Ads

Hans Isaac Umum Pertunangan Dengan Ratu Cantik Malaysia, Francisca Luhong James

Paris menjadi saksi detik manis buat Datuk Dr Hans Isaac dan Francisca Luhong James apabila pasangan ini berkongsi berita pertunangan mereka. Berlatarkan Menara Eiffel, foto yang memperlihatkan cincin di jari Francisca mengiringi pengumuman istimewa pelakon dan penerbit itu menerusi Instagram pada 16 November 2026.

Hans, 55, meluahkan rasa bahagia apabila lamarannya diterima bekas Miss Universe Malaysia 2020 itu. Menyifatkan Francisca sebagai insan kegemarannya, beliau turut menganggap keputusan memilih wanita berkenaan sebagai teman hidup antara keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.

Ungkapan ringkas itu cukup menggambarkan betapa bermaknanya langkah baharu mereka menuju alam perkahwinan. “She said… YES! Forever with my favourite person,” tulis Hans dalam perkongsian tersebut.

Dalam nada berseloroh, beliau turut menyatakan bahawa selepas pengumuman itu, tiada lagi pertanyaan, “Hans bila nak kahwin?” yang perlu dijawabnya. Perkongsian berkenaan menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti serta peminat yang turut meraikan kebahagiaan pasangan ini.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pesona Pengantin (@pesonapengantin)

Wanita yang berjaya menambat hati Hans ini juga memiliki pencapaian tersendiri. Francisca, 31, merupakan kelahiran Kuching, Sarawak, yang mencipta sejarah sebagai wanita Dayak pertama dinobatkan sebagai Miss Universe Malaysia pada 2020.

Ads

BACA JUGA: Busana Pertunangan Izzana Salleh Sarat Nilai Warisan, Tradisi Keluarga Hampir 100 Tahun

Berdarah Kayan, Kenyah dan Iban, beliau kemudian membawa nama negara ke pentas Miss Universe di Florida, Amerika Syarikat, pada Mei 2021. Biarpun tidak Berjaya menembusi jajaan Top 21, namun wajahnya antara ratu cantik Malaysia yang diingati

Ads

Memetik laporan Straits Times, pasangan ini sudah saling mengenali selama enam tahun sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius pada awal 2026.

Mereka dilaporkan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada pertengahan 2027, dengan majlis pertunangan mengikut adat dijadualkan pada Januari tahun berkenaan.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Cinta Laura Kiehl & Anthony Xie Sama Cantik Sama Padan, Busana...

Sama cantik sama padan, Cinta Laura dan Anthony Xie tampil menawan dalam busana pengantin untuk drama Sleeping with the Enemy. Gaun Maison Met dengan perincian lipatan halus menyerlahkan pesona Cinta Laura, seiring gaya klasik Anthony yang segak.