Tanpa rasa cinta dan kasih sayang, kebahagiaan rumah tangga yang dibina mungkin semakin memudar. Jalinan cinta yang tulus dan ikhlas perlu disemai agar kebahagiaan dapat dikecapi buat selamanya. Pasangan suami isteri harus saling memahami antara satu sama lain dan memupuk rasa cinta tanpa batasan.

Mungkin ramai pasangan yang tidak sedari, banyak perkara yang anda lakukan boleh menyemarakkan hubungan cinta dalam rumah tangga. Perkara-perkara ini mungkin dianggap biasa dan remeh, namun ia mampu membuatkan hubungan anda semakin erat. Mungkin sukar untuk anda percaya, tapi ia memang benar. Jom kita lihat 7 perkara yang dimaksudkan itu!

1. AKTIF BERSAMA PASANGAN

Buat 7 Perkara Yang Dianggap Biasa Ini, Barulah Cinta Suami Isteri Makin ‘Gebu’

Bagaimana hendak pastikan si dia turut serta aktif bersama? Mungkin dengan meminta pertolongan di taman rumah anda, mengubah suai dekorasi bilik tidur, atau mungkin anda ingin merasakan hasil tangannya melalui masakan. Ianya peluang baik untuk anda menghabiskan waktu bersama dengan lebih bermakna.

2. UCAPAN TERIMA KASIH

Mungkin anda tidak perasan yang anda sering mengucapkan terima kasih pada orang lain, namun tidak pada pasangan anda. Untuk mengelakkan dari masalah tidak mengambil berat antara satu sama lain, cuba untuk berikan tanda penghargaan kepada pasangan sekurang-kurangnya sehari sekali. Cukuplah dengan ucapan terima kasih sudah boleh membuat pasangan rasa dihargai.

IKLAN

3. BERI SIGNAL KEPADA PASANGAN

Buat 7 Perkara Yang Dianggap Biasa Ini, Barulah Cinta Suami Isteri Makin ‘Gebu’

Tidak kira sama ada berada di majlis, janji temu bisnes atau hanya bersiar di pusat membeli belah, berikan si dia signal yang anda sentiasa mengambil berat. Pegang erat tangannya, senyuman atau mungkin dakap si dia di sisi pasti buatkan hatinya bahagia bersama anda. Elakkan membuat lawak sinis yang boleh memalukan pasangan anda di hadapan khalayak ramai mahupun teman rapat kalian.

4. BUAT PERKARA YANG ANDA LAKUKAN DI AWAL PERKAHWINAN

Membakar kek dari hasil tangan sendiri, menghadiahkan sejambak bunga, meninggalkan nota cinta di dalam beg kerjanya atau mungkin tinggalkan mesej melalui peti simpanan suara melalui telefon bimbit. Bukan hanya boleh mengembalikan memori indah kala baru sahaja bersama, malah sekaligus mengimbas kembali saat bahagia kala bulan madu kalian. Pastinya perasaan cinta dan kasih itu segar semula.

IKLAN

5. UTAMAKAN PERHUBUNGAN

Buat 7 Perkara Yang Dianggap Biasa Ini, Barulah Cinta Suami Isteri Makin ‘Gebu’

Ia umpama satu peraturan paling penting dalam sesebuah perhubungan adalah mengutamakan hubungan kalian. Sebagai contoh, jika anda mempunyai masa lapang, utamakan untuk meluangkan waktu bersama si dia terlebih dahulu daripada perkara lainnya.

IKLAN

6. BELAJAR UNTUK BERTANYA DENGAN BAIK

Pastikan anda menyoal dengan tutur kata yang baik agar ia tidak mengundang salah faham. Sebagai contoh, jika anda memerlukan pertolongan si dia kala di dapur, cuba untuk bertanya dengan penuh kelembutan dan kemesraan agar apa yang diminta itu tidak bertukar menjadi paksaan. Juga jangan lupa untuk tunaikan janji anda jika sudah bersetuju akan permintaannya. Gagal untuk menepati janji buatkan keharmonian itu berkurangan.

7. TULISKAN NOTA CINTA

Buat 7 Perkara Yang Dianggap Biasa Ini, Barulah Cinta Suami Isteri Makin ‘Gebu’

Tuliskan nota cinta di atas sekeping kertas atau mungkin melalui e-mel sudah boleh memberitahu si dia akan perasaan cinta anda padanya. Kongsikan padanya segala kebahagiaan yang si dia berikan kepada anda, tuluskan pernghargaan atas segala pengorbanannya atau mungkin jelaskan harapan dan perancangan masa hadapan yang kalian inginkan.

Dan setahun sekali, jangan lupa untuk memperbaharui komitmen kalian dalam perhubungan serta sambut ulang tahun perkahwinan dengan membawa si dia ke tempat percutian romantik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI