Perkara yang merunsingkan bakal pengantin terutamanya mereka yang kecil molek pastinya saat memilih potongan gaun kahwin. Bimbang sekiranya gaun kahwin yang akan disarungkan oleh mereka yang bertubuh kecil molek tidak nampak sempurna.
Anda mungkin teruja dengan model yang memakai gaun kahwin di majalah kerana semuanya tampil cantik dan mempesonakan. Realitinya, tidak semua orang memiliki bentuk tubuh tinggi dan langsing seperti model yang kelihatan sempurna saat memakai apa sahaja potongan baju kahwin.
Bagi yang bertubuh kecil molek, di sini ada empat panduan pilihan potongan baju kahwin yang boleh anda cedok agar baju yang bakal anda sarungkan nanti terletak kemas pada tubuh. Sebaiknya mereka yang bertubuh kecil memilih gaun dengan potongan A-Line, lurus ke bawah ataupun baju kahwin dengan bentuk trompet.
TIP 1: Garis detail vertikal akan menghasilkan sisi langsing dan tinggi dengan hiasan yang ringkas (gambar kiri). Bentuk badan dengan gaun tulle halus adalah potongan sempurna yang memberi siluet tubuh tinggi (gambar kanan).
TIP 2: Anda juga boleh memilih fabrik sutera yang jatuh untuk menampilkan kesan ramping bersama belahan dada bentuk V memanjang ke bawah seperti ini.
TIP 3: Bentuk A-Line begini akan mencipta kesan kaki panjang dan menutupi kekurangan pada bahagian pinggul. Pilih baju potongan kebaya dengan potongan tinggi pada bahagian kaki bagi menampakkan kesan kaki yang tinggi.
TIP 4: Gaun kahwin dengan potongan trompet bersama renda dan V-neckline seperti ini cantik untuk anda yang bertubuh kecil molek. Anda juga boleh memilih potongan baju kahwin yang ringkas warna putih memanjang tanpa banyak hiasan, kerana ia akan memberi fokus agar tubuh kelihatan langsing dan tinggi.
Sumber: brides.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masih Single? Ini Antara Doa Ringkas Boleh Dimalkan Supaya Jodoh Cepat Datang

Sudah tentu semua orang mengimpikan jodoh yang baik dan berkekalan. Anda juga perlu mengetahui cerminan diri kita menunjukkan siapa jodoh kita nanti. Oleh itu, kita perlu sentiasa memohon agar dikurniakan jodoh yang baik dan berada dalam lingkungan yang baik.
Bagi yang sedang mencari jodoh. Doa ini perlu anda amalkan daripada sekarang. Sebaiknya amalkan doa selepas kali melakukan solat. Ketahuilah keindahan paras hati dan kekayaan harta akhirat lah yang lebih penting untuk masa depan kita kelak.
Doa minta Jodoh
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَٱجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a’yuniw, waj’alna lil muttaqiena imaamaa.“
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh [isteri-isteri] kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa.” (QS Al-Furqaan 74)
رَبِّ لَا تَذَرْنِى فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْوَٰرِثِينَ
“ROBBI LAA TADZARNI FARDAN WA ANTA KHOIRUL WAARITSIN”.
“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.
Bagi lelaki
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجَةً طَيِّبَةً أَخْطُبُهَا وَأَتَزَوَّجُ بِهَا وَتَكُوْنُ صَاحِبَةً لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَةِ
“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJATAN THOYYIBAH AKHTUBUHA WA ATAZAWWAJ BIHA WATAKUNA SHOOHIBATAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.
“Ya Robb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi dan isteri yang menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat”.
Bagi wanita
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا أَخْطُبُهَ وَأَتَزَوَّجُ بِهِ وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدُنْيَا وَالْأَخِرَة
“ROBBI HABLII MILLADUNKA ZAUJAN THOYYIBAN WAYAKUUNA SHOOHIBAN LII FIDDIINI WADDUNYAA WAL AAKHIROH”.
“Ya Robb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia & akhirat”.
Ayuh sama-sama kita amalkan bacaan ini moga kita dipertemukan jodoh oleh Nya. Amin.
Sumber : baitulmuslim
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bakal Pengantin Boleh Amal Daun Inai Untuk Kecantikan Luaran

Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab ‘Hina’ yang bermaksud ubat. Ahli sejarah mendakwa bahawa orang orang Mongol telah membawa inai ke India pada kurun ke-12 sementara pihak lain mendakwa inai berasal dari India. Ahli arkeologi pula mengatakan mereka menemui bukti bahawa inai telah digunakan oleh orang Mesir dalam proses menghasilkan mumia apabila mereka mendapati kuku jari dan kaki mumia yang mereka temui disapu dengan sejenis pewarna merah yang dipercayai adalah inai. Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik.
Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk. Inai boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang. Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala.
Bagi orang orang India, air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. Mereka juga percaya berkumur dengan air daun inai boleh menolong menyembuhkan sakit tekak. Orang India juga menggunakan daun inai dengan menyapunya pada kulit untuk mengubati penyakit kulit, bisul dan melepuh. Mereka juga menggunakan daun daunnya untuk menyembuhkan sakit kepala dan rasa panas di kaki. Penyakit penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal. Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepada. Sementara itu, akar akar dan palpa digunakan untuk merawat bisul.
Di samping penggunaan untuk tujuan perubatan, daun inai juga seperti yang kita ketahui digunakan untuk mewarnakan tapak tangan, kuku dan kaki. Bila dicampurkan dengan pewarna asli yang lain, pewarna inai juga boleh digunakan untuk mewarnakan rambut dan bahan tekstil. Daun inai dipercayai amat baik selaku bahan penyejuk. Selalunya daun inai digunakan untuk menyembuh sakit perut, luka dan kudis disekeliling kuku dan mengatasi masalah keguguran rambut. Ia juga boleh digunakan bagi merawat masalah haid wanita dan keputihan. Serbuk inai atau daun inai yang dilumatkan digunakan bagi menyembuh penyakit kulit, bisul dan sengal tulang. Jus inai dugunakan bagi melegakan sakit kepala akibat cuaca panas. Sementara akarnya diguna untuk menyembuh bisul. Kulit dari batang pokok inai digunakan untuk meredakan cirit birit dan merawat masalah hati atau demam kuning serta bengkak hati. Orang India menggunakan air inai sebagai penyegar untuk mengecutkan tisu-tisu badan dan seterusnya mengurangkan pendarahan berlebihan. Mereka juga percaya bahawa dengan berkumur air inai dapat melegakan sakit tekak. Untuk mengubati luka dan kudis disekeliling kuku, bersihkan dan tumbukkan daun inai sehingga lumat dan disapukan dibahagian yang sakit itu. Insyallah sakit akan berkurangan, bengkak dan kelurut akan dapat dielakkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Belajarlah Selami Hati Wanita! Ini 9 Alasan Lelaki Jangan Pandang Remeh Bila Wanita Menangis

Bagi lelaki, perasaan wanita sukar untuk dijangka. Wanita boleh gembira dan secara tiba-tiba perasaannya boleh tersentuh lalu menangis. Oleh sebab itu lelaki jangan rasa pelik dengan wanita yang ‘cengeng’ (menangis). Belajarlah menyelami hati wanita dan sesekali memandang remeh apabila wanita menangis!
Saat wanita yang anda sayangi mengalirkan air mata, berusahalah untuk menutup kekurangannya menjadi kelebihan buat anda dengan memahami sebab-sebab mengapa mereka menangis.
1. Wanita menangis kerana emosinya lembut
Wanita lebih menggunakan perasaan ketika berfikir dan bertindak kerana mereka dicipta dengan hati yang lemah lembut dan mudah sensitif. Tidak hairanlah apabila ada sesuatu yang menyentuh emosinya, wanita akan mudah menitiskan air mata. Ditambah lagi jika terjadi perkara yang di luar pengharapannya dan tidak bertemu tempat untuk dia meluahkan isi hatinya, maka wanita mudah menangis.
2. Wanita menangis kerana takut kehilangan
Wanita sering kali menjaga apa jua yang disayanginya dengan sepenuh hati. Apabila sesuatu yang menjadi kesayangannya itu hilang, dia akan rasa kehilangan lantas menangis. Malah saat bermasalah dengan pasangan juga membuatkan wanita cenderung untuk menangis kerana sering memikirkan perkara-perkara negatif misalnya rasa takut kehilangan cinta hatinya.
3. Wanita menangis kerana faktor hormon
Para suami perlu tahu saat isteri anda memasuki pra menstruasi (PMS), isteri akan cenderung untuk mudah sensitif, kuat merajuk dan sering marah-marah. Malah ada ketikanya emosi buruknya juga akan diluahkan melalui tangisan.
4. Wanita menangis apabila mengimbas kenangan
Tidak seperti lelaki, wanita dilahirkan dengan ingatan yang kuat kerana mudah untuk mengingat setiap peristiwa yang dilaluinya satu persatu. Apabila peristiwa sedih atau rindu datang menjengah ingatannya, wanita akan cenderung untuk menitiskan air mata.
5. Wanita menangis ketika lelaki melupakan momen penting
Wanita sememangnya sukakan belaian dan perhatian. Apabila pasangannya terlupa tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun kelahiran, ulang tahun perkahwinan dan sebagainya, perasaannya akan sedih dan akhirnya menangis kerana merasakan pasangannya tidak menghargai tarikh penting itu.
6. Wanita menangis ketika lelaki membohonginya
Setiap orang pasti kecewa apabila dirinya dibohongi. Inikan pula seorang isteri yang memiliki hati lembut sudah pasti jiwanya rasa kecewa, sedih dan akan menangis apabila dibohongi oleh orang yang dipercayainya dan disayangi.
7. Wanita menangis ketika lelaki membuatkan hatinya terluka
Pasti rasa pedih dan pilu saat diri dilukai oleh pasangan. Apabila hatinya tergores oleh insan tersayang, wanita hanya mampu mengubati rasa sakit dalam hatinya melalui tangisan.
8. Wanita menangis ketika lelaki mengkhianati kepercayaannya
Tiada wanita yang tidak cemburu jadi suami jangan sesekali mengkhianati kepercayaan wanita. Apabila kepercayaannya hilang, wanita boleh berubah menjadi seorang yang murung, menyendiri, sering menangis dan sebagainya.
9. Wanita menangis ketika lelaki tidak menghargai usahanya
Isteri mana yang tidak sedih dan menitiskan air mata jika pengorbanan untuk membahagiakan rumah tangga tidak dihargai suami. Oleh itu para suami sentiasalah berusaha untuk menghargai pengorbanan isteri untuk membuatkan anda bahagia. Walaupun usahanya itu tidak sebesar mana, ringankan mulut untuk mengucapkan terima kasih ataupun jagalah perasaannya sebaik mungkin. Terlalu banyak kesakitan yang telah wanita alami daripada sakit datang haid, sakit melahirkan anak dan sebagainya, jadi janganlah ditambah lagi dengan menyakitkan hatinya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI