Seorang suami adalah imam kepada isteri dan anak-anaknya. Suami berperanan menyayangi, menafkahi serta menjaga keluarganya. Syurga seorang isteri ada pada diri seorang suami. Isteri yang menuruti segala permintaan dan perintah suami maka jaminannya adalah syurga nan abadi.

Terkadang isteri yang hanya menjadi suri rumah tangga sering dipandang rendah oleh sesetengah suami. Hal itu membuatkan suami menggunakan kuasa vetonya untuk menyakiti hati isteri kerana merasakan dia berhak berbuat demikian.

Jika suami sering melukai hati isteri dan dia tidak meminta maaf serta berusaha untuk mengubah sikap buruknya itu maka ia akan membuatkan pintu rezekinya tertutup.

IKLAN

Padahal membahagiakan isteri akan membuka pintu rezeki untuk keluarganya. Apakah kebenarannya menyakiti hati isteri akan menutup pintu rezeki? Berikut sedikit ulasan mengenai isu tersebut.

ISTERI MENJADI KURANG BERSYUKUR

Orang yang merasa dizalimi, teraniaya ataupun sakit hati atas perbuatan orang lain terhadap dirinya, Allah akan memakbulkan doanya. Sama halnya dalam rumah tangga, isteri yang merasa tersakiti atas perbuatan suami maka doanya akan dimakbulkan. Selain itu, isteri yang sering disakiti oleh suaminya akan merasa kurang bersyukur atas apa yang diberikan oleh suaminya. Di saat seorang isteri merasa tersakiti, pintu rezeki untuk suaminya seolah-olah tertutup.

IKLAN

SUAMI TIDAK DILAYANI DENGAN BAIK

Jika hati seorang isteri sedang terluka atas perbuatan suaminya, dia akan tidak ikhlas dalam melayani suaminya. Jika dia melakukannnya pun, dia akan melakukannya dengan hati yang kesal, tidak ikhlas dan paksa rela. Cuba bayangkan pada waktu pagi yang biasanya isteri menyiapkan sarapan, tapi di saat anda berdua sedang bertengkar, isteri tetap menyediakan sarapan untuk suaminya tetapi dalam keadaan yang marah. Jadinya rezeki suami akan tertutup lantaran menyakiti hati isterinya.

IKLAN

ISTERI RASA TERPAKSA MENGHORMATI SUAMI

Bila hati seorang isteri sedang terluka kerana perlakuan suami terhadap dirinya maka ia akan membuatkan isteri sudah malas bahkan tidak peduli dengan apa yang sedang dilakukan oleh  suaminya. Secara tidak langsung peranan seorang isteri sebagai penyokong kuat suami atau tulang belakang suami tidak lagi seperti yang sepatutnya. Maka berjuanglah suami seorang diri tanpa doa dan sokongan daripada seorang isteri.

PERASAAN DENDAM PADA DIRI SEORANG ISTERI

Bagi suami yang memiliki isteri dengan sifat sensitif, suami perlu lebih berhati-hati. Ini kerana seorang isteri yang sensitif akan mudah tersinggung malah lebih buruk lagi akan menyimpan dendam kesumat kepada suaminya. Awas! Ia boleh menjadi racun dalam institusi perkahwinan. Perasaan negatif ini jika dibiarkan begitu sahaja akan mempengaruhi seluruh keluarga. Dan perasaan buruk tersebut dapat menunda rezeki yang datang. Tidak hanya itu sahaja, jika perasaan negatif tersebut tidak berkesudahan, ia boleh menimbulkan musibah yang tidak ada jalan penyelesaiannya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI