Punya hubungan cinta yang bahagia, menyenangkan dan romantik tidak hanya ada dalam novel cinta. Setiap orang boleh memiliki fasa bercinta yang bahagia sehingga boleh dilanjutkan hingga ke jinjang pelamin.
Kebahagiaan itu tidak datang dengan sendiri sebaliknya ia perlu dicari. Mudah kata, kita dan pasangan yang perlu melakar bahagia itu dengan corak yang kita idamkan.
Mengimpikan hubungan cinta yang lebih bahagia? Apa kata anda cuba tip berikut. Moga-moga ia menjadi penyubur hubungan cinta anda dan pasangan.
1. Tinggalkan Masa Lalu Di Masa Lalu
Hal ini adalah yang paling penting ketika anda ingin memulakan hubungan baharu. Agar penilaian anda kepada si dia yang sekarang lebih adil dan tidak terus membandingkan dengan mantan, maka tinggalkan masa lalu anda. Anda hidup untuk hari ini dan masa hadapan, bukan masa lalu.
Ads
2. Kebahagiaan Dimulai Daripada Anda
Ada orang bijak yang mengatakan jangan memulakan sesebuah hubungan cinta jika anda belum menemukan kebahagiaan dalam diri anda. Jika anda sudah bahagia dengan diri anda, maka hubungan anda akan berjalan dengan lebih baik.
3. Komunikasi & Keyakinan
Hubungan yang lancar pasti memiliki pola komunikasi yang baik. Jangan pernah menduga-duga atau menganggap pasangan tahu apa yang anda fikirkan atau apa yang anda rasakan. Bicarakan semua hal dan berlatihlah untuk percaya padanya. Sebuah hubungan tanpa diiringi rasa percaya akan berakhir dengan air mata.
Ads
4. Ada Waktunya Bersama, Ada Waktunya Sendiri
Tidak selamanya anda harus bersama dengan pasangan 24 jam. Ada waktunya anda berdua dengannya, ada waktunya masing-masing menikmati waktu sendiri. Selalu bersama memang menyenangkan namun saat anda tidak bersama dengannya, anda akan semakin menghargai erti kehadirannya.
5. Jangan Pernah Membandingkan Pasangan
Hentikan kebiasaan membanding-bandingkan pasangan dengan psangan anda sebelum ini. Walaupun maksud anda ingin memotivasikan pasangan terkini untuk berubah menjadi lebih baik namun kebiasaan ini akan melukai hati pasangan anda. Misalnya, “Amira dahulu seorang yang sangat menepati masa tapi awak…” Bukankah anda juga tidak suka dibanding-bandingkan begitu jugalah dengan pasangan anda.
Ads
6. Cinta Boleh ‘Menguncup’ & Boleh ‘Mengembang’
Cinta itu seperti bunga, kadang-kadang mekar, kadang-kadang kuncup dan layu, kadang-kadang memerlukan waktu sedikit lama untuk kembang mekar. Namun apakah anda dengan mudah membuang tanaman dan bunga jika layu? Tidak bukan? Akan ada masa hubungan sangat hangat, ketika anda selalu ingin di sampingnya. Akan ada masa anda bosan dan ingin mencuba sesuatu yang baharu. Namun percayalah, selama anda dan pasangan mampu menjaga kesetiaan maka semuanya akan berakhir dengan satu kemanisan yang hanya anda berdua sahaja dapat merasakannya.
7. Bersama Dalam Suka & Duka
Hubungan cinta akan semakin hangat dan kukuh jika anda dan pasangan mampu melewati hal-hal menyenangkan, sekali gus hal terburuk yang terjadi. Semakin baik anda dan si dia menghadapi masa buruk, semakin kukuh cinta yang akan terbentuk. Jangan hanya bersamanya ketika bahagia, saat pasangan sedang susah, pastikan anda selalu menjadi penyokong kuat dan ada untuknya.
