Setiap wanita tentunya mengimpikan busana yang indah untuk disarungkan di hari bahagia. Potongan yang cantik disulami dengan lataan jemeki dan batu permata bakal menjadikan penampilan anda bagaikan puteri kayangan.

Percikan rona sensasi dan terkini relevan untuk digayakan di abad ni dengan siluet menawan yang bakal memberikan nada elegan dan eksklusif yang tiada tara.

Jom lihat 4 rekaan dari pereka terkenal yang boleh dijadikan inspirasi untuk gaun pengantin anda!

‘Cedok’ Idea Inspirasi Busana Perkahwinan Dari 4 Pereka Terkenal
Zuhair Murad
‘Cedok’ Idea Inspirasi Busana Perkahwinan Dari 4 Pereka Terkenal
Zuhair Murad

Zuhair Murad

Bagi koleksi Fall 2017 Couture, pereka terkenal Zuhair Murad mempertaruhkan koleksi yang cukup romantis. Mengambil inspirasi dari era 1890s, Pereka yang cukup berbakat ini menterjemahkan ekspresi Gibson Girls Charles Dana melalui rekaan yang diolah menjadikannya lebih feminin.

Ads

Tampak cukup eksklusif dan mewah, Zuhair Murad menggunakan fabrik lebih jarang dengan sulaman perincian manik dan jemeki. Suntikan bulu pelepah juga dapat dilihat yang memberikan mood klasik yang nyata.

‘Cedok’ Idea Inspirasi Busana Perkahwinan Dari 4 Pereka Terkenal
Ralph & Russo
‘Cedok’ Idea Inspirasi Busana Perkahwinan Dari 4 Pereka Terkenal
Ralph & Russo

Ralph & Russo

Mengambil nafas dari dunia digital, pereka Ralph & Russo memperlihatkan rekaan mewah buat koleksi terbaharunya. Percikan rona anggun dengan perincian mengagumkan ternyata membuatkan semua hadirin terpukau dengan koleksi Fall 2017 Couture Ralph & Russo.

Siluet klasik dengan suntikan moden ternyata memberi satu nada anggun yang tiada tara dan tentunya relevan untuk digayakan di abad ini. Pada koleksi kali ini, pereka menghasilkan koleksi yang cukup mewah yang menonjolkan kejelitaan seseorang wanita itu.

Ads
‘Cedok’ Idea Inspirasi Busana Perkahwinan Dari 4 Pereka Terkenal
Elie Saab
‘Cedok’ Idea Inspirasi Busana Perkahwinan Dari 4 Pereka Terkenal
Elie Saab

Elie Saab

Pereka yang berasal dari Lubnan, Elie Saab sekali lagi membuat satu pertunjukan fesyen yang cukup luar biasa. Dengan koleksi yang tidak pernah menghampakan, pereka berbakat ini mengambil inspirasi dari siri drama ‘Game of Thrones’ buat koleksi Fall 2017 Couture pada kali ini.

Dengan suntikan kreatif, setiap helaian yang dihasilkan menghasilkan cetusan mewah dan eksklusif. Suntikan warna lembut dan fabrik berkualiti memberikan kesan eksentrik buat setiap helaian anggun ini.

Ads
‘Cedok’ Idea Inspirasi Busana Perkahwinan Dari 4 Pereka Terkenal
Giambattista Valli
‘Cedok’ Idea Inspirasi Busana Perkahwinan Dari 4 Pereka Terkenal
Giambattista Valli

Giambattista Valli

Giambattista Valli adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia fesyen antarabangsa. Nama yang cukup besar ini sering membuatkan pelopor fesyen kagum dengan idea dan kreativiti hasil sentuhannya. Pada koleksi Fall 2017 Couture, pereka tersohor ini menghimpunkan koleksi yang amat menawan.

Penggunaan fabrik yang menarik dengan perincian minimalis memberikan kesan elegan buat setiap koleksi beliau. Biasan warna lembut dan suntikan perincian berbentuk 3D nyata padanan yang sempurna.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI