Pasti ramai penggemar Kek Ogura Pandan kan, rasanya yang cukup mewah dengan tekstur yang sangat lembut, fluffy dan moist memang buat tak puas makan. Selain sedap dinikmati bersama keluarga, kek jenis ini semakin popular dijadikan sebagai hadiah di dulang hantaran. Jom kita belajar cara menyediakan kek Ogura Pandan ini. Terima kasih Mariana Zainal atas perkongsian resipi.
Bahan A :
5 biji Putih telur – gred A
1/2 cawan Gula castor ( boleh kisar gula pasir)
1 sk Jus lemon – boleh gantikan dengan 1/4 sk cream of tartar
Cara :
Ads
Pukul telur sehingga berbuih dan baru masukkan gula dan jus lemon. Putar lagi dalam 10 minit. Ketepikan.
Satukan semua bahan B dan pukul menggunakan whisk sehingga sebati dan berkrim.
Panaskan ketuhar selama 10 hingga 15minit menggunakan api atas dan bawah. Gris nipis loyang saiz 7 inci, gunakan loyang bersaiz 8 inci pun boleh dan lapik dengan baking paper.
Satukan bahan A dan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
Kemudian tuang adunan ke dalam loyang. Ambil satu lagi loyang yang lebih besar, contoh loyang bersaiz 9 inci. Masukkan air panas mendidih 1/4 loyang, kemudian masukkan loyang yang berisi adunan tadi dan bakar selama 35 minit pada suhu 180c.
Selepas itu turunkan suhu kepada 150c dan bakar lagi selama 35 minit.
Selepas siap,rehatkan di atas redai.
Puas memikirkan cenderahati apa yang bersesuaian untuk tetamu? Jika masih berkira-kira untuk memberikan apa yang terbaik buat mereka yang hadir ke majlis anda, apa kata cuba buat sendiri beg uncang untuk mengisi gula-gula atau yang bersesuaian dengannya.
Istimewanya, beng uncang ini tidak perlu dijahit. Jadi bakal pengantin tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai bakat atau kreativiti dalam bidang jahitan.
Kebanyakan fabrik ini anda boleh dapati daripada lebihan perca kain, sangat ekonomi dan menarik!
(Beg mini bersaiz 8″T x 4″L)
Bahan-Bahan:
1. Fabrik kain mengikut pilihan anda
2. 3/8” pelekat Fusible ( gunakan yang mudah lekat apabila diseterika)
3. Pinking Shears atau gunting corak
4. Pensel atau kapur
5. Pembaris
6. Seterika
Langkah 1
Mulakan di hujung fabrik anda, lipat fabrik tadi supaya sisi yang baik di bahagian dalam. Lipatan tersebut ialah di bahagian bawah beg anda. Ukurannya 8 1/4″ T daripada lipatan bahagian sisi. Ukur 5″ untuk bahagian atas beg dan lukis garisan menggunakan pensel atau kapur; lukis garisan lain di sepanjang sisi sebagaimana dilihat dalam foto ini.
Langkah 2
Gunakan gunting corak untuk memotong bahagian atas fabrik. Jika anda menggunakan pensel untuk membuat garisan, pastikan anda memotong di sepanjang garisan tersebut.
Langkah 3
Gunakan gunting untuk memotong bahagian sisi.
Langkah 4
Sekarang beg anda telah siap dipotong, tekan setiap bahagian tepi penjuru serentak. Inilah ketikanya anda menggunakan pelekat fusible; tekan bahagian penjuru supaya tidak ada bukaan di bawah penjuru setiap beg.
Langkah 5
Buka fabrik tadi dengan menghala ke atas. Mula dari bahagian bawah letakkan pelekat fusible di kedua dua sisi kain, letak berdekatan bahagian sisi.
Langkah 6
Baca langkah pengguna pelekat fusible; ia akan beritahu anda tempat yang sesuai untuk meletakkannya. Lipat dan tekan fabrik kedua dua bahagian kain mengikut arahan pada pakej. Tekan beg tersebut di kedua dua bahagian untuk pastikan ia sempurna.
Langkah 7
Terbalikkan beg ke bahagian yang betul. Betulkan bahagian sisi menggunakan pensel dan pembaris.
Langkah 8
Seterika kelim tepi.
Langkah 9
Gunakan reben dari cebisan kain untuk mengikat beg dan isikan gula-gula atau coklat yang ingin diberikan kepada tetamu. Untuk kesan yang lebih rustic , gunakan fabrik berbeza untuk setiap beg yang dihasilkan.
Selalunya untuk masak, zup zap, cepat sahaja siap kan? Namun yang melecehkan ialah penyediaan bahan mentah.
Jadi solusi mudah hasil perkongsian Khabbab Jamalludin ini memang sesuai untuk menjimatkan masa di dapur.
“Kali ini saya nak kongsi kalau ada yang macam saya, kadang masak kadang beli, kalau masak kena “simple” dan cepat, dan kadang barang macam bawang tak sentiasa ada bekalannya.
Antara perkara yang ambil masa adalah penyediaan bawang putih. Disamping tak boleh simpan lama, nak kupas dia satu hal juga.
Jadi saya beli yang dah siap kopek dan buat pes bawang putih. Tak mahal pun. Macam dalam gambar ni dalam RM6 sahaja. Kalau nak masak tinggal ambil dan tambah dalam masakan; tumisan atau bukan.
1) Basuh dan blend bawang. Nisbah air : bawang 1:3.
2) Tumis dalam minyak banyak, agak agak tengelam bawang yang kita dah kisar tadi. Minyak dia fungsi sebagai pengawet supaya bawang tahan lama dan tak mudah teroksida (jadi hitam). Minyak juga berfungsi memastikan kepanasan dalam kuali sama pada semua bawang.
3) Masa mula mula masuk, guna api kuat dan lepas 10 saat tukar api sederhana kuat. Kena kacau selalu, supaya tak hangus dan dapat keluarkan air dalam bawang supaya tahan lama kalau disimpan. Tanda bawang dah sekata bila bawang dah mula keluar aroma dan dah mula meluap luap terpercik. Boleh tutup api.
4) Simpan dalam bekas yang mudah dibuka. Simpan dalam peti sejuk (tak perlu beku). Nak pakai tinggal senduk pakai sudu dan simpan kembali.
*saya tak sekalikan dengan bawang merah sebab biasa senang kupas dan tahan lama. Boleh nak buat pes tapi buat asing asing sebab kandungan air dalam bawang merah dan bawang putih berbeza
1) saya tahu dan setuju, paling best kalau fresh fresh. Saya tahu juga nak kupas bawang beberapa ulas bukan leceh sangat. Ini bukan untuk yang banyak masa, tak bekerja dan yang sentiasa boleh pergi kedai cari barang. Ini untuk mereka yang busy, waktu terbatas, balik tak tentu waktu, kedai nak cari bahan mentah bukan senang nak jumpa. Kami kena siapkan benda benda macam ni supaya motivasi nak masak dan makan dirumah tu tinggi sebab mudah; cedok, tambah rencah sikit, dah siap.
2) Dalam peti sejuk saya ada 3 jenis tumisan separa siap macam ni :
-IBU SAMBAL : Campuran bawang putih, bawang merah, cili kering giling yang dah ditumis. Nak masak sambal ke, masak asam ke, goreng mi/bihun/kue teow, tinggal senduk, masukkan rencah dan bahan utama, siap !. Next tutorial saya share insyaAllah.
-SAMBAL CILI API campuran cili api, bawang merah, bawang putih. Saya orang Negeri Sembilan , banyak kombinasi macam ni. Nasi goreng kampung biasanya. Tinggal cedok, tambah ikan masin atau ikan bilis goreng, nasi, Voila !
-BAWANG PUTIH sahaja, macam yang saya share kali ini. Tak campur cili sebab ini untuk masakan anak anak yang tak pedas. Tak campur bawang merah sebab kandungan air yag berbeza.
3) ada yang kata blend terus dengan minyak. Boleh juga cuma bawang putih kaya dengan vitamin B dan C, keduanya larut dalam air. (Vitamin ada yang larut dalam air, ada yang larut dalam minyak. )Supaya zat dia dapatlah larut sikit, saya campurlah sedikit air sebelum tumis dalam minyak.
Bahan-bahan pun cuma yang asas jadi dapatlah berjimat sementara menunggu tamatnya waktu darurat yang melanda.
Dan yang paling best, bukan telur hancur seperti resipi lain, sebaliknya telur kuning dibiarkan kekal dalam sampul bersama adunan sambal kering. Bila nak makan, baru pecahkan di atas nasi. Nikmat apa lagi yang engkau dustakan.
TELUR SAMBAL CILI KERING
Ini menu kander tengah hari ni. Layan makan dengan nasik putih je.
Telur sambal cili kering. Perah limau, daun bawang, bawang goreng. Lepas tu renjis kicap kat nasik. Telur kuning cair²…
Ya Allah sedappp…
Nah resepi, share ramai² ye supaye orang lain pun boleh masak bawak bekal! Penat masak ni
Mula-mula goreng cili kering sehingga sedikit garing. Nak rebus dulu pun boleh tapi kalau tak rebus pun boleh. Basuh dan bilas dan terus goreng pun tak ada masalah tapi keringkan dahulu, kalau tak nanti minyak meletup depan muka.
Lepas tu terus goreng ikan bilis dan bawang putih sehingga garing.
Ni garing. Bukan hangus…
Bila ikan bilis dah siap digoreng. Masukkan semua bahan goreng tadi ke dalam lesung batu dan tumbuk.
Tumbuk kasar dan jangan halus sangat.
Tumis sesudu sos tiram. Kalau tiada pun tak apa.
Selepas itu masukkan balik bahan yang ditumbuk tu, masukkan garam dan gula ikut kesesuaian. Sebab kander gula cili kering yang menggerutu, pedas maut. Jadi lebihkan gula sikit.
Masukkan tiga biji telur. Bila dah masukkan, telur akan mula memasak, jadi kaiskan yang putih kerana mahu bahagian kuning separuh cair. Hehe…termiss gambar masukkan telur. Ni gambar selepas 3-4minit.
Tarik perlahan-lahan putih telur yang sudah masak. Hehe hati-hati jaga kuning tu macam jaga baby tau! Pecah dia, ceraaahhh masa depannn
Akhir sekali bila kuning telur sudah mencapai tahap piawaian, angkat dan letak atas telur putih yang di angkat awal tadi.