8. Selalu Mengucapkan ‘I Love You’
Tidak ada salahnya jika anda sering mengucapkan ungkapan keramat I love you setiap hari. Situasi akan menjadi lebih manis dan bermakna jika ucapan itu hadir tanpa disangka-sangka. Tidak perlu menuliskan kata-kata ini di Facebook. Ini kerana yang ingin anda tujukan rasa cinta itu adalah pasangan anda, bukan teman-teman Facebook anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perkahwinan bukan sekadar membuka rezeki buat kedua-dua pasangan tetapi ia juga memberi peluang kepada kita untuk mengejar pahala dengan lebih banyak lagi. Sebenarnya, pahala lebih mudah untuk kita miliki selepas berkahwin. Walaupun sekadar membuat pasangan kita tersenyum, itu sudah boleh menambah pahala kita.
Banyak perkara yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW yang boleh kita jadikan contoh. Baginda merupakan seorang suami yang sentiasa menjaga hati isterinya. Terlalu banyak hadis yang menceritakan tentang kebaikan baginda sebagai seorang suami.
Ini antara perkara yang dilakukan oleh Rasulullah yang boleh dijadikan contoh kepada para suami di luar sana. Semoga bermanfaat!
Kredit: Twitter @hafizaquafiz
Baginda berlumba lari dengan Aisyah. Adakalanya Baginda menang dan ada masanya Aisyah menang. (HR Ahmad, Abu Dawud & al-Nasaiiy)
Membuat kerja-kerja rumah (sudah tentu seperti membasuh baju, menjemur baju, sapu sampah, basuh pinggan) ketika baginda berada di rumah. (HR Bukhari)
Menzahirkan kecintaan kepada isteri. Apabila ditanya siapakah wanita paling disayangi, baginda menjawab “Aisyah”. Kalau lelaki? Jawab baginda, “Bapanya”. (HR Bukhari)
Tidak pernah memukul wanita (isteri) dan khadamnya. (HR Muslim)
Melayani isteri ketika sakit malah baginda mengelap air mata Safiyyah ketika dia menangis. (HR Nasaa’iyy) Adakalanya baginda meniup isteri-isterinya yang sakit dengan bacaan surah 3 qul -al-mu’awwizat. (HR Muslim)
Tetap mengingati kebaikan isteri telah meninggal dan amat menghargai kebaikan, kecantikan dan sumbangan mereka. Nabi tidak pernah melupakan Khadijah malah sering menyebut namanya sehingga Aisyah rasa cemburu. (HR Bukhari)
Amat romantik sehingga berkongsi gelas dengan isteri. Malah, baginda minum ikut tempat yang ada kesan mulut isterinya tanpa rasa jijik. (HR Muslim)
Khas buat anda yang baru kahwin, nak kenak kisah rumah tangga dan masuk fasa mempunyai anak kecil, wajib tahu memberi waktu untuk isteri rehat.
Hakikatnya, masih ramai yang buat tak kisah bila isteri mengadu penat. Ini yang bawa kepada kes anak kena kelar dan isteri buat bukan-bukan di luar jangkaan! Ya, bak kata Puan Ija Juhari, cuba kenali waku penat seorang isteri.
Pasangan Yang Baru Kahwin, Patut Tahu
Ada banyak lelaki di luar sana yang rasa perempuan suka merungut, lembik dan manja.
Tapi sebenarnya hakikat perempuan perlukan perhatian dan belaian. Kalau dah nama suami tolonglah faham perasaan iateri. Jangan buat tak reti kalau tengok isteri murung.
Biarlah dapat isteri kuat bebel, kurang-kurang dia keluarkan stress dia. Kalau dapat isteri yang jenis memendam. Silent ia golden ni memamg payah. Tanya pun senyap.
Biasa perempuan kalau dah senyap meaning dia dah tak tawar hati dah.
Punca Stress, Suami Kena Ambil Peranan
Tak cukup tidur, tak cukup rehat boleh jadi punca stress. Suami memang kena main peranan. Jangan serahkan 100% jaga anak pada isteri sebab layan baby or budak-budak sangat memenatkan.
Pernah juga sekali dua rasa penat sangat sebab tak cukup tidur masa dalam pantang. Lepas cakap dengan husband dia terus ambil baby lepas dia balik kerja.
Sebaiknya beri isteri rehat dan tidur. Ambil bayi dan jaga sepenuhnya. Buat 2-3 hari macam ini memang kurang sikit penat isteri.
Semoga semua isteri-isteri dapat keadilan dari suami membantu menguruskan anak-anak.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!