Ads

Ratu Cantik Popular Ariadna Gutiérrez Kahwini Usahawan Belanda Dalam Persalinan Stéphane Rolland

Di bawah gerbang mawar putih di pintu Catedral de Santa Catalina de Alejandría, Ariadna Gutiérrez melangkah masuk dengan veil tulle panjang dan sejambak bunga tangan rona emas.

Bekas ratu cantik Colombia dan naib juara Miss Universe 2015 itu memilih gaun haute couture rekaan Stéphane Rolland untuk majlis perkahwinannya dengan usahawan Belanda, Guus Franke, pada 24 Oktober 2026.

Pasangan itu melangsungkan upacara perkahwinan mengikut adat Katolik di pusat bersejarah Cartagena, Colombia, disaksikan kira-kira 150 tetamu yang terdiri daripada keluarga dan sahabat rapat.

Gubahan bunga menghiasi laluan dari pintu katedral hingga ke altar, tempat Guus menanti ketibaan Ariadna. Selepas upacara, sambutan diteruskan dengan resepsi di Four Seasons Hotel Cartagena.

Ads

Gaun putih Ariadna menyerlah menerusi gabungan satin licin dan renda bermotif bunga. Renda separa telus pada bahagian leher tinggi dan lengan panjang memberikan sentuhan romantis, sementara potongan lurus yang mengikut susuk tubuh mengekalkan siluet yang kemas.

Hamparan tulle di belakang pula menambah kesan dramatik ketika Ariadna berjalan ke altar.

Ads

Antara perincian paling mencuri perhatian ialah bunga tangan rona emas yang dipadankan dengan hiasan kepala senada. Kilauan pada kuntuman bunga tangan menggemakan motif bunga dan daun pada hiasan yang membingkai sanggul rendahnya.

Ads

Padanan itu memberi sentuhan kemewahan pada persalinan serba putih, dengan veil tulle nipis jatuh lembut dari belakang sanggul.

Pemilihan Stéphane Rolland ada kisahnya tersendiri. Ariadna pernah memperagakan rekaan pereka Perancis itu di Minggu Fesyen Haute Couture Paris. Gaun perkahwinannya dihasilkan di atelier Rolland di Paris sebelum dibawa ke Cartagena.

Ariadna kemudian berkongsi lakaran asal gaun itu bersama foto dan video perkahwinannya di Instagram, memperlihatkan bagaimana rekaan di atas kertas diterjemahkan menjadi persalinan yang dipakainya ke altar.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Hans Isaac Umum Pertunangan Dengan Ratu Cantik Malaysia, Francisca Luhong James

Paris menjadi saksi detik manis buat Datuk Dr Hans Isaac dan Francisca Luhong James apabila pasangan ini berkongsi berita pertunangan mereka. Berlatarkan Menara Eiffel,...