Ibu bapa adalah orang yang paling risau untuk kita berkahwin kerana mereka berfikir adakah pilihan anda itu tepat dan betul. Ini kerana pada usia muda kita dianggap masih kurang dalam pengalaman menentukan hala tuju hidup.
Sebab itulah ibu bapa yang akan mengambil keputusan berat termasuklah mengenai jodoh. Namun, adakah ia masih relevan pada masa kini? Jom kita lihat antara panduan ringkas dalam tentang apa yang sepatutnya anda lakukan.
Jangan sorok atau berahsia
Ads
Jika anda sudah ada calon jangan malu-malu untuk memberitahunya kepada ibu bapa anda. Beritahu mereka yang anda sedang mengenali hati budi seseorang supaya mereka tahu dan tidak mencari jodoh untuk anda.
Ads
Kenalkan kepada keluarga
Bawa pasangan anda datang ke rumah untuk berkanalan dan berbual lebih lama supaya mendapat keserasian antara mereka. Dari siti ibu bapa anda boleh mengenal pasti sama ada dia orangnya atau tidak.
Solatlah kerana solat itu tiang agama. Jika anda masih ragu-ragu kerana tidak yakin sama ada dialah orangnya atau tidak berdoalah dan minta petunjuk dari Allah. Nescaya, segala yang anda cari akan ditunjukkan dengan segera.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tubuh badan yang sihat mempercepatkan anda untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Jika anda sering sakit mungkin disebabkan kurangnya zat di dalam badan atau dengan erti kata lain pemakanan yang tidak seimbang diamalkan. Amalkan lima pemakanan berikut untuk kekal sihat.
1.Lobak merah kaya khasiat
Lobak merah atau nama saintifiknya Dancus Coreta merupakan salah satu sayuran yang memang kaya dengan pelbagai khasiat termasuk vitamin A yang baik untuk kesihatan tubuh kita. Selain dimasak dan dicampurkan dengan sayur-sayuran lain, lobak merah juga boleh dibuat jus, bahan campuran salad, dimakan secara mentah, ataupun sebagai bahan perisa untuk membuat kek.
Lobak ini mengandungi banyak zat yang berguna di dalamnya seperti kandungan vitamin yang tinggi seperti vitamin B, C, D F, G dan K. Lobak merah juga kaya dengan beta karotena, protein, karbohidrat, kalium, natrium dan kalsium. Jus lobak merah adalah tergolong dalam kategori jus multivitamin.
Selain itu, lobak merah juga dikatakan mampu membantu mengurangkan gejala pelbagai penyakit lain seperti bagi mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi.
2.Atasi bau badan
Masalah bau badan memang sesuatu yang memalukan. Ini kerana ia bukan sahaja membuat kita berasa tidak selesa kerana bimbang akan membuatkan orang di sekitar kita kurang senang. Namun anda tidak perlu susah hati kerana masalah ini boleh dikurangkan. Selain menggunakan haruman badan, yang bersifat sementara, anda boleh mengurangkan bau badan dengan pengambilan beberapa jenis makanan berikut:
Makan dadih – kandungan kalsium bayang tinggi dalam dadih boleh mengurangkan masalah pengeluaran peluh yang berlebihan sekali gus mengurangkan bau badan.
Minum banyak air putih – air putih bukan sahaja meneutralkan asid dalam badan yang menyebabkan badan berbau tetapi juga membantu melembapkan tubuh serta menstabilkan suhu badan
Daun pudina – daun pudina membantu meredakan ketegangan dan menjaga suhu badan. Apabila suhu badan stabil badan tidak akan berpeluh secara berlebihan.
3.Kelebihan air limau
Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman yang masam rasanya dapat menggalakkan pembakaran lemak di dalam badan. Tetapi perlulah dikurangkan gula atau pesan tanpa gula.
4.Putih telur kurangkan tekanan darah tinggi
Berdasarkan maklumat dari Newsmaxhealth, menerusi penelitian yang dilakukan oleh Universiti Clemson, mendapati terdapat peptida iaitu sejenis bahan yang mengandungi dua atau lebih asid amino di dalam putih telur. Ia dikatakan dapat membantu untuk mengurangi tekanan darah tinggi. Putih telur sangat bagus untuk diambil kerana tidak mengandungi kolesterol berbanding kuning telur yang mengandungi kolesterol.
5.Madu Pemanis Semula Jadi
Walau pun sudah banyak info berkaitan dengan khasiat madu, namun masih ramai yang ragu-ragu untuk memakannya. Madu kadang kala disamakan dengan gula kerana rasa manisnya. Padahal madu ialah pemanis semula jadi dan menguntungkan kesihatan jantung. Beberapa kajian menunjukkan, madu mampu mengurangi kadar kolesterol dalam tubuh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perintah kawalan pergerakan telah bermula sejak semalam, Rabu (18 Mac 2020) susulan wabak COVID-19. Langkah ini telah diambil oleh pihak kerajaan demi membendung wabak tersebut daripada terus merebak di mana ia telah mengorbankan dua nyawa di Malaysia.
Walaupun arahan telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan, nampaknya masih ramai yang kurang jelas dengan istilah yang kerap digunakan berkaitan dengan wabak ini. Malah, masih ramai yang mengambil pendekatan untuk pulang ke rumah tatkala diberi cuti selama 14 hari bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020.
Antara tiga istilah yang kerap digunakan adalah penjarakan sosial (social distancing), pengasingan (isolation) dan kuarantin. Kami kongsikan maksudnya agar anda lebih faham perbezaan ketiga-tiga istilah ini.
Ia bermaksud mengelakkan diri daripada berada di tempat orang ramai, menjarakkan diri anda daripada orang lain, tidak berjabat tangan dan paling penting, duduk di rumah jika anda tidak sihat. Majikan pula perlu memberi kebenaran kepada pekerja untuk bekerja dari rumah sebagai langkah berjaga-jaga. Kerajaan perlu mengeluarkan arahan agar semua institusi tidak kritikal ditutup.
Acara sukan perlu ditangguh manakala muzium, teater dan konsert perlu dibatalkan. Jika boleh, carilah pengangkutan awam yang tidak sesak atau memandu sendiri jika anda mempunyai kenderaan.
Individu yang disahkan positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan. Pengasingan dilakukan jika anda disahkan sakit sama ada di rumah atau di hospital. Mereka yang sedang menjalani pengasingan perlu memakai topeng sebagai langkah pencegahan penyebaran droplets yang mungkin mengandungi virus.
Kuarantin bermakna tinggal di rumah dan menjauhi orang lain semampu mungkin dalam tempoh 14 hari. Individu yang tinggal serumah dengan orang lain perlu mencari bilik atau lokasi berasingan di rumah. Malah, mereka juga tidak boleh keluar pergi membeli-belah, makan atau bersosial.
Jangan tidur di bilik tidur yang sama dengan ahli keluarga yang lain dan cuba gunakan tandas berasingan jika boleh. Jika berkongsi perkakas dengan penghuni lain, basuhlah terus selepas menggunakannya.
Langkah pencegahan dan kawalan akan memberi manfaat kepada masyarakat. Walaupun anda mungkin tiada simptom, anda masih boleh menjangkiti orang lain. Jadi, ambillah langkah berjaga-jaga.
Rambut yang kering pastinya sangat kaku, lesu dan tidak indah dipandang, bahkan ia menjadi sukar untuk ditata rias. Perawatan rambut banyak ditawarkan di salun rambut namun masalah rambut kering tidak juga dapat diatasi. Bakal ratu sehari tentunya menginginkan rambut yang bukan sahaja sihat tetapi juga lebat dan berkilat.
Bagi anda yang mengalami masalah rambut kering tentunya rambut akan kelihatan menggerbang dan kembang. Ada cara untuk mengatasi masalah rambut kering ini, malah ia juga boleh diaplikasikan di rumah dengan cara yang lebih mudah dan murah.
Kurangkan kepanasan pada rambut
Rambut yang kering biasanya berlaku disebabkan panas yang berlebihan pada rambut. Jika anda biasa menggunakan pengering rambut, hentikan segera penggunaannya kerana pengering rambut boleh menyebabkan rambut menjadi lebih kering. Cuci rambut menggunakan air dingin dan bukannya air suam. Bagi anda yang tidak berhijab, gunakan topi sebagai pelindung rambut saat anda keluar di siang hari.
Elakkan mencuci rambut setiap hari
Mencuci rambut setiap hari boleh membuatkan minyak pelindung yang ada pada rambut hilang sehingga membuatkan rambut menjadi kering dan kaku. Berikan jeda waktu sehari untuk anda mencuci rambut. Apabila selesai berenang, segera membilas rambut agar klorin dari dalam kolam yang melekat pada rambut dapat dibersihkan. Sisir rambut anda ketika basah dan bukannya ketika rambut kering. Ini bagi mengelakkan rambut gugur.
Gunakan syampu yang lembut
Bagi anda yang miliki rambut kering, cubalah menggunakan syampu bayi yang bersifat lembut. Bahan kimia yang ada pada syampu umumnya bersifat keras sekali gus merosakkan struktur dan akar rambut terutamanya bagi pemilik rambut kering.
Rawat rambut dengan minyak
Tip merawat rambut kering yang tidak kurang pentingnya ialah penggunaan minyak untuk perawatan rambut. Campuran minyak kelapa dan pati minyak lavender yang dihangatkan boleh digunakan untuk merawat rambut kering. Selain itu, penggunaan madu pada kulit kepala atau rambut juga boleh dijadikan alternatif untuk merawat rambut kering. Jangan lupa untuk membilasnya setelah dibiarkan seketika sesuai dengan waktu yang dianjurkan.
Potong hujung rambut secara teratur
Memotong hujung rambut secara teratur, minimum dua bulan sekali dapat mencegah terjadinya rambut bercabang. Rambut bercabang juga merupakan antara penyumbang pada rambut kering.
Walau bagaimanapun merawat rambut kering harus diimbangi dengan pengambilan makanan yang bernutrisi untuk kesihatan rambut dan kulit kepala. Minum air putih secukupnya, makan makanan dengan gizi yang seimbang serta mengandungi vitamin dan mineral yang baik untuk rambut. Hasilnya, rambut anda akan tampil berkilau dan menawan saat melangkah penuh yakin ke pentas pelamin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...