Get going. Move forward. Aim High. Plan a takeoff. Don’t just sit on the runway and hope someone will come along and push the airplane. It simply won’t happen. Change your attitude and gain some altitude. Believe me, you’ll love it up here.”

Anda faham dengan quotation di atas? Jika ya, lakukan perubahan hidup sekarang. Tiada alasan dan mula tingkatkan tahap ekonomi anda. Walau apa jua keadaan isteri pasti akan membantu dan menyokong setiap apa yang suaminya lakukan. Jatuh bangun bersama, inilah dunia perkahwinan. Jika suami anda gagal, inilah masanya anda berniaga dan berjinak dalam bisnes. Ayuh bermula!

Ketahuilah Isteri Akan Sentiasa Berada Di Sebalik Kesusahan Suaminya

 

Kaya dengan perniagaan Online

Setiap hari anda sebenarnya menggunakan hampir separuh daripada 24 jam masa yang ada hanya untuk Internet. Check emel serta laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Maka, guna kesempatan ini untuk anda menambah pendapatan. Walaupun untungnya tidak berapa sangat pada permulaannya tetapi lama-kelamaan ia akan bertambah jika sabar untuk mengubah corak ekonomi anda.

Pastikan berbaloi. Anda melanggan pakej Internet berpuluh ringgit setiap bulan, hanya kerana mahu bersosial di laman sosial? Ini tidak bagus sebenarnya. Tidak salah melanggan pakej-pakej tersebut asalkan ia memberi pulangan kepada anda kembali.

Kenapa anda harus berubah dan memilih untuk menjalankan perniagaan online dahulu? Selain zero kos atau modal yang sedikit, ia juga dapat menyasarkan kepada berjuta pelanggan yang sentiasa online.

Menurut pengasas laman web Hidupringkas.com, Mohd Shubhi Abdul (Biz Coaching); berubah jadi usahawan banyak berkait rapat dengan keinginan mencari kebebasan. Masa, sumber dan fleksibiliti boleh digunakan sebaik mungkin jika anda jadi usahawan.

Tahukah anda perniagaan secara online berjalan 24 jam tanpa henti dan mampu memberi pulangan 300 peratus. Jika anda benar-benar komited dalam menjalankan perniagaan.Perniagaan secara kecil-kecilan sebenarnya merangsang otak anda untuk menjadi seorang usahawan tanpa perlu mengorbankan jawatan yang sedang anda pegang sekarang ini.

Ketahuilah Isteri Akan Sentiasa Berada Di Sebalik Kesusahan Suaminya

Kaya dengan perniagaan Outlet/offline

IKLAN

Jika anda sudah mula mendapat rentak dalam melakukan perniagaan, apa kata beralih kepada perniagaan berbentuk premis kedai. Jika anda yakin dan sudah mula boleh menyusun rentak perniagaan, tiba masanya untuk anda ucapkan selamat tinggal kepada sistem ‘makan gaji’. Menurut Azizi Ali, jutawan hartanah; tindakan itu kuasa.

Tahukah anda jika anda berniaga maka akan menjana jumlah simpanan (duit) berkali-kali ganda dengan lebih cepat berbanding kaedah makan gaji?. Premis membolehkan anda lebih fokus terhadap perniagaan berbanding perniagaan  online.

 

Kelebihan berniaga: Bilangan pelanggan lebih luas dan ramai tanpa mengira had umur.

 

Contoh kes: Selama ini anda hanya mengiklankan servis kemahiran membaiki mesin basuh di Internet. Dalam sebulan paling kurang anda menerima lebih daripada lima pelanggan. Maka ini petanda anda patut membuka premis agar dapat mengembangkan perniagaan yang sedang diusahakan.

Pendapatan akan bertambah sekiranya produk dan servis anda dikenali dan diyakini ramai. Harus diingat bahawa 9/10 rezeki datangnya daripada perniagaan.

Ketahuilah Isteri Akan Sentiasa Berada Di Sebalik Kesusahan Suaminya

IKLAN

Kaya dengan Pelaburan

Jika anda sudah berniaga, mula bijak mempelbagaikan hasil pendapatan anda. Salah satu cara berkesan melalui saham atau unit amanah. Kedua-duanya mampu menjana jumlah simpanan asalkan anda tahu bagaimana untuk menakluki ‘dunia’ ini.

Ramai yang fikir hanya insan kaya sahaja boleh bermain saham atau melabur. Jawapan ini salah sama sekali. Tahukah anda walaupun anda bergaji hanya RM800 tetapi anda masih boleh bermain saham atau melakukan pelaburan?

Skim Amanah Saham Bumiputra (ASB), Unit Amanah(units trust), simpanan Tabung Haji. Semua contoh-contoh ini boleh membantu menambah pendapatan dan menjadikan anda berduit sebelum umur 40 tahun.

Mulai sekarang, cekal untuk menyimpan sekurangnya RM100 setiap bulan di dalam akaun pelaburan. Contohnya Skim Amanah Saham Bumiputra(ASB). Jadikan wang pelaburan ini sebagai ‘wang luput’ iaitu duit yang tidak akan anda gunakan untuk perbelanjaan.

 

Contoh kes: Anda berumur 28 tahun ini dan mula menyimpan RM100 di dalam unit amanah saham. Setahun ia menjadi RM1200. Apabila umur anda mencecah 40 tahun, simpanan ini berjumlah RM14400. Jumlah ini akan bertambah dengan dividen/bonus bergantung kepada polisi syarikat. Sedikit sebanyak jumlah ini membantu meningkatkan jumlah simpanan anda.

IKLAN

Harus anda ingat bahawa menambah pendapatan melalui pelaburan adalah untuk jangka masa panjang dan bukannya untuk pendapatan bulanan. Maka anda haruslah bijak merancang bagi mendapatkan pulangan paling kurang tiga kali ganda daripada jumlah pelaburan.

Jika anda mampu berbelanja mewah dari segi makanan dan pakaian, apa kata tukar mood belanja tersebut pada mood pelaburan.

 

Contoh kes: Dalam sehari anda berhabis untuk makanan sebanyak RM30. Jika dihitung,  anda berhabis hampir RM900 sebulan. Mulai sekarang,  apa kata dari RM900 tersebut, separuh daripada jumlah ini anda laburkan dalam saham atau unit amanah. Setidaknya tindakan ini dikira bijak kerana anda mampu mendapatkan kedua-dua faedah daripada jumlah asal. Perut kenyang, akaun juga bertambah.

Ketahuilah Isteri Akan Sentiasa Berada Di Sebalik Kesusahan Suaminya

Kaya dengan adanya Aset

Berniaga sudah, melabur pun sudah. Tambah jumlah simpanan dengan memiliki aset tertentu. Contoh; rumah dan tanah. Aset seperti rumah atau tanah juga dikira sebagai harta cuma ia bukan berbentuk wang ringgit. Anda digalakkan melabur dalam dunia hartanah atau rumah kerana keuntungannya adalah berlipat kali ganda dan harganya bertambah sejak hari pertama aset tersebut dibeli.

Sewakan tanah atau rumah untuk mendapatkan pendapatan pasif setiap bulan. Menyewakan aset mungkin dikira tindakan lebih bijak berbanding menjual kerana ia juga menambahkan jumlah simpanan.

Bergaji kecil tidak semestinya tidak berpeluang memiliki aset. Jika anda mahu, mula perbaiki ekonomi anda sekarang dengan matlamat untuk memiliki tanah atau rumah. Kemudiannya aset tersebut boleh menjana pendapatan yang lain.

 

Contoh kes: Ahmad seorang kerani. Dia meniaga sampingan menjual kuih di pejabat dengan keuntungan RM20 sehari dan menjana pendapatan RM600 sebulan. Duit tersebut disimpan tanpa digunakan selama lima tahun telah berjumlah RM36000. Akhirnya Ahmad berjaya memiliki seekar tanah. Tanah tersebut dijual dengan melalui pecahan secara lot dengan pulangan keuntungan puluhan ribu ringgit. Akhirnya ahmad mampu mempunyai simpanan aset melebihi satu juta ringgit sebelum umurnya 40 tahun.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI