Wanita hamil ada mengalami pelbagai masalah samada tentang pemakanan atau kesihatan tubuh badan itu sendiri kerana perubahan hormon. Antara masalah yang sering dihadapi oleh wanita hamil adalah alahan kepada makanan dan juga bengkak kaki. Bengkak kaki memang dihidapi oleh kebanyakan wanita mengandung, seperti saya dahulu. Kenapa terjadi gejala sedemikian? Mungkin sebab berat badan bertambah, berdiri terlalu lama dan sebagainya. Namun begitu ia adalah perkara normal jika wanita hamil diserang bengkak kaki. Jangan terlalu stress. Hadapi dengan tenang dan lakukan rawatan seperti di bawah agar bengkak kaki anda boleh surut.
10 Cara Merawat Bengkak Kaki Ketika Hamil
Perkongsian artikel ini saya ambil dari FB Page Kehamilan dan siarkan semula dalam blog untuk manfaat bersama. Jom kita lihat cara merawat bengkak kaki ketika hamil.
1. Elakkan berdiri statik terlalu lama
Semasa melakukan aktiviti harian seperti memasak, menjemur pakaian ataupun bekerja di ofis, jika boleh elakkan berdiri statik dengan kadar yang lama. Aktifkan pergerakan bagi mengelak pengumpulan darah pada kaki untuk melancarkan peredaran darah.
2. Angkat kaki setinggi mungkin dari lantai ketika duduk
Tujuannya juga untuk membantu kelancaran peredaran darah dan mengelakkan kebas kaki. Apabila duduk di kerusi semasa bekerja, letakkan kaki di atas bangku rendah, kotak kecil atau susunan buku di bawah meja. Elakkan tabiat menyilangkan kaki ketika duduk, boleh menyebabkan kekejangan.
3. Lakukan aktiviti regangan ringan ketika duduk lama
Jika melakukan kerja yang memerlukan posisi duduk yang agak lama, rajinkan diri melakukan aktivi regangan pada kaki. Caranya mudah:
?Julurkan kaki ke arah luar dan angkatkan sedikit sebelah tumit kaki dari lantai
?Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah atas dalam kiraan 8
?Regangkan bahagian hujung kaki (jari) ke arah bawah dalam kiraan 8
?Pusingkan pergelangan kaki ikut arah jam dalam kiraan 8 pusingan
?Pusingkan pergelangan kaki lawan arah jam dalam kiraan 8 pusingan
?Ulangi cara yang sama untuk sebelah kaki yang lain.
Ads
Senaman regangan kaki mampu meningkatkan suhu otot betis dan meningkatkan fleksibiliti sendi serta memperbaiki aliran darah. oleh itu, lakukan dengan penuh keselesaan bukan untuk kesakitan.
4. Posisi baring mengiring
Ibu mengandung perlu mengamalkan posisi tidur terbaik bagi wanita hamil iaitu berbaring secara mengiring.
Selaras dengan ajaran baginda Rasulullah S.A.W, kita dianjurkan supaya berbaring di atas lambung kanan (mengiring ke kanan) secara umumnya ketika berbaring untuk tidur kerana ia mengandungi hikmah yang tersendiri.
Bagi ibu mengandung, elakkan berbaring secara terlentang dan off-course tidak meniarap (kalau la boleh) lebih-lebih lagi apabila fasa kehamilan masuk ke trimester ke-3.
5. Pakai kasut yang sesuai
Ketika melakukan aktiviti luar, ibu mengandung atau hamil perlu bijak memilih kasut yang bersesuaian. Elakan memakai kasut bertumit tinggi atau yang terlalu ketat kerana boleh mengganggu kestabilan dan menambahkan tekanan pada kaki.
Ads
6. Pilih Sarung kaki yang lembut
Elakkan memakai stokin yang mempunyai gelang getah yang ketat. Selain boleh menambah kesan bengkak kaki akibat gangguan aliran darah sekitar pergelangan kaki, ia juga boleh menyebabkan kekejangan.
Pilih stokin yang lembut dan bersesuaian dengan ibu hamil. Selain baik untuk bengkak kaki, ia juga baik untuk mengurangkan kesejukan ketika waktu malam, lantai simen atau waktu musim hujan.
7. Banyakkan meminum air kosong
Air kosong banyak membantu proses dehidrasi tubuh. Menjadikan tubuh segar disamping membantu proses perkumuhan dalam badan. Jangan khuatir, ia tidak menyebabkan pertambahan berat tubuh badan ibu mengandung.
Ads
8. Aktif dengan senaman
Ibu mengandung tidak boleh bergerak aktif adalah mitos!. Di awal proses kehamilan ibu mengandung digalakkan melakukan senaman ringan seperti berjalan, berbasikal, berenang atau aerobik. Aktiviti air seperti merendam kaki atau berendam separas bahu baik untuk melegakan bengkak kaki bagi ibu mengandung.
9. Amalkan pemakanan sihat
Tidak dinafikan seiring dengan keperluan tubuh ibu dan bayi dalam kandungan, ibu mengandung memerlukan pemakanan yang sihat. Kurangkan atau jauhi makanan segera dalam tin atau yang tersedia proses lain.
Kebanyakkannya mengandungi lebih kalori dan lemak berbanding nutrisi vitamin yang baik untuk ibu dan bayi. Malah boleh menyebabkan pertambahan berat badan (obesiti) dan kehilangan air dalam badan.
Gantikan makanan segera dengan pengambilan snek sihat untuk ibu mangandung seperti bijirin, yogurt, minuman berjus,salad dan buah-buahan. Pengambilan makanan tambahan berasaskan suplemen juga amat baik bagi menyokong keperluan nutrisi sepanjang kehamilan.
Pengambilan suplemen vitamin C, vitamin B Complex, kalsium dan zat besi sangat baik untuk membantu kesihatan ibu dan tumbesaran bayi yang sihat. Jangan abaikan nutrisi sepanjang kehamilan. Pastikan yang semulajadi dan bukan datang dari kejuruteraan sintetik.
10. Kongsi kasih melalui urutan suami
Alangkah bahagianya si abang sado kita boleh bantu mengurut. Selain mengurut badan, kaki bengkak pun boleh juga. Gunakan minyak urut yang sesuai bagi melegakan ketegangan urat akibat kaki bengkak. Bawa berbincang dengan baik, In Shaa Allah abang kita boleh belanja urut satu kali. Urutan juga boleh membantu keluarkan angin dalam badan wanita hamil, yang ternyata banyak angin dalam badan..
Wanita hamil banyak kelebihannya. Doa wanita hamil juga makbul. Jadi berdoalah untuk kandungan anda selamat, sihat dan sempurna agar dapat memberi manfaat kepada seluruh alam bila besar nanti. Jangan lupa, rawat bengkak kaki anda seperti 10 saranan di atas.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Soalan: Baru-baru ini saya diberitahu oleh rakan sepejabat bahawa darah haid yang terkena pada seluar dalam tidak boleh dibawa solat walaupun setelah dibasuh. Betulkah begitu.
Apa yang diberitahu oleh rakan puan itu tidak benar sama sekali dan penentuan hukum berhubung isu ini memerlukan penjelasan yang betul serta terperinci. Darah haid adalah salah satu daripada najis yang boleh menyebabkan pakaian menjadi kotor dan tidak boleh dibuat solat atau tawaf.
Oleh itu, seluar dalam wanita yang terkena darah haid tidak boleh digunakan untuk solat atau tawaf jika belum dibasuh dengan betul. Sekiranya telah dibasuh dengan betul, maka seluar dalam itu boleh dibuat solat atau tawaf walaupun ada kala warna darah masih kekal kerana susah untuk dihilangkan.
Menurut Asma’, perkara itu pernah berlaku pada zaman Nabi SAW. Seorang perempuan telah bertemu Baginda SAW lalu bertanya; “Ya Rasulullah, baju salah seorang daripada kami telah terkena darah haid. Bagaimanakah caranya untuk dia membersihkan baju berkenaan?
Jawab Nabi SAW: Pertama sekali kikislah kesan darah kering yang terdapat pada bajunya itu, sesudah berbuat demikian basuhlah (pakaian itu) dengan air (di samping dia menggosokkannya dengan jari jemarinya), setelah itu gunakanlah (baju yang telah dibasuh itu) untuk solat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini sangat jelas menunjukkan pakaian wanita yang terkena najis (darah haid) setelah dibasuh dengan betul boleh digunakan kembali untuk solat dan tawaf mengelilingi Kaabah tanpa was-was.
Hari ini ramai dalam kalangan ibu mengandung meletakkan muzik di perut mereka supaya bayi di dalamnya aktif. Adakah perbuatan sedemikian dibolehkan.
Setiap ibu menginginkan yang terbaik untuk bayi dalam kandungannya. Antara usaha yang biasa dilakukan ialah memberi halwa telinga dengan muzik yang mampu merangsang kecerdasan otak dan minda bayi di dalam kandungan.
Adalah tidak salah bagi ibu mengandung untuk meletakkan alat yang mengeluarkan bunyi di bahagian perut mereka bagi tujuan itu. Namun, mereka disarankan supaya tidak keterlaluan sehingga memudaratkan kandungan.
Selain itu, mereka juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan membaca ayat suci al-Quran kerana ia adalah pengubat bagi segala penyakit dan pelindung bagi mereka yang membacanya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan al-Quran yang mampu menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman kepadanya.” (Surah al-Israk, ayat 82)
Justeru, adalah lebih baik anak dalam kandungan diperdengarkan dengan ayat suci al-Quran sama ada dibaca sendiri oleh ibu atau daripada qari terkemuka menerusi kaset dan cakera padat (CD). Amalan seperti ini lebih mulia berbanding lagu dan muzik yang melalaikan.
Menurut Prof Dr Yusof al-Qardawi, muzik yang dibenarkan ialah muzik yang tidak bercanggah dengan syariat Islam, lagu didendangkan tidak menghina Islam sama ada dari aspek lirik mahupun alunannya dan perbuatan itu tidak menyebabkan ibu lalai hingga meninggalkan solat atau berzikir kepada Allah SWT.
Penulis ialah pensyarah Fiqh Kepenggunaan Semasa Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Adatlah dalam kehidupan berumah tangga ,kadang kala timbul rasa bosan dengan pasangan setelah melayari kehidupan bersama. Malahan bibit-bibit romantis antara anda berdua semakin pudar. Inilah punca-punca bila anda sudah mulai bosan dengan pasangan, pertengkaran mula berlaku.
Malah ada di antara pasangan yang hatinya sudah berpaling kepada yang lain. Sebaiknya hindari perasaan sayang anda kepada insan lain kerana sebaiknya tempat anda ialah bersama pasangan. Kembalikan rasa kasih sayang itu agar keharmonian rumah tangga semakin menyinar.
Salah satu perkara yang mudah dan sederhana boleh anda amalkan ialah dengan menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur. Cara ini memang nampak biasa namun besar manfaatnya. Berikut empat manfaat menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Memberikan ketenangan yang luar biasa
Perasaan yang akan timbul dari memegang tangan ini adalah perasaan yang tenang luar biasa. Ketika pasangan saling mencari tangan yang mahu digenggam, maka perasaannya akan sangat luar biasa. Hal ini biasanya boleh menjadi penghilang perasaan bimbang atau rasa tidak sedap hati yang selama ini dirasakan. Genggaman tangan ini dapat menimbulkan perasaan saling menenangkan.
Melenyapkan rasa marah
Menggenggam tangan pasangan juga dapat melenyapkan perasaan marah yang mungkin terjadi dari siang. Menerima tangan atau memberikan tangan untuk digenggam boleh menjadi tanda saling memaafkan terhadap apa yang sudah terjadi pada hari itu. Hal ini akan membuat kesan yang luar biasa bagi keharmonian rumah tangga.
Membawa kesan; Dia milik anda
Jika sudah memasuki usia perkahwinan yang lama, maka perlu kepastian jika pasangannya memang benar ‘miliknya’ dan ada di genggamannya. Kesan ini juga yang boleh dirasakan ketika menggenggam tangan pasangan ketika mahu tidur.
Menerbitkan rasa kasih dan cinta ‘yang baru’
Perubahan baru yang belum pernah terjadi pada pasangan yang selama ini tidak pernah menggenggam tangan ketika hendak tidur, akan memberi kesan luar biasa atau magis, kerana melakukan perkara baru dan sangat menyenangkan, yang akhirnya seperti menerbitkan rasa cinta baru, semangat baru.
Jangan bimbang untuk memberikan kebahagiaan kepada pasangan anda dengan perubahan baru ini. Tentunya anda tidak boleh ragu atau malu dengan kebiasaan baik dan halal, jika itu akan membuat warna indah bagi keharmonian rumah tangga.
Sumber: InfoUnik
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami isteri ibarat aur dan tebing. Lumrah hidup berumah tangga pasti ada pahit dan manisnya. Namun, itu bukanlah bermakna anda dan pasangan tidak serasi. Semestinya, anda berdua perlukan masa untuk serasi bersama.
Kalau bergaduh sekalipun jangan sampai melibatkan orang lain untuk masuk campur hubungan rumah tangga anda. Tapi, jika ianya terus berlarutan carilah yang benar-benar faham anda dan pasangan.
Bagi isteri pula, syurga sudah semestinya dibawah tapak kaki suami anda. Walaupun anda bergaduh janganlah sampai tidak hiraukan langsung pasangan anda. Itu bukan jalan penyelesaiannya. Seeloknya berbincang secara elok. Untuk isteri, ini yang patut anda lakukan.
#1) Jangan lupa ambil tangannya dan kucuplah. Tanda kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
#2) Suami tak memerlukan maaf kita, tapi kita sebagai isteri sangat perlu kemaafannya.
#3) Hanya dengan restu dan doa suami, Allah meminta malaikat menjaga isteri dari keluar pagi hingga balik nanti.
#4) Di pejabat, tempat kerja, jalan raya, Allah haramkan segala kejahatan dekat dengan isteri yang selalu meminta izin pada suami.
#5) Bukan soal siapa suami, tapi soalnya, di sisi Allah, apakah yang ada pada suami.
#6) Belum terlambat , telefon atau mesej lah suami, mohon maaf jika tak salam tadi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!