Ads

Hana Malasan Sah Bergelar Isteri Sean Gelael, Tampil Sedondon Dalam Busana Nikah Didiet Maulana

Pelakon Indonesia, Hana Malasan, sah bergelar isteri kepada pelumba kereta Sean Gelael dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Mulia Senayan, Jakarta, pada Sabtu, 21 November 2026.

Bapa Hana, Hakim Malasan, bertindak sebagai wali dan sendiri menikahkan puterinya. Sebaik sahaja pernikahan mereka disahkan, Sean spontan mengangkat kedua-dua tangan, disambut sorakan tetamu.

Sean menyerahkan mas kahwin berupa logam mulia seberat 50 gram dan wang tunai Rp21.112.026. Jumlah wang tunai itu cukup istimewa kerana susunan angkanya merujuk kepada tarikh pernikahan mereka.

Untuk majlis akad nikah, kedua-dua mempelai tampil sedondon dalam persalinan putih rekaan pereka fesyen terkenal Indonesia, Didiet Maulana.

Ads

Hana menyarung kebaya putih beraksen perak yang dihiasi kristal, mutiara dan labuci. Potongan kebaya yang berekor panjang memberi sentuhan moden pada persalinan yang dipadankan dengan kain batik sogan rona coklat.

Manakala, Sean pula segak dalam beskap putih, kain batik senada dan blangkon, penutup kepala tradisional lelaki Jawa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Ads

Jurusolek Marlene Hariman melengkapkan penampilan Hana dengan tata rias yang sangat menawan menyerlahkan kecantikan asli pelakon terkenal itu.

Melengkapkan penampilannya dalam adat jawa, wajah hana tuurt dilukis paes, iaitu lengkungan hitam yang dilukis pada dahi. Manakala, rambutnya dihiasi cucuk sanggul tradisional yang dikenali sebagai cunduk mentul serta untaian bunga melati.

Ads

Kisah cinta Hana dan Sean mula mendapat perhatian pada April 2024 selepas mereka menyambut Aidilfitri bersama. Hana kemudian berkongsi tentang hubungan mereka secara terbuka menerusi ucapan hari lahir buat Sean pada November tahun yang sama.

Sean melamar Hana ketika bercuti di Sumba pada 31 Oktober 2025, sebelum pasangan itu mengadakan majlis pertunangan rasmi bersama keluarga di NuArt Sculpture Park, Bandung, pada 15 Ogos yang lalu.

BACA JUGA: Hana Malasan Kini Tunangan Sean Gelael, Majlis Pertunangan Sarat Momen Menyentuh Hati

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Ratu Cantik Popular Ariadna Gutiérrez Kahwini Usahawan Belanda Dalam Persalinan Stéphane...

Ariadna Gutiérrez tampil anggun dalam gaun haute couture rekaan Stéphane Rolland ketika mengahwini Guus Franke di Cartagena, Colombia. Bunga tangan rona emas yang dipadankan dengan hiasan kepala senada menyerlahkan persalinan putihnya.