Ads

Cinta Laura Kiehl & Anthony Xie Sama Cantik Sama Padan, Busana Perkahwinan Curi Perhatian

Sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua. Penampilan Cinta Laura Kiehl dan Anthony Xie dalam persalinan pengantin rona putih menyerlahkan keserasian mereka, berlatarbelakangkan dekorasi bunga putih serta dedaunan hijau yang membangkitkan suasana romantis.

Menerusi foto yang dikongsikan di Instagram, kedua-dua pelakon tampil menawan dengan gaya pengantin moden sebenarnya adalah untuk drama bersiri Sleeping with the Enemy. Meskipun sekadar menjayakan watak, penampilan mereka tetap memberikan inspirasi buat bakal pengantin yang mengimpikan persalinan elegan dengan sentuhan kontemporari.

Pesona Cinta Laura terserlah dalam gaun putih ciptaan rumah fesyen Maison Met. Mengetengahkan teknik pleating sebagai tarikan utama, susunan lipatan halus pada busana itu membentuk alunan lembut yang mengiringi susuk tubuh sebelum meleret indah ke lantai.

Keunikan gaun ini turut terletak pada struktur korset dengan perincian boning yang jelas kelihatan di bahagian pinggang. Garis leher berbentuk hati pula diserikan dengan perincian berkilau, sementara olahan fabrik yang melintasi bahagian dada dan lengan memberikan dimensi dramatik pada keseluruhan rekaan.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Tanpa hiasan yang terlalu sarat, permainan tekstur dan struktur menjadi kekuatan busana ini. Bahagian bawah gaun yang mengembang dengan leretan panjang menambahkan kesan mewah, sekali gus menjadikan penampilan Cinta Laura tampak romantis dan anggun.

Ads

Dandanan rambut bersanggul dengan helaian ikal membingkai wajah melengkapkan gayanya. Padanan anting-anting serta gelang yang ringkas pula membiarkan keindahan gaun terus menjadi tumpuan.

Bunga tangan daripada kuntuman ros putih, bunga kecil dan dedaunan hijau menyuntik sentuhan segar. Diikat dengan reben putih yang berjuntaian, gubahan itu cukup serasi dengan kelembutan busana serta suasana dekorasi di sekelilingnya.

Ads

Anthony pula tampil segak dalam jaket rona putih gading berpotongan double-breasted, dipadankan bersama kemeja putih, tali leher kupu-kupu hitam dan seluar hitam. Gabungan rona klasik itu mengimbangi perincian gaun Cinta Laura, menghasilkan penampilan sedondon yang kemas dan elegan.

Di sebalik potret romantis ini, hubungan watak mereka dalam Sleeping with the Enemy sarat dengan rahsia. Cinta Laura memegang watak Aruna yang menyamar sebagai Clara untuk membalas dendam atas kematian ibu bapanya. Dia mengahwini Revan Sastranegara, lakonan Anthony Xie, demi menghancurkan keluarga lelaki itu dari dalam. Drama bersiri ini disiarkan menerusi platform penstriman WeTV.

Kredit foto: Instagram Cinta Laura Kiehl / Maison Met

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Elya Maisara Anggun Dalam Busana Inderaloka, Ammar Nazhan Serah Mas Kahwin...

Ammar Nazhan sah bergelar suami kepada Elya Maisara dengan mas kahwin 10 dinar emas. Seri pengantin wanita terserlah dalam busana mewah rekaan Inderaloka.