Barang hantaran adalah sudah menjadi keperluan wajib yang ada pada majlis pertunangan mahupun pernikahan. Kebiasaannya kedua-dua belah pihak akan saling menukar barang hantaran untuk diberikan kepada bakal pasangan mereka.
Selain hal-hal berkaitan tempahan dewan majlis perkahwinan dan kad undangan jemputan, lagi satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh pasangan pengantin adalah membeli barangan untuk dijadikan barang hantaran.
Kami akan kongsikan dengan anda apa yang patut dipertimbangkan ketika membuat pilihan.
1. Barang kemas
2. Wang mas kahwin
3. Gajet
4. Set Make up
5. Set minyak wangi
6. Kek
7. Coklat
8. Telekung / sejadah
Jadi, anda boleh lah fikir-fikirkan. Semua barang ni berguna 🙂
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Layan Ego, Biasakan Diri Ungkap ‘Maaf’ Bila Buat Salah
Nampak mudah tapi tidak ramai yang mampu mengungkapnya. Perkataan ‘maaf’ atau ‘sorry’ selalu digunakan bila anda dan pasangan bergaduh atau melakukan kesilapan yang boleh menguris hatinya.
Dalam perkahwinan adalah digalakkan untuk anda dan pasangan berbaik dan sentiasa menyelesaikan masalah anda dengan segera. Jangan terlalu ego kerana ia akan memakan diri. Ini sebab kenapa anda perlu meminta maaf secepat mungkin.
1. Mengalah untuk yang tersayang
Apa salahnya mengalah demi orang yang tersayang bukan? Ini juga telah membuktikan yang anda tidak mementingkan diri sendiri.
2. Dapat menjernihkan hati
Ya, dengan meminta maaf ia boleh menjernihkan hati anda. Tetapi jangan hanya bercakap dimulut malah dihati juga. Buang ego dan dendam anda padanya kerana itu akan lebih menyeksa diri.
3. Meredakan keadaan
Ego dan konflik boleh mulai mereda dengan adanya perkataan maaf yang keluar dari mulut anda dengannya. Luahkan perkataan maaf tepat pada matanya dengan hati yang ikhlas dan anda boleh lihat kesannya.
4. Dapat mengawal ego
Ego juga dapat dihapuskan dengan perkataan maaf. Buang ego anda dan jangan berdendam kerana ia tidak bagus untuk diri. Malah, ego juga mampu mengawal seluruh minda anda jika anda tidak dapat mengawalnya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Panduan Barang Hantaran Kahwin Yang Sesuai Untuk Pihak Lelaki
Bila tarikh kahwin sudah ditetapkan kini tiba masanya untuk anda dan pasangan membuat senarai barang hantaran yang perlu disediakan. Untuk memudahkan kerja dan tidak buntu, bincanglah bersama pasangan keperluan untuk barang hantaran yang dikehendaki. Tetapkan tema untuk pihak lelaki dan perempuan.
Lebih mudah jika gubahan hantaran dibuat oleh seorang tukang gubah supaya sentuhannya sama untuk pihak lelaki dan perempuan. Pesona Pengantin bantu anda untuk senaraikan barang hantaran yang sesuai untuk lelaki.
Barangan Untuk Lelaki
- Kemeja/Seluar
- Kain Pelikat
- Dompet dan tali pinggang
- Al-Quran (atau tafsir)
- Kasut
- Set Wangian
- Buah-buahan
- Gajet
- Kek
- Coklat/Manisan
- Sejadah
- Potpouri/Bunga Rampai
- Tuala
- Jam Tangan
* Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
Sumber : Gambar Pinterest
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hukum Pakai Inai Bagi Lelaki & Wanita Waktu Majlis kahwin
Menjelang hari perkahwinan, pelbagai persiapan perlu dibuat bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar.
Begitu juga persiapan mempersiapkan diri tidak dilupakan termasuk memakai inai di jari yang cukup sinonim dengan majlis perkahwinan. Entri kali ini berkongsikan hukum memakai inai buat wanita dan lelaki.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak.
Muzakarah telah memutuskan bahawa:
1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.
3. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
4. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Hukum Memakai Inai Bagi Wanita
1. Menurut ulama Mazhab Maliki dan Syafi’ei, wanita yang bersuami disunatkan memakai inai pada setiap masa kerana inai merupakan perhiasan dan kecantikan. Wanita yang bersuami sunat berhias untuk suami sepanjang masa.
2. Wanita yang tidak bersuami, ulamak mazhab Maliki berpendapat harus, manakala ulamak mazhab Syafi’ei berpendapat makruh kerana dibimbangi berlaku fitnah ke atas diri wanita itu dan orang lain.
3. Walaubagaimanapun, wanita yang hendak berihram haji atau umrah disunatkan memakai inai mengikut pendapat semua mazhab sama ada yang bersuami atau tidak.
4. Selain memakai inai di tangan, iaitu dari hujung jari hingga ke pergelangan, wanita juga harus memakai inai di tapak kaki mereka hingga ke buku lali khususnya wanita yang bersuami.
Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki
Fuqahak semua mazhab berpendapat haram bagi lelaki memakai inai di tangan atau di kaki kerana inai merupakan perhiasan bagi wanita.
Lelaki tidak harus meniru wanita sama ada pakaian atau perhiasan sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud:
“Allah laknat lelaki yang menyerupai atau meniru wanita dan wanita yang menyerupai atau meniru lelaki.”
Antara kata-kata fuqahak dalam masalah ini:
1. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan bagi wanita yang bersuami kerana terdapat Hadis-hadis yang masyhur mengenainya. Dan perbuatan itu haram bagi lelaki kecuali kerana keperluan seperti berubat dan sebagainya…” Imam an-Nawawi di dalam kitab ‘Al-Majmuk”
2. “Dan tidak harus menginaikan dua tangan kanak-kanak lelaki dan dua kakinya kecuali kerana ada keperluan untuk berbuat demikian, tetapi harus bagi wanita…” Al-Fatawa al-Hindiyyah. Dinyatakan di dalam fatwa tersebut tidak harus diinaikan tangan dan kaki kanak-kanak lelaki. Maka lelaki dewasa lebih-lebih lagi.
3. “Adapun menginaikan dua tangan dan dua kaki, maka disunatkan untuk wanita dan diharamkan untuk lelaki kecuali untuk berubat…” ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abu Daud.
Kesimpulannya, inai adalah perhiasan wanita. Hukum memakainya adalah harus, sunat dan dalam keadaan tertentu makruh, iaitu bagi wanita yang tidak bersuami menurut pendapat fuqahak mazhab Syafi’ei.
Bagi lelaki adalah haram kecuali dalam keadaan terpaksa seperti untuk berubat dan sebagainya. Justeru, adat lelaki memakai inai ketika akad nikah dan walimah adalah tidak selari dengan ajaran Islam dan mesti dihentikan.
Ada sedikit percanggahan tentang hukum pemakaian inai bagi lelaki antara kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis fatwa dengan keterangan di atas.
Percanggahan pendapat adalah perkara biasa, bagaimanapun sebaiknya kita mengambil pendekatan untuk mengelakkan dari menggunakan inai kerana dikhuatiri ia adalah perhiasan wanita yang haram dipakai lelaki.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI