Sejak kebelangan ini sering kali kita mendengar ada pasangan pengantin yang mendakwa mereka telah ditipu oleh wedding planner mahupun penyedia servis katering. Persoalannya bagaimana ini boleh terjadi dan adakah semua wedding planner itu penipu?
Mungkin agak keterlaluan jika dikatakan semua wedding planner adalah penipu sebaliknya hanya segelintir sahaja yang tidak jujur mengakibatkan keseluruhan industri ini menerima kesan umpana kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Apa tindakan yang harus diambil oleh bakal pengantin semua agar kisah penipuan seperti ini dapat dikurangkan atau dihentikan sama sekali. Disini kami ingin kongsikan tips-tips untuk elak ditipu dari wedding planner atau penyedia servis katering.
1. Buat kajian (Research)
Sebelum kita melakukan atau mengambil tindakan kita seharusnya melakukan research terlebih dahulu. Ada 2 jenis research yang boleh kita ambil sebelum mula menempah atau mengambil perkhidmatan perancang majlis.
Media Sosial
Perkembangan pesat teknologi maklumat sekarang memberikan akses mudah buat bakal pengantin melakukan research di media sosial mengenai sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan. Hampir kebanyakan perniagaan yang wujud di Malaysia mempunyai akaun di media sosial. Ini memudahkan kita untuk menyemak latar belakang perniagaan, pakej yang ditawarkan dan juga harga. Selain itu kita juga boleh melihat feedback daripada pelanggan terdahulu mengenai perkhidmatan yang mereka tawarkan.
Ahli Keluarga/Sahabat
Antara perkara penting yang sering diabaikan oleh bakal pengantin adalah melakukan research daripada ahli keluarga mahupun sahabat handai yang pernah melangsungkan majlis perkahwinan. Antara perkara yang penting yang boleh kita tanyakan adalah berkenaan dengan costing majlis seperti contoh costing untuk katering, pelamin, dewan/kanopi, fotografi dan lain-lain. Mengapa ini sangat penting buat bakal pengantin adalah supaya bakal pengantin mempunyai sedikit pengetahuan berkenaan dengan anggaran kos yang mungkin diperlukan bagi mengelakkan tertipu dengan tawaran murah yang tidak masuk akal oleh wedding planner.
2. Tahu Bezakan Antara Tawaran Murah Dengan Tawaran Yang Tidak Masuk Akal
Ads
Sebagai bakal pengantin sudah tentu kita lebih cenderung untuk memilih tawaran yang murah. Tetapi kita harus berhati-hati kerana tawaran yang murah sudah tentu datang dengan kualiti yang berbeza-beza. Bagaimana kita membezakan antara tawaran yang jimat dengan tawaran yang tidak masuk akal.
Salah satu perkara yang bakal pengantin boleh lakukan adalah dengan melakukan sedikit kaji selidik mengenai costingseperti contoh berapakah harga katering untuk 1000 pax? Sebagai contoh katering A memberikan harga RM10,000 untuk katering 1000 pax manakala katering B memberikan RM8,000 untuk jumlah tetamu yang sama. Kemudian katering C pula boleh memberikan RM5,000 untuk pakej lengkap termasuk katering, pelamin , kanopi dan fotografi.
Sudah tentu tawaran daripada katering C kelihatan sangat tidak masuk akal dan kemungkinan untuk berlaku penipuan adalah sangat tinggi. Dalam kita mencari pakej yang jimat dan murah jangan sampai terpedaya dengan tawaran tidak masuk akal yang kononnya membantu anda untuk jimat.
3. Berjumpa Secara berdepan
Ads
Walaupun teknologi pada hari ini semua keputusan boleh dibuat dihujung jari, tetapi untuk memilih wedding planner eloklah guna cara lama iaitu secara face to face. Ini kerana berjumpa secara terus atau face to face dapat membina kepercayaan diantara pelanggan dan juga wedding planner. Selain daripada itu, pelanggan juga dapat meklumat secara terus tanpa melalui orang tengah atau melalui aplikasi lainnya. Harus diingat, maklumat yang tepat dapat memberikan gambaran yang lebih jelas buat pelanggan kerana pada akhirnya pelanggan yang harus membayar.
Sebab lain mengapa perjumpaan face to face itu penting adalah kerana pelanggan dapat melihat sendiri pejabat serta kemudahan lain yang disediakan oleh wedding planner. Ini memberikan gambaran bahawa wedding planner yang dilantik mempunyai pengalaman didalam mengendalikan majlis pada skala besar.
4. Dapatkan Sebut harga
Sebutharga ataupun quotation adalah dokumen rasmi bagi pelanggan dan wedding planner. Sebutharga mengandungi perkara-perkara terperinci berserta harga bagi setiap perkhidmatan yang kita inginkan. Sebutharga sangat penting sebelum kita membuat apa-apa transaksi terutama berkaitan bayaran. Dan pastikan setiap kali selepas bayaran dibuat pihak wedding planner mengemaskini sebutharga sepaya tidak berlaku kekeliruan mengenai bayaran.
5. Food Tasting
Ads
Food tasting sangat penting untuk dilakukan sebelum kita mengambil keputusan untuk melantik mana-mana wedding planner. Tetapi pastikan food tasting yang kita buat adalah food tasting yang berkualiti. Harus diingat tujuan utama food tasting adalah bukan untuk merasai kualiti makanan semata-mata, tetapi lebih dari itu. Food tasting yang berkualiti adalah food tasting yang dilakukan di tempat majlis. Contohnya sekiranya wedding planner tersebut mempunyai majlis di tempat yang berhampiran kita boleh datang untuk lihat operasi sambil buat food tasting.
Sumber : Rose katering
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini adalah sedikit nasihat buat wanita mahupun sesiapa sahaja yang berhadapan dengan masalah. Baik ubtuk anda yang sedang serabut hati nak mendirikan rumah tangga dan ditimpa masalah, cuba hadam dan amalkan jika berkaitan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakah terdapat di dalam sunnah, solat sunat selepas akad nikah?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Terdapat beberapa athar daripada perbuatan Sahabat yang menunjukkan kepada perbuatan solat sunat selepas akad nikah namun yang dimaksudkan di sini bukanlah dilakukan secara langsung selepas akad nikah, namun ianya dilakukan ketika mana mendatangi dan menemui si isteri di dalam bilik. Solat ini dilakukan bersama-sama yang mana si isteri menjadi makmumnya. Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya yang mana seorang lelaki telah datang berjumpa dengan Abdullah bin Mas’ud RA lalu berkata:
Maksudnya:Sesungguhnya aku telah berkahwin dengan seorang hamba perempuan yang masih dara dan aku takut dia akan membenciku. Berkata Abdullah bin Mas’ud: “Sesungguhnya rasa kasih sayang serta kelembutan itu daripada Allah, dan kebencian itu daripada syaitan. Dia (syaitan) mahu menyemai rasa kebencian kepada kalian apa yang telah Allah halalkan. Sekiranya kamu mendatangi isterimu, arahkan dia untuk solat dibelakangmu dua rakaat”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17156)
Dalam sebuah athar yang lain diriwayatkan daripada Abu Sa’id maula Abu Usaid al-Ansari telah berkata:
Maksudnya:“Aku telah berkahwin dan aku masih dalam keadaan seorang hamba yang dimiliki. Aku telah mengajak sebahagian sahabat Nabi SAW dan dikalangan yang hadir itu adalah Ibn Mas’ud, Abu Dzar dan Huzaifah R.Anhum. Mereka telah mengajarkanku dengan mengatakan: “Jika kamu masuk menemui isterimu, maka solatlah dua rakaat kemudian mintalah kepada Allah SWT kebaikan daripada isterimu dan mohonlah perlindungan daripada keburukan isterimu dan kemudian urusanmu dan juga isterimu”.
Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (17153)
Berdasarkan dua athar di atas, sebahagian ulama’ mengatakan bahawa hukum solat sunat selepas nikah itu dibolehkan berdasarkan perbuatan para salaf. Oleh itu, melihat kepada nas athar di atas, ianya solat yang dilakukan di dalam bilik ketika si suami memasuki untuk bertemu, mendatangi si isteri dan bukannya dilakukan secara terbuka sejurus selepas nikah. Sekiranya tidak dilakukan, ianya juga dibolehkan.
Sebahagian ulama menggalakkan pelakuan solat sunat selepas nikah. Hal ini amat baik dalam memukadimahkan pembinaan rumah tangga agar menjadi ‘Baiti Jannati’ (rumahku syurgaku).
Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak dinafikan bahawa hubungan intim mampu mengeratkan hubungan suami isteri serta menentukan keharmonian rumah tangga. Namun sedih juga rasa apabila berhadapan dengan situasi di mana suami enggan mengadakan hubungan intim dengan anda. Mula si isteri berfikir yang bukan-bukan. Untuk elakkan pemikiran yang negatif ini timbul di fikiran isteri, lebih baik kaji semula apa kekurangan yang ada pada diri. Mungkin kita sebagai isteri tidak ambil peduli hal yang boleh membuat suami hilang minat terhadap hubungan intim. Sebagai isteri perlu tahu apa yang menjadi penyebabnya.
Suami berharap ada hal mengejutkan semasa hubungan intim
Apabila suami sudah dapat membaca perlakuan isteri semasa hubungan intim selama ini monoton, dia kehilangan minat mengulang hal sama setiap malam. Anda mungkin kurang kreatif dan tidak mahu bereksperimen dengan perlakuan yang luar biasa. Elemen surprise yang diharapkan oleh suami tidak berlaku membuatkan dia rasa bosan.
Dia terlalu memikirkan pekerjaan
Seringkali musuh terbesar anda di atas ranjang adalah pekerjaannya. Dia sudah tertekan dan selalu disibukkan dengan deadline dan tidak ada masa selain bekerja. Fikirannya sudah tertumpu hanya pada pekerjaan.
Kemungkinan dia tak tahu yang anda merindukannya, jadi katakan padanya seperti, ” Sayang tahu abang penat, tapi sayang rindu abang.” Dan ajak dia untuk melakukan kegiatan rileks bersama,bicarakan dari hati ke hati agar keintiman dan komunikasi anda berdua timbul.
Dia ingin rehat setelah penat bekerja seharian
Ini adalah alasan paling umum, kerana dia sudah terlalu penat dengan kesibukan di pejabat, dia tidak ada tenaga lagi untuk melakukan hubungan intim. Daripada hubungan intim, dia lebih memilih tidur sehingga boleh mengembalikan kesegaran tubuhnya.
Teringat anak-anak
Dia jenis suami yang sangat berhati-hati? Kemungkinan dia menolak kerana tidak ingin ‘kegiatan’ anda berdua di ketahui oleh anak-anak. Disarankan , anda tidak sebilik dengan anak, jangan ada barang-barang yang berhubungan dengan anak, seperti fotonya dan mainannya, kerana boleh jadi itulah membunuh ghairah seksualnya.
Dia tak percaya diri
Mungkin akhir-akhir ini performance dia tidak bagus di ranjang? Hal ini boleh jadi membuatnya dia tak percaya diri berhadapan dengan anda. Jika dia memang mengalami masalah hubungan intim adalah lebih baik jika mendapat konsultasi dar doktor.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!