Majlis resepsi yang elegan mampu dicipta dengan pilihan tema yang tepat agar menjadi momen yang kekal abadi diingatan.
Agar cerita cinta berakhir indah dan bakal dikenang sepanjang zaman, terapkan sahaja tema fantasi yang penuh dengan daya tarikan yang unik dan tersendiri.
Ciptakan nuansa majlis resepsi yang mewah dengan rona-rona segar dan mewah bagi melontarkan kesucian cinta pasangan raja dan ratu sehari. Garapan warna dan peletakan elemen-elemen hiasan pada pelaminan tentunya menjadikan impian pasangan mempelai menjadi kenyataan.
Para tamu undangan pasti akan terkesan dengan keanggunan resepsi perkahwinan yang meriah dan penuh dengan biasan romantis.
Ads
Kehebatan sesebuah singgahsana terletak pada seni rekaan pelamin yang unik serta sarat dengan kreativiti. Seri pentas pelamin diperindahkan lagi dengan simbahan pencahayaan yang sempurna di segenap ruang.
Setiap ruang pelamin perlu digarap sempurna bagi memastikan keserian pelamin terpancar ketika mempelai bersanding di pentas pelaminan.
Ads
Buat pasangan mempelai yang menginginkan pentas pelamin yang mewah dan memukau, himpunan pelamin sentuhan air tangan Reka Teemor pasti membuatkan impian anda dan pasangan menjadi kenyataan. Ayuh kita ‘cuci’ mata dengan seleksi pelamin daripada Reka Teemor.
Ads
Reka Teemor merupakan salah satu perancang perkahwinan yang cukup terkenal dengan ilham rekaan yang eksklusif, unik dan kreatif.
Berpengalaman selama 13 tahun dalam industri perkahwinan, sentuhan Reka Teemor sentiasa menarik perhatian. Dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Faiz Sabari dan Rozana Mumtaz Mohamed Ashraff, mereka bergabung tenaga bagi menghasilkan dekorasi dan rekaan pentas pelamin yang menjentik deria pandang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cukup terinspirasi dengan ibu ini, boleh buat ruang bilik untuk menempatkan anak-anaknya bagi selesa.
Menurut ibu kreatif, Puan Nazira Noran mahu memberikan anak lelakinya bilik jadi dengan menggunakan sumber daripada Pinterest, dia membina ‘rumah dalam rumah’.
Jika anda menghadapi masalah bilik juga, boleh lah cuba idea ibu muda ini, memang menarik!
Buat Ruang Bilik Untuk Anak
Rumah dalam rumah ni sebenarnya bilik anak lelaki saya. Ada ruang privacy, bilik study dan katil di atas untuk dia tidur.
Rumah asal saya ni kecil, ada 2 bilik tidur saja, jadi saya dapat ilham dari beberapa gambar di pinterest. Takde atap sebab takut panas.
Upah tukang buat rumah ni, guna kayu jenis pine. Kemudian kerja mengecat dan menghias, saya buat sendiri. Barang-barang lain dan aksesori semua dibeli melalui Lazada dan Shopee.
Hah, nanti cubalah idea ibu ini, baru anak-anak selesa dan tak berebut bilik. Semoga bermanfaat.
Selain busana, pelamin, dekorasi dan makanan, lokasi adalah perkara paling utama yang perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan pengantin untuk merealisasikan majlis perkahwinan impian mereka. Ini kerana, terdapat majlis yang bergantung hanya pada tarikh yang kosong untuk membolehkan mereka menggunakan dewan dan sebagainya. Oleh itu, sebelum menetapkan tarikh, adalah penting untuk menentukan terlebih dahulu lokasi majlis bakal diadakan mengikut konsep yang telah dipersetujui.
Pesona Pengantin menyenaraikan panduan mengadakan majlis perkahwinan mengikut lokasi.
Foto: Instagram Reka Teemor
Kediaman Keluarga
Seperti yang sudah kita sedia maklum, ramai yang memilih untuk mengadakan majlis mereka di kediaman keluarga. Ini kerana, ia lebih mudah serta menjimatkan kos perkahwinan. Kediaman keluarga merupakan antara lokasi popular yang dipilih oleh pengantin, namun haruslah diingatkan bahawa ada panduan yang perlu anda ikuti. Antaranya adalah aktiviti dan aturcara yang akan diadakan.
Rata-rata majlis yang diadakan di kediaman cukup gemar mengadakan sesi karaoke pada waktu malam sebelum majlis atau malam majlis. Harus diingatkkan bahawasanya anda hidup berjiran. Anda harus memaklumkan dan meminta kebenaran terlebih dahulu sebelum mengadakan aktiviti tersebut. Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sehingga melupakan privasi jiran-jiran anda dan mengganggu masa rehat mereka.
Bagi anda yang ingin menutup jalan kawasan rumah/lorong kediaman anda, janganlah terlalu pentingkan diri dengan melakukan semua sendiri. Sebaliknya berbincanglah terlebih dahulu serta mendapat kebenaran pihak berkenaan. Bukan apa, jika kita berbudi, insyaAllah dengan izin Dia, mereka yang membantu akan mendoakan perjalanan majlis kita berjalan lancar.
Dewan
Ada yang memilih untuk mengadakan majlis di dewan kerana ia lebih luas dan selesa. Selain itu, ia memudahkan tetamu untuk hadir kerana lokasi dewan yang lebih strategik dan mempunyai ruang parking yang lebih luas.
Pada pasangan pengantin, anda haruslah menitikberat mengenai susunan meja dan sebagainya. Pastikan anda merancang dengan rapi persediaan dan memastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang.
Foto: Koleksi Reka Teemor
Hotel
Bagi yang mempunyai bajet lebih besar, mereka lebih cenderung untuk melakukan majlis di hotel. Antara jawapan yang sering diberikan oleh pasangan pengantin mengapa mereka memilih hotel adalah untuk nampak mewah dan serba serbi disiapkan oleh pihak hotel.
Selain itu kondisi ruang hotel yang selesa dan mempunyai penghawa dingin adalah sebab lokasi ini dijadikan pilihan. Namun begitu, ada kekangannya juga, di mana tetamu jemputan adalah terhad dan mereka mempunyai tema yang tertentu.
Di sini, bakal pengantin harus senarai pendekkan tetamu yang benar-benar di dalam list jemputan anda. Ini kerana dewan hotel tidak mampu untuk menampung bilangan tetamu yang ramai.
Taman
Kini, ramai pasangan yang memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan di taman. Dengan tema “Garden Wedding”, kebiasaannya majlis akan diadakan di sebelah petang untuk mendapatkan angin yang menghembus bayu.
Konsep ini lebih menampakkan gaya santai dan terbuka. Tetapi selalunya, jemputan hanya terdiri kalangan keluarga terdekat. Jika lokasi taman ini menjadi pilihan anda, harus diingatkan bahawa keadaan cuaca yang tidak menentu.
Foto: Instagram Uqasha Senrose
Kaji terlebih dahulu musim atau cuaca pada tarikh perkahwinan yang telah ditetapkan. Bincang dengan pasangan mengenai risiko yang anda mungkin hadapi dan apakah rancangan anda untuk menangani risiko yang bakal mendatang.
Foto: Instagram Tasha Shila
Masjid Atau Surau
Kebiasaannya, lokasi masjid atau surau sering dijadikan lokasi untuk acara pernikahan. Jarang sekali kita melihat pasangan pengantin mengadakan majlis perkahwinan/persandingan di tempat suci ini.
Walaupun mudah, kerana boleh bergotong-royong menyediakan persiapan hari bahagia tetapi pasangan pengantin harus peka dengan keadaan sekeliling. Ini Kerana banyak perkara yang harus diambil berat dan dijaga ketika berada di rumah Allah SWT ini. Contohnya seperti aurat, pergaulan, acara dan juga kebersihan. Pastikan juga aturcara anda tidak mengganggu waktu solat dan jemaah lain yang datang untuk beribadah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sentuhan magis dekorasi majlis hari bahagia pastinya tambah memukau dengan elemen ruang berkonsepkan English Rustic Modern. Paduan rona putih dan pastel menggamit jiwa yang tenang saat pasangan mempelai bersanding di singgahsana cinta. Pastinya membuatkan mata tetamu tak jemu memandang.
Gandingan rona putih dan pastel menegaskan lagi dekorasi serta tema yang ingin dipersembahkan, lantas membuatkan majlis yang diraikan tampak eksklusif dan elegan.
Hiasan bunga ros putih dan hydragea pada pasu tinggi yang ditutupi dengan kain renda menambahkan seri pada dekorasi keseluruhan ruang.
Susun atur lilin hiasan bersama taburan kelopak bunga mawar merah mencipta suasana romantis seolah-olah turut menyelami penyatuan cinta sang mempelai.
Latar belakang pelamin yang dihiasi dengan tampalan bunga rona gangsa dan keemasan menonjolkan elemen moden pada dekorasi majlis perkahwinan.
FOTO : PAKDINZ PHOTOGRAPHY DEKORASI : ADI NAZIM INSPIRASI DEKORASI TERIMA KASIH PENGANTIN : ELYSHA & IZZUDIN
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!