara anda berdua, anda akan tetap tidur bersama.
4. Ambil masa untuk ‘cooling off’
Masa bertenang membolehkan anda dan pasangan berfikir secara waras dan rasional. Perkara ini boleh mengelakkan terjadinya perbalahan dengan nada suara yang tinggi seperti terjerit-jerit dan menengking. Anda berdua akan lebih cepat menyelesaikan perselisihan dalam keadaan bertenang dan rasional.
Ads
5. Jangan kongsi cerita gaduh anda dengan ibu, kawan baik atau di media sosial
Meluahkan atau menceritakan hal selisih faham anda kepada orang lain bukanlah jalan menyelesaikan masalah, lebih-lebih lagi dengan meluahkannya di laman sosial. Tanya diri sendiri, apakah tujuan anda berbuat demikian, mahu si dia kelihatan jahat dan anda baik? Secara realitinya, anda bukan sahaja tidak menghormati pasangan, malah membuka aibnya kepada orang lain.
Ads
6. Jangan menjerit-jerit atau mengeluarkan kata-kata kesat
Semasa berada di dalam keadaan marah, kita sememangnya cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat, namun anda sendiri tidak suka jika pasangan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anda bukan? Menjerit-jerit dan mencaci maki mungkin memberikan anda rasa puas, namun untuk seketika sahaja. Pernahkah anda terfikir jika cacian anda itu menjadi satu doa buat pasangan?
7. Cari jalan penyelesaian
Semasa berada dalam situasi tegang tersebut, anda seharusnya sentiasa ingat matlamat utama adalah untuk mencari jalan penyelesaian. Jangan sesekali fokus tentang salah siapa perkara ini terjadi. Anda perlu membuat keputusan tepat untuk bangkit daripada kekecewaan dan kemarahan demi mencari cinta dan kekuatan.
Jadi, tetapkanlah ‘Peraturan Gaduh Aman’ anda bersama pasangan dan paling penting pastikan masing-masing mematuhi peraturan ini. Kalau perlu, tambah peraturan baharu dari semasa ke semasa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Banyaknya pembaziran berlaku dalam sesebuah perkahwinan. Kenapa? Sebab banyak perbelanjaan dibelanjakan pada benda-benda yang tak perlu. Memanglah kita semua inginkan sebuah majlis yang meriah tetapi jika di pengakhirannya kita juga yang merana. Apabila pasangan pengantin terpaksa berhutang untuk merealisasikan sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemilang, mereka hanya menjerat diri.
Ramai sedia maklum keadaan ekonomi sekarang. Ramai juga yang terjejas dan terpaksa mencari alternatif agar kehidupan dan perbelanjaan harian dapat diteruskan. Sebab itu seboleh-bolehnya, kita cuba untuk kurangkan perbelanjaan kos kahwin.
KAD KAHWIN
Ramai yang suka cetak kad kahwin dengan pelbagai material kertas. Percetakkan kad kahwin sendiri sudah memakan belanja yang banyak. Ada sesetengah orang suka mengumpul kad kahwin tetapi kebanyakkannya akan membuang kad kahwin selepas menghadiri perkahwinan tersebut.
Zaman sekarang banyak aplikasi rekaan kad yang boleh digunakan. Tak perlu gunakan kad fzikal, cukup sekadar menghantar kad jemputan kahwin secara e-invite. Tak membazir, mudah dihantar dan lebih banyak pilihan! Anda juga boleh menujukkan skil kreatif anda dan menghasilkan kad yang lebih personalized.
Tapi, jika anda masih suka akan kiriman kad kahwin, pilihlah yang terbaik dan kiriimkan kepada tetamu yang sudah dipilih.
JEMPUTAN
Hadkan jemputan adalah lebih baik. Di waktu pandemik ini, anda tentu tidak mahu merisikokan orang lain dalam bahaya kan? Duit majlis dari pengantin sendiri, jadi anda berhak memilih tetamu yang akan hadir. Cukuplah sekadar ia dihadiri kaum keluarga terdekat serta kawan-kawan yang rapat dengan anda.
Memang anda perlu hebahkan perkara yang baik contohnya perkahwinan tetapi ia boleh juga dihebohkan di sosial media. Pasti ramai yang tahu akan berita gembira ini.
LOKASI
Apabila anda dah kurangkan tetamu maka tidak perlulah kawasan majlis yang luas. Majlis yang diadakan di rumah pun sudah memadai. Paling penting, perjalanan ijab dan kabul itu dapat dilaksanakan dengan lancar. Lagipun, anda dapat menjimatkan duit dari segi dekorasi pelamin dan dewan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila kedua mempelai mempunyai masalah berat badan, sebaiknya kedua anda saling membantu dan beri semangat agar anda berjaya menjadi raja sehari yang cantik sewaktu acara bahagia kelak. Ini 5 perkara yang perlu kedua pasangan praktikkan sebelum tiba hari istimewa nanti.
1. Hindari Makanan Ringan
Mungkin anda berfikir bahawa jika mengambil memakan ringan walaupun dalam kuantiti sedikit ia tidak akan memberi pengaruh yang besar terhadap diet yang sedang anda lalui. Pernah dengar tak ‘sedikit-sedikit lama-lama perut membuncit’. Ia nampak lucu tetapi tabiat yang tidak sihat yang sedang anda amalkan itu lama-kelamaan akan mengundang masalah lain bagi tubuh anda. Jadi, ubahlah mindset itu sekarang.
2. Kawal Nafsu Makan
Perasan atau tidak, anda akan jadi ‘kuat makan’ atau nafsu makan anda bertambah ketika anda sedang mengalami stres, beremosi atau ketika di ambang ‘datang bulan’. Perkara ini kerap terjadi lebih-lebih lagi jika anda melihat atau mendengar suara penjual makanan lewat sehingga anda ingin membeli dan makan makanan tersebut. Tambahan pula KFC, Mc Donald, Pizza Hut, Domino’s Pizza dan seumpamanya menawarkan penghantaran makanan terus ke rumah-rumah. Anda sepatutnya lebih kuat melawan nafsu makan supaya program diet yang sedang anda lakukan berhasil.
3. Lebihkan Pengambilan Buah dan Sayuran
Cara cepat kurus secara semula jadi yang berikutnya adalah memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan serat dan vitamin yang memang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, buah-buahan dan sayur-ssayuran juga dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh dan ini akan membantu anda menjadi langsing lebih cepat.
4. Olahraga
Cara cepat kurus yang paling penting dan efektif adalah dengan berolahraga. Dengan berolahraga secara teratur, tubuh anda akan membakar lemak yang ada di tubuh anda. Anda boleh melakukan latihan kardio seperti lari, jogging, berbasikal atau berenang yang akan membakar lemak-lemak anda dengan lebih cepat. Selain itu, latihan pembentukan otot seperti angkat beban di gym juga mampu memecahkan lemak sekaligus membuat otot-otot anda akan lebih terbentuk dan pejal.
5. Lakukan Analisis Diet
Jika anda sudah melakukan pelbagai cara seperti diet, olahraga, pengamalan minuman detox dan diet sihat, alangkah baiknya jika anda catat semua perubahan yang terjadi pada tubuh anda dan tetapkan sasaran berat yang diingini dalam satu jangka masa tertentu. Misalnya, turun berat 10kg dalam masa 3 bulan. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil jika anda bersungguh untuk melakukannya. Jika tidak ada perubahan yang terjadi pada tubuh anda, kemungkinan besar cara cepat kurus yang anda lakukan itu salah atau tidak konsisten.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Maksudnya, “Ya Allah, banyakkanlah hartaku dan anakku, serta berilah keberkatan atas setiap apa yanga Engkau kurniakan. Panjangkanlah kehidupanku dalam ketaatan terhadapMu serta perbaikilah amalanku dan kurniakanlah keampunan kepadaku.”.(HR al-Bukhari dalam adab al-mufrad no 653 dan. HR al-Tirmizi no 2329)
2. Doa Agar Selamat Daripada Kemalangan
اللَّـهُمَّ لا يَأْتِي بِالْحَسَنَاتِ إِلاَّ أَنْتَ، وَ لا يَذْهَبُ بِالسَّيِّئَاتِ إِلاَّ أَنْتَ وَلا حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّـهِ
Maksudnya,”Ya Allah , tiada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau , dan tiada yang menghilangkan keburukan melainkan Engkau, Tiada upaya melainkan dengan Allah SWT” .(HR al-Tirmizi no 3482 , lihat sahih al-Jami’ al-Soghir no 1297 , sahih al-Nasa’ei no 5053)
3. Doa Agar Mendapat Peluang Perniagaan Dan Rezeki Yang Paling Banyak
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah aku antara kalangan hambaMu yang mendapat bahagian (pencapaian) yang hebat pada nur yang Engkau kurniakan sebagai hidayah, dan rahmat yang Engkau kurniakan, dan rezki yang Engkau sebarkan, dan mudharat yang Engkau selamatkan ( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan bala yang Engkau angkatkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan fitnah yang Engkau jauhkan( dari menimpa hamba-hambaMu ), dan keburukan yang Engkau hindarkan ( dari menimpa hamba-hambaMu )”.(HR Ibn Abi Syaibah dan Al-Tabarani, lihat kitab Da’ei al-Falah oleh Al-Suyuti hlm 61.)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!