Beruntung siapa yang pandai ‘sayang’ duit. Betul kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Simpanan yang dibuat sejak awal sangat membantu di kala ekonomi sedang ‘sakit’ kini. Mujur pihak kerajaan memperkenalkan moratorium. Walaupun hanya penangguhan bayaran balik pinjaman tetapi sekurang-kurangnya meringankan beban rakyat.
Tapi pelik juga bila sejak PKP Mac lalu ramai yang tukar kereta baru, ubahsuai rumah, beli barang-barang berjenama. Andai mereka memilih untuk membelanjakan wang moratorium itu dengan pembelian yang membazirkan, lebih baik cepat-cepat sedar kerana ini bukan masanya untuk tayang kehebatan harta benda.
Ketua Pegawai Eksekutif Principal Asset Management di CIMB, Puan Munirah Khairuddin berkongsi ilmu kewangan yang patut kita semua ambil berat.
Ads
“Saya amat bersimpati dengan situasi yang dihadapi rakyat Malaysia ketika ini. Pada saya, menyimpan dan melabur sama penting lebih-lebih lagi dalam situasi sekarang dimana kita dilanda pandemik.”
SIMPANAN:
mengenepikan wang yang dimiliki untuk perbelanjaan seharian kecemasan atau bagi tempoh sekurang-kurangnya 3 bulan. Maksudnya, wang ini boleh kita pakai atau guna serta merta. Simpanan ini tidak ada sebarang risiko kerana nilainya tidak bertambah.
Ads
PELABURAN:
Memperuntukkan wang di mana nilainya akan meningkat dalam satu jangka masa ditetapkan; khususnya untuk MASA HADAPAN. Contohnya, pembelian aset seperti saham, bon, dana unit amanah atau mutual fund, dan hartanah atau property.
Ads
“Sekiranya seseorang itu masih mempunyai pendapatan tetap dan stabil, mempunyai simpanan yang mencukupi untuk perbelanjaan harian dan kecemasan, serta mempunyai lebihan wang, maka saya syorkan agar mereka melabur dalam dana unit amanah.
Ini kerana melabur dalam situasi kita dilanda pandemik ini tidak akan memberikan kesan negatif kerana matlamatnya adalah untuk mencapai potensi pulangan atau penambahan nilai kepada wang kita pada masa hadapan.
Menurut Puan Munirah lagi, sebaik-baiknya duit moratorium digunakan untuk menambahkan lagi simpanan dan menggunakan peluang ini untuk pelaburan. Ini kerana apabila berakhirnya moratorium, pulangan dari simpanan atau pelaburan jangka masa panjang dapat digunakan untuk tujuan menampung segala kekurangan.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemberian diskaun bil elektrik sedia ada yang dilaksanakan kerajaan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini, melibatkan seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 7.66 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia bakal menikmati diskaun antara 2 hingga 50 peratus, bermula 1 Oktober hingga 31 Disember. “Ia sebagai lanjutan yang diumumkan Perdana Menteri pada 27 Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).
“Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900kWj yang mula mendapat diskaun 10 peratus di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE),” katanya dalam satu kenyataan rasmi, hari ini.
Sementara itu, bagi pengguna domestik di Sabah dan Sarawak, diskaun bil elektrik tetap diberikan sebanyak 2 peratus sehingga 31 Disember yang akan memanfaatkan kira-kira 520,000 pengguna di kedua-dua negeri itu.
“Pelanjutan diskaun selama tiga (3) bulan bagi pengguna-pengguna di Semenanjung Malaysia akan dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dengan anggaran RM392 juta.
“Manakala diskaun bagi Sabah dan Sarawak akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta,” tambah kenyataan itu lagi.
Angka tersebut menjadikan kos keseluruhan pemberian diskaun bil elektrik dari April hingga Disember 2020 adalah berjumlah RM2.62 bilion. Mengimbas kembali, Suruhanjaya Tenaga pada 30 Jun lalu memaklumkan pengguna bukan domestik akan menikmati penurunan surcaj sebanyak 2 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember, manakala pengguna domestik pula kekal membayar kadar tarif sedia ada.
Antara tanggungjawab penting yang suami perlu jaga adalah bab pemberian nafkah. Suami wajib memberi nafkah kepada isteri meskipun isteri bekerja. Jadi jumlah nafkah tersebut terpulang kepada hasil perbincangan suami isteri. Isteri perlulah juga bertimbang rasa seandainya nafkah yang diberi tidak mencukupi.
Perkongsian menarik ini sangat memberi inspirasi. Idea dari Maryam Elyas boleh anda praktikkan bersama suami.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
Sebak rasa bila benda ni sampai kat tangan. Sebak sebab inilah hasil menabung nafkah duit selit yang suami bagi.
Sikit, sikit, CikYam simpan. Nafkah CikYam bukan dapat selepuk. CikYam kumpul dengan penuh kesabaran. Bukan sehari dua, bukan sebulan dua tapi makan tahun weh!
Orang lain mungkin boleh tergerak hati nak beli, terus beli. CikYam tak macam tu. Bukan orang senang. Rezeki masing-masing, kan? CikYam menabung hasil Mr Mama niaga burger dan buat servis angkut sampah.
Serius, bukan nak menunjuk. Just nak share inspirasi menabung nafkah duit selit. Kalau kira mampu ke tak, memang CikYam sikit pun tak mampu beli emas. Mr Mama pun takkan mampu belikan CikYam rantai impian.
Last CikYam gi kedai emas masa nak kahwin. Lepas tu, emas takde dalam kamus hidup sebab mahal. Tapi hari ni dapat emas. Macam mana orang miskin macam CikYam ni boleh beli emas? Kuncinya kat sini, simpan duit. Paksa diri simpan duit. Kalau tak simpan, duit nafkah tu pun tak nampak ke mana perginya.
Lepas dah sampai satu amaun duit yang disimpan, CikYam survey harga emas kat kedai, masih mahal. Tengok harga segram, macam nak pitam. Ada upah pulak.
Dengan duit nafkah selit ni, CikYam peratikan purata sebulan CikYam boleh dapat 1 gram emas. So CikYam target, sampai je simpanan ni kat berat emas yang CikYam nak, CikYam akan beli.
Tapi CikYam masih nak berjimat. Belek fb, jumpa dengan cara penjimatan beli emas harga kilang.
Inilah hasilnya selepas lebih setahun menabung nafkah duit selit yang Mr Mama bagi setiap hari. Sikit, sikit, lelama dapat emas. Mujur la ada emas harga kilang. CikYam dapat emas lebih murah berbanding kat kedai.
TQ abang. Alhamdulillah dapat rantai hari ni.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa tak nak kan kahwin dengan menggunakan duit dalam budget yang kecil. Bukan semua berkemampuan dengan adakan perkahwinan mewah dan gah. Cukup lengkap dan meriah itu yang semua impikan. Wanita ini kongsi tips kahwin budget Lebih kurang 4k sahaja.
KAHWIN BAJET RM 4115.90
Hari ni Sya nak share beberapa tips kahwin bajet tapi meletopp khas untuk kawan-kawan yang nak mendirikan rumah tangga.
Sebab ramai yang nak tahu berapa kos keseluruhan majlis Sya baru-baru ni.
Mana la tau kan, kot-kot boleh membantu korang.
1. PELAMIN
Sumpah aku excited gila bila tengok pelamin sendiri ni. Aku nak mini pelamin yang colour dia boleh match dengan semua colour baju.
Alhamdulillah. Akhirnya jumpa juga bridal yang mampu realisasikan impian aku ni.
Jangan terkejut kalau jumpa pemilik bridal ni, orangnya muda remaja lagi. Cantik pulak tu. Service tip top ?
Boleh jenguk FB : FarahAina Bridal
HARGA : RM 600
*tak termasuk caj perjalanan
2. INAI
Aku pilih design simple, tak padat sangat. Cantik. Harga bergantung pada design jugak. Macam corak yang aku pilih ni harga dia murah je.
Nak berinai boleh jenguk Fb : Cahaya Hidayah
5 bintang ?
HARGA : RM70
*tak termasuk caj perjalanan
3. CINCIN LELAKI
Cincin suami aku beli dekat kedai silver terus. Serik sikit beli kat kedai emas.
Cincin tunang 2 tahun lepas aku beli Rm300 kat kedai emas, silver jugak. Lepas tu aku survey kat kedai silver, harga jauh lebih murah.
Plan nak ambil permata yang colour hijau gitu sebab masa tunang beli colour biru. Tapi jari si dia tu susah bebenor nak cari saiz. Saiz 8.
Terpaksa ambil yang colour biru juga. Sebab yang tu jer ready stock and saiz 8. Nak beli cincin kat dia senang je. Sebab saiz jari kitorang sama je ?
HARGA : RM 150
4. KATERING & CANOPY
Canopy aku ambil yang biasa jer, memang bajet RM200 je. Janji tak kena panas dan hujan.
Plan tak nak renda-renda tu awalnya. Rezeki, jiran sebelan rumah nak sponsor lagi RM 50 untuk tambah renda-renda tu. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak ?
HARGA : RM200 (khemah biasa)
Katering pula, aku ambil dengan orang sekampung yang memang semua orang tau makanan yang dia masak super sedappp.
Mula-aku bajet nak tempah untuk 150 orang makan je, sebab aku tak jemput ramai orang. Jemput jiran sebelah rumah dan kawan-kawan terdekat je.
Sebelum kita rasa sakit kepala sebab nak kena fikir kos bayar katering beribu-riban, set kat kepala dahulu. Berapa orang kita nak jemput.
Macam kes aku, family aku kecil. Lepas tu mak cik-mak cik, nenek semua tak larat nak masak, memang kena ambil katering.
Terus terang, dalam banyak perkara pasal majlis kahwin, katering paling aku risau, dok fikir mana nak cari duit wei. Ribu-ribu. Setakat makeup, pelamin semua tu aku tak risau, sebab aku pernah cakap kat suami.
Takpe takda pelamin, takpe tak mekap, takpe takda baju cantik-cantik. Fikir nak cari duit makan je sekarang ni. Ada duit lebih boleh la tempah yang lain-lain tu.
Alhamdulillah, rezeki. Akak katering bagi Rm10 jer untuk 1 pax, harga asal belas-belas ringgit. Dia tolong. Alhamdulillah, rezeki lagi.
Nenek cakap tempah untuk 200 orang makan, kalau 150 je, nanti kang tak cukup. Dia kata baik lebih dari kurang. Aku setuju, so aku tempah untuk 200 orang makan.
Duit aku, bajet aku ada banyak tu je. Aku tak mampu nak jemput orang ramai-ramai. Buat yang termampu.
HARGA : RM10 x 200 pax = RM2000
5. BARANG HANTARAN & GOODIES
(Gambar kat atas ni sekadar hiasan sebab tak jumpa cari mana gambar barang hantaran)
Untuk barang hantaran, aku cakap kat suami nak cari barang sendiri. Dia cari barang dia.
Aku beli barang masa tengah sale. Pasal barang hantaran ni sebenarnya bergantung pada individu. Kalau bajet besar, boleh la beli barang-barang branded.
Macam aku, adalah ‘seketul’ dua barang branded yang aku beli. Tapi aku akan cover balik benda-benda tu semua dengan barang yang lagi murah.
Set mandian aku beli Rm15 je. Dapat body lotion, scrub dan mandian. Boleh la cover harga handbag idaman ?
Macam buah-buahan, pulut kuning sepupu dan jiran sponsor. Jimat dah kan hehe. Alhamdulillah.
Untuk goodies. Aku just beli surah yaasin 100 pcs, dapat harga 30 sen je satu. Sepanjang aku dok survey, tu paling murah dan cantik yang aku jumpa.
Gula-gula makanan ringan sepupu aku sponsor. Tu pun tak sampai RM 100 pun.
TOTAL ANGGARAN KASAR : RM 500
6. BAJU
Dari awal-awal lagi memang aku dah set dalam kepala tak nak sewa baju. Bagi aku, baik beli sendiri, habis beratus pun baju tu tetap jadi milik kita.
Takpe la baju tak grand, janji raya haji nanti aku boleh recycle balik pakai baju ni. Jimat bukan ?
Bila orang tanya tema majlis aku semua colour apa. Serius aku takda jawapan.
Masa cari baju pun aku tak tau nak colour apa. Sampai kedai, mana yang aku nampak cantik, ada saiz aku ambil je. Suami aku pun jenis tak kisah jugak.
Nampak baju biru cair ni, tengok saiz 36. Ok cun! Aku try, suami pun cakap cantik. So aku terus beli. Jadi tema wedding aku biru cair.
Baju ni, aku pakai untuk akad nikah sekali dengan sanding. Sengaja tak nak colour putih, takut nanti tak terpakai pulak. Kang pakai pergi jalan-jalan orang kata pengantin sesat mana ni ?
Baju suami beli kat Gene Martino, Rm100 je. Nasib baik jumpa cari baju yang colour sebijik macam baju aku. Sebab kat situ ada 100 cod color baju.
Tudung yang aku pakai tu aku beli murah je, sandal pulak beli kat Vincci. Selesa la jugak even 3,4x aku jatuh ?
Baju : RM 229
Tudung : RM 7.90
Sandal : RM 109
TOTAL : RM 345.90
7. MAKEUP
Part ni aku suka. Siapa tak suka wei bila tengok muka sendiri lepas make up. Cantik ? Sorry terperasan.
Makeup ni yang cantik sebenarnya hehe. Muka aku rasa tak pakai apa-apa, ringan dan tak melekit. Syok wei, rasa nak suruh akak MUA makeup kan lagi hehe.
Aku tak guna sebarang span atau tisu untuk lap peluh even akak MUA pesan suruh dap-dap kan muka dengan span basah bila peluh. Aku dah test dok tengah panas, make up langsung tak cair, terbaik sangat make up dengan akak comey lote ni.
Aku minta MUA makeup kan aku untuk sanding terus. Sebab aku nikah pukul 11.00 pagi, kira lepas tu terus sanding.
Jimat masa, jimat kos, jimat segala-galanya.
Boleh jenguk FB : Eyla D’touch
HARGA : RM250
*tak termasuk caj perjalanan
8. MAJLIS SAMBUT MENANTU
Majlis sambut menantu lepas Asar. Boleh dikatakan semua benda settle dalam masa 1 hari. Untung kahwin dengan orang dekat ni ?
Baju majlis ni, aku pinjam baju sepupu. Tudung dan veil pun aku pakai tudung yang sama. Pukul 4.00 petang aku cuci makeup, solat zohor and makeup siap-siap sementara tunggu azan Asar.
Makeup kali ni, mohon jangan kecam. Sebab aku makeup sendiri ? Dah namanya penjual Bc Cream. Takkan tak nak promote kan? Meh laa beli dyxy dengan kita ?
Aku just calit-calit jer bc cream, guna brush ratakan. Lipstick yang aku pakai pon set dyxy cod Sexy Nude. Aku letak blusher Rm10 sikit kat pipi kasi pinkish-pinkish gitu.
Ok tak? So untuk majlis sambut menantu aku tak perlu keluarkan duit 1 sen pun huhuhu.
9. DYXY BC CREAM
Ni la rupa set Bc Cream yang aku pakai masa majlis sambut menantu. Kalau berminat boleh pm / whatsapp aku terus. Huhuhu.
Korang tak kan menyesal la. Nak tau rahsia tak?
Suami kita pun mekap pakai bc cream masa majlis akad nikah dan bersanding ? Lelaki pon pakai ok?
10. TERIMA KASIH
Ingat. Setiap perkara yang baik-baik, insya Allah, segalanya akan dipermudahkan.
Aku bertunang selama 2 tahun. Duit tak pernah cukup. Setiap kali orang tanya bila nak kahwin, jawapan aku ‘takda duit macam mana nak kahwin’.
Mac 2017, aku pakat dengan suami. Kahwin tahun ni. 22 Julai. Sama tarikh dengan hari lahir aku. Pasal duit tolak tepi. Kita dah pasang niat nak buat masa tu, hari tu, DIA akan tolong.
Syukur. Semuanya berjalan lancar. Tips last aku nak bagi.
1. Set dalam kepala jangan ikut atau dengar cakap orang. Even kau buat majlis grand kat hotel pun pasti orang mengata juga. Pilih ikut kemampuan!
2. Jangan berhutang. Lepas kahwin banyak lagi duit yang nak diguna. Duit banyak tu, takat tu je la majlis kita. Sekali lagi, ABAIKAN CAKAP ORANG.
3. 3-4 bulan sebelum tarikh kahwin dah boleh beli barang-barang kahwin. Beli awal tak rasa duit tu keluar laju macam air paip.
4. Bila kau down, tengok duit makan tinggal seringgit sebab beli barang-barang kahwin. Pejam mata. Tenangkan hati. Takpe, Allah SWT tolong. Aku selalu pujuk hati macam tu.
5. ABAIKAN MULUT ORANG.
3 kali aku ulang ‘abaikan mulut orang’. Kenapa? Sebab kalau kau jenis hati tisu memang lambat la majlis nak berlangsung. Kecuali duit memang dah kepok-kepok.
Last sekali. Terima kasih sudi baca post aku kali ni. Tersilap terkurang maafkan aku. Niat aku satu je. Nak tolong kawan-kawan kat luar sana yang nak kahwin, tapi bajet tak pernah cukup.
Doakan kebahagiaan aku dan suami. Terima kasih ?
Sya_
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!