Bulan Ramadan menjadi bulan yang didedikasikan untuk beribadat kerana ganjarannya pahala pada bulan ini luar biasa hebatnya. Namun ada para isteri yang rasa sedih kerana tidak berpeluang untuk beribadat lebih banyak atas kekangan masa dan tenaga. Nak solat terawih pun tidak sempat.

 

Balik dari pejabat, isteri terus ‘berperang’di dapur. Kalau tidak ada kesesakkan lalu lintas, itu bonus. Bolehlah balik rumah dengan tenang, bersihkan rumah sikit-sikit dan sediakan hidangan berbuka lebih special dari hari lain. Masa awal berkahwin, mungkin kita boleh juga menikmati saat Ramadan dengan tenang kerana belum dianugerahkan zuriat tapi bila dah ada anak, lain pula isunya.

IKLAN

 

Rutin harian para isteri berubah 360 darjah. Memasak untuk berbuka, menyiapkan anak-anak untuk mandi petang, suapkan makan malam, nak berbuka. Itu belum nak selesaikan hal lampin anak. Kadang-kadang ada isteri yang solat Maghrib pun di hujung waktu. Sibuknya bulan Ramadan ni lain macam! Tapi janganlah bersedih kerana segala yang anda lakukan itu adalah ibadah yang besar pahalanya!

IKLAN

 

Penulisan Siti Suryani Yaakop ini boleh suntik semangat untuk anda agar terus istiqamah dan ikhlas menguruskan hal rumahtangga.

IKLAN

 

Isteri Tetap Boleh Kumpul Pahala Walaupun Tidak SOLAT TERAWIH

Lukisan ni mewakili tulisan saya tahun lepas.
Tentang pahala.
Mengaji sebelum berbuka puasa tu, pahala.
Tapi kalau kita berpeluh ketiak balik kerja terus masuk dapur sediakan makanan untuk bagi suami dan anak-anak berbuka tu, pahala juga.
Tadarus lepas berbuka tu, pahala.
Tapi buat kerja rumah, bersih rumah dan buat minuman ringan untuk sekeluarga melepas lelah tu, pahala juga.
Buat terawih tu, pahala.
Tapi melayan dan menggembirakan anak kecik yang rindu satu hari suntuk tak sempat jumpa kita tu, pahala juga.
Duduk berzikir sebelum sahur tu, pahala.
Tapi masakkan sahur dan kejut ahli keluarga sampai kita pasti semua orang dah siap alas perut tu, pahala juga.
Kongsi benda baik tu, pahala.
Tapi kongsi menu makanan sampai orang yang tadinya blur nak masak apa boleh dapat idea tu, pahala juga.
Allah ni adil.
DIA bagi kita semua ruang yang sama untuk buat pahala dalam zon yang berbeza.
Ingat kisah zaman Rasulullah?
Masa sorang lelaki ni datang tanya Rasulullah nak ikut berjihad. Lepas tu Rasul tanya, ada ibu tak dekat rumah. Bila lelaki tu jawab ada, Rasul kata jaga ibu tu. Itu jihad dia. Jaga ibu yang uzur.
Rezeki setiap orang nak boleh ke dapat pahala tu bentuknya tak serupa.
Yang tak bolehnya…
Ingat kita sorang je yang boleh pahala. Orang yang tak buat macam kita tu tak dapat apa.
Siti Suryani Yaakop
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI