
Selepas bertungkus lumus selama berbulan-bulan merancang majlis yang paling sempurna,pasti anda ingin semuanya berjalan lancar pada hari tersebut.Jika anda bakal pengantin lelaki, catit 4 perkara ini yang perlu anda lakukan sehingga majlis akad nikah itu selesai.
Jika sebelum ini , kita mungkin tidak diluaskan lagi dengan ilmu –ilmu seperti perkara yang perlu dilakukan selepas majlis akad nikah. Bezanya hari ini, juru nikah turut memberi ruang selepas majlis untuk pengantin melakukan solat sunat dan sebagainya. Begitu juga jurugambar yang turut serta dalam mengambil momen-momen indah di dalam majlis tersebut.
- Solat Sunat Selepas Akad Nikah
Lafaz Niat : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”
Maksud: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala
Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun.
Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas.
Membaca doa selepas salam.
Sujud Syukur
Lafaz Niat : ” sahaja aku sujud syukur kerana Allah Taala”
Takbiratul ihram iaitu mengangkat tangan sebagaimana takbir dalam solat.
Sujud sebanyak 1 kali.
Membaca doa seperti yang biasa dibacakan dalam solat.
Memberi salam.
- Si suami meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun isteri lalu membacakan doa
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya.” (Riwayat Abu Daud)
- Isteri bersalaman dengan suami sambil mencium tangan suami lalu mengucapkan 2 kalimah syahadah
Ini adalah 4 perkara sunat dilakukan sejurus anda berdua sah diijabkabul sebagai suami isteri. Namum berhati-hati, anda tidak digalakkan untuk mencium ubun-ubun isteri kerana ia adalah acara dalam agama lain. Selalunya, saudara-mara yang akan mengarahkan pengantin lelaki mencium isteri dan anda haruslah menolaknya dengan berhemah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kahwin Dulu vs Kahwin Sekarang

Perkahwinan memang benda yang tidak akan dapat kita lupakan selamanya. Kerana disinilah penyatuan dua hati disambut dengan begitu meriah sekali.
Namun, adakah anda pernah melihat perbezaan antara perkahwinan dulu dan sekarang? memang banyak sekali perbezaannya! mana tidaknya zaman semakin canggih.
Jom kita tengok 10 perkara perbezaan majlis perkahwinan zaman dulu dengan zaman sekarang.

Kahwin dulu
1. Satu kampung / taman sibuk membahagikan tugas masing-masing untuk dibuat ketika majlis berlangsung.
2. Seminggu nak langsung pengantin perempuan tak boleh keluar rumah untuk menjaga seri pengantin (darah manis).
3. Pengantin dulu banyak persalinan baju terutama untuk pengantin perempuan. Malam berinai lain, sanding lain. Boleh di katakan dekat 7-10 pasang baju.
4. Mak andam dulu, makeup pengantin perempuan naik takut tengok sebab setebal alam.
5. Sedara mara, sepupu semua pakat bertandang tidur di rumah pengantin dari 3 hari sebelum majlis langsung utk tolong-menolong keluarga pengantin.
6. Hantaran dulu semuanya standard spt sirih junjung, kuih-muih, manisan, pulut kuning dan sebagainya. Kebanyakannya buat sendiri.
7. Pakaian pengantin dulu sama sahaja satu kaler dan material kain pun songket sahaja. Tak banyak pilihan.
8. Dulu-dulu amik gambar selalu pose atas katil, peluk-peluk, tenung sesama sendiri. Kalau atas pelamin pulak malu-malu kucing, nak pandang pun segan. Asyik tunduk je.
9. Pengantin dulu lepas settle majlis sanding dan semua tetamu dah balik, pengantin akan sibuk turun ke dapur basuh periuk belanga dan tolong mengemas.
10. Gambar kahwin dulu nak cuci gambar n frame kan ikut size besar je, takde soft copy. Album pun tebal pakai buku album.
Kahwin sekarang
1. Tak perlu susah payah kerana ada caterer yang boleh membantu. Hanya sediakan duit je.
2. Pengantin perempuan esok nak langsung boleh lagi keluar jalan-jalan, membeli barang yang masih tak lengkap.
3. Kahwin sekarang, dah tak perlu banyak baju hanya cukup dua pasang. Nikah dan majlis. Ada setengah majlis nikah sekali dengan sanding.
4. Tukang makeup pulak, lebih kepada makeup simple atau natural sahaja. Nampak lagi kemas dan cantik.

5. Saudara mara pulak, kalau boleh tidak mahu tidur di rumah pengantin. Lebih suka tidur di hotel atau homestay.
6. Hantaran kahwin sekarang semua mewah. Seperti handphone, Ipad, Perfume mewah dan macam lagi. Hiasan hantaran semuanya beli je.
7. Pakaian pengantin sekarang, bermacam design dan warna. Ada yang berlabuci banyak, ada yang beli dari luar Negara. Dan material pun bermacam-macam jenis. Tambahan pula ada bribesmaid lagi.
8. Pengantin bergambar sekarang semakin sempoi. Bermacam-macam pose. Jurugambar pun banyak idea pose untuk diberikan kepada pengantin untuk bergambar. Siap ada outdoor lagi.
9. Pengantin sekarang tak sibuk dah untuk mencuci periuk belanga kerana semua dah disiapkan oleh pihak caterer.
10. Gambar kahwin sekarang ni boleh di upload dan buat soft copy je. Boleh di upload di dalam IG untuk kenangan.
_______________________________________________________________________
10 perkara di atas hanyalah sebahagian, korang sendiri pasti dapat senaraikan apa lagi perbezaannya kan?
Kredit : awantona
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal Pengantin Jangan Diet Keterlaluan, Nanti Boleh Menyebabkan Haid Tidak Teratur

Kitaran haid wanita tidak selalunya berjalan dengan lancar. Sesetengahnya mempunyai tempoh yang tepat mengikut jadual setiap 28 hari, sesetengah wanita lagi haid mereka agak sukar diramal.
Sekurang-kurangnya 30 peratus wanita mengalami haid yang tidak teratur semasa usia reproduktif. Walaupun kebanyakan kitaran yang tidak teratur biasanya tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kadang-kadang memberikan isyarat yang anda mungkin menghadapi masalah kesihatan.

Apakah yang dimaksudkan dengan haid tidak teratur ?
Satu kitaran haid yang normal berkitar di antara 21- 35 hari. Aliran haid dianggap tidak teratur jika ia berlaku lebih cepat dari 21 hari atau lebih lama dari 35 hari. Sekiranya terlewat berbulan bulan atau haid berlaku 2 kali sebulan ia dianggap tidak teratur.
Untuk menentukan sama ada haid anda teratur atau tidak, kira dari hari pertama haid anda sehingga hari pertama haid yang seterusnya. Ulang pengiraan ini untuk tiga bulan. Jika tarikh haid anda sangat berbeza dan tidak jatuh dalam lingkungan 21-35 hari, anda mengalami haid tidak teratur.
Punca Haid tidak teratur
Dalam banyak kes, haid yang tidak teratur adalah berkaitan dengan keadaan yang dipanggil anovulation atau tidak bertelur dan ia selalunya berkait dengan ketidakseimbangan hormon.
Haid tidak teratur di kalangan gadis belasan tahun sangat kerap terjadi. Selalunya disebabkan tahap hormon yang tidak stabil. Biasanya ia akan beransur pulih secara semulajadi walaupun mungkin memakan masa bertahun-tahun.
Haid juga boleh menjadi sangat tidak teratur di lewat usia reproduktif anda. Ramai wanita sedar bahawa mereka menghampiri menopos apabila haid mereka menjadi tidak seimbang. Apabila haid tidak datang selama 12 bulan berturut, anda dikatakan sudah menopos.
Hamil dan keguguran pula kerap menjadi penyebab kepada haid yang tidak teratur terutama sekiranya anda dalam lingkungan usia 20-40an. Pastikan dahulu anda tidak hamil dengan menjalani ujian kehamilan sebelum bergegas ke klinik doktor anda.

Faktor-Faktor lain
SENAMAN ATAU BERDIET KETERLALUAN.
Terlalu banyak bersenam boleh menyebabkan haid menjadi tidak teratur atau ia berhenti terus. Ini kerap berlaku pada ahli sukan yang berbadan kurus dan tidak berlemak. Kehilangan berat badan yang keterlaluan dari diet yang melampau boleh memberi kesan yang sama.
TEKANAN.
Tekanan perasaan yang kronik atau kebimbangan luar biasa tentang masalah tertentu boleh menyebabkan hormon anda tidak stabil seterusnya kitaran haid yang tidak teratur.
TEKANAN FIZIKAL.
Sekiranya anda baru pulih dari penyakit yang berat atau mengalami pembedahan, kitaran haid anda mungkin terjejas tetapi ia tidak memakan masa yang lama.
KAEDAH MERANCANG KELUARGA BERHORMON
Seperti Pil Perancang, Implanon atau Depo-provera boleh membuat tempoh haid anda menjadi singkat, berlaku sekali sekala atau tiada langsung untuk berbulan-bulan lamanya. Intrauterine Contraceptive Device (IUD) atau alat dalam rahim juga boleh menyebabkan haid tidak teratur.
POLYCYSTIC OVARIAN SYNDROME (PCOS).
Sindrom ovari Polisistik iaitu satu masalah perubatan yang menyebabkan sista kecil pada ovari dan mengganggu ovulasi anda. Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai sejarah haid yang tidak teratur selama bertahun-tahun. Selain dari sukar hamil disebabkan tidak bertelur, PCOS boleh meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan jantung.

MASALAH KETUMBUHAN DALAM RAHIM.
Fibroid rahim, polip dan endometriosis kerap dikaitkan dengan haid tidak teratur.
MASALAH PERUBATAN.
Gangguan tiroid boleh menyebabkan haid yang tidak teratur jika tahap darah hormon tiroid terlalu rendah atau terlalu tinggi. Keadaan kesihatan lain yang boleh menyebabkan kitaran yang tidak teratur termasuk penyakit buah pinggang, penyakit kencing manis dan masalah prolaktinemia.
MENYUSU BADAN.
Mereka yang menyusukan badan kerap mengalami haid yang tidak teratur tetapi haid anda akan pulih dengan sendiri sekiranya anda berhenti menyusu.
Jumpa Doktor Anda
Haid tidak teratur boleh menjadi petunjuk pertama bahawa anda mungkin mengalami masalah perubatan. Sekiranya anda mempunyai berat berlebihan dan haid yang tidak teratur bertahun-tahun lamanya anda mungkin mengalami PCOS. Kajian mendapati 10 peratus daripada wanita dalam usia reproduktif mengalami PCOS.
Anda juga perlu disaring untuk mengesan gangguan tiroid, prolaktin dan penyakit lain yang boleh dikaitkan dengan haid yang tidak teratur.
Kitaran haid yang tidak teratur juga boleh menyebabkan anda sukar hamil kerana anda tidak bertelur (ovulasi) secara semula jadi. Ujian ultrasound dan darah boleh memberikan diagnosa yang tepat terhadap masalah ini.
Rawatan Haid tidak teratur
Rawatan bergantung kepada punca kenapa haid anda tidak teratur. Jadi amat penting untuk anda berjumpa dengan doktor agar rawatan yang tepat dapat diberikan.
SUMBER : alamhamilblog.com
OLEH : Dr R Juhaidah adalah Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Columbia Asia Puchong dan mempunyai 17 tahun pengalaman sebagai Pakar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dilimpahi Bantuan, Bersyukur Dan Buatlah Solat Sunat Syukur

Sebagai seorang muslim kita sangat dianjurkan agar selalu memanjatkan rasa syukur kepada Allah swt. Terutama ketika kita memperoleh nikmat dari-Nya atau diselamatkan dari suatu musibah. Adapun cara menyampaikan rasa syukur kepada-Nya, Rasulullah saw telah mencontohkan kepada kita, antara lain melalui solat, sujud dan doa.
Panduan Solat Sunat Syukur dan Sujud SyukurSerta Doa | Syukur ertinya berterima kasih kepada Allah swt.. Tentang mensyukuri nikmat Allah swt menegaskan di dalam firman-Nya: “Jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahnya. Tetapi, jika kamu mengingkarinya sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7).
Solat Sunat Syukur
Dikerjakan apabila seseorang itu selesai / berjaya melakukan sesuatu pekerjaan, dalam Al-Quran ada menyebut: "Apabila selesai kerjamu, maka bangun sembahyang dan kepada tuhan kamu kemukakan pertolongan.. (Al-Insyira 7 – 8).
Syarat Sahnya adalah sama seperti mengerjakan solat fardhu, iaitu:
1. Berwuduk
2. Menghadap kiblat,
3. Menutup aurat
4. Suci pakaian dan tempat sujud

Panduan Solat Sunat Syukur
– Dilakukan dengan dua rakaat. Ia dilakukan sebaik sahaja kerja atau nikmat itu selesai atau diterima.
– Lafaz Niatnya:
Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah Ta'ala
– Rakaat pertama: Membaca surah Fatihah dan surat Al-Ikhlash.
– Rakaat kedua: Membaca surah Fatihah dan surat Al-Kafirun.
– Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat pertama, sesudah membaca tasbih, bacalah:
اَلْحَمْدُ للهِ شُكْرًا شُكْرًا وَحَمْدًا حَمْدًا
Alhamdulilâhi syukran syukran, wa hamdan hamdan
maksudnya: Segala puji bagi Allah, terima kasih, terima kasih, dan segala pujian kusampaikan kepada-Nya.
– Dalam ruku’ dan sujud pada rakaat kedua, sesudah membaca tasbih, membaca:
اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِي اسْـتَجَابَ دُعَآئِي وَاَعْطَانِي مَسْأَلَتِي
Alhamdulillâhil ladzistajâba du’-âî wa a’thânî mas-alatî.
maksudnya: Segala puji bagi Allah yang telah mengijabah doaku dan memberi permohonanku.
Sujud Syukur
-Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.
-Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”
Maka, kesimpulanya Sujud Syukur disunatkan dilakukan dalam dua keadaan ini:
1. Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahiran anak, perkahwinan, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa jua berita yang menggembirakan.
2. Ketika terselamat daripada musibah. Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.
Cara Melakukan Sujud Syukur
Rukun sujud syukur seperti berikut:
– Niat
– Takbiratul Ihram
– Sujud (sekali sahaja)
– Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam
Niat Sujud Syukur :
maksudnya: Sahaja aku Sujud Syukur Kerana Allah Ta'ala
Doa Sujud Syukur :
maksudnya: Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.
Jika kita terlupa atau tidak menghafal bacaan ini, tidak mengapa.
Kita dibolehkan membaca sahaja yang bacaan yang selalu dibaca waktu sujud dalam solat, atau cukup sekadar mengucapkan “Alhamdulillah”.
Doa Syukur yang dicontohkan di dalam Al-Qur’an:
رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ أَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ.
Rabbî awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala shâlihan tardhâhu, wa adkhilnî birahmatika fî ‘ibâdikash shâlihîn.
maksudnya: “Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu beramal shaleh yang Kau ridhai. Dengan rahmat-Mu masuk ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang shaleh.” ( An-Naml/27: 19).
Secara lebih khusus doa berikut ini oleh orang-orang yang telah mencapai usia 40 tahun:
Allah swt berfirman: “…sehingga ketika ia telah dewasa dan mencapai usia empat puluh tahun, ia berdoa:
رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَ عَلَى وَالِدَيَّ وَ أَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَ أَصلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَ إِنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ.
Rabbî awzi’nî an asykura ni’matakal latî ‘alayya wa ‘alâ wâlidayya, wa an a’mala shâlihan tardhâhu, wa ashlihlî fî dzurriyyatî, innî tubtu ilayka wa innî minal muslimîn.
maksudnya: “Duhai Tuhanku, karuniakan padaku ilham agar aku selalu mensyukuri nikmat-Mu yang Kau anugrahkan padaku dan kepada kedua orang tuaku, dan agar aku selalu beramal shaleh yang Kau ridhai. Karuniakan padaku kebaikan dalam keturunanku, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan aku termasuk orang-orang yang berserah diri.” (Al-Ahqaf/46: 15).
p/s: Kita digalakkan untuk melakukan tatacara yang paling sempurna dan pandangan ulama’ yang paling ramai. Lagipun, ia tidaklah sesukar mana. Maka, manfaatkanlah peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat. Ini kerana, dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.
Selain itu, ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur apabila menerima perkhabaran gembira, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau dan nikmat kurniaan Allah.
sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

