Dekorasi untuk majis kahwin pastinya memerlukan bajet yang besar. Jika anda ingin berjimat, serikan dekorasi di ruang photo booth atau pintu gerbang dengan chalkboard buatan sendiri. Malah chalkboard juga boleh dipelbagaikan sebagai latar belakang pelamin.
Selagi boleh berjimat kan lebih baik. Lagipun jika nak membeli pasti harganya mahal, jadi kalau buat sendiri kosnya super duper murah. Cara nak membuatnya juga sungguh mudah iaitu dengan mengubah suai bingkai gambar terpakai. Malah chalkboard unik ini juga tampak lebih personalize.
Langkah 1: Keluarkan gambar yang sedia ada di dalam bingkai menggunakan playar.
Ads
Langkah 2: Bersihkan sekeliling bingkai tersebut dengan kertas pasir agar ia licin.
Langkah 3: Semburkan bingkai dengan cat sembur dengan jarak anda sekurang-kurangnya 12 inci daripada bingkai yang anda cat. Semburkan secara rata dan licin untuk mendapatkan hasil yang sempurna. Ulangi proses semburan sebanyak dua lapisan untuk memastikan kesemua bahagian bingkai dilitupi dengan cat.
Ads
Langkah 4: Kemudian semburkan pula dengan cat sembur yang khusus untuk chalkboard. Sebelum menyembur, pastikan anda goncang cat tersebut sekurang-kurangnya selama 2 minit agar semburan lebih lancar. Semburkan pada permukaan yang akan dijadikan chalkboard atau anda boleh gunakan sahaja gambar yang ada pada bingkai gambar tadi. Sembur beberapa lapisan agar ia rata dan menutupi kesemua bahagian.
Ads
Langkah 5: Pastikan cat kering dan biarkan selama 24 jam. Setelah kering, contengkan kapur di atas permukaan chalkboard, kemudian padam menggunakan tisu.
Langkah 6: Pasangkan chalkboard pada bingkai dan kini ia sudah siap untuk digunakan.
Memang sukar nak lawan air tangan ibu atau bapa kan? Meski resipi diturunkan mengikut setiap langkah, namun rasanya tetap tidak sama. Itu namanya air tangan. Macam kisah Rossa Maryan, air tangan arwah bapa memasak Mee Kuah memang tiada tandingan.
Jika di Kuala Lumpur memang sukar nak dapatkan Mee Kuah, namun masakan ini cukup popular di Kelantan. Semoga resipi yang diturunkan ini dapat menjadi asbab ganjaran pahala buat arwah bapa Rossa.
“Malam-malam masak mee kuah sebab teringin pnyer pasal.. Kat kl ni kalau pergi kedai makan kalau mintak mee kuah tak ada yang tau. Kalau dekat kelantan memang popular mee ni mana-mana kedai masakan panas memang ada lah menu ni.. Cume cara dan rasa mungkin berbeza.. Bila makan mee ni mesti akan teringat arwah ayah sebab die orang paling suke makan mee kuah ni.. Dulu-dulu kalau nak makan mesti suruh die yang msk…siap cakap lagi dengan mak biar ayah yang masak sebab ayah masak mee ni memang org lain tak boleh lawan lah.. Tapi sekarang, sejak dia dah kembali ke negeri abadi hanya tinggal kenangan.. Lepas die takda baru usaha nak makan masak sendiri.. Ni resepi arwah ayah yang ajar cume resepi ni saya tukar sikit je sbb arwah ayah tak suka bubuh kicap manis.. Semoga dengan share resepi ini pahala mengalir kepadanya kat alam sana..Rindu sangat.. Al-fatihah ayah..
Tumbuk bg merah, bawang putih, cili api dan udang kering.
Potong ayam kecil-kecil, sotong, fishball, fishcake. Kalau ada udang lagi sedap
Sayur ikut suka nak letak sayur apa. Saya masukkan pakchoy, bunga kobis dan tomato.
Tumis bahan tumbuk sehingga garing. Kemudian masukkan cili kisar 1 sudu besar.
Dah garing, masukkan ayam dan goreng sehingga masak.
Ayam dah masak, baru masukkan lauk yang lain
Apabila lauk sudah masak, masukkan sos tiram 2 sudu besar, sos cili 2 sudu besar dan sedikit kicap manis. Kicap jangan banyak nanti kurang sedap.
Lepas tu masukkan air. Ikut suka nak kuah banyak mana. Kemudian perasakan dengan garam. Boleh masukkan sos ikan dan kiub pati ayam. Selepas mendidih, masukkan sayur.
Selepas itu masukkan mee. Basuh dahulu mee supaya pahit kapur hilang.
Selepas kuah mendidih, masukkan telur. Jangan pecahkan telur kuning.
Kemudian hidangkan dengan bawang goreng dan limau nipis.
Kipas tangan adalah salah satu benda wajib ada atas pelamin. Sebabnya ia adalah untuk mengipas pengantin bila mereka diatas nanti. Anda mesti selalu lihatkan yang pengapit akan mengipas pengantinnya. Asalnya tak nak bagi kepanasan sahajalah si pengantin tu.
Disebabkan ia menjadi benda wajib untuk seorang pengapit, anda kenalah ada. Ada juga yang membelinya. Namun, sebenarnya anda boleh buatnya sendiri sahaja! bagaimana? ikut langkah mudah ini.
Bahan-bahan :
Raket pingpong
Kain
Riben
Bunga satin
Renda
Glue gun
Langkah 1 : Potong kain ikut anggaran saiz raket
Langkah 2 : Kemudian, gamkan kain disekeliling raket. Lebihan kain dipotong ikut bentuk raket seperti gambar dibawah.
Langkah 3 : Selepas itu, gam kain pada bahagian tepi raket
Langkah 4 : Selepas sudah digam habis, kain anda akan menjadi tegak seperti ini.
Langkah 5 :Potong lebihan kain tadi dan hasilnya akan menjadi seperti dalam gambar ini.
Langkah 6 : Ulang langkah yang sama untuk bahagian yang sebelah lagi. Bezanya lebihan kain tak dipotong tapi digam pada kain yang telah dibuat awal tadi.
Langkah 7 : Apabila sudah digam ia akan kelihatan seperti ini
Langkah 8 :Lilit riben pada pemegang raket
Langkah 9 : Pemegang anda akan menjadi seperti ini
Langkah 10 : Mulakan membuat renda ditepi-tepi raket
Langkah 11 : Siap!
Sumber : BK kayangan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Buat bakal pengantin, untuk cantik di hari bahagia tidak semestinya perlu tampil ramping dan segak semata-mata, apa yang penting adalah kesihatan anda terjamin sebelum majlis, semasa majlis malah selepas berumahtangga. Jadi untuk mendapatkan kesihatan yang baik anda perlu menjaga pemakan harian juga senaman agar tampil sihat dan cergas. Ikuti perkongsian Ahmad Azim Dato Asri yang semakin hari semakin berjaya menurunkan berat badannya. Ayuh bersama kita tampil sihat!
Ok rini aku nak share beberapa tips yang aku amalkan sepanjang proses penurunan berat badan aku dari 140KG sehingga kini, 83KG (doakan aku dapat target 75KG). Harap sedikit sebanyak tips ni dapat bentu anda smua untuk menurunkan berat badan dan yang paling penting sihat. InsyaAllah.
Mula-mula sekali anda kene set matlamat anda. Ingat, nak turun berat ni bukan satu proses yang singkat. Ambik masa. Jadi kena banyak bersabar. Kadang2 progress nya laju, kadang2 slow. Jadi kuatkan mental anda. Selalu fikir positif sebab psikologi memainkan peranan penting dalam proses penurunan berat. Dalam group ni ramai yang boleh support anda! We need this community! Macam saya 1 tahun lebih baru dapat turun 57KG! Dan ingat fokus untuk FAT LOSS bukan WEIGHT LOSS!
B. PEMAKANAN
Baik ni yang penting dan kenapa group DSSS ni wujud. Ingat nak diet bukan bermaksud kena tahan lapar. Ada yang PM saya tanya betul ke kena tidur baru hilang rasa lapar? Jangan begitu. Saya amalkn DSSS shj. Kenapa? Ini lah yang KKM cadangkan sbb DSSS sebenarnya sudah seimbang dan memenuhi kehendak zat dan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh kita. Cuma bagaimana kita nak jadikan lebih menarik sahaja dan sihat.
So, ni rules saya dalam pengambilan pemakanan
– Minum air kosong secukupnya. Bawa botol air kemana2 sahaja.
– Kurangkan pengambilan gula, garam dan minyak dalam makanan dan minuman.
– Perbanyakkan pengambilan sayur dan buah.
– PROTEIN : saya ambil daging putih berbanding daging merah. Kenapa, sebab daging putih lebih rendah lemak, kurang kalori dan tinggi protein. Daging merah boleh juga makan, tp saya sekali sekala sahaja.
– CARBO : saya ambil sumber carbo yang baik seperti brown rice, wholemeal pasta or bread, sweet potato dan Japanese sweet potato.
– SERAT : saya makan sayur raw macam tomato, timun, salad dan baby spinach. Kadang2 kukus juga jika sayur yang keras macam brokoli dan lobak.
– Buah-buahan sebagai penganti gula. Badan kita masih memerlukan gula. Jadi saya ambil gula semulajadi dalam buah. Tapi ingat, ambil secara lebih juga akan mengakibatkan lebihan gula ye.
– Elak mengambil processed food dan fast food sebab tinggi garam.
– Jika makan di luar, saya praktikkan DSSS dengan cara ambil nasi segenggam, sayur separuh dan protein. Bagi protein tu, seeloknya masakan yang kukus atau bakar, tp nak ambk gulai pun boleh tapi jangan ambil kuah.
BAHAN-BAHAN
– Ikan Salmon
– Ubi Keledek
– Daun Salad
– Bawang Putih
– Minyak Zaitun
– Serbuk Blackpaper
PENYEDIAAN
1. Perapkan ikan salmon dengan blackpaper dan panggang.
2. Rebus ubi keledek sehingga lembut.
3. Di kuali yang lain, tumis bawang putih dengan minyak zaitun (banyakkan sedikit minyak)
4. Masukkan tumisan bawang putih bersama ubi keledek. Kemudian, lenyek.
BAHAN-BAHAN
– Dada Ayam
– Brokoli
– Lobak Merah
– Ubi Keledek
– Bawang Putih
– Minyak Zaitun
– Serbuk Blackpaper
– Serbuk Cajun
PENYEDIAAN
1. Perapkan dada ayam dengan serbuk cajun dan blackpaper. Kemudian, panggang.
2. Rebus ubi keledek sehingga lembut.
3. Di kuali yang lain, tumis bawang putih dengan minyak zaitun (banyakkan sedikit minyak)
4. Masukkan tumisan bawang putih bersama ubi keledek. Kemudian, lenyek.
5. Kukus sayur brokoli dan lobak 8-12 minit.
BROWN RICE + GRILLED CHICKEN + SALSA (345 kcal)
BAHAN-BAHAN
– Dada Ayam
– Beras Perang
– Tomato
– Bawang Merah
– Timun
– Daun Ketumbar
– Limau Nipis
– Serbuk Cajun
– Serbuk Blackpaper
– Serbuk Blackpaper
PENYEDIAAN
1. Perap dada ayam dengan serbuk cajun dan blackpaper, Kemudian, panggang.
2. Masak beras perang sehingga lembut.
3. Di bekas lain, satukan daun ketumbar, tomato, bawang dan timun yang telah dipotong dadu. Kemudian, perah limau nipis.
SELAMAT MENCUBA!
Jadi, ini sedikit sebanyak tips yang boleh saya kongsikan. Saya ada letakkan beberapa gambar masakan serta resepi yang sememangnya sihat dan seimbang. Harap dapat membantu anda untuk jadi lebih bersemangat dan kreatif ketika mempraktikkan diet